Friday, January 11, 2019

REVIEW | RAES Collagen Mist - Spray Spray Cantik Uolls

Hi Korang, 


Kak lily suka betul dengan produk-produk berjenis semburan ni ek, tak kira, facial mist ke, water mist ke, collagen mist ke kan yang penting semburan sebab ianya untuk di gunakan tak kira di mana jua kak berada. 


Normally water spray or mist ni adalah untuk melembapkan kulit muka yang dah terhidrat, yelah macam seharian suntuk kita kat luar bawah matahari pulak tuh, kemudian nak masuk office untuk meeting plak tak ke kulit muka kita jadi tak keruan kan. So dengan adanya spray mist ni nampaklah kulit muka kita lembap dan basah-basah gituh kan. 

Ada orang perkenalkan pada kak lily RAES Collagen Mist ni tau 


Ini bukanlah spary mist biasa tapi ianya mempunyai kandungan kolagennya yang sangat-sangat bagus untuk kulit muka orang-orang cam kak lily ni. 

Di antara kebaikan RAES Collagen Mist adalah seperti:

  • Menyihatkan kulit
  • Mencerahkan dan memutihkan kulit
  • Melembutkan kulit
  • Menegangkan dan menganjalkan kulit
  • Meningkatkan hidrasi
  • Anti penuaan dan anti kedutan
  • Merawat jerawat
  • Menghalang pembentukan bintik hitam
  • Menyegarkan kulit
  • Mengatasi bakteria secara semulajadi
  • Membantu rejuvenasi sel kulit
  • Anti oksida
  • Meratakan tona kulit
  • Merawat sunburn 
Banyak kan!! 

Itulah kak lily kata, bagus produk RAES ni walaupun kecik je tapi khasiatnya kemain banyak lagi tau

Cara Penggunaan RAES Collagen Mist 

muke tak reti nak senyum sungguh la kah, fokus dengan semburan tuh wokehh

Caranya mudah sahaja, cuma spray sahaja ke muka korang sehingga rata. Tak kisahlah nak guna selepasa bersihkan muka ataupun sebelum menggunakan makeup. Hah senangkan. Kak lily guna lepas solat je hah, so tak yah nak tepek krim muka bagai ek 

Tentang status produk RAES Collagen Mist pula, jangan risau! RAES Collagen Mist telah didaftar bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Notification Number : NOT1701704650K


RAES Collagen Mist juga diproses oleh kilang yang memiliki sijil halal Malaysia. Produk muslim dan gunakanlah tanpa was was. Selain itu, kilang yang memproses collagen mist ini juga ialah kilang yang bertaraf GMP yang berkualiti tinggi demi memenuhi kehendak dan keselamatan pengguna. Formulasi daripada alam semulajadi dan kaya dengan pelbagai manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. 


Dah tuh apa tunggu lagi, korang boleh dapatkan RAES Collagen Mist di : 

Alamat : 
No.27 jalan Kubah U8/64 
Bukit jelutong, 40150 Shah Alam, 
Selangor, Malaysia 

No Tel : 012-678 0748 

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :

Instagram : 

Facebook : 




Thursday, January 10, 2019

Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little, Senang Bawak Masa Travel

Hi Korang, 

Menda yang paling payah nak bawak sekali kalau pi travel ialah skincare dan makeup, sebab apa? Sebab saiz produknya yang variety. Yelah satu besar, satu kecik, satu panjang, satu pendek kan. 

Nak tak nak, kalau nak travel memang kak lily kena cari bekas yang sesuai dan kecik ngam-ngam budget untuk berapa hari then kak lily letak dalam bekas kecik tuh di jadikan sekata dan senang nak packing dan bawak. 

So ada satu produk dari Murad ni memang menawan hati kak lily betul lah, daripada kat butik Murad hari tuh kak lily dah duk usha line je. 

Memperkenalkan 

Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture 

Kemain panjang bebenau namanya padahal moisturiser je, alah pelembap muka hehhehe tapi bukan sebarang pelembap muka ye sebab hebat sebenarnya khasiatnya kalau korang nak tau 

Selain daripada melembapkan muka, Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture ini juga berfungsi untuk hilangkan kedutan dan garis-garis halus di muka kita ni. Nampak?? Bagus tak fungsi utamanya ek, memang akan menjadi barangan kegemaran kak lily lah pas ni kan 


Bahan - bahan utamanya adalah daripada:- 

Teknologi asid hyaluronik tinggi 
Teknologi ini dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh di dalam permukaannya untuk penghidratan yang sengit, tahan lama. 

