Sunday, November 25, 2018

W7 Cosmetic Dari London Kini Di Guardian Malaysia

Hi Korang, 

Asia Healthcare, pengedar produk kesihatan dan penjagaan kulit memperkenalkan jenama terbaharunya - W7. Jenama solekan yang sangat kreatif ini menawarkan pelbagai produk kosmetik untuk setiap individu muda yang peka fesyen dan ingin mengubah gaya mereka serta-merta. 


Minggu lepas kak lily ke majlis pelancaran W7 Cosmetic di Bandar Utama ni, seronoknya dapat jumpa kengkawan beauty bloggers ni ek, yelah time event beauty ni jelah yang kitaorang dapat jumpa, event lain diorang ni tak join pun hahahha. 


Bertemakan "Siapakah Anda Hari Ini", W7 beraspirasi untuk menggalakkan wanita muda dan bersemangat untuk berani dan yakin dalam mencipta solekan yang sepadan dengan gaya unik mereka. "W7 memberi peluang kepada pengguna untuk mengekspresikan dan mengubah diri mereka dengan pelbagai pilihan produk solekan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan," kata Encik Edgar Liong, Pengarah Eksekutif Asia Healthcare di majlis pelancaran W7 Kosmetik. 


Dinamakan atas nombor poskod - W7 di West London, jenama kosmetik yang berpangkalan di UK hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dalam formulasi dan inovasi semua produknya untuk membantu pengguna mencipta dan mencapai gaya yang diingini mereka sambil kekal trendy. Sehingga kini, W7 terdiri daripada lebih daripada 100 produk solekan di pasaran tempatan yang termasuk primer solekan, bedak asas, penyamar, bedak, pemerah pipi, solekan kontur, pembayang mata, celak, maskara, alis, pensel bibir dan gincu; semuanya berharga daripada RM20 ke atas. 


Tidak seperti kosmetik warna lain yang lain, produk kosmetik W7 juga mempunyai reka bentuk pembungkusan yang menarik dengan pelbagai nama produk yang mencerminkan keperibadian jenama keseluruhan. "Pembungkusan dan nama produk W7 direka secara kreatif bukan hanya untuk merangsang pelanggan, tetapi kami juga berharap setiap individu produk dapat mencerminkan dan mewujudkan buzz di sekitar jenama," jelas Shereen Chiew, Pengurus Pemasaran Asia Healthcare ketika memberi pembentangan produk. 


Antara produk wira W7 termasuk Colour Me Buff Eye Shadow Palette (dengan 12 warna), Delicious Eye Colour Palette (dengan 14 warna), Mega Matte Lips Lipstick dan produk terlarisnya pula termasuk Genius Feather Light Foundation, Blazin’ Eye Shadow Palette (dengan 12 warna) dan Duo Blusher. "Di W7, kami sentiasa memastikan bahawa produk kami berkualiti dan sentiasa mengikuti trend untuk memenuhi jangkaan pengguna," tambah Liong. 

Semua produk kosmetik W7 adalah bebas daripada logam berat seperti TBTO (pengawet) dan bahan-bahan berbahaya yang lain. Bahan mentah yang digunakan dalam perumusan semua produk W7 juga mematuhi peraturan yang ketat di seluruh dunia (Amerika Syarikat, Kanada, EU, Jepun & Asia). W7 tidak menyokong ujian haiwan dan tidak pernah menguji mana-mana produknya pada haiwan. 

Produk solekan W7 boleh didapati secara eksklusif di farmasi-farmasi Guardian terpilih di seluruh negara.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook: 

Instagram : 



Thursday, November 22, 2018

Dinner 'Inspiring Indonesian Cuisine' by Chef Pranowo At Le Meridien Putrajaya


Hi Korang,

Makanan Indonesia memang sangat unik sekali kan, yelah sebab cara penyediaan tuh. Kita memanglah boleh ikut resipi kat internet tapi cara tuh ermmm sebab tuhlah makanan diorang ni sedap-sedap belaka. 


Kebetulan pulak kawan kak lily Rina ni ajak pi makan di Le Meridien Putrajaya last week, ingat dinner biasa-biasa je ermm rupanya makanan Indonesia tuh. Wahh terus terbeliak mata ni hah hehehhe 


Segala menu makanan Indonesia ni di sediakan oleh Chef Pranowo yang di datangkan khas dari Le Meridien Jakarta Indonesia. Nak ambil gambar dengan dia pun tak sempat sebab leka dek makan kan. 

Ni kak lily tunjukkan hidangan-hidangan awesome ni ek 

Appetizer 

Selada Pelangi , Selada Tuna Bali, Asinan Sayuran Bogor 

sambal-sambal yang enak sekali ini

Karedok 

Soup 

Soto Ayam 

Main Course 

Rawon Kambing Madium 

Terik Daging Sapi Solo 

Ikan Kakap Saus Matta 

Sayur Labu 

Nasi Kuning 

Dessert 

Kue Pukis 

Bubur Sum Sum 

Hah amik ko makan dengan senang hati dan siap bertambah lagi, kalau korang tengok IG stories kak lily memang menyampah sebabnya semua gambar makanan kat situ hehehehhe jangan marah ye.. 

