Tuesday, April 16, 2019

Lima Alatan Yang Anda Perlukan Untuk Tingkatkan Rutin Penjagaan Oral


Hi Korang,

Kesihatan Oral merupakan penunjuk yang penting terhadap kesejahteraan, kualiti hidup dan kesihatan secara keseluruhannya. Jika anda tidak menjaga kesihatan oral dengan betul, anda berisiko mengalami masalah nafas berbau, penyakit gusi, gigi, gusi sensitif, kaviti dan kehilangan gigi (rongak).

Berita baiknya, semua isu ini boleh dicegah. Guardian, peneraju rantaian produk kecantikan, kesihatan dan penjagaan peribadi Malaysia mempunyai cara untuk membantu rutin asas penjagaan oral harian anda.



Asas Penjagaan Oral

Gosok gigi anda sekali pada waktu pagi dan malam selama dua minit setiap sesi menggunakan berus gigi yang lembut dengan kepala bersaiz kecil dan sederhana[1], bersama ubat gigi berflorida. Pegang berus gigi pada kedudukan 45 darjah menghala ke arah gusi.[2] Gosok seluruh permukaan gigi (bahagian sisi dan permukaan mengunyah di atas). Guardian mempunyai berus gigi yang anda perlukan untuk rutin penjagan oral ini. Cuba “Guardian Activ’ Care Giant Head Toothbrush” dengan bulu lebih banyak untuk membersih permukaan lebih luas dengan lebih pantas. Sementara itu, “Guardian Ecolo Green Tea Toothbrush” pula lebih mesra alam. Anda juga boleh membawanya ke mana-masa sahaja dengan “Guardian Dental Travel Kit”. Ia memang ideal untuk digunakan ketika bercuti, boleh diisi ke dalam beg tangan, beg gimnasium dan laci meja bersama penutup berus gigi yang bersih. Jadi, anda boleh memberus gigi apabila perlu sepanjang hari. 

Penjagaan Oral yang Lebih Menyeluruh

1.    Flos Gigi Korang!

    Memberus gigi setiap hari hanya membersih tiga daripada lima permukaan gigi anda. Tingkatkannya ke satu tahap lebih tinggi dengan membersihkan celah-celah gigi menggunakan berus interdental atau flos.[3] Flos penting untuk mencegah penyakit gusi. [4] “Guardian Activ’ Care Dental Floss Mint” ideal kerana ianya kecil, padat dan muat di dalam poket  dengan perisa pudina yang menyegarkan.

2.    Flos Pencungkil Gigi untuk Pembersihan yang lebih Menyeluruh

   Jika anda tidak boleh melakukan flos sepenuhnya, gunakan “Guardian Floss Toothpicks”     untuk menanggalkan plak dan sisa makanan di celah-celah gigi dan di sekitar garis gusi       secara efektif, terutama di kawasan yang sukar dicapai. Ia hadir dalam bungkusan satu      persatu, jadi anda boleh menyimpannya di dalam beg tangan atau poket seluar untuk        membersihkan mulut dengan pantas selepas menikmati hidangan tengah hari. 

3.    Fishbone Toothpicks (Pencungkil Gigi Tulang Ikan) apabila makanan melekat di celah-celah gigi

    Cuba “Guardian Fishbone Toothpicks” baharu yang sangat baik untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi dengan lembut. Tip pro: Lakukan regim penjagaan oral anda di dalam bilik air atau secara bersendirian.

4.    Selesaikan masalah nafas berbau dan Plak dengan Pembersih Mulut

Pembersih mulut boleh meningkatkan rutin penjagaan oral harian anda kerana ia boleh menjangkau kawasan yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi dan flos. Ambil sedikit dan kumur dalam tempoh 30-40 saat dengan bibir ditutup rapat. Kemudian buang dan jangan telan. Sesetengah produk pembersih mulut memiliki kandungan anti-bakteria untuk membantu mengurangkan masalah nafas berbau dan plak.[5] Gunakan “Guardian Fresh Mouth Six Action Mouthwash” untuk nafas lebih segar, mengurangkan plak, menguatkan gigi, menggalakkan gusi yang lebih sihat dan memulihara mineral pada enamel.

