Thursday, April 4, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 'Warna Warni Ramadan' Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Sempena Ramadan yang bakal tiba tahun ini, Grand Bluewave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan semua tetamu untuk berbuka puasa di Bufet Ramadan kami yang penuh warna, iaitu Warna Warni Ramadan 1440H. Berkonsepkan ‘Bazar Malaysia Kini’ dan ‘Ala Kampung’, chef-chef kami menyediakan pelbagai menu juadah Malaysia serta pilihan menu antarabangsa. 


Terdapat lebih 100 jenis pilihan menu yang berbeza di bufet iftar ini. Antaranya, masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan pelbagai pilihan lain. Selain itu, gerai berkonsepkan bazar turut diletakkan di sekeliling lobi hotel yang mengetengahkan tema tertentu seperti gerai briyani, gerai masakan India, gerai Tandoori, gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai ‘grill and carving’ serta Cita Rasa Negeri. 


Di gerai ‘grill and carving’, tetamu boleh mencuba masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap. 









Tetamu juga boleh mencuba masakan di gerai ‘Cita Rasa Negeri’ di mana kami menyediakan pelbagai hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan menariknya, jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan adalah mee udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak) Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan bermacam-macam lagi. 



Mengikuti trend media sosial, tumpuan buffet Ramadan kali ini ialah menu ‘Viral’ yang hangat diperkatakan dalam dunia media social seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa. 





Berbuka puasa juga tidak lengkap tanpa minuman segar setelah berpuasa sepanjang hari. Oleh itu, aneka pilihan minuman disediakan untuk para tetamu seperti air buah naga, air soya, jus buah, air tebu dan berbagai pilihan teh dan kopi berkualiti tinggi. 

Selain daripada suasana bazar yang pastinya menaikkan selera, tetamu semestinya harus mencuba aneka pilihan pemanis mulut untuk melengkapkan keseronokan berbuka puasa. Antara pilihannya termasuklah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega, sago gula Melaka dan banyak lagi. 


Harga buffet ramadhan “Warna Warni Ramadan 1440H” adalah:

RM138+ bagi dewasa 

RM70+ bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun) 

RM148+ bagi bagi 1 dewasa dan 1 kanak-kanak pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum


Ada lagi, 

Untuk EARLY BIRD pula (tempahan sebelum 6hb Mei 2019) 

RM95+ bagi 10 orang ke atas

RM100+ bagi 10 orang ke atas ke bawah

Untuk tempahan majlis berbuka di dewan bankuet, harga ditawarkan ialah bermula dari RM75.00+ dengan minimum 100 orang. Promosi ini khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan bankuet yang berada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. 

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami. Pada bulan mulia ini juga, GBWHSA akan menjalankan projek amal bagi anak-anak yatim 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran kami di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com

Jom kita ke 

Restoran Royal Songket 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 



Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.






Wednesday, April 3, 2019

Master Pasto Spaghetti Ready-To-Eat Tak Sampai 3 Minit Dah Boleh Makan

Hi Korang, 

Bila kat opis ni kak lily memang malas nak kuar lunch. 

Kekadang tuh tapau siap-siap dari pagi then time lunch panaskan je dan kalau malam sebelumnya kak lily masak so kita bawak bekal jelah. Bukan apa, opis kak lily ni tempat makannya jauh kena jalan kaki ke bangunan sebelah kalau tak pun kena kuar plak. 

Memang sangat buang masa dan buang minyak dan buang duit toll sungguhlah kan. 

Kebetulan pulak nampak kat Facebook ada orang duk jual instant food ni so apa lagi kita pun try lah kan. 


Inilah dia Master Pasto Ready To Eat 

Beli secara online je hah senang, so far kak lily tak nampak lagi di pasaran hypermarket ni kann ermm bila dah ramai orang kenal lah ada lah tuh. 

Ianya adalah produk makanan buatan Malaysia dari Lioco Food Industries Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulau Pinang. Yang best tuh, walaupun makan seberapa banyak pun, ianya di kategori sebagai produk sihat tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG. dan yang penting Halal wokeh. That's why I like it!! 

Walaupun tiada bahan pengawet dan MSG tapi masih dapat rasa kesedapan spaghetti dan kuahnya tau 


Ada 3 pilihan hidangan spaghetti iaitu Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Aglio Olio with Chicken dan juga Spaghetti Mushroom Cream Sauce. Wah terus mendatangkan rasa lapar ni kan hehehhehe 

Kak lily beli then letak di opis je senang kan sebab dia hanya di panaskan menggunakan microwave dan air mendidih je kalau di rumah. Of courselah kak lily guna microwave dah itu jer yang ada di opis kan hehehhe 

Cara menyediakan Master Pasto menggunakan microwave:- 




1) Buka kedua-dua pek spagethi dan kuahnya dan letakkan di dalam mangkuk tahan microwave. 



2) Panaskan di dalam microwave selama 1 minit saja 


3) Keluarkan dan terus ngapp jelah kan hehhe 

Kalau dapat tambah cheese ke bakon ke lagi awesome kann heheh tapi ni kat opis so makanlah apa aje yang hado 

Senang dan jimat masa dan yang penting tak perlu nak pening-pening cari makan kat luar. 


Antara tiga pilihan ni of courselah kak lily suka Spaghetti Mushroom Cream Sauce sebab ianya lemak berkrim, cukup segala bahan-bahannya dan rasanya enak betul. Cukup sekotak ni untuk hidangan tengahari kak lily, mana boleh makan banyak-banyak sekarang ni kan. 

