Friday, December 7, 2018

Muzik BLACKPINK Gegar Shopee Malaysia

Hi Korang,

Peminat kumpulan gadis K-pop BLACKPINK boleh bergembira Disember ini menerima berita menarik daripada Shopee Malaysia apabila mereka datang ke Malaysia untuk menjayakan konsert sulung pada 23 Februari 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam. 

Selain Kuala Lumpur, konsert Jelajah Dunia BLACKPINK 2019 bertajuk “In Your Area”, yang dianjurkan oleh MacpiePro, akan juga diadakan di Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei. Anggota BLACKPINK – Jennie, Rosé, Jisoo dan Lisa akan mempersembahkan lagu-lagu mereka yang terkenal termasuk Ddu-Du Ddu-Du, yang menduduki tempat No.55 dalam carta US Billboard Hot 100 pada bulan Jun 2018. Anak-anak gadis ini juga mencatat rekod apabila video muzik untuk lagu tersebut menarik 300 juta penonton dalam 69 hari, menjadikan mereka kumpulan K-pop paling cepat berbuat demikian. 


Dengan pengaruh budaya K-pop yang semakin meluas di Malaysia, sudah tentu ramai bintang K-pop, termasuk BLACKPINK, menjadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Lebih menarik lagi, kumpulan ini juga dilantik sebagai duta jenama serantau Shopee, memberi lebih peluang kepada pengguna Shopee untuk menyaksikan gadis-gadis pujaan mereka beraksi di atas pentas. 

Tiket untuk konsert jelajah dunia di Malaysia boleh didapati untuk pembelian menerusi Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee) mulai jam 12 tengah hari, dengan diskaun 10%. Tawaran ini hanya untuk tiket Blink Zone (harga asal RM 693). Dengan tiket Blink Zone, peminat boleh terhibur dengan persembahan anggota-anggota BLACKPINK dari dekat kerana mereka akan berada betul-betul di depan pentas. 

Menurut laman Facebook rasmi kumpulan ini, tiket untuk kesemua tiga persembahan termasuk persembahan tambahan di Bangkok telah habis dijual. Justeru, peminat BLACKPINK perlu merebut tiket mereka di Shopee sebelum kehabisan! Mereka hanya perlu ke YG Entertainment Official Store di Shopee untuk merebut peluang sekali seumur hidup ini. 

Pembeli Awal Dapat Baucar 

Shopee memberikan satu lagi sebab untuk peminat mendapatkan tiket konsert. Mereka hanya perlu membayar RM5 untuk baucar potongan RM12, membolehkan mereka menjimatkan RM12 lagi selain diskaun 10% yang ditawarkan apabila mereka membeli tiket. Baucar potongan RM12 boleh didapati untuk jualan di Shopee dari 8 Disember 2018 hingga 11 Disember 2018, 11.59 malam. Tawaran dihadkan kepada satu baucar seorang. 

Oleh kerana bilangan tiket Blink Zone di YG Entertainment store terhad, sila ambil perhatian bahawa pembelian baucar diskaun tidak menjamin tiket konsert. Jadi, bertindak cepat pada 12.12! 

Demam BLACKPINK Berterusan 

Untuk merayakan Shopee 12.12 Birthday Sale dengan meriah dan bergaya, Shopee akan menghadiahkan tiket penerbangan ke Korea untuk dua orang dan juga CD BLACKPINK eksklusif yang bertandatangan menerusi Peraduan BLACKPINK Watch, Wish and Win. Seperti yang digambarkan oleh namanya, cara untuk menyertai peraduan ini sungguh mudah. Anda hanya perlu menonton iklan TV Shopee BLACKPINK di laman Facebook (versi BLACKPINK Ddu-Du Ddu-Du Shopee), kongsi video dan tag seorang kawan, dan ucap “Selamat Hari Jadi” Shopee dengan cara paling kreatif. Peraduan berakhir pada 10 Disember 2018 jam 11.59 malam. Untuk mengetahui sama ada anda menang, tonton Facebook Live pada 11 Disember 2018 jam 11.00 malam. 