5.    Bersihkan Lidah Anda

Plak terdiri daripada satu lapisan yang mempunyai jutaan bakteria.[6]  Kita sering kali lupa untuk membersihkan lidah. Membersihkan lidah merupakan satu rutin kebersihan oral harian yang penting.[7] Gunakan “Guardian Tongue Cleaner” untuk membantu menghilangkan lapisan dan sisa makanan daripada lidah.


Bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk meneroka alat penjagaan oral, Guardian akan mengadakan peraduan Beyond Basic Comment & Win” di laman Instagram dan Facebook bermula 14 April hingga 21 April 2019. Anda hanya perlu komen tentang apakah alat penjagaan oral yang ingin anda terima dan ia mungkin menjadi milik anda. Sepuluh pemenang bertuah akan menerima pek permulaan Beyond Basic Oral Care daripada Guardian bernilai RM40 setiap satu.

Tingkatkan rutin anda dengan Guardian Oral Care untuk kesihatan oral yang menyeluruh.  

Boleh didapati di semua cawangan Guardian dan e-stor Guardian.




[1] The Toothbrush. (1991). The Journal of the American Dental Association, 122(2), 2–5.doi:10.14219/jada.archive.1991.0373 
[7] Christen, A. G., & Swanson, B. Z. (1978). Oral hygiene: a history of tongue scraping and brushing. The Journal of the American Dental Association, 96(2), 215–219.doi:10.1016/s0002-8177(16)30453-6 
QR/2019/MY159r1





Monday, April 15, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 'Bazaar Ramadhan' Di Marriot Putrajaya

Hi Korang, 

Kita sambung lagi citer buffet ramadan ni ek

Kali ni kak lily nak tunjukkan gambar-gambar makanan yang membuatkan korang akan teruja untuk makan, makan, dan makan hehehehhe


Zest Lifestyle Restaurant akan membawakan korang kepada perjalanan masakan kegemaran yang popular dari generasi ke generasi. Terdapat pelbagai hidangan tradisional dan istimewa yang pasti akan menggembirakan rasa lelah selepas hari puasa yang panjang. Antara menu-menu enak pada tahun ini ialah "Tujuh Kawah Wak Lan, Ikan Bakar Pasar Kinabalu, Satay Kajang, Rojak Rojak Segala Rojak, Hidangan Timur Tengah dan banyak lagi. 

Menu Tujuh Kawah Wak Lan









Itulah tujuh kawah makanan tempatan kita ermm ada lagi ni...









Terdapat banyak ‘LIVE’ Station pada buffet Ramadan kali ini yang di pertontonkan di bahagian ruang makan. 

Tempat makan durian oulls, tempat merokok kat belakang sana tuh hah

Terdapat juga persembahan pemuzik modern untuk menghiburkan para tetamu dan surau dan kawasan merokok yang luas di sediakan untuk kegunaan para tetamu 


Untuk buffet ‘Bazaar Ramadhan’ ni, ianya bermula dari 6hb Mei 2019 – 4hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

EARLY BIRD : RM100nett dewasa dan RM60nett (kanak-kanak 5-12 tahun) pembelian voucher dari sekarang hingga 5hb Mei 2019 

Harga Walk In : RM130nett dewasa dan RM80nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Marriot Putrajaya boleh hubungi di talian 03-8949 8888 ext 1013 / 1028 / 1029 ataupun boleh Whatsapp ke 012-3930172 

Pakej Bilik Dan Berbuka Puasa 2019 

Deluxe Room Single I Twin 
RM 503.90 nett per room per night 
(6 May - 4 June 2019) 

Pakej termasuklah: 

• 2 Days/ 1 Night stay in a Deluxe Room 
• Sahur Mini Buffet at Zest Lifestyle Restaurant 
• Buka Puasa Buffet at Zest Lifestyle Restaurant 
• Scheduled Shuttle to IOI City Mall. 

Jom kita ke: 

Zest Restaurant 
Marriot Putrajaya Hotel 
IOI Resort City 
Putrajaya 

Phone: +60 3 89498888 
Fax:+60 3 89498999 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook : 

Instagram :


Jangan lupa TAG dengan hashtag
#marriottputrajaya 
#bazaarramadhanmarriott 


Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa.



Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



Botaneco Garden Guardian ‘Selesaikan Masalah Rambut dan Kulit Korang’ Diinspirasikan daripada Alam Semula Jadi


Hi Korang,

Belum jumpa penyelesaian yang tepat untuk masalah rambut atau kulit anda? Mahukan formulasi yang diinspirasikan daripada alam semula jadi yang baik terhadap kulit, rambut dan alam sekitar? Botaneco Garden sedia membantu anda!

Botaneco Garden merupakan satu jenama penjagaan diri yang dikonsepkan, dibangun, dihasil dan boleh didapati secara eksklusif di Guardian. Ia mempunyai 57 produk yang terdiri daripada syampu, perapi, serum rambut, minyak rambut, rawatan rambut, buih mandian, skrub badan, body butter, krim badan, losyen badan, krim tangan serta rangkaian produk bayi.    

Produk kecantikan yang holistik ini diinspirasikan daripada kebaikan alam semula jadi dan diperbuat daripada adunan ramuan botanical yang inovatif dan sofistikated serta minyak yang disahkan eco. Semua produk Botaneco Garden diuji dan terbukti dari segi dermatologi, formulasinya dipastikan supaya bebas daripada bahan-bahan kimia spesifik yang berbahaya demi menawarkan penyelesaian kecantikan yang berasaskan daripada alam semula jadi.



Botaneco Garden mengikuti “trend” penjagaan diri global. Jadi, jenama ini memberi penekanan terhadap ramuan semula jadi kerana kandungan semula jadi dan organik sememangnya diterima baik terutama oleh pengguna lebih muda. Jenama ini menjadi perintis kepada formulasi ‘bebas daripada’ yang pastinya selari dengan mereka yang mengutamakan kesihatan dan menjalani gaya hidup aktif.

Penyelesaian Botaneco Garden sesuai untuk semua orang kecuali mereka yang mempunyai alahan dan memerlukan produk preskripsi khusus. “Sebab itulah kenapa kami yakin untuk menyatakan bahawa Botaneco Garden dapat menyelesaikan masalah anda,” Kata Pengurus Jenama, Jenama Kesihatan & Kecantikan Sendiri, Malaysia & Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn. Bhd., Michelle Yeap.



Terdapat lima kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi[1] dan Aloe Vera sebagai ramuan utama. Rangkaian Organic Argan and Olive Oil, rangkaian Trio Oil yang menggunakan Babassu Oil, Baobab Oil dan Chufa Oil yang eksotik dan terkini, rangkaian Organic Chia Seed Oil and Honey Extract. Terdapat juga rangkaian produk Botaneco Garden Baby yang menggunakan ekstrak chamomile organik dan “colloidal oatmeal” untuk penjagaan kulit bayi yang lembut.

Rangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Extract

Anda pasti sudah melihat kelebihan biji chia dan madu sebagai pelembab dalam Instagram. Botaneco Garden telah menformulasikan kebaikan ramuan-ramuan ini ke dalam satu rangkaian produk yang ideal untuk kulit dan rambut yang sangat kering. Ia diperkaya dengan minyak benih chia dari Jerman untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan kelembapan semula jadi rambut dan kulit. Manakala ekstrak madu organik dari Perancis pula menawarkan lapisan perlindungan untuk kulit dan rambut yang sihat.[2]

Dalam formulasi kosmetik, madu membantu melegakan dan memberi kesan perapi kepada rambut, memastikan kulit kekal muda serta memperbaiki kelihatan kedutan dan mengawal pH[3]. Sementara minyak benih Chia merupakan ramuan berusia berkurun lamanya yang telah digunakan semula ke dalam aplikasi kosmetik dan nurtisi pada hari ini[4]. Ia menawarkan perapian kulit dan mengembalikan asid lemak yang membantu mempercepatkan mekanisma baik pulih kulit, mengurangkan masalah kehilangan air trans epidermal dan kering ke atas semua jenis kulit[5].