Harga untuk satu kotak lebih kurang RM7.90 sahaja tapi kalau nak lagi murah korang beli bundle banyak boleh simpan tahan lama produk ni. Boleh dapatkan produk Master Pasto ni secara online atau pun di social media ye, nanti kak lily sharekan lah tau. 


Untuk si kaki travel, bagus korang dapatkan produk ni ek. Senang nak dibawa kemana saja takdelah ikat perut sebab tak boleh nak makan masa travel kan 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Laman web: 

Instagram: 

Facebook: 




Tuesday, April 2, 2019

TOHTONKU Anjurkan 'Super Brand Day' Pertamanya Di SHOPEE

Hi Korang,


Tohtonku Sdn Bhd memulakan perniagaan pada 1964 di mana produknya dijual dari pintu ke pintu oleh pasukan jualannya. Meskipun ramai antara kita yang mungkin tidak berminat dengan kerja menekan loceng pintu dari rumah ke rumah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, konsep jualan itu terbukti berjaya. Disertakan dengan pengiklanan yang berkesan, tidak lama kemudian pelabur-pelabur antarabangsa mula datang mengetuk pintunya, dengan niat untuk meluaskan perniagaan ke pasaran Malaysia. 

Lima puluh lima tahun kemudian, Tohtonku berkembang dari sebuah jenama keperluan rumah kepada sebuah syarikat antarabangsa yang bertapak di seluruh Jepun, Timur Tengah, China, Hong Kong, Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Kini, syarikat ini mempunyai lebih daripada 15 jenama utama di bawah rangkaian produknya termasuk Ammeltz YokoYoko, Kool Fever, NUTOX, Nanowhite, Follow Me, Ubermen, Silkpro, Can Can, King Kong. Untuk mengikuti perkembangan zaman dan mencapai lebih ramai pengguna yang tidak dapat didekati disebabkan oleh sekatan geografi, Tohtonku memasuki ruang peruncitan digital sebagai usaha untuk terus membantu membolehkan lelaki dan wanita tampak yakin dan merasa yakin dengan diri mereka sendiri.


Untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan setia yang tidak berbelah bahagi selama ini, Tohtonku menganjurkan Super Brand Day pertamanya di Shopee, platform e-dagang yang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Kempen yang berlangsung dari 1 hingga 7 April ini menawarkan diskaun sehingga 50% ke atas produk dari pelbagai jenama termasuk produk paling laris seperti Follow Me Anti-Bacterial Body Wash, Ubermen Hairstyling Wax, NUTOX Advanced Serum Concentrate, dan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Terdapat juga jumlah baucar menarik bernilai RM150,000 yang ditawarkan untuk rebutan dan Shocking Sale harian dengan diskaun sehingga 50%.


Sempena kempen tujuh hari ini, Tohtonku Super Brand Day menawarkan Nanowhite Beauty Set dan NUTOX Anti-Ageing Beauty Set esklusif, mengandungi produk keperluan penjagaan kulit yang boleh dibeli oleh pelanggan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan dengan penjimatan sehingga 30%.


Selain itu, peraduan Spend and Win akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang mempunyai perbelanjaan yang paling tinggi sepanjang kempen ini dengan menawarkan hadiah hebat. Dalam permainan dalam aplikasi Shopee yang dinamakan Shopee Slice, pengguna boleh ‘menghiris’ produk Tohtonku untuk mengumpul mata bagi membolehkan mereka memenangi jumlah Shopee Coins bernilai RM500,000 dan jumlah baucar Shopee bernilai sehingga RM10,000. Ini adalah cara interaktif yang menyeronokkan untuk menambah baik pengalaman membeli-belah para pembeli.


Permainan interaktif Shopee Slice yang menyeronokkan untuk menambah baik pengalaman membeli-belah pelanggan. 

Tohtonku Super Brand Day pada 4 April 2019 menawarkan tawaran istimewa sepanjang hari termasuk baucar diskaun sehingga 30%, dengan penghantaran percuma bagi pembelian minimum RM20 antara 3pm dan 6pm. 

“Tohtonku Super Brand Day adalah satu daripada inisiatif kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesetiaan dan sokongan mereka kepada syarikat dan pelbagai jenamanya selama lebih 50 tahun. Dengan kempen yang diadakan sepanjang tujuh hari ini, pelanggan boleh memanfaatkan pelbagai tawaran hebat untuk menjadikan pengalaman membeli-belah mereka lebih menyeronokkan. Justeru, kami menjangkakan pesanan yang meningkat dan kami bersedia untuk memenuhi permintaan. Memandangkan angka muat turun Shopee mencecah 16 juta, kami dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia dan memberikan lebih nilai untuk wang Ringgit mereka apabila mereka membeli produk kami. Menerusi Shopee, kami akan dapat menjamin kepuasan pelanggan dan mengekalkan piawaian tinggi perkhidmatan dan kepuasan yang menjadi kebanggaan kami sebagai satu jenama. Super Brand Day kami bersama Shopee ternyata merupakan inisiatif digital kami yang terbaik setakat ini,” kata Jasper Lim, Pengarah Eksekutif, Tohtonku Sdn Bhd.


Tohtonku Super Brand Day juga merupakan sebahagian daripada sambutan Shopee Brands Festival di mana pengguna Shopee dapat menikmati Bonus Voucher Days pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat, mendapat dua kali ganda Shopee Coins pada hari Selasa dan Khamis, dan mendapat penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM20 pada hujung minggu mulai sekarang hingga 24 April apabila mereka membeli daripada jenama-jenama yang terdapat di Shopee Mall. 

Untuk maklumat lanjut, sila ke https://shopee.com.my/m/super-brand-day