Thursday, November 15, 2018

FABER-CASTELL MALAYSIA Lancar Kempen 'BAS KEMBALI KE SEKOLAH'

Hi Korang,

Rupanya kilang Faber Castell ni terletak di Subang Jaya, baru tau hehehehe

Kebetulan ada invite melawat kilang alat tulis yang terkemuka di Asia Tenggara ni kan, so haruslah janganlah di lepaskan peluang wokeh.


Faber-Castell Malaysia melancarkan Bas Kembali ke Sekolah (Back-to-School Bus) dengan Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 baharu sempena Kempen Kembali ke Sekolah yang kini sedang berlangsung hingga awal Januari 2019. Bas Kembali ke Sekolah dari Faber-Castell Malaysia yang akan ditempatkan di semua kedai buku, pasaraya dan pasaraya besar terkemuka di seluruh negara menjadi daya penarik dalam kalangan pelanggan dengan inovasi produk terkininya dan peragaan yang menarik. 

Dilengkapi dengan komponen 3D yang menarik, bas sekolah Kembali ke Sekolah tersebut menampilkan beraneka jenis produk alat tulis terkini dari Faber-Castell dan pek promosi yang memberi nilai bagi wang pelanggan. Lebih menarik lagi, ia turut menyertakan sorotan produk utamanya iaitu Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang diperagakan bersama contoh karya mewarna yang mengagumkan hasilan daripada pensel warna Faber-Castell. 


“Bas Kembali ke Sekolah yang direka khusus oleh Faber-Castell ini membuktikan komitmen jenama ini untuk berinovasi dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pelanggan. Dengan pelancaran Bas Kembali ke Sekolah oleh Faber-Castell, kami menyasarkan bukan sahaja untuk memperkenalkan inovasi produk terkini dari Faber-Castell, tetapi kami juga berharap dapat memeriahkan mood pengguna dalam persediaan untuk menghadapi tahun persekolahan yang baharu,” kata Ivy Leong, Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia pada pelancaran Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia serta pelancaran Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48. 

Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang BAHARU dari Faber-Castell direka dengan alur dalaman untuk memastikan pensel warna berada dalam keadaan tersusun rapi dan kemas ketika disimpan. Tambahan pula, kotaknya yang nipis dan padat mengurangkan ruang simpanan (contohnya beg sekolah) supaya ia boleh dibawa dan digunakan di mana-mana mengikut kesesuaian pengguna. 

“Reka bentuk pek Faber-Castell yang terkini bagi pelbagai jenis pensel warnanya (iaitu 12, 24, 36 & 48 warna), bertujuan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik – sama ada di sekolah, pejabat atau untuk tujuan santai. Kami yakin dengan kotak Slim-Flexi baharu yang padat, fleksibel dan nipis ini, pengguna terutamanya kanak-kanak sekolah akan berasa lebih seronok dan bersemangat untuk membawanya ke mana-mana dan seterusnya dapat menikmati keseronokan melukis dan mewarna dengan kreatif menggunakan pensel warna Faber-Castell,” tambah Leong. 

Antara produk terkemuka dari Faber-Castell termasuklah Air Gel Pen yang dilengkapi ciri-ciri dakwat yang cepat kering dan genggaman yang lembut. 




Inovasi produk terkini lain dari Faber-Castell yang terdapat di pasaran adalah Stamp Markers (6 & 10 warna), pengasah pensel (UFO, Panda Table Top & Bear Table Top), pensel mekanikal (Shark & Bubble), pemadam (Seaworld), pen mata bulat & pen gel (WinBall, Eco Gel, Air Gel & Super Clip Gel), isian semula marker papan putih dan highlighter (Textliner 18). Harga produk alat tulis Faber-Castell bermula dari RM1.30 ke atas. 

Sempena Kempen Kembali ke Sekolah ini, Faber-Castell Malaysia turut menganjurkan peraduan ‘Spot, Snap & Win’ yang kini sedang berlangsung hingga 6 Januari 2019. 


Rebut peluang untuk memenangi Wang Tunai sebanyak RM150 + Produk-produk Faber-Castell dengan menyertai peraduan Spot, Snap, & WIN bersama Bas Kembali Ke Sekolah! 

Berikutlah cara untuk MENANG 

Langkah 1: 
Tangkapkan Gambar atau Video (secara kreatif) bersama Bas Kembali Ke Sekolah Faber-Castell di mana-mana pasaraya yang berdekatan. 

Langkah 2: 
Muat naikkan Gambar/Video di laman FB/IG anda dengan Hashtag #fabercastellbacktoschool

Rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang daripada 40 pemenang untuk memenangi hadiah tunai RM150 dan produk-produk Faber-Castell bernilai RM80 berserta sekotak Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang direka khas untuk korang.

Sempat kak lily melawat kilang Faber Castell untuk melihat sendiri cara pembikinan pen, ermm unik rupanya

kak lily belajar buat macaron wokeh hehhe

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun jenama ini yang ke-40, Faber-Castell Malaysia juga mengumumkan pembabitan syarikat tersebut dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pemberian bekalan produk alat tulis untuk setahun kepada kanak-kanak di 40 buah rumah amal di seluruh negara. 

“Kejayaan Faber-Castell Malaysia sepanjang 40 tahun ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan umum. Oleh itu, kami sentiasa berpegang kepada prinsip berbakti kepada masyarakat. Dengan memberikan produk alat tulis yang paling berkualiti kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, Faber-Castell Malaysia berharap dapat menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini sambil menyerikan meja mereka dengan kelengkapan peralatan tulis untuk penggal persekolahan yang akan datang,” tambah Leong lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia dan program CSR 2018, daftar masuk ke laman Facebook rasmi Faber-Castell Malaysia di https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, November 14, 2018

"MOONSTRUCK" Kompilasi Lagu Romantik Dan Sentimental Di Dalam Album NORRELA

Hi Korang, 


Mungkin korang tak pernah dengan penyanyi yang bernama Norrela ketika ini kan!! 

Ye betul penyanyi yang bernama Norrela ini merupakan penyanyi baru yang menghasilkan lirik lagunya sendiri dek kerana sudah bosan menyanyikan lagu orang lain.


Terdapat 10 buat lagu yang liriknya hasil dari ilhamnya sendiri, di antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album "Moonstruck" ialah :- 

  • I'm Moonstruck 
  • Song Serenade 
  • You Missed It All 
  • Don't Be My Hero 
  • I know 
  • It's Crystal Clear 
  • Just Can't Do It Alone 
  • Me and My Shadow 
  • My Mind and Heart 
  • I'm a Teetotal 

Majlis Pelancaran Album Moonstruck


Kak lily berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran album "Moonstruck" yang bergenre romantik dan sentimental nyanyian Puan Norrela ini.


Album ini telah diterbitkan oleh Andy Court, Penerbit album di Australia yang telah memenangi lebih 30 Anugerah peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau yang telah bertanggungjawab menghasilkan muzik dan melodi berdasarkan kepada lirik yang dihasilkan oleh Norrela sendiri.

Sini kak lily kongsikan  video nyanyian Norrela ni ek

Moonstruck by Norrela

Seriously yang kak lily tak sangka tuh, yang Puan Norrela seorang ibu anak tiga yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang "Applied Biology" yang cukup terkenal dalam dunia penulisan motivasi kini telahpun menghasilkan mini albumnya sendiri. Betullah kalau ada minat dan usaha segalanya pasti boleh kita capai.



Hasil karya Puan Norrela iaitu buku motivasi "Memancing Hati Anak