Tuesday, April 2, 2019

TOHTONKU Anjurkan 'Super Brand Day' Pertamanya Di SHOPEE

Hi Korang,


Tohtonku Sdn Bhd memulakan perniagaan pada 1964 di mana produknya dijual dari pintu ke pintu oleh pasukan jualannya. Meskipun ramai antara kita yang mungkin tidak berminat dengan kerja menekan loceng pintu dari rumah ke rumah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, konsep jualan itu terbukti berjaya. Disertakan dengan pengiklanan yang berkesan, tidak lama kemudian pelabur-pelabur antarabangsa mula datang mengetuk pintunya, dengan niat untuk meluaskan perniagaan ke pasaran Malaysia. 

Lima puluh lima tahun kemudian, Tohtonku berkembang dari sebuah jenama keperluan rumah kepada sebuah syarikat antarabangsa yang bertapak di seluruh Jepun, Timur Tengah, China, Hong Kong, Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Kini, syarikat ini mempunyai lebih daripada 15 jenama utama di bawah rangkaian produknya termasuk Ammeltz YokoYoko, Kool Fever, NUTOX, Nanowhite, Follow Me, Ubermen, Silkpro, Can Can, King Kong. Untuk mengikuti perkembangan zaman dan mencapai lebih ramai pengguna yang tidak dapat didekati disebabkan oleh sekatan geografi, Tohtonku memasuki ruang peruncitan digital sebagai usaha untuk terus membantu membolehkan lelaki dan wanita tampak yakin dan merasa yakin dengan diri mereka sendiri.


Untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan setia yang tidak berbelah bahagi selama ini, Tohtonku menganjurkan Super Brand Day pertamanya di Shopee, platform e-dagang yang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Kempen yang berlangsung dari 1 hingga 7 April ini menawarkan diskaun sehingga 50% ke atas produk dari pelbagai jenama termasuk produk paling laris seperti Follow Me Anti-Bacterial Body Wash, Ubermen Hairstyling Wax, NUTOX Advanced Serum Concentrate, dan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Terdapat juga jumlah baucar menarik bernilai RM150,000 yang ditawarkan untuk rebutan dan Shocking Sale harian dengan diskaun sehingga 50%.


Sempena kempen tujuh hari ini, Tohtonku Super Brand Day menawarkan Nanowhite Beauty Set dan NUTOX Anti-Ageing Beauty Set esklusif, mengandungi produk keperluan penjagaan kulit yang boleh dibeli oleh pelanggan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan dengan penjimatan sehingga 30%.


Selain itu, peraduan Spend and Win akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang mempunyai perbelanjaan yang paling tinggi sepanjang kempen ini dengan menawarkan hadiah hebat. Dalam permainan dalam aplikasi Shopee yang dinamakan Shopee Slice, pengguna boleh ‘menghiris’ produk Tohtonku untuk mengumpul mata bagi membolehkan mereka memenangi jumlah Shopee Coins bernilai RM500,000 dan jumlah baucar Shopee bernilai sehingga RM10,000. Ini adalah cara interaktif yang menyeronokkan untuk menambah baik pengalaman membeli-belah para pembeli.


Permainan interaktif Shopee Slice yang menyeronokkan untuk menambah baik pengalaman membeli-belah pelanggan. 

Tohtonku Super Brand Day pada 4 April 2019 menawarkan tawaran istimewa sepanjang hari termasuk baucar diskaun sehingga 30%, dengan penghantaran percuma bagi pembelian minimum RM20 antara 3pm dan 6pm. 

“Tohtonku Super Brand Day adalah satu daripada inisiatif kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesetiaan dan sokongan mereka kepada syarikat dan pelbagai jenamanya selama lebih 50 tahun. Dengan kempen yang diadakan sepanjang tujuh hari ini, pelanggan boleh memanfaatkan pelbagai tawaran hebat untuk menjadikan pengalaman membeli-belah mereka lebih menyeronokkan. Justeru, kami menjangkakan pesanan yang meningkat dan kami bersedia untuk memenuhi permintaan. Memandangkan angka muat turun Shopee mencecah 16 juta, kami dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia dan memberikan lebih nilai untuk wang Ringgit mereka apabila mereka membeli produk kami. Menerusi Shopee, kami akan dapat menjamin kepuasan pelanggan dan mengekalkan piawaian tinggi perkhidmatan dan kepuasan yang menjadi kebanggaan kami sebagai satu jenama. Super Brand Day kami bersama Shopee ternyata merupakan inisiatif digital kami yang terbaik setakat ini,” kata Jasper Lim, Pengarah Eksekutif, Tohtonku Sdn Bhd.


