Tuesday, January 1, 2019

Anniversary Staycation di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Citer pasal holiday ni mesti seronok kan hehehehe



Ya ampun memang tak plan beria-ria pun pasal anniversary ke 11 ni ek sebab malas nak travel dah hujung-hujung tahun ni. Bukan apa pun sebab mahal dan sana sini penuhlah, so kitorang tak delah buat apa-apa pun. 

Tup-tup terperasan yang Grand Bluewave ada buat promosi yang 3 hari 2 malam tuh dan harga plak ok ok je so terus jelah buat booking. Masa buat booking tuh siap tanye kat recservation bole je letak angsa 2 ekor kat atas katil tuh alah yang macam bilik orang baru kahwin tuh kan, then dia cakap ok nanti tengok cam ner. So kak lily takdelah expect lebih-lebih pun kan huahauhauahua 

Kitorang check petang jumaat, ermm memang dah petang sangat pun. 

Sebab dah siap bayar bagai, masa check in tuh sign-sign sajor. Senang guna kad ni, deposit pun tak payah sebab booking.com dah tolak siap-siap hah. 


Bilik kitorang 1711.. 

Bila masuk je huahauhauahuah jeng jeng jenggggg 


Yeah nampak angsa 2 ekor atas katil siap ada rose petals bertaburan siap ada love besau lagi tau huahauhua nak tergelak pun ada gak, maklumlah tak sangka siap ada rose-rose bagai kann dah macam bilik orang honeymoon plak. Upload gambar katil tuh, terus je ramai yang komen cakap cantik benau katil hauhauahua malu weii.. 






Ktorang dapat Corporate Floor so bilik besar sket lah. Facilities semua sama macam hotel-hotel yang lain je, berumahtangga ktorang 2 malam di sini ek. Yang penting nak berendam dalam bathtub tuh tau sebab dah bawak itik 2 ekor hehehhee


Nasib tadi sebelum sampai ke Shah Alam singgah kedai pi makan-makan sket sebab lapar so makanlah nasi lemak dan kuih muih untuk hitea petang tuh hehehehe. 


Malam ktorang kene attend MLM 2018 di Royal Theatre Shah Alam, la belakang hotel je ni hah. Jalan kaki pun boleh. 

steak kedai melayu memang cam ni saiznye ek

Settle event dah tengah malam so pusing-pusing Shah Alam ni cari tempat makan, ya ampun dah tengah malam pun orang Shah Alam stil makan beria-ria ek hehehehehhee kagum plak dibuatnya. 

Hari kedua di Grand BLuewave Hotel 

Takdelah ada apa-apa aktiviti pun. Pagi tuh sarapan je kat Royal Songket di sebabkan buffet breakfat so makanlah bersungguh-sungguh ye hehehehe poyo ek. 







Kemain banyak menunya cuma larat atau tak jelah nak makan kan. Tapi berpinggan-pinggan jugak lah ktorang makan, sedap wei lagipun lapar kan so bedal.

gaya mesti nak A je kan


tau tak menda alah ni berat nak mam...

Lepas tuh singgah kejap di gym level 4 ni. Ingatkan nak bersenam sket tapi kasut plak tak bawak so acah-acah angkat berat kat situ lah ek. Ya ampun tak larat seh nak tolak menda alah ni walaupun beratnya tak sampai sekilo pun, bersusah payah gak lah. 


Sudahnya lain atas, tukar baju terus turun bawah balik pi swimming pool. 



Nasib tak ramai orang sangat sebab sabtu pagi kan, so berenanglah sepuas hati boleh tahan dalam jugak ek pool ni 1.5m, yelah korang rasa tak dalam kan but not for me ye.. terjengket-jengket nak mengapungkan diri hauhauhua. Tapi best sebab tak de gangguan nak kuak ke kiri ke kanan bagai kan. 

Naik bilik tengok Mr Big membuta lagi, kejutkan dia then siap-siap untuk pi wedding. 