Ekstrak kelapa
Menyediakan pengekalan kelembapan yang lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan memberi kulit tekstur licin muda. 

Mentega Shea, Avocado, bunga matahari dan minyak buah zaitun
Membantu memulihkan kelembutan dan menyokong halangan kulit yang sihat 


Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture memang selamat di gunakan kerana tidak mengandungi Parabens, Sulfat, Phthalates dan Gluten 

Mengikut kajian, dari 92% pengguna Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little mengatakan garis halus dan kedutan di muka mereka kelihatan kurang selepas 1 minggu. 

Seperti yang kita tahu barangan Murad adalah hasil dari doktor Howard Murad MD ahli dermatologi yang disahkan lembaga, ahli farmasi terlatih dan Profesor Klinikal Perubatan di Sekolah Perubatan Geffen, UCLA. 

Cara Penggunaan Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture 

Ya ampun senang sangat wei, colek je sedikit krim pelembap ni terus sapukan di muka, leher dan di dada setiap hari. 


Senangkan ! 

Selain Hilangkan Wrinkle dan Fine Lines dengan Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little. Produk Murad Dew A Little ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri iaitu :- 
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan keseimbangan air serta kelembaban pada kulit 
  • Penghidratan 24 jam dan tahan lama serta melembapkan kulit 
  • Kurangkan penampilan garis- garis halus dan kedutan pada wajah 
  • Sesuai untuk di bawa berjalan, sebab itu kak lily suka ni 

Yang penting ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tak kira kulit jenis Kering, Kombinasi, Normal atau Sensitif. 


Harga untuk pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture adalah RM88 dan korang boleh dapatkan di mana-mana butik Murad ye

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website : 

Instagram : 



#MuradMalaysia
#MuradMY













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, January 9, 2019

Dato' Sri Siti Nurhaliza umum peraduan eksklusif untuk pelanggan Go Shop menangi tiket konsert di Kuala Lumpur

Hi Korang,

Dato' Sri Siti Nurhaliza tampil mengendalikan program siaran langsung Go Shop selama 2 jam (saluran 118/ saluran 120), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan HELLO (saluran 110) untuk melancarkan koleksi peralatan memasak ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro pada 6 Januari di Astro Bukit Jalil. 

Dato' Sri Siti Nurhaliza ketika mempromosikan peralatan memasak Vantage

Program siaran langsung tersebut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018. Semasa program berlangsung, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’. 

Menariknya lagi, ia merupakan program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama disiarkan yang mana pada masa yang sama turut berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di Go Shop sepanjang 2 jam masa bersiaran! Jualan tersebut melebihi 7 kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan! 

Dato' Sri Siti Nurhaliza mempersembahkan tiga buah lagi di showcase istimewa bersama Go Shop

Di samping itu, Dato' Sri Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’. Terdapat pelbagai peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Dato' Sri Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam ukiran laser. 

Untuk menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur. 

Dato' Sri Siti Nurhaliza menyediakan masakan kegemaran beliau sambil diperhatikan oleh Chef Kamarul

Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour? 

1) Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 - 17 Feb 2019. 

2) Jadilah 3 pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM 710.00 ke konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour. 

3) Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila layari: bit.ly/DSCTxConcert

Dato' Sri Siti Nurhaliza ditemui di sesi showcase istimewa bersama Go Shop

Program siaran langsung Dato' Sri Siti Nurhaliza selama 2 jam turut memperkenalkan 3 set Alat Memasak Tahan Lekat Edisi Terhad. Produk tersebut adalah ‘Vantage Siti Jumbo Pot’, ‘Vantage Siti Magic Pan’ dan ‘Vantage 3 in 1 Cookware’ yang diukir nama dan tandatangan Dato 'Sri Siti Nurhaliza dengan laser. Produk ini boleh didapati secara eksklusif di Go Shop dengan harga yang sangat murah beserta hadiah percuma bernilai sehingga RM 270.00 bagi sebarang pembelian produk terpilih. 

Koleksi khas ini hanya tersedia untuk masa yang terhad. Jangan terlepas tawaran eksklusif oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Go Shop ini. Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayari www.goshop.com.my atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan. Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website :

Facebook : 

Twitter :

Instagram :