Sila ke https://shopee.com.my/m/blackpink untuk maklumat lanjut.











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, December 6, 2018

Boleh Dapatkan PelbagaiI Produk Usahawan Tempatan Di Kedai 'COOKIES BY YUSA' Sunway Putra Mall

Hi Korang, 

Memang betul produk keluaran tempatan ni memang payah benar nak jumpa kalau tak betul-betul tau kan, 

Paling senang nak cari bagi kak lily di Pasar Tani jelah, sebab tuh setiap pagi ahad harus kak lily ke pasar tani Bangi ni untuk dapatkan produk tempatan. Yelah keluaran orang-orang tempatan of courselah 100% HALAL so takdelah was was bila nak makan. 


Bila kak lily dapat tau yang kedai ‘Cookies By YUSA’ ni menawarkan pelbagai jenis produk usahawan tempatan ermm janganlah dilepaskan peluang, terus ke Sunway Putra Mall hari tuh untuk melihat sendiri. 


Kebetulan jugak hari yang kak lily pi tuh merupakan majlis perasmian pembukaan kedai Yusa Food Products Sdn Bhd yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 


Dari bahan masakan seperti rempah, produk masakan segera (instant) sehinggalah makanan yang boleh dinikmati terus ada ditawarkan di sini. Jenama produk adalah seperti Yusa, Awie, Serantau, Freezy Layer Cake, Fatihah, BB'S, Fruitissimo, Softa, Munif Hijjaz, Mosha, Krunchy Karamel, Wansha, Samza, Shweet, Aluyah, Tasnim, Hilies, Lickat, Sambal Bawang & Bilis dan BR Renggunang & SB Sambal Pecal. 

Memang banyak sebenarnya produk makanan yang ditawarkan. Dan antara produk yang sempat kak lily cuba iaitu : 


Cookies by Yusa. 
Ada pelbagai jenis biskut yang ditawarkan di bawah jenama Cookies by Yusa. Produk biskut ini adalah dari Yusa Food Products Sdn. Bhd.yang mana pelopornya (founder) adalah Puan Norli Yusop. Dalam variasi pilihan biskut yang ditawarkan, tart nenas antara yang paling popular. Selain daripada tat nenas ada juga biskut-biskut lain seperti nestum coklat, biskut suji badam, biskut butter dan pelbagai lagi. Paling dibanggakan biskut keluaran Yusa Food Products sudah menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. 


Peminat hidangan korea pasti teruja jika mereka dapat menyediakan sendiri hidangan kesukaan mereka dengan menggunakan pes 'homemade' yang halal dan enak. Antara produk OmmaSon seperti kimchi, Gochujang, Tteok Ricecake, Kochukaru, Bulgogi Marinate dan Bibimbab Sauce. 

Tak sabar nak cuba masak sendiri dan sediakan hidangan menggunakan produk dari OmmaSon hasil keluaran Faiza Amer Ent. Disediakan juga resepi di belakang pembungkusan untuk dirujuk dan korang juga boleh layari laman FB OmmaSon untuk idea hidangan korea menggunakan produk mereka. 


BBQ Hilmie's
Bagi mereka yang sukakan masakan gaya barat seperti stik, ayam bakar dan sebagainya. Bolehlah mencuba produk keluaran pengusaha tempatan iaitu serbuk rempah BBQ Hilmie's. 


Menggunakan ramuan utama iaitu halia bentong yang kita sedia maklum tentang khasiat dan kebaikannya. Ini terutama mereka yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi, sembelit dan pelbagai lagi masalah dalaman haruslah mengambil produk ini secara konsisten. Terdapat dalam bentuk cecair dan juga serbuk tau. 
 

Jenama sambal Samza's ini boleh terus dinikmati bersama nasi dan sebagainya. Dihasilkan mengikut resepi tradisi menggunakan bahan ramuan semulajadi yang halal. Terdapat 5 produk di bawah jenama Samza's, namun begitu untuk jualan di Cookies by Yusa hanya Sambal Hijau sahaja yang ditawarkan. 