Salah satu sebab ktorang sajer duduk Shah Alam minggu tuh sebab nak pi wedding budak blogger Ina ni hah, orang dah jemput so kita pilah kan. Dekat sangat hotel, sekejap dah sampai. 



Makan-makan, borak-borak dengan bebudak blogger lain then bergambar sakan dengan pengantin, cantik nau Ina dan hensem Yazid ni ek, memang pinang dibelah dua lah. Tahniah korang ye, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat… 

Balik tuh singgah Jusco dan Decalthon plak, shoppinglah apa lagi kan hahahaha 

Tak de maknanya shopping pun, just cuci mata je. Tapi beli jugak 2-3 barang alah suka-suka je lah. 


Petang tuh ada spa session di Bayu Spa di dalam Bluewave Hotel ni, tapi yang tuh kak lily citer dalam entry lain ek, kang panjang nau plak kan. 

Malam tuh ktorang tak de plan apa-apa pun just dinner di Agehan Japanese Restaurant. 



Alah amik pakej ‘All You Can Eat’ buffet'. Aduimak kemain banyaknya makanan ek, sebab buffet so makan je apa suka. Amik itu amik ini, order tempura, order teppanyaki bagai kan. 










Akhirnya kekenyangan then balik bilik je malas nak keluar lagi dah.. 

Hari terakhir di Grand BLuewave Hotel 

Ermm rasa cam lama plak duduk di sini kan. Mostly of the time ktorang spend masa di hotel je. Makan pun tak de keluar ke mana pun, semua makan di dalam hotel je. Sebab senang kan hehehhe 



As usual sarapan di Royal Songket. Hari ni menu bertukar , so kita makan menda lain plak hahhaha. 

Lepas tuh tak de buat apa, swimming lagi, sambung semalam. Tapi tak lama pun sebab swimming pool penuh dengan anak-anak kecil hah. So sekejapan pun jadiklah kan hehehhe. 

Naik bilik baring-baring jap tengok tv then packing bag balik huahauhauha 

Hitea di Royal Songket 

Lepas check out, ingatkan nak balik terus ermm memang idok ler kan 


Kita makan dulu, sebab hari ahad tak de buffet lunch tapi di gantikan dengan buffet hi-tea. So menu-menunya simple and delicious lah kan. 








Sedap bak hang, makan tak hinggat wokeh. Lama jugak ktorang duduk melepak makan kat sini sampai ke petang. Abis tuh terus balik rumah huahauhauha kengkonon penat travel lah kan padahal sekangkang kera je pi bercuti huahauhauha

Korang pun sekali sekala kena adalah quality time dengan partner korang, alah korang kata untuk kuatkan lagi hubungan cinta korang tuh kan...


Kalau nak rasa tidur di Bluewave Hotel, ini alamatnya : 

Royale Songket Restaurant 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 

Laman Web: 

Facebook: 







'Roche Cares' - Dana Kebajikan Terapi Sasaran

Hi Korang,

Pesakit kanser payudara dari kumpulan berpendapatan rendah yang memerlukan terapi yang disasarkan untuk keadaan mereka kini boleh mendapat akses yang berpatutan untuk rawatan tersebut. Roche Malaysia dan Hospital Beacon, hospital pakar kanser terkemuka di Malaysia, melancarkan Dana Kebajikan Terapi Sasaran hari ini, untuk membantu mengurangkan beban kewangan pesakit kanser payudara. 

Inisiatif tanggungjawab korporat ini menyediakan pesakit kanser payudara positif HER2 yang layak dengan ubat-ubatan yang disasarkan pada kos yang lebih rendah. Kanser HER2 positif adalah jenis kanser payudara yang agresif yang tumbuh dan berkembang pesat dengan cepat, dan menjejaskan 1 dalam setiap 5 pesakit kanser payudara di seluruh dunia 1. Rawatan anti HER2 untuk pesakit terbukti dapat meningkatkan kelangsungan hidup dan hasil bagi pesakit dengan kanser payudara HER2+ peringkat awal dan akhir. Di sektor swasta, harganya kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 atau lebih untuk setiap rawatan. Pesakit mungkin memerlukan sehingga 18 suntikan untuk rawatan yang lengkap. Ini setentunya akan membantu untuk mengurangkan beban kewangan ramai pesakit yang memerlukan ubat yang penting ini. Pesakit berisiko tinggi yang tidak mendapatkan rawatan ini akan menyebabkan relaps atau kambuh yang lebih awal atau kematian pramatang. 

