Monday, November 26, 2018

Lunch Sambil Membawang Di Majestic Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Dulu kak lily pernah citer pasal makan-makan di Paul Pavilion hari tuh dengan geng #exyteladies, so kali ni kitorang pi makan di Majestic Hotel. 

Alah sesaje je nak release tension, so memasing amik cuti bagai then we meet up.


Sebab apa pilih Majestic Hotel?? 

Sebab buffet lunchnya tak delah mahal mana pun bawah RM100 je, kira according tuh budget lah kan. 

Bab-bab booking memang kak lily yang buat, survey banyak hotel jugak tapi Majestic tawarkan variety food with affordable price, somemore one of kawan ktorang tuh vegetarian so banyak jugak pilihan vegetarian kat sini. Ingatkan nak high tea dekat THE ORCHID CONSERVATORY tuh ermm hampeh, kalau yang itu kena book awal 3 bulan coz every evening ada je function buat kat situ hah so kenalah berganjak ke makan lunch.


Ktorang sampai before 12 wokeh sebab takut jem, kak lily naik shuttle dari KL Sentral je hah. Park kereta kat sana sebab petang ada meeting plak kat situ. 

Lunch di CONTANGO 

Yesza pilihan makanan memang banyak ya ampun, seronok bila stroll down ke buffet line ni. Dari makanan tempatan hingga ke makanan ke antarabangsa sampai pening-pening di buatnya. 











Pilihan makanan jepun memang menarik hati kak lily wei 





Banyak dan sedap bak hang!! 

Bangun duduk bangun duduk jelah kerjanya. Yang sembang-sembang, yang makan-makan, itu yang best tuh.



Isu-isu berbangkit adalah hal office dan hal site lah, apa lagi. Membincangkan perangai orang-orang bodoh sombong kat site tuh. Yang malas di puji yang rajin di keji ye betul tuh, ahkak tak salah tulis ye hahahahha 

Di Contango ni, kita boleh lunch, dinner even breakfast pun boleh secara buffet. So senanglah banyak pilihan yang sedap-sedap belaka. Ktorang hari tuh bayar RM95nett je seorang, ok harganyanya.





Daripada masuk pukul 12 tengahari tuh sampai pukul 3.30petang baru keluar dari situ, ktorang yang memula masuk dan ktorang jugaklah yang last sekali keluar hahahaha hebat kan, makan non stop. Even sebelum buffet line tutup ktorang ambil dessert siap-siap dengan kopi sekali so jadiklah hi-tea hehehehe

Balik kak lily naik shuttle balik ke KL Sentral, senang dah mudah kan. Tapi ramai orang tak tau hehehhe.

Nak cuba, mehlah ke:-

The Majestic Hotel Kuala Lumpur
5, Jalan Sultan Hishamuddin,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia. 

Tel : +603 2785 8000
Fax : +603 2785 8080 

Untuk tempahan, boleh email ke : tmklresv@ytlhotels.com.my



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 






Sunday, November 25, 2018

W7 Cosmetic Dari London Kini Di Guardian Malaysia

Hi Korang, 

Asia Healthcare, pengedar produk kesihatan dan penjagaan kulit memperkenalkan jenama terbaharunya - W7. Jenama solekan yang sangat kreatif ini menawarkan pelbagai produk kosmetik untuk setiap individu muda yang peka fesyen dan ingin mengubah gaya mereka serta-merta. 


Minggu lepas kak lily ke majlis pelancaran W7 Cosmetic di Bandar Utama ni, seronoknya dapat jumpa kengkawan beauty bloggers ni ek, yelah time event beauty ni jelah yang kitaorang dapat jumpa, event lain diorang ni tak join pun hahahha. 


Bertemakan "Siapakah Anda Hari Ini", W7 beraspirasi untuk menggalakkan wanita muda dan bersemangat untuk berani dan yakin dalam mencipta solekan yang sepadan dengan gaya unik mereka. "W7 memberi peluang kepada pengguna untuk mengekspresikan dan mengubah diri mereka dengan pelbagai pilihan produk solekan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan," kata Encik Edgar Liong, Pengarah Eksekutif Asia Healthcare di majlis pelancaran W7 Kosmetik. 


Dinamakan atas nombor poskod - W7 di West London, jenama kosmetik yang berpangkalan di UK hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dalam formulasi dan inovasi semua produknya untuk membantu pengguna mencipta dan mencapai gaya yang diingini mereka sambil kekal trendy. Sehingga kini, W7 terdiri daripada lebih daripada 100 produk solekan di pasaran tempatan yang termasuk primer solekan, bedak asas, penyamar, bedak, pemerah pipi, solekan kontur, pembayang mata, celak, maskara, alis, pensel bibir dan gincu; semuanya berharga daripada RM20 ke atas. 