Peminat sambal bolehlah mendapatkan sambal dari jenama Aluya Kitchen. Terdapat 4 jenis sambal yang ditawarkan iaitu sambal hitam, acar ikan masin, sambal tomato dan dambal hijau. 


Sapuan lepaan coklat susu dan juga kacang hazel memang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak. Menikmatinya samada dengan roti mahupun dengan biskut memang enak! Jadi jika sebelum ini saya memilih produk jenama luar, kini saya mempunyai pilihan produk jenama tempatan yang halal dan kualitinya setaraf dengan lepaan coklat yang biasa kami nikmati di rumah. 

Banyak lagi sebenarnya produk yang ada ditawarkan di Cookies by Yusa di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur. Korang kena datang sendiri di level LG, berhadapan dengan Restoran Fish Manhattan. 


Bagi kak lily ini adalah satu usaha yang patut dibanggakan kerana Syarikat Yusa Food mampu mengumpulkan produk-produk makanan tempatan terbaik di bawah satu bumbung. Ianya bukan sahaja memberi banyak pilihan bahkan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan. 

Tak kiralah korang beli untuk diri sendiri ke atau dijadikan cenderahati untuk yang tersayang, korang boleh dapatkan segala-galanya di sini.

Jangan lupa singgah ke Cookies By Yusa tau...





Tuesday, December 4, 2018

Lain Macam Rasanya…

Hi Korang,

A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out..

Kak lily ni memang tak ramai kawan rapat apatah lagi kawan baik, boleh kira wei dengan jari hehehe. Seriously kawan kak lily melambak-lambak, kawan masa uni, kawan sekolah, kawan blogger, jiran rumah tapi setakat kengkawan cam tu jelah not more than that.

Sejak bertahun lama kak lily kerja without officemate perempuan, mostly semua lelaki. Yelah kan site kan, adalah budak pompuan yang keje sekali tapi alah BBNU so pemikiran kita tak sama so layan-layan borak bolehlah kan. 


So starting last 2 years ni ramai pulak staff perempuan yang masuk mostly sama baya dengan kak lily tapi senior position yang gaji RM30k ke atas huahauhaua, itu rate ktorang ye maklumlah company german kan. Walaupun pangkat besar but still maintain humble je so kitorang jadi clique. Sampai siap ada group whatsapp sendiri, boleh citer hal family, hal kerja, lepak pi makan,even ada bi-monthly get together lagi, kira macam susah senang bersamalah kan..

And then one by one tinggalkan company german ni…

Huahauhauhaua

Tapi diorang pi bukan sebab apa pun, sebab nak pursue carrier je dan nak gaji lebih, hahahaha memang mata duitan bebudak ni and I understand that. Walaupun tak de bersama but ktorang everyday akan check out each other thru whatsapp group, itu yang best tuh..

Then lastly kawan kak lily yang duk ada sesame kat office ni pun tinggalkan kak lily hauhauhauhua, So project team decide untuk buat farewell party untuk dia kat site. So tengahari tuh ktorang terus je site office, lepak lunch kejap di Mitsui KLIA (sebab 15 minit je dari site) kul 2 lebih sampai dah sana.

Alah just simple gathering je, ada speech sket dan makan-makan.



Bayangkan ordernya untuk 20 orang tapi yang sampai menu makanan untuk 50 orang hahhaa, murah betul rezeki akak katering ni ek. Dah lah sedap-sedap belaka, mee goreng sedap, meehoon sedap, sardine roll sedap semua sedaplah kan.




Kemain memasing bab makan memang no.1 ek. Haruslah tidak lepaskan peluang untuk bergambar kan, inilah masanya nak pi site pun hujan lebat time tuh so makan kenyang-kenyang..







Makan-makan,sembang-sembang dan balik office balik. 

So dah 2 hari kawan kak lily ni dah tinggalkan kak lily, walaupun tak de kat office we still keep in touch cam biasa, apa nak sedey sedey. Somemore nanti akan ada hang out session lagi hehehehe

But seriously tak sama..

Selalu ada geng sembang-sembang la ni senyap sunyi je office nie huhuhuhuhuhu…

Dahlah layan youtube lagi baik ek!!

#exyteladies












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com