Friday, February 22, 2019

Lelaki Pun Pandai Membeli: Meneliti Tabiat Pembeli Lelaki Berbeza

Hi Korang,

Pasti ada sesuatu untuk setiap orang di Shopee –baik pemain sukan elektronik mahupun kaki kecergasan, pembeli dalam talian lelaki kini boleh memilih daripada seribu satu aneka produk. Shopee turut menyenaraikan jenis pembeli lelaki yang boleh ditemui di platform e-dagangnya. 


Pakar Permainan dan Teknologi 

Shopee sedar bahawa pemain sukan elektronik dan pakar teknologi sentiasa mencari gajet, peranti dan konsol permainan canggih yang terkini. Platform e-dagang ini menawarkan segala yang diidamkan mereka menerusi jenama seperti TMT yang menawarkan produk IT dan permainan pada harga termampu. Mereka yang memerlukan telefon pintar pula pasti teruja kerana Samsung akan mengadakan jualan pratempahan S10 dengan tawaran tunai kembali RM100 mulai 21 Februari di Shopee. 

Gila Kereta 

Walaupun Shopee tiada litar lumba tetapi platform ini membawakan rangkaian penjual dan jenama serba luas yang berlumba-lumba untuk menarik hati pembeli yang mencari alat ganti kereta dan motosikal dan aksesori kenderaan. Terus menikmati penjimatan petrol dengan kad petrol Petronas yang laris dijual. Pada Shocking Sale (Jualan Mengejut) lepas, pembeli boleh membeli kad petrol Petronas bernilai RM100 pada harga hanya RM94! Dengan segala tawaran hebat yang disediakan, pembeli boleh menikmati penjimatan kos lebih besar apabila mereka membeli 

Photo source: Zoey Rahman

Jejaka Bergaya 

Pengguna Shopee boleh mencari fesyen yang serupa seperti dalam gambar (maksud kami pakaiannya, bukan Zoey Rahman) dengan pelbagai label fesyen seperti Timberland, Levi’s, dan Fossil, dan juga daripada gedung rasmi Zoey Rahman di Shopee. Untuk melengkapkan penampilan, gayakan rambut anda dengan produk dandanan rambut Ubermen, sembur minyak wangi Dashing yang sungguh memikat, rasai kesegaran kulit selepas mencukur dengan gel cukur Nivea Men Cool Kick, dan tampil bergaya dengan cermin mata hitam KACA-KACA. 

Sumber GIF: http://dccomics.com/ 

Kaki Kecergasan dan Kesihatan 

Kita sudah pun memasuki pertengahan bulan Februari – bagaimana dengan azam Tahun Baharu anda untuk meningkatkan kecergasan diri? Shopee sedia membantu pembelinya membulatkan tekad sambil mereka membeli barangan sukan menerusi platform e-dagang. Jejak kemajuan, jumlah kalori yang dibakar dan kadar denyutan jantung dengan jam pintar Xiaomi Amazfit yang memang berbaloi. Bagi ahli sukan profesional, manfaatkan adunan protein dan serbuk dadih susu daripada gedung rasmi GNC dan Optimum Nutrition di Shopee. 

Sumber GIF: https://www.huffingtonpost.es/2016/05/25/trucosbarbacoa_n_10106714.html 

Memasak ala MasterChef 

Lelaki yang berbakat di dapur sentiasa ada sahaja resipi untuk dicuba dan menjadikan teman wanita, adik kakak, isteri dan anak-anak sebagai medan uji rasa. Untuk menghasilkan resipi baharu, Shopee menawarkan segala yang diperlukan oleh jejaka atau pakcik yang berangan-angan menjadi Masterchef, termasuk penggoreng udara, pemerah jus, periuk tekanan dan pembuat roti. Selepas memasak, jangan lupa untuk membersihkan periuk belanga dan pinggan mangkuk dengan cecair pencuci pinggan Sunlight. Sementara itu, kekalkan kesegaran dan kebersihan bilik air anda dengan pembersih tandas Harpic dan gel aroma Air Wick. 

Buat Sendiri 

Kaum lelaki memang rajin membaiki singki bocor, menukar mentol atau membetulkan tandas tersumbat. Tetapi peralatan DIY di rumah tidak pernah mencukupi kerana ada sahaja alat yang direka untuk setiap ceruk kediaman. Shopee menawarkan pilihan luas alatan DIY yang disediakan pada harga menarik untuk membolehkan lelaki mengisi peti kelengkapan mereka, dengan tawaran terbaik daripada gedung rasmi MR DIY. 


