Saturday, April 13, 2019

TOP TurboClean “Cabaran Sepantas Turbo”

Hi Korang,



TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia memperkenalkan TOP Turbo Clean pada tahun 2018, dengan tujuan membuktikan bahawa cucian penuh kuasa boleh didatangkan dalam pakej kompak. 


Pertandingan ini diinspirasikan oleh TOP TurboClean yang diperkenalkan pada penghujung tahun lalu untuk merevolusikan pengalaman dobi dengan membuktikan bahawa pembersihan berkuasa boleh datang dalam pakej padat seperti TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent yang memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat menerusi satu penutup kecil sahaja. 


33 finalis dikehendaki mencari barangan yang disembunyikan di setiap lorong membeli belah. Finalis diberikan masa selama 3 minit untuk menyelesaikan tugasan mereka, dan pemenang akan dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan menyelesaikan tugasan. 

Menurut Yew Joo Wei, Pengurus Jenama, Bahagian Produk Isi Rumah Southern Lion Sdn Bhd, TOP ‘Cabaran Sepantas Turbo’ digunakan sebagai pentas untuk mempamerkan TOP TurboClean yang telah menerima respon positif daripada pelanggan GIANT. 

“TOP terkenal dengan teknologi termajunya dan kami gembira kerana kami juga mempamerkan inovasi produk melalui persaingan yang menyeronokkan untuk para pembeli GIANT. Kepantasan sahaja tidak mencukupi jika tiada ketepatan, sama seperti penyampaian TOP TurboClean kepada pengguna Malaysia. Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak sedar bahawa masa yang mereka habiskan untuk mendobi. Ramai juga menyangka bahawa saiz besar adalah lebih baik dengan botol pencuci baju. TOP TurboClean mampu menjimatkan masa dan wang pengguna,” kata Cik Yew. 

Rekabentuk TOP TurboClean yang kompak nyata sepadan dengan formula ultra-pekat yang ada di dalamnya. TOP telah menghasilkan Enzim Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif. Jadi, pakaian penuh yang dibasuh dengan mode basuhan Quick Wash atau Speed Cycle dapat dibersihkan secara lebih berkesan, sama seperti pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci konvensional pada kitaran cucian penuh. 

Teknologi detergen inovatif ini membolehkan formula 5 kali lebih berkesan berbanding pencuci pakaian biasa yang menawarkan nilai kepada pengguna dalam bentuk kemudahan yang lebih besar. 

Boleh didapati dalam dua varian, anda boleh memilih wangian segar Power Fresh atau bau floral Power Bloom yang sensasi, boleh didapati di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada harga RM20.15 sebotol. Manakala pek isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek. 

Untuk megetahui dengan lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau telefon 1800-88-0133.



Friday, April 12, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 'Kampunglicious Ramadan' Di Palm Garden Hotel Putrajaya

Hi Korang,

Palm Garden Hotel membawa kembali Bufet KAMPUNGLICIOUS RAMADAN yang popular tahun ini dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019 


Mengetuai pasukan masakan, Eksekutif Sous Chef Radzi bin Yahya dan pasukannya menyediakan Masakan Kampung dari seluruh Malaysia dan beberapa pilihan Antarabangsa juga. Di antaranya Whole Roast Lamb, Satay Ayam dan Lembu; Kawah mempunyai kegemaran panas seperti Gulai Kambing Berkentang, Kari Kepala Ikan dan Sup Tulang Rawan dan pelbagai jenis menu lagi 










Hidangan kampung dari beberapa negeri di Malaysia seperti Tenggiri Asam Pedas, Stir fried Bamboo Clam with Salted Black Bean, Daging Kandar, Gulai Asam Tempoyak Ikan Siakap, Fried Chicken with Salted Egg and Curry leaf dan banyak lagi. 











Terdapat juga bufet buah Kurma dan Hidangan Pencuci mulut seperti Bread and Butter Pudding, Tapai Pulut, Popiah Madu Popiah, Sweet Porridges dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 80 jenis masakan dari pembuka selera hingga pencuci mulut setiap hari. 





Semasa bulan Ramadan, korang juga boleh menganjurkan bufet Ramadan peribadi ‘private’ serta sambutan Hari Raya di bilik dewan pelbagai saiz yang tersedia. 

Untuk buffet ‘Kampunglicious Ramadan’ ni, ianya bermula dari 6hb Mei 2019 – 4hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

EARLY BIRD : RM75nett dewasa dan RM45nett (kanak-kanak 5-12 tahun) pembelian voucher dari sekarang hingga 5hb Mei 2019 

Harga Walk In : RM98nett dewasa dan RM58nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Palm Garden Hotel Putrajaya boleh hubungi di talian 03- 8943 2233 atau 016 649 5101 atau 016 314 4101 

Pakej Ramadan 2 Raya Meeting 

Full day meeting at RM78.00nett untuk seorang, termasuklah: 
2 coffee breaks and 1 set lunch for peserta Non-Muslim 
1 dinner buffet at Aroi Dee for peserta Muslim 
Standard Meeting facilities 
Minimum of 20 persons required. 

Pakej Ramadan 2 Raya Room

Pennginapan semalam RM198.00nett untuk seorang, termasuklah: 
1 buka puasa buffet atau sahur for Muslim participants 
Perkhidmatan ulang-alik percuma ke IOI City Mall 

Jom kita ke :- 

Palm Garden Hotel 
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd) 
IOI Resort City 
62502 Putrajaya 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 


Laman Web: 

Facebook: 


Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 




Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

Thursday, April 11, 2019

Budak Buat LIVE Dapat Tajaan Kahwin RM500 RIBU!!