Tohtonku Super Brand Day juga merupakan sebahagian daripada sambutan Shopee Brands Festival di mana pengguna Shopee dapat menikmati Bonus Voucher Days pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat, mendapat dua kali ganda Shopee Coins pada hari Selasa dan Khamis, dan mendapat penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM20 pada hujung minggu mulai sekarang hingga 24 April apabila mereka membeli daripada jenama-jenama yang terdapat di Shopee Mall. 

Untuk maklumat lanjut, sila ke https://shopee.com.my/m/super-brand-day



Monday, April 1, 2019

Minum EASY123 Untuk Cantik Dan sihat Serta Kurussss

Hi Korang, 


Kalau ade citer yang kurus-kurus mesti korang excited kan hehehhe 

Kak lily pun tau pantang dengar, mesti nak cuba. Kalau bagus kak lily jadikan amalan dah kalau tak de effect apa-apa pun tak perlah kita cuba lagi yeahhh… usaha tangga kejayaan. 

wah mesti kene cuba ni kan

Selain daripada bersenam ringan kat rumah ke kat opis ke, kak lily memang perlukan minuman kesihatan sebegini. Bukan apa, selain untuk nampak kurus tetap jugalah kak lily nak jadi kesihatan kan korang ni pun, penting tuh kalau tak sihat camno nak kuruskan hehehhe 

Produk Easy 123 Phytonutrients ni kengkawan kak lily yang rekemenlah, siapo laie kan.


Untuk pengetahuan korang, produk easy123 ni sudah berada di pasaran sejak 10 tahun dahulu lagi. Sudah mempunyai pengguna yang tegar dan ramai yang mencuba terus konsisten mengambil minuman berkhasiat ini. Ramuan utamanya adalah 20 bahan premium termasuklah superfruits yang mampu memberi banyak kelebihan dalam penjagaan kesihatan badan. Antaranya seperti Maqui Beri, Goji Beri, Manggis, Blueberi, Rasberi, Anggur, Strawberi, Lemon, Fiber Epal, Acaccium Gum (Fibregum Tan), Beet Root, Enzim betik, Buah Arhat ‘Luo Han Guo’ dan pelbagai lagi. 

Phytonutrients adalah sebatian bioaktif semulajadi (karotenoid, flavonoid, isoflavon dan lain-lain) yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membawa manfaat kesihatan yang besar. 

kyushuk plak kak lily dengar penerangan dari Jeffrey ni hah

Dengan ramuan yang terdapat dalam produk Easy123 ini dapat memainkan 3 fungsi yang utama iaitu:- 

Detoks 

Proses mendetoks bahan yang tidak diperlukan oleh badan sangat penting. Kalau tak membuang memang masalahlah badan kita ni. Yelah kita kan makan macam-macam setiap hari tak kiralah yang elok ke yang sihat ke tak kan. Jadi salah satu peranan Easy123 ini ialah untuk keluarkan bahan yang tidak sepatutnya kekal didalam badan seperti lemak. Ini adalah menerusi ramuan hi-fiber seperti fiber-sol, fiber epal dan fiber oat yang cukup popular sebagai agen detoks. 

Restore (Pemulihan) 

Disebabkan ramuan utama didalam easy123 ini adalah kaya dengan 13 jenis enzim yang mampu memulih dan membekalkan lebih nutrien jadi kita akan lihat sendiri perbezaan selepes pengambilan Easy123. Badan menjadi lebih bertenaga serta rasa lebih ringan. 

Rejuvenate (Keremajaan) 

Selain itu easy123 juga kaya dengan ramuan anti-oksida dan prebiotik. Jadi ianya bebas dari masalah radikal, menyokong perkembangan sel dalam badan yang sihat dan banyak lagi kelebihan. Ini adalah kerana kehebatan 'maqui berry" itu sendiri yang dikatakan antara buahan yang mengandungi zat anti oksida yang sangat tinggi. Buahan 'unik' ini datangnya dari negara Chile mengandungi nilai ORAC 4 hingga 30 lebih tinggi berbanding dengan buahan anti-oksida yang lain. 

Elemen yang terkandung di dalam Easy123 Phytonutrients adalah: 

  • Hi-fibers
  • Enzymes
  • Rich Antioxidants
  • Prebiotics
  • Probiotics

Kalau korang google mesti korang akan paham kelebihan elemen-elemen ini ye 


Marcus ni salah seorang testimoni, seriusly kak lily pun terperanjat tau. Dari saiz chubby terus jadi camtuh hah sekali. Tapi kena bersenam dan jaga pemakanan jugak yer.


Yang kak lily paling suka ialah cara kita nak menikmati minuman sihat Easy123 ni tau. Paling enak jika dapat dinikmati dalam keadaan sejuk-sejuk. Dan jika ingin tambahkan kenikmatannya lagi kita boleh jadikan sebagai ramuan tambahan kepada minuman buahan seperti fruits smoothies, ice blended dan banyak lagi. 