Untuk buffet ‘Inspiring Indonesian Cuisine' ini, ianya bermula dari 12th November hingga 25hb November dari 6.30petang hingga 10.30 malam. 

Harga buffet dinner adalah 

RM138nett (dewasa) dan RM69nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Ada diskaun 40% bagi pemegang Maybank dan CIMB Credit Card tau.. untung tuh.. 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Le Meridien Putrajaya boleh hubungi di talian 03-8689 888/6847/6868, email ke dining.lmputrajaya@lemeridien.com 

Jom kita ke :- 

Le Meridien Putrajaya Hotel 
Lebuh IRC, 
IOI Resort City, 
Sepang, 62502 Putrajaya 

Laman Web: 

Facebook: 


Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Sempat lagi korang nak pi weekend ni, promosi berakhir ahad ni nanti so lekaslah jangan lambat-lambat ye 

Selamat menjamu selera semuanyaaa…




Wednesday, November 21, 2018

Makan Ayam Nando’s Smoky PERi-PERI, Lain Betul Rasanya Lah

Hi Korang, 


Ayam Nando's ni rasanya lain sket dari ayam-ayam kat luar sana sebab ramuan PERI-PERI yang mempunyai citarasa Afrika kan, memang tak muaklah kalau di makan. 

Korang suka perisa yang mana? 

Ada Lemon and  Herba, Smoky PERi-PERi, Sederhana, Pedas dan  Ekstra Pedas kan tapi kak lily hanya boleh makan mild je sebab yang hot tuh boleh terbakar bibir ahkak ko ni hauhauahua maklumlah dah tak boleh makan pedas kan.

cantikkan bila dah malam tempat ni

Hari tuh kak lily berkesempatan ke event pelancara menu baru Ayam Nandos ni di Nandos Chinatown, ya ampun sampai 3 tingkat ek, first time ke sini tau.


Bertemakan alam magical so haruslah suasana macam ala-ala Harry Porter sket, ktorang di pecahkan kepada 4 rumah dan kak lily dapat Rumah Extra Raven Hot bolehlah kan tak kisahlah duduk memana pun janji dapat makan ayammmm

spooky kan setting up dia huahauhauah

Diilhamkan oleh gabungan ajaib wama-warni Afrika, warisan unik dan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka, maka Smoky PERi-PERi yang 'super-natural' terhasil. la memberikan rasa paprika yang kaya, manis dan berasap, sedikit rasa limau, gabungan herba yang menarik dan sememangnya sentuhan Cili Api PERi-PERi tersendiri Nando's. Semua gabungan iini memberikan rasa berasap unik yang mengimbau suasana barbeku yang baik.

Jom main teka apa bahan-bahan yang terkandung di dalam ayam ni ek??
memula kak lily panggil chicken wings terbako uauauauuaua

amik ko, segala yang kak lily rasa semua tertulis kan sini

Pada PERi-ometer Nando's, Smoky PERi-PERI lebih pedas daripada Lemon and  Herba (yang juga mengandungi cili ajaib secara kebetulan) tetapi kurang pedas daripada rasa sederhananya. la sesuai untuk mereka yang menggemari makanan berperisa tetapi tidak terlalu pedas dan ia mernperkenalkan satu dirnensi baharu ke rangkaian rasa ayam Nando. 

Seriously kak lily gemarkan perisa baru ni, langsung tak rasa pedas sangatlah, bau-bau smoky tuh kuat jugak tapi sedap. 

"Kami mahu memberi peminat kami rasa sesuatu yang ajaib musim ini dengan ayam PERi-PERi kami yang dipanggang dengan api dan itulah bagaimana wujudnya Smoky PERi-PERi. Selama bertahun-tahun kami telah mencuba pelbagai resipi yang berbeza untuk mencari rasa istimewa yang akan memberi peminat kami sesuatu yang baharu yang dapat dinikmati dan kami memutuskan untuk mencuba dengan Smoky PERi-PERi. la memberikan gabungan rasa hebat yang menarik dan unik, tetapi sinonim dengan Nando's pada masa yang sarna," kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando's Malaysia. 

So korang boleh nikmati Smoky PERI-PERI sebelum ianya berakhir, rasanya while stock last kot. Kan nak Krismas ni so why not kita cuba perisa baru ni ek

inilah dia Smoky Peri-Peri

Cara rerbaik adalah untuk meraikan musim perayaan dengan hidangan· Smoky PERi-PERI untuk 4 dengan hanya RM99.00. lni termasuk sajian menyelerakan dengan 4 sajian sampaingan lazat, 4 minuman ringan tanpa had dan Salted Caramel Cake Bites yang baru!

Nando's memberi tumpuan bukan sahaja pada ayam bakar sempurna, tetapi juga perisa dtan sentiasa bersedia rnenvahu cabaran untuk meningkatkan pengalaman bersantap mereka ke dimensi yang lain. Nando's bercita-cita untuk mengumpul dan menyajikan hanya yang terbaik di atas pingga anda. 

Korang boleh LIKE dan FOLLOW social media NANDO’S ni ek 

Website : 

Facebook : 

Instagram :