Rangkaian penjagaan rambut Botaneco Garden Chia Seed Oil & Honey merangkumi Botaneco Garden Chia Seed Oil & Honey Shampoo, perapi dan minyak rambut yang ideal untuk rambut kering dan rosak kerana ia melembab dari dalam untuk rambut yang subur, lembut dan licin. Ia juga menambah baik keanjalan dan pengurusan rambut. Pada masa yang sama membantu mengembalikan rambut asal yang berkilat.

Rangkaian buih mandian dan badan Garden Chia Seed Oil and Honey termasuklah  cucian badan Botaneco Garden Chia Seed Oil and Honey, losyen badan dan krim tangan. Rangkaian mandian dan badan membantu melindungi serta menyegarkan kulit selepas seharian beraktiviti..  

Rangkaian Botaneco Garden Trio Oil  

Menggunakan 100% minyak yang disahkan eco – Minyak Babassu, Baobab dan Minyak Chufa untuk melembabkan. Setiap produk dalam rangkaian Botaneco Garden Trio Oil menampilkan lima bahan pelembab – tiga minyak utama dan dua lagi dipilih atas fungsi spesifik mereka untuk rambut dan kulit. Ini merupakan rangkaian produk paling besar yang dibahagikan kepada Smooth & Silky, Repair & Strengthen and Anti-Dandruff untuk rambut. Manakala Gentle Cleansing, Whitening, Moisturising, Refresh & Soothe, Soften & Moisturise and Relaxing pula untuk mandian dan penjagaan kulit.

Rangkaian Botaneco Garden Organic Argan & Virgin Olive Oil

Rangkaian produk premium ini menggunakan minyak argan yang digunakan secara tradisional di Morocco. Ia boleh ditemui di dalam banyak produk kecantikan mewah kerana ia kaya dengan pati asid lemak dan kandungan anti-oksidan. Apabila ditambah dengan Minyak Zaitun Dara, ia menawarkan Omega 6 & 9 kepada kulit dan rambut. Ramuan ini telah digunakan sejak berkurun lamanya sebagai pemangkin kecantikan tradisional. Ia boleh didapati dalam Moisturising and Nourishing, Replenishing, Smooth & Shiny, Radiant Exfoliating Bath dan Skin Repair Body Lotion.

Rangkaian Botaneco Garden Organic Inca Inchi & Aloe Vera

Diformulasikan dengan minyak Inca Inchi yang disahkan eco, ia membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Manakala Aloe Vera Leaf Juice melembab dan melegakan kulit. Ia digabungkan dengan dua pati minyak untuk memberikan manfaat yang terbaik.

Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal

Formulasi unik yang menggabungkan ekstrak Chamomile organik untuk melegakan kulit bayi yang lembut dengan “colloidal oatmeal” organik bagi membantu melindungi batasan kulit serta 100% minyak zaitun yang disahkan eco untuk melembabkan kulit. Ia boleh didapati sebagai mandian dari kepala hingga ke kaki (Head to Toe Wash), losyen badan (Body Lotion) dan krim wajah & badan (Facial & Body Cream).



“Kami dengar banyak kebimbangan tentang kondisi rambut dan kulit menerusi akaun Instagram kami, mybotanecogarden. Sebab itulah sepanjang April ini, Botaneco Garden akan menunjukkan bagaimana ia dapat membantu anda (got you covered) dengan cara memberikan cadangan penyelesaian untuk rambut dan kulit melalui akaun Instagram kami, mybotanecogarden.

“Bagi menghargai mereka yang ingin mendapatkan pandangan kami untuk produk yang lebih lembut dan berinspirasikan alam semula jadi, kami akan menghadiahkan produk Botaneco Garden yang memenuhi keperluan kepada 50 orang pemenang bertuah. Sila kunjungi laman Instagram kami untuk mengetahui bagaimana Botaneco Garden boleh menyelesaikan masalah anda,” kata Michelle Yeap.



[4] Oil of Chia, Jojoba Growers & Processors, Inc., Apache Junction, Arizona, 1990. - Ayerza (h), R. J Am Oil Chem Soc (1995) 72: 1079. https://doi.org/10.1007/BF02660727