(L-R): Victor Chia, Chief Executive Director at Beacon Hospital; Lance Duan, General Manager of Roche Malaysia; Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, the Minister of Health Malaysia; Dato’ Dr. Mohd. Ibrahim Wahid, Medical Director and Consultant Clinical Oncologist at Beacon Hospital

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan, memuji kedua-dua organisasi dalam melancarkan dana kebajikan. "Kerajaan memahami nasib wanita yang mempunyai kanser payudara daripada golongan pendapatan rendah dan ketahui ada lebih banyak yang boleh diusahakan. Walaupun kita telah memperuntukkan belanjawan untuk menyokong kumpulan ini, sektor swasta juga boleh melakukan lebih banyak bagi merapatkan jurang untuk wanita-wanita ini. Oleh itu, saya memuji mereka yang berada dalam sektor swasta yang membantu mereka. Saya berharap perkongsian antara Roche Malaysia dan Hospital Beacon akan menjadi inisiatif tanggungjawab korporat yang seterusnya dapat diteladani oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan organisasi penjagaan kesihatan yang lain." 

Dato' Dr. Ibrahim Wahid, Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Onkologi Klinikal di Hospital Beacon berkata bahawa kanser payudara merupakan kanser paling biasa menjejaskan wanita Malaysia, merawat penyakit itu tetap menjadi cabaran utama bagi sektor penjagaan kesihatan. Katanya lagi, "Satu lagi isu yang selalu kita hadapi ketika menjaga pesakit adalah cabaran kewangan mereka. Walaupun kanser payudara boleh dirawat, pesakit tidak dapat mengakses rawatan yang diperlukan kerana kemampuannya. Membantu meringankan beban kewangan pesakit kanser bukan sesuatu yang asing buat Hospital Beacon. Sebagai sebahagian daripada misi kami untuk menyumbang kepada komuniti, Hospital Beacon telah melancarkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Beacon pada tahun 2011. " 

"Sejak program ini diperkenalkan, pelbagai aktiviti CSR telah dilaksanakan, termasuk Dana Kebajikan Radioterapi, Tabung Kebajikan Kemoterapi Kanser Payudara dan Klinik Kanser Percuma. Setakat ini, jumlah yang besar iaitu sebanyak RM12 juta berjaya disalurkan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan. Kerjasama kami dengan Roche Malaysia membolehkan kami memperluaskan usaha tanggungjawab korporat kepada pesakit kanser payudara yang kurang bernasib baik dan seterusnya merapatkan jurang akses ini kepada pesakit, terutamanya kepada rawatan yang inovatif," kata Dato' Dr. Ibrahim. 

(L-R): Lance Duan, General Manager of Roche Malaysia; Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, the Minister of Health Malaysia; Dato’ Dr. Mohd. Ibrahim Wahid, Medical Director and Consultant Clinical Oncologist at Beacon Hospital; Victor Chia, Chief Executive Director at Beacon Hospital;

Dana terapi yang disasarkan disediakan untuk pesakit Malaysia, di seluruh negara, terutamanya bagi mereka yang telah menghabiskan sumber kewangan mereka atau mempunyai perlindungan insurans yang tidak mencukupi. Melalui program ini, pesakit hanya perlu membayar kurang daripada RM3,000 setiap kitaran, dengan itu ia mengurangkan kos dengan ketara. Semua pemohon perlu menjalani proses temuduga dan penilaian yang mungkin mengambil masa sehingga 3 hari sebelum mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Beacon. 

