Friday, April 5, 2019

Koleksi ADRYSSA ATELIER X SERINA, Rekaan Esklusif Untuk wanita ’PLUS SIZE‘ Di Luar Sana

Hi Korang, 


Bila dah dekat nak puasa ni secara automatik dah fikir untuk persiapan raya kan hehehhe. 

Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak puasa balik hehehe eh puasa dah ganti ke tuh.. So yang mana-mana duk usha-usha baju raya untuk 2019 ni, nak kak lily kongsikan koleksi baju raya dari Ardyssa Atelier yang cantik menawan ni. 


Minggu lepas kak lily dan beberapa orang bloggers berkesempatan ke majlis memperkenalkan koleksi pakaian bersempena Lebaran 2019 dari Adryssa Atelier X Serina RTW. Wow hebat sungguh kolaborasinya dengan selebriti terkenal tanah air iaitu Serina Rezduan, paling best rekaan ni dikhususkan kepada wanita yang berbadan ‘plus size’ di luar sana dan kak lily salah sorang daripadanya tau. 

Eh apa nak malu untuk mengaku kita ni wanita ’plus size‘ kan, walaupun comey tapi sihat ye. 

Bila kak lily lihat koleksi-koleksi ini pada mulanya terus membuatkan kak lily jatuh cinta kerana keindahan pakaian yang ditampilkan terutama dari segi rekaan dan fabrik sangat unik dan lain daripada yang lain, meletakkan jenama fesyen ini setaraf dengan jenama gah yang sedia ada di pasaran. 

Kebanyakan koleksi dari Adryssa Atelier diinpirasikan daripada baju melayu tradisional. Biasalah hari raya ni, baju kurung memang akan tetap menjadi pilihan ramai kerana keselesaannya pabila di pakai pada hari raya. Maklumlah dengan nak berjalan beraya sana sini, kita memerlukan sesuatu yang ringkas dan selesa di pakai dan tampak cantik.


Inilah dia pemilik jenama Adryssa Atelier iaitu Encik Norman Anwar. Beliau orang kuat dalam setiap rekaan fesyen, pemilihan fabrik dan juga aksesori hiasan di atas pakaian. Seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu. 

Sepatah dua kata dari Serina Redzuan


Ini merupakan hasrat Serina yang inginkan lebih banyak pilihan pakaian 'ready-to-wear' untuk mereka yang bersaiz besar XL sehinggalah 4XL. Kolaborasi antara pihak Adryssa dan Serina akhirnya dapat menghasilkan koleksi pakaian yang cukup menarik, 'up-to-date' dan paling penting ianya ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan. 

Ok ni kak lily perkenalkan 5 koleksi terbaik dari Adryssa Atelier X Serina RTW iaitu:- 

  • Sakura Fall
  • Andalusia
  • Warisan
  • Azalea & Eridalea
  • Adryssa Luxe 


Setiap koleksi tersedia eksklusif hanya 14 pasang sahaja dan bermula dari saiz S ke 4XL. Kebanyakan harga pakaian adalah bermula dari RM439 sepasang. 

Koleksi Sakura Fall 

Koleksi ini adalah inspirasi daripada fesyen Asia dan Timur. Ini terutama kita dapat lihat kebanyakan adalah potongan kurung moden dan juga terdapat rekaan leher seperti pakaian cheongsam. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik yang boleh kita pilih. Harga setiap koleksi pakaian ini adalah diantara RM199 sehingga RM439.







Sangat lembuk fabriknya dan sebenarnya jika kita menggayakan pakaian ini sudah tidak perlu dipadankan dengan apa-apa aksesori kerana corak di pakaian sudah menyerlah pemakaian si pemakai. 

Koleksi Andalusia 

Koleksi ini adalah inspirasi daripada artifak dari kesenian Islam negara Sepanyol sewaktu zaman kerajaan Moor. Dengan menampilkan rekaan baju bersama taburan manik dan labuci yang diimport khas dari luar negara.





Ianya juga adalah hasil buatan tangan yang direka dari inspirasi keindahan Kota Alhambra. Harga adalah bermula dari RM439 sehingga RM599 

Koleksi Warisan 

Untuk koleksi Warisan, rekaan bajunya lebih kepada klasik seperti potongan pesak gantung. Terdapat 7 warna ditawarkan dan untuk setiap satu warna hanya 12 helai sahaja. Jadi ianya memang esklusif. Harga yang ditawarkan untuk setiap pakaian adalah RM439.






Sejuk mata memandang. Begitu manis dan santun dalam berpakaian. Memang ciri-ciri wanita melayu menjadi idaman. 

Koleksi Azalea dan Eridalea 

Koleksi istimewa yang dibawakan oleh pemilik dan pereka fesyen di Adryssa Atelier. Kurung moden dengan perincian sulaman bunga dan manik di fabrik. Manik yang digunakan lebih berkualiti dan mahal.




Memang cantik bila digayakan terutama di hari raya! Harga yang ditawarkan adalah diantara RM439 sehingga RM699. 