Dengan matlamat memenuhi segala keperluan dan kehendak lelaki, kempen khas Shopee for Men (Shopee untuk Lelaki) akan diadakan dari 21 hingga 25 Februari. Nikmati koleksi Shopee for Men pada harga terendah yang dijamin atau terima wang kembali 200%; baucar wang kembali 200% setiap hari, pelan pembayaran ansuran 0%, dan tawaran hebat RM25 dengan penghantaran percuma. Shopee juga akan melancarkan permainan dalam aplikasi baharu, Slicing Samurai yang menguji kebolehan pengguna menghiris produk maya untuk memenangi hadiah menarik, syiling dan baucar Shopee. 

Sementara itu mulai 21 Februari, Shopee akan memperkenalkan portal dalam aplikasi baharu yang dinamakan Shopee for Men. Portal ini berusaha mempermudah pengalaman lelaki membeli-belah dalam talian dan menjadi platform sehenti yang memaparkan produk terpilih khas untuk memenuhi keperluan lelaki. Kemudahan ini boleh diakses menerusi ikon Shopee For Men di laman utama Shopee dan pengisiannya diperbaharui setiap minggu.

Thursday, February 21, 2019

LOMBOK 2019 – Day 1 Melawat Pantai Tanjung Ann Dan Bukit Merese Serta Lombok Epicentrum Mall

Hi Korang, 

Kita sambung citer Lombok kita ni sementara nak tunggu bebebudak ni hantar report pada kak lily untuk submission ye huahaua 


Ktorang naik first flight ke Lombok pagi tuh, by the way kengkawan yang kak lily pi sekali ni merupakan kengkawan satu office Mr Big hauhauahua bagus tak, laki tak pi dia anta bini dia untuk pi ek tapi baguslah berjimba sekali sekala kan. 

tukang anto abang banker ahkak

tengok beg memasing kemain ek

So pagi dah bangun sampai airport kul 5pagi camtuh, masa nak check in luggage ya ampun memang kitaorang beli luggage tapi tak cukup wei, telekung kak lily je sekilo giler ke hape timbang tuh. Lepas adjust bag balik then baru ok, just nice 7kg bawah nak atas. 

3 jam 10 minit sampailah ke Lombok. 


Ini airport baru ye, yang lama tuh kat dan runtuh akibat gempa bumi yang dulu so dapatlah lihat kesan-kesannya. By the way, korang kena sediakan boarding pass balik siap-siap masa nak chop passport nanti ek sebab immigresen sana nak tengok hah takut ada yang overstay , tunjuk dalam email pun tak per janji ada tiket balilk. Sekejap je kat immigresen ni, diorang tak banyak soal pun. Terus keluar dari tempat tuh. 

kak lily amik 15gB untuk 5 hari dalam RP65,000

Oh ye untuk korang yang beli simkad phone tuh, kene beli dekat airport ye, walaupun mahal sket tapi ok sebab foreigner dah tak boleh beli simcard di kedai-kedai kat luar daripada airport. Ini regulation diaorang yang terbaru. 

Tips Ke Lombok 

1. print tiket balik ke Malaysia siap-siap sebab immigresen sana nak tengok masa cop passport nanti. 

2. beli simkad dalam airport sebab dah tak boleh beli kat kedai runcit kat luar 

Keluar dari airport, tourist guide ktorang Didan dah lama tunggu rupanya siap dengan kamera besar lagi untuk ambil gambar kan hauhauah. Masukkan beg siap-siap dalam kereta dan terus bergerak ke Kota Mataram dalam 90 minit cam tuh. 

Kampung rupanya Lombok ni ek, tapi cantik-cantik rumahnya. Jalannya pun luas dan cantik tak macam Jogjakarta tau. Pemandunya berhemah je bawak kete walaupun ada hon-hon but still ok lagi. 


Palate Cafe Kuta Lombok 

Tempat pertama yang ktorang pi adalah tempat makan lah sebab sampai pun dah tengahari kan. Cantik cafenya, memang bar pun. Ingatkan makan menu western ermm salah ek menu Lombok la kan, nasi bersama lauk pauknya. 


Enak atau enggak?? Haruslah enak donggg 

Menunya daripada soup sampailah ke dessert yang ampun sedap bangat ooo. 

Kekenyangan makan, dalam kereta boleh tidur dulu sebelum sampai ke destinasi yang pertama 

Tanjung Aan 


Rasanya dalam sejam lebih untuk sampai ke pantai Tanjung Aan ni, tak sakit badan pun sebab jalanrayanya cantik dan selesa duduk dalam kereta Dak Didan ni hah. 