"Klinik Penjagaan Payudara Beacon menyediakan semua perkhidmatan penjagaan payudara, diketuai oleh satu pasukan profesional pelbagai disiplin yang terdiri daripada ahli onkologi yang berpengalaman, pakar bedah payudara, pakar bedah plastik dan rekonstruktif, ahli radiologi, jururawat penjagaan payudara dan kakitangan sokongan di bawah satu bumbung. Di Beacon, kami memahami perasaan kerisauan pesakit dan matlamat kami ialah menyediakan pesakit dengan penyiasatan segera, mengurangkan masa menunggu mereka dengan diagnosis awal dan tepat serta akses kepada rawatan terbaru," tambah Dato' Dr. Ibrahim. 

Lance Duan, Pengurus Besar Roche Malaysia berkata kanser mempunyai kesan besar terhadap kesejahteraan kewangan pesakit. "Kanser boleh menjadi punca utama kesulitan kewangan untuk pesakit. Kajian ACTION (Kos dalam Onkologi ASEAN) yang menilai kesan kanser terhadap kesejahteraan ekonomi isi rumah, kelangsungan hidup dan kualiti hidup di lapan negara ASEAN termasuk Malaysia, menunjukkan bahawa lebih daripada 75% pesakit kanser di Asia Tenggara mengalami kematian atau malapetaka kewangan 1 tahun selepas diagnosis2. Kajian itu juga mendapati pesakit yang berpendapatan rendah akan lebih mudah menghadapi malapetaka kewangan atau kematian2." katanya. 

Untuk membantu kumpulan pesakit ini, Roche telah memulakan 'Roche Cares' – model pembayaran bersama yang melibatkan Roche, pesakit dan pembiaya (contohnya penjagaan kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan, perbadanan kebajikan, dan lain-lain) untuk mengurangkan masalah kewangan pesakit dalam akses kepada rawatan inovatif. Model pembayaran bersama ‘Roche Cares’ telah direalisasikan hari ini dengan Hospital Beacon di bawah Dana Kebajikan Terapi Sasaran. 

"Roche memahami keperluan penjagaan kesihatan pesakit tempatan, dan memulakan pendekatan kolaborasi perkongsian awam-swasta untuk membawa dan memberikan penyelesaian yang inovatif, sambil meningkatkan akses pesakit ke ubat-ubatan kami. Pendekatan ini sejajar dengan pelancaran dana kebajikan hari ini, dan kami berharap pada masa akan datang, untuk mengikut model ini dengan pembiaya lain, serta pihak kerajaan. Di samping itu, kami mempunyai rancangan untuk memperluaskan program ini untuk bidang terapeutik lain, selain daripada kanser payudara, dan menjadikannya berlestari untuk pesakit. " 

Dana Kebajikan Terapi Sasaran untuk Kanser Payudara adalah program Tanggungjawab Korporat (CR) yang dimulakan oleh Hospital Beacon dan Roche Malaysia. Di bawah program ini, pesakit kanser payudara yang layak di bawah terapi adjuvan diberi akses kepada terapi yang disasarkan (sehingga 18 kitaran) pada kadar subsidi. Untuk maklumat lanjut mengenai dana kebajikan ini, sila hubungi Jabatan CSR Hospital Beacon, 03 - 7620 7979 atau 011 - 1090 6588. 

Monday, December 31, 2018

Agrobazaar Online Challenge 2019, Berita Baik Untuk Pelajar IPT Yang Suka Berniaga

Hi Korang,


Ni kak lily nak kongsikan kepada adik-adik di universiti di luar sana ni.



Adik-adik yang minat berniaga dan ingin mendapatkan pengalaman menjalankan perniagaan sendiri dan yang penting untuk menambahkan pendapatan, korang patut sertai Agrobzaar Online Challenge ni ek


Apakah Agrobazaar Online Challenge ni?

Agrobazaar Online Challenge merupakan program yang mengunakan konsep New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) iaitu program baru MYAGROSIS yang melibatkan perniagaan atas talian. Ia dirangka untuk memberi pendedahan kepada golongan muda yang kekurangan pengalaman dan modal untuk menceburi “digital marketing”

NBME menggunapakai konsep Reseller/Dropship Agent dan menggunakan agrobazaar.com.my sebagai platform.