Jeffrey mendemo bagaimana Easy123 berfungsi di dalam badan kita tau

Campuran buah oren, tembikai, longgan dan juga satu sachets Easy123

2 gelas kak lily minum ek, sedap benau

Sedap betul minuman campuran buah-buahan ni, mana taknya gabungan buah oren, tembikai, longgan dan juga satu sachets Easy123. Dikisar semua sekali bersama ais. Ya ampun awesome sungguhlah kan


Dalam satu kotak dibahagikan kepada 2 lagi kotak yang kecil. Satu kotak kecil ini mengandung 10 sachet serbuk minuman easy123. Jadi satu kotak mengandungi 10 + 10 sachet sebenarnya ya!

Terdapat 2 jenis program Easy123 ini sebenarnya, iaitu :-

Pelan Pembersihan Detoks 30 hari - 2 Kotak (10 +10 sachet)
*Colon Cleansing
*Hasten Food digestion
*Improve absorption of nutrient

Untuk 5 sehingga 10 hari pertama. Cara pengambilan 1 sachet pagi dan 1 sachet malam. Dan digalakkan pengambilan selepas makan. Seterusnya untuk 20 hari selepasnya hanya 1 sachet waktu malam selepas makan.

Pelan Visceral Fat Loss 90 hari - 4 Kotak (10 + 10 sachet)
* Visceral fat, belly fat loss
*Colon cleansing, hasten food digestion
*Improve absorption of nutrients, plus high anti-oxidant

Untuk 5 sehingga 10 hari pertama. Cara pengambilan 1 sachet pagi dan 1 sachet malam diambil selepas makan. Untuk 20 hari seterusnya, 1 sachet waktu malam sahaja. Manakala untuk bulan kedua, ketiga dan seterusnya dalam masa seminggu hanya 5 sachet sahaja.

Apa lagi, esoknya selepas sarapan pagi kak lily buatkan minuman Easy123 ni ek

Senang benau lah kan nak buatnya, sini ahkak ko ni tunjukkan


Masukkan Serbuk easy123 didalam gelas/cawan. Tapi kak lily guna shaker je senang sebab pemalas nak kacau-kacau guna sudu.


Tambahkan dengan air sebanyak 150ml. Samada air suam mahupun sejuk. Haruslah kak lily guna air sejuk kan option yang paling senang kat pantry opis ni hah.


Goncanglah sehingga larut, goncanglah ikut suka mana pun kan janji larut

Dah terus minum hah


Sedap bak hang!! Minuman buah-buahan kan so mane datang pahitnya semua sedap dan sejuk je bila sampai ke tekak ni hah.

Meh layan video yang kak lily buat ni Easy123, cara membuatnya:


Sesetengah orang akan cepat je ke tandas selepas 2-3 jam minum, tapi kak lily ok je slow and steady. Perut tak meragam pun hah cuma yang penting kena banyak minum air kosong ye untuk proses yang lagi cepatlah kan. 


Meh dapatkan lebih info mengenai produk dan cara nak dapatkannya di laman web berikut:- 


Atau hubungi di talian: 03-61566115


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 


Facebook : 



Sunday, March 31, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 'Juadah Warisan' Di Pacific Regency Hotel Suites

Hi Everyone, 


As we head into the year’s most celebrated season, the usual fare offered by many restaurants in and around the city centre is almost the same. Among the similar choices that can be found, why not try something a little bit different from the rest by visiting the Pacific Regency Hotel Suites.


Pacific Regency Hotel Suites has over the past 3 years garnered rave reviews among critics for its iftar buffet. This year, the hotel is offering ‘Juadah Warisan’ Buffet from 10th May until 31st May 2019.







Headed by Chef Firdaus Mat Yusoff, our experienced and award winning chefs are set to prepare extravagant flavours of sumptuous spread, a delicious combination of authentic and traditional Malaysian fare to please every palate. A wide range of delicious, lip-smacking cuisines featuring local selections, seafood on ice, pasta selections, Chinese and Indian choices and more will be served.








Not to forget, the finale to a sumptuous feast with a luscious combination of traditional desserts. One must not miss the sinful kueh-muehs, delicious cakes and bahulus and refreshing ABC’s that would seduce your tongue to a state of utter bliss.


Price is at RM108.00nett (adult) and RM58.00nett (child/senior citizen) for the whole month of promotion. Early bird vouchers are available at RM78.00nett (adult) and RM42.00nett (child/senior citizen) from 1st April to 9th May 2019.


For reservations, please call +603 2332 7788 or email at fnbadmin@pacific- regency.com. Advanced booking is encouraged to avoid disappointment.



Pacific Regency Hotel Suites,
KH Tower,
Jalan Punchak,
Off Jalan P.Ramlee
Kuala Lumpur

Tel : 03-2332 7777


Selamat Berbuka Puasa semuanya...