Hi Korang, 


Betul kata pepatah 'Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu'. Itu satu peribahasa yang boleh diberikan kepada gadis muda yang baru sahaja berusia 19 apabila majlis perkahwinan beliau mendapat tajaan bernilai RM500 ribu


Mesti korang tertanya-tanya siapakah gadis ini, adakah selebriti atau pernah mendapat anugerah?. 

Mesti ramai yang tetanya anak gadis bernama Siti Suriani atau nama glamor Siti Jamumall ni. Bagi pengusaha dan pengguna produk kosmetik atau produk-produk kesihatan dan fesyen dah sinonim dengan nama ini. Beliau adalah usahawan muda yang hanya pada mulanya suka-suka buat video dalam sosial media dan kini telah menjadi terkenal. Ini kerana niat mulia beliau membuat promosi produk usahawan lain secara ikhlas di sosial media sehingga viral kini dibalas semula. 

sedap sesangat, bertambah-tambah kak lily makan

Apabila ramai daripada pengusaha produk dan juga pemilik restoran atau makan mahu menjadi penaja kepada majlis perkahwinan beliau ini. Tajaan ini merangkumi daripada hari pre-wedding, majlis berinai, majlis pernikahan, majlis perkahwinan sehingga kepada pakej berbulan madu. 

Betul juga orang kata selalu kita nampak rezeki itu hanya dalam wang ringgit sahaja tapi sebenarnya tajaan majlis seperti ini juga adalah merupakan rezeki yang datang tanpa salah alamat. Of courselah kak lily excited kerana ahkak ko ini juga mendapat jemputan ke majlis Meraikan Cinta dua mempelai ini yang berlangsung pada 7 April 2019 lepas bertempat di Laman Kayangan Shah Alam



Bila masuk je ke dewan perkahwinan tu sendiri dah nampak gahnya majlis ini kerana semua cukup lengkap tersedia untuk meraikan raja sehari ini. Daripada pelamin dan dekorasi dewan yang ditaja khas oleh Wedding by Emma, siapa tak kenal selalu buat majlis perkahwinan artis-artis popular tanah air. Kemudian pula makanan yang sedap dalam tu juga semua mendapat tajaan. 

sama cantik sama padan

Memang yang menaja perkahwinan Siti dan Syafiq ni, ni kak lily senaraikan semua vendor yang sudi menaja untuk majlis yang meriah ini. 

1. VIP Menu dari Rumpun Selera 

2. Pelamin dan Hiasan Dewan dari Weddingbyemma 

3. Baju Pengantin dari Olia Jean Bridal Collection 

4. Grand Cake dari Mad About Cake 

5. Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty 

6. Jamu dari Seri Lady Empire Resources 

7. Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal 

8. Kain Pasang Diamond dari Irahsukri 

9. Telekung dari Pretty Aini 

10. Make-up Set dari Zacthira Navillionniza 

11. Skaf dari Scarf by Mehrun 

12. Printed Box dari Art Creation Printing 

13. Perfume dari Luxe Essencia Resources 

14. Package Honeymoon dari Arwarna Resort 

15. Rempah Ratus Mak Siti


Pulak tu untuk kelengkapan raja sehari ini daripada busana yang mewah dan elegen pada hari persandingan ini ditaja daripada Dlia Jean Bridal Collection manakala kek yang tinggi melampai korang nampak tu juga ditaja oleh Mad About Cake (M.A.C). Memang murah betul rezeki Siti ni kan 

Pasemboq Penang daripada Jocker Cendolz

Ais Krim Viral

Khairul Ais Krim

Mee Kari Kriuk Kriuk dari Chef Nar Kitchen

satay daripada Satay Ros

Laksa Johor

Icely Aiskrim Potong

Apam Balik daripada The Vaggiess


Sangat-sangat kenyang tuh kak lily makan sebab semuanya sedap-sedap belaka daripada beberapa penaja makanan majlis terebut. Di antaranya adalah Apam Balik daripada The Vaggiess, Pasemboq Penang daripada Jocker Cendolz, Otak-otak daripada Fadli, satay daripada Satay Ros, Mee Kari Kriuk Kriuk dari Chef Nar Kitchen dan banyak lagi. Dalam tu pula ada banyak booth airkrim antaranya aiskrim potong daripada Icely Aiskrim Potong, booth Khairul Aiskrim dan booth AA Ice Cream

Sessi interview bersama Siti dan Syafiq, sedih dengar citer dia tau. Dia berusaha dari bawah hingga ke hari ni hasilnya menakjubkan

Kalau korang nak tengok gambar-gambar menarik sepanjang berlangsungnya kemeriahan majlis perkahwinan yang grand ni boleh layari laman Facebook Jamumall.com. Sebab Siti Jamumall ni dulu menjadi promoter atau host untuk produk-produk dalam Jamumall.com ini. Ramai selebriti dah mengunakan perkhidmatan Siti Jamumall ni antaranya Che Ta, Faizal ismail, Shuib, Sarah Raisudin, Sherry Ibrahim, Shahrul Ridzuan dan Lana Nordin.

Kak lily ucapkan selamat pengantin baru kepada Siti Jamumall dan pasangannya Syafiq yang juga sama muda ni moga terus kekal melayari bahtera rumah tangga dengan aman dan bahagia. Moga dikurniakan cahaya mata yang comel dan soleh. Juga terus berjaya dalam kerjaya yang beliau ceburi sekarang ini. 

Selamat Pengantin Baru Siti dan Syafiq