Tidak seperti kosmetik warna lain yang lain, produk kosmetik W7 juga mempunyai reka bentuk pembungkusan yang menarik dengan pelbagai nama produk yang mencerminkan keperibadian jenama keseluruhan. "Pembungkusan dan nama produk W7 direka secara kreatif bukan hanya untuk merangsang pelanggan, tetapi kami juga berharap setiap individu produk dapat mencerminkan dan mewujudkan buzz di sekitar jenama," jelas Shereen Chiew, Pengurus Pemasaran Asia Healthcare ketika memberi pembentangan produk. 


Antara produk wira W7 termasuk Colour Me Buff Eye Shadow Palette (dengan 12 warna), Delicious Eye Colour Palette (dengan 14 warna), Mega Matte Lips Lipstick dan produk terlarisnya pula termasuk Genius Feather Light Foundation, Blazin’ Eye Shadow Palette (dengan 12 warna) dan Duo Blusher. "Di W7, kami sentiasa memastikan bahawa produk kami berkualiti dan sentiasa mengikuti trend untuk memenuhi jangkaan pengguna," tambah Liong. 

Semua produk kosmetik W7 adalah bebas daripada logam berat seperti TBTO (pengawet) dan bahan-bahan berbahaya yang lain. Bahan mentah yang digunakan dalam perumusan semua produk W7 juga mematuhi peraturan yang ketat di seluruh dunia (Amerika Syarikat, Kanada, EU, Jepun & Asia). W7 tidak menyokong ujian haiwan dan tidak pernah menguji mana-mana produknya pada haiwan. 

Produk solekan W7 boleh didapati secara eksklusif di farmasi-farmasi Guardian terpilih di seluruh negara.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 



Thursday, November 22, 2018

Dinner 'Inspiring Indonesian Cuisine' by Chef Pranowo At Le Meridien Putrajaya


Hi Korang,

Makanan Indonesia memang sangat unik sekali kan, yelah sebab cara penyediaan tuh. Kita memanglah boleh ikut resipi kat internet tapi cara tuh ermmm sebab tuhlah makanan diorang ni sedap-sedap belaka. 


Kebetulan pulak kawan kak lily Rina ni ajak pi makan di Le Meridien Putrajaya last week, ingat dinner biasa-biasa je ermm rupanya makanan Indonesia tuh. Wahh terus terbeliak mata ni hah hehehhe 


Segala menu makanan Indonesia ni di sediakan oleh Chef Pranowo yang di datangkan khas dari Le Meridien Jakarta Indonesia. Nak ambil gambar dengan dia pun tak sempat sebab leka dek makan kan. 

Ni kak lily tunjukkan hidangan-hidangan awesome ni ek 

Appetizer 

Selada Pelangi , Selada Tuna Bali, Asinan Sayuran Bogor 

sambal-sambal yang enak sekali ini

Karedok 

Soup 

Soto Ayam 

Main Course 

Rawon Kambing Madium 

Terik Daging Sapi Solo 

Ikan Kakap Saus Matta 

Sayur Labu 

Nasi Kuning 

Dessert 

Kue Pukis 

Bubur Sum Sum 

Hah amik ko makan dengan senang hati dan siap bertambah lagi, kalau korang tengok IG stories kak lily memang menyampah sebabnya semua gambar makanan kat situ hehehehhe jangan marah ye.. 

Untuk buffet ‘Inspiring Indonesian Cuisine' ini, ianya bermula dari 12th November hingga 25hb November dari 6.30petang hingga 10.30 malam. 

Harga buffet dinner adalah 

RM138nett (dewasa) dan RM69nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Ada diskaun 40% bagi pemegang Maybank dan CIMB Credit Card tau.. untung tuh.. 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Le Meridien Putrajaya boleh hubungi di talian 03-8689 888/6847/6868, email ke dining.lmputrajaya@lemeridien.com 

Jom kita ke :- 

Le Meridien Putrajaya Hotel 
Lebuh IRC, 
IOI Resort City, 
Sepang, 62502 Putrajaya 

Laman Web: 

Facebook: 


Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Sempat lagi korang nak pi weekend ni, promosi berakhir ahad ni nanti so lekaslah jangan lambat-lambat ye 

Selamat menjamu selera semuanyaaa…