Pelajar akan dipilih dan akan di padankan dengan usahawan. Perjanjian persefahaman antara peserta dan usahawan diwujudkan meliputi perkara seperti komisen, stok dan penghantaran. Pelajar seterusnya menjalankan perniagaan dan mempromosikan barangan usahawan samaada melalui media elektronik mahupun secara konvensional.

Setiap transaksi akan dikemaskini dalam sistem Agrobazaar Online bagi tujuan urusan penghantaran barangan. Transaksi ini akan dipantau sepanjang masa oleh usahawan yang terlibat. Urusniaga yang dijalankan adalah tulen dan pelajar dapat menilai dan merasai sendiri cabaran dan imbuhan dunia perniagaan.


Bila ianya bermula?

Agrobazaar Online Challenge akan diadakan sebanyak 2 kali (2 semester) setahun di IPT Malaysia yang mempunyai Kelab Myagrosis. FAMA mensasarkan jualan sebanyak RM 10 Juta yang meliputi dua semester dengan penyertaan 13,000 pelajar di 112 IPT di dalam negara.


Pilot projek NBME telah dilaksanakan di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) pada julai hingga Ogos 2018 yang melibatkan 25 orang Usahawan Agrobazaar Online serta 505 orang Mahasiswa dan nilai jualan dalam tempoh program berkenaan adalah RM 64,131.52.

Agrobazaar Online Challenge yang juga merupakan konsep NBME merupakan pertandingan bagi mencari top seller di kalangan mahasiswa IPT.

Pelajar boleh membuat promosi dan jualan produk-produk usahawan secara terus ataupun atas talian. Bagi jualan secara terus, nilai jualan perlu dimasukkan di dalam sistem Agrobazaar Online bagi tujuan penilaian.

Melalui Agrobazaar Online Challenge ini, FAMA Mensasarkan jualan sebanyak RM 10 Juta yang meliputi dua semester dengan penyertaan 13,000 pelajar di 112 IPT di dalam negara. Setiap pelajar disasarkan menjual sekurang-kurangnya sebanyak RM1,000.00 bagi satu semester (6 bulan).


Bagi semester ini, Agrobaaar Online Challenge akan bermula mengikut semester setiap universiti yang menyertainya.

Langkah-langkah yang perlu di patuhi

Syarat Penyertaan?

1) Terbuka kepada semua ahli kelab MyAgrosis IPT.

2) Perlu mendaftar sebagai ahli MyAgrosis http://bit.ly/myagrosis

3) Peserta hendaklah berdaftar sebagai ahli NBME melalui Portal Agrobazaar Online - http://bit.ly/nbme2019

4) Penyertaan perlu melalui Kelab MyAgrosis IPT

5) Jualan dan semua transaksi jualan hendaklah melalui portal Agrobazaar Online sahaja.

6) Peserta terbaik akan dipilih berdasarkan 3 kriteria iaitu;-
      *Nilai Jualan Tertinggi
      *Bilangan Jualan Terbanyak dan
      *Penyediaan Portfolio Jualan dan Aktiviti Pemasaran 
        yang dijalankan.

7)Tempoh pertandingan bermula dari semester pertama dan semester kedua tahun 2019

8) Nilai jualan diambil kira setelah disahkan jualan atau close sale dilakukan di dalam portal Agrobazaar Online


Hadiah yang ditawarkan?

Pemenang Agrobazaar Online Challenge akan ditentukan pada setiap hujung semester. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM200,000.00

So adik-adik dah bersedia ke untuk Agrobazaar Online Challenge ek


Untuk dapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi secara:


Telefon : 03-61262020

Datang ke

Cawangan Pemasaran Online 
Bangunan FAMA Point 
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor

#agrobazaaronlinechallenge

Mari LIKE dan FOLLOW AgroBazaar Online di social media berikut : 

FACEBOOK : 

INSTAGRAM :