Koleksi Adryssa Luxe 

Ini merupakan koleksi esklusif yang sesuai untuk majlis formal dan keraian tertentu. Setiap perincian di kain adalah manik dan 'feathers'. Untuk menghasilkan setial pakaian didalam koleksi ini sebenarnya memang mengambil masa yang agak lama.





Ini kerana perincian bukan hanya kepada pemilihan manik, bahkan tekstur dan pemilihan warna manik harus menepati aan bersesuaian dengan gabungan warna latar fabrik. Ini bagi memberi impak seri kilauan manik yang mampu menaikkan seri pada wajah pemakai.

Untuk koleksi ini kita boleh beli mahupun sewa. 


Harga adalah bermula dari RM1200 ianya bergantung kepada rekaan pakaian. Dan kita boleh membuat ukuran khas untuk mendapatkan potongan yang tepat dalam setiap busana yang dipilih. 

Sepanjang acara pertunjukan fesyen, kami bukan hanya dapat mencuci mata melihat rekaan pakaian terkini dari Adryssa bahkan kami juga telah dihiburkan dengan nyanyian secara live oleh 3 penyanyi jemputan yang hebat.


Penyanyi Ezlynn yang juga merupakan salah seorang rakan baik Serina turut hadir sebagai tetamu jemputan dan beliau juga berbesar hati menyampaikan lagu terbarunya iaitu Goyang. Kemantapan vokal tidak dapat dipertikaikan lagi dan penyanyi genit bersuara lantang ini telah membuat persembahan pembukaan.


Kenalkan Laila Sania yang baru berusia 17 tahun. Saya memang nampak potensi adik ini kerana beliau berjaya membawakan 3 buah lagu dengan baik. Sangat terhibur dengan persembahan dan Laila Sania antara pelapis penyanyi muda yang bakal mewarnai industri seni tanah air.


Finally persembahan yang sangat dinantikan oleh semua iaitu nyanyian dari Sharifah Zarina. Menyampaikan lagu Langit Ke Tujuh, lagu yang cukup 'legend' pastinya sangat ditunggu oleh tetamu yang hadir. Seperti Ezlynn, Puan Sharifah Zarina juga antara artis yang begitu rapat dengan Serina Redzuan. Kiranya mereka hadir ke majlis ini selain untuk menghiburkan tetamu ianya juga sebagai tanda sokongan kepada rakan baik mereka sendiri.


Ini hanyalah sebahagian koleksi yang sempat kak lily kongsikan bersama korang. Ada banyak lagi pilihan koleksi dengan pelbagai warna yang boleh dipilih. Paling penting ianya adalah rekaan esklusif yang hanya menawarkan 14 helai sahaja untuk setiap rekaan. Dan saiznya bermula dari saiz S sehinggalah 4XL.

Cantikkan baju yang Serina pakai ni, sesuai nak pi beraya nanti

Untuk tempahan dan pembelian pakaian ianya akan mengambil masa 3 hari bekerja kecuali untuk koleksi Adryssa Luxe yang memerlukan tempoh masa 3 minggu. Ini adalah disebabkan kerja pengukuran, jahitan manik untuk koleksi ini mengambil masa agak lama kerana ianya memerlukan kerja jahitan yang lebih terperinci. 50% bayaran deposit dikenakan untuk tempahan ini. 

Untuk melihat koleksi menarik boleh juga layari di:-

Lawati ke butik dengan temujanji:-

Perles et Plumes Sdn. Bhd.
C-05-13, Colonial Loft, Empire City,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana 


Untuk pembelian dan pertanyaan boleh juga terus hubungi ke no telefon dibawah ya! 


So yang mana satu pilihan korang ye ermmm 

Semuanya cantik cantik belaka kan hehehhehe seriously rasanya cam nak beli je semua untuk pakai sepanjang bulan raya tuh nanti ek huahauhauhauahua



Thursday, April 4, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 'Sajian Tradisi Zaman ke Zaman' Di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Hi Korang, 


Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian bufet iftar yang bercirikan tradisional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk. Pada tahun ini, konsep makanan trasidisional masih dikekalkan malah diwarna warnikan lagi dengan selera terkini mengikut zaman ke zaman. 



Kali ini lokasi bufet iftar akan berada di Tingkat 4, Atrium sehinggalah ke kolam renang dan juga Restoran Zende, di aras lobi. 


Para pengunjung yang menantikan bufet iftar di Seri Pacific Hotel pasti tidak akan kecewa dengan 'Sajian Tradisi Zaman ke Zaman' yang disediakan khas oleh barisan chef yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur iaitu gandingan kerjasama pasukan mantap yang diketuai oleh Chef Eksekutif Steven G. dan Chef Saad daripada dapur sajian Melayu. 