Cantiknya pantai you… rasa nak terjun je hah, pasirnya putih air lautnya membiru jernih uiskkk seronok bagailah. Ktorang panjatlah bukit comey tuh untuk saksikan sendiri kecantikan bumi Lombok ni. 

Rasanya memang lama duduk kat atas bukit ni sebab bergambar je kerjanya kan, mentang-mentang photos dan video termasuk dalam pakej so kenalah kitorang bergambar rugi tuh sebab dah bayarkan. 

Part kak lily sekejap je sebab tak delah beria-ria sangat nak bergambar pun sekadar sekeping dua ada pun jadilah kan. Selebihnya menghayati keindahan alam, walaupun panas tapi berangin wei pantai ni, tengok orang menjala ikan, chillax-chillax seronoklah. 

Bukit Merese 

Seterusnya ktorang ke Bukit Merese ni. 

ini tak berapa tinggi ye, ada tinggi lagi ni

Ini memang kak lily tunggu-tunggu, sebab bila tengok kat Instagram kemain cantik lagi orang bergambar tau. Tapi kalau korang nak tau nak naik ke Bukit Merese ni kena mendaki dalam 10 minit cam tuh, itu sebabnya kak lily duk bersenam kat stadium Kajang memalam tuh kan, nakkan stamina wokeh agar tak semput. Once dah naik ke bukit tuh yang ampun cantiknya sebab depannya laut wei luas terbentang gamaknya. 


Ramai jugak orang liburan di bukit ni, yang bercinta-cinta pun ada jugak tapi ada aku kesah. Yang aku kesah nak panjat lagi bukit ni ke bahagian atas sekali. Lepas ktorang bergambar sebelah bawah ni, panjat sampai ke hujungnya sebab Dak Didan ni nak buat video kan so dia shoot guna Drone je so panjat lagi. 


Bila sampai ke puncak tuh viewnya lagi spectacular. Rasanya lebih 45 minit kak lily duduk kat atas batu ni sambil menikmati keindahan alam. Seriously itulah yang kak lily cari sebenarnya, lepak tengok view layan jiwa sket sudahlah. Rasa tenang aman dan damai je bila ada kat atas ni. 

Sampai ke panggil baru kak lily turun, masing-masing memang mengenjoying the view. 

Ni nak bagitau, korang kena cekalkan hati dah perasan bila berada di attactration cam ni sebab orang-orang Lombok akan datang menjual pada korang, bukan 1, bukan 2 malah lebih dari 5 orang akan berkerumun kat korang. Kalau korang baik hati, ko akan terpaksa beli dekat kelima-lima orang penjual tuh tadi sebab diroang ni memujuk rayu sampai ke kereta ye. Tapi hasil jualan diorang ni murah cuma malas nak beli lah, sebab tak de apa keperluan pun kan. 

Abis turun tuh Didan tanya larat lagi ke nak ke pantai lain, ermm memanjangkan jam dah pukul 5 lebih dan cepat gelap kat sana so ktorang tak pi ke pantai-pantai yang lelain sebab penat sebenarnya. So di tukar acara Didan hantar kami ke mall sebab ada bebudak ni nak pi beli barang-barang kan. 

Lombok Epicentrum Mall 

Wei mall baru ni tau, macam-macam ada dan luas plak tuh. 


Memang tak sangka ada mall yang cantik di Lombok ni ek, siap ada cinema plak tuh. Barang-barang pun branded jugak lah, banyak brand-brand surfing ada di sini international tau. Cuci mata lah sekejap kan. 

My Kopi O Cafe 


Eh lepak minum lah ye, minum petang. Pekena kopi Lombok katanya. Eh takkan minum kopi haruslah order makanan sekali so tambah makanan plak hah. Sudah kekenyangan minum petang kat situ heheheh. 





Untuk buang lemak-lemak tuh tadi, ktorang masuk Matahari pi cari baju batik jelah. Mr Big berkali-kali pesan nak baju batik ni. Ada juga saiznya so belikan dulu sementara ada saiz ni. Mau sejam duduk dalam ni pilih baju hehhehehe 

Seafood Ikan Bakar 99 

Adui boleh lupa plak nama kedai makan yang ktorang dinner hari tuh, so kenalah google dan check kan. Nasib sebaris dengan hotel je so senang nak cari. 

giler banyak wei, letih nak abiskan


Kemain enak bagai ye, ikannya segar-segar belaka. Sambal ya ampun pedasnya wei. Rupanya ini lah sambal plecing yang kemain glamer diaorang cakap ni, walaupun pedas ku telan jua gak sebab sedap. 

Puri Indah Subak Hotel 

Maka berkampunglah ktorang 3 malam di hotel Puri Indah Subak ni. 3 star hotel yang cukup selesa untuk kak lily. Ktorang dapat 2 bilik so sorang kena tidur extra bed lah, but dont worry still selesa jugak. Lagipun hotel untuk tidur je sebab lelain kat luar je kan. 


Kak lily tak boleh nak bagi harga untuk semua tempat pelancongan, tempat makan, hotel ye sebab semuanya tourist guide Dak Didan tuh yang uruskan. Kan dah bayar siap-siap pada dia, so pepandailah dia settlekan semuanya hehehehe. 

Abislah kisah hari pertama di Lombok, so tak de apa yang miss hendaknya ye. 

Ok nanti kita sambung lagi lah






PETRON LANCAR KEDAI RASMI ATAS TALIAN PERTAMA DI SHOPEE

Hi Korang,

Minyak enjin Petron kini boleh didapati secara atas talian melalui platform e-dagang terkemuka Shopee, yang mempunyai lebih daripada 16 juta pengguna di Malaysia. Ini menandakan pelancaran kedai rasmi atas talian yang pertama buat Petron Malaysia, selaras dengan komitmen Petron dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan akses yang lebih luas dan mudah kepada produknya. 

"Kami sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka bersama kami. Pelanggan Petron kini boleh menikmati pengalaman pembelian yang lancar - hanya semak, klik atas talian untuk membeli minyak enjin Petron, dan mendapat penghantaran produk terus kepada mereka,” kata Choong Kum Choy, Ketua Jabatan Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia. 

Minyak enjin Petron juga boleh didapati di kedai serbaneka yang terdapat di stesen minyaknya dan bengkel kenderaan yang sah. 

Choong Kum Choy, Head of Retail and Commercial Business

"Pembelian atas talian semakin berkembang di kalangan pengguna. Kini, mereka boleh menyakini keaslian minyak enjin Petron yang terdapat di kedai rasmi Petron di Shopee kerana produk-produk dihantar dari pengedar kami yang sah. Kami berharap para pelanggan dapat menikmati inisiatif baharu ini daripada kami sebagai sebahagian daripada usaha kami bagi memenuhi keperluan terkini mereka dan menawarkan layanan yang lebih baik,” tambah Choong. 

Shopee merupakan platform atas talian yang dicipta untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia, dengan memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang mudah dan selamat. Ianya kini pantas menjadi tapak e-dagang terkemuka di Malaysia. 

Pelanggan boleh menemui pelbagai produk minyak enjin Petron seperti Petron Blaze Racing Fully Synthetic, Petron Blaze Racing Synthetic Blend, dan Petron Blaze Racing Premium Multi-Grade yang terdapat dalam portal membeli-belah tersebut. Kedai rasmi Petron di Shopee juga memberi pelanggan akses kepada panduan dan maklumat produk. 

Selaras dengan kempen Tahun Baru Cina Petron dan kempen Shopee Khas Untuk Lelaki yang akan datang, Petron Malaysia menawarkan barangan premium untuk sebarang pembelian Petron Blaze Racing Engine Oil. 

Setiap pembelian minyak enjin Petron Blaze Racing 4L dilengkapi dengan hadiah istimewa. ‘Speaker bluetooth’ percuma akan diberikan buat setiap pembelian Petron 4L Blaze Racing Fully Synthetic 5W-40, manakala pembelian 4L Petron Blaze Racing Synthetic Blend 10W-40 dilengkapi dengan satu set fon telinga tanpa wayar percuma. 

Sementara itu, pelanggan yang membeli 4L Petron Blaze Racing Premium Multi-Grade atau 7L Rev-X Premium Multi-Grade 15W40 akan menerima pengecas kereta USB percuma. Promosi ini sah sehingga 28 Februari atau sementara stok masih ada. 

Sejak dilancarkan pada tahun 2015, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyediakan pengalaman membeli-belah atas talian yang terbaik kepada rakyat Malaysia sambil menawarkan penyelesaian penjual dan jenama mengenai cara bagi mengoptimumkan jangkauan mereka. 

Lawati kedai rasmi Petron di Shopee https://shopee.com.my/petronmalaysia.os