Sesuai dengan nama yang diberi, 'Sajian Tradisi Zaman ke Zaman' menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri-negeri di Malaysia (termasuk Wilayah Persekutuan) bermula dari Utara, Selatan, Timur hinggalah ke Barat Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga juadah-juadah kesukaan masyarakat majmuk di Malaysia seperti makanan ala barat, Jepun, Cina dan India. 







Antara yang menarik adalah Sup Gear Box "Power" dan Sup Ekor Bakar, Kambing Bakar Abang Burn, Warong Mee Padang Tembak, Shell In Pantai Remis, Nasi Daun Pisang Uncle Chandra, Hinava Ginapan (Sarawak) dan Umai lkan Merah (Sabah). Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur mempamerkan Sajian Tradisi Zaman ke Zaman dengan konsep gerai-gerai yang beratapkan nipah untuk menyerlahkan lagi suasana kampung. 





Sejak berzaman lagi Hotel Seri Pacific memang terkenal dengan sajian iftar yang pasti dapat memuaskan hati para pengunjung yang bertandang. Bermula dengan pembuka selera, halaman ulam-ulaman, pelbagai jeruk dan hidangan utama berdasarkan makanan tradisi negeri-negeri di Malaysia. 




Pengunjung juga boleh mencuba pizza, pasta dan sushi. Bagi yang menggemari hidangan manis, bolehlah mencuba pelbagai jenis manisan serperti aneka kuih Melayu, agar-agar, pelbagai kek, buah-buahan dan bubur manis pelbagai perasa. 

Harga Bufet Sajian Tradisi Zaman ke Zaman: 

Pembelian voucher sebelum 15hb April 2019 

RM 90 bersih untuk dewasa, 

RM 45 bersih untuk kanak-kanak (5-12 tahun 


Pembelian voucher selepas 15hb April 2019 

RM 120 bersih untuk dewasa 

RM 60 bersih untuk kanak-kanak (5-12 tahun) 


Para pengunjung tidak perlu risau untuk tergesa-gesa meninggalkan bufet iftar di bulan Ramadhan kelak kerana pihak hotel ada menyediakan surau untuk menunaikan sholat Maghrib dan lsyak. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, di www.seripacifichotel.com dan panggilan telefon ke +603-4042 5555. 

Jom kite ke : 

Seri Pacific Hotel 
Jalan Putra 
50350, Kuala Lumpur 
Tel : +603-4042-5555
Email : resv@seripacific.com






Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website :

Facebook : 

Instagram :





Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



Promosi Buffet Ramadan 2019 'Warna Warni Ramadan' Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Sempena Ramadan yang bakal tiba tahun ini, Grand Bluewave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan semua tetamu untuk berbuka puasa di Bufet Ramadan kami yang penuh warna, iaitu Warna Warni Ramadan 1440H. Berkonsepkan ‘Bazar Malaysia Kini’ dan ‘Ala Kampung’, chef-chef kami menyediakan pelbagai menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa. 


Terdapat lebih 100 jenis pilihan menu yang berbeza di bufet iftar ini. Antaranya, masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain. Selain itu, gerai berkonsepkan bazar turut diletakkan di sekeliling lobi hotel yang mengetengahkan tema tertentu seperti gerai briyani, gerai masakan India, gerai Tandoori, gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai ‘grill and carving’ serta Cita Rasa Negeri. 


Di gerai ‘grill and carving’, tetamu boleh mencuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap. 









Tetamu juga boleh mencuba masakan di gerai ‘Cita Rasa Negeri’ di mana kami menyediakan pelbagai hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan menariknya, jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan adalah mee udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak) Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan bermacam-macam lagi. 



Mengikuti trend media sosial, tumpuan buffet Ramadan kali ini ialah menu ‘Viral’ yang hangat diperkatakan dalam dunia media social seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa. 





Berbuka puasa juga tidak lengkap tanpa minuman segar setelah berpuasa sepanjang hari. Oleh itu, aneka pilihan minuman disediakan untuk para tetamu seperti air buah naga, air soya, jus buah, air tebu dan berbagai pilihan teh dan kopi berkualiti tinggi. 

Selain daripada suasana bazar yang pastinya menaikkan selera, tetamu semestinya harus mencuba aneka pilihan pemanis mulut untuk melengkapkan keseronokan berbuka puasa. Antara pilihannya termasuklah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega, sago gula Melaka dan banyak lagi. 


Harga buffet ramadhan “Warna Warni Ramadan 1440H” adalah:

RM138+ bagi dewasa 

RM70+ bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun) 

RM148+ bagi bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum


Ada lagi, 

Untuk EARLY BIRD pula (tempahan sebelum 6hb Mei 2019) 

RM95+ bagi 10 orang ke atas

RM100+ bagi 10 orang ke atas ke bawah

Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet, harga ditawarkan ialah bermula dari RM75.00+ dengan minimum 100 orang. Promosi ini khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan bankuet yang berada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. 

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami. Pada bulan mulia ini juga, GBWHSA akan menjalankan projek amal bagi anak-anak yatim 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran kami di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com

Jom kita ke 

Restoran Royal Songket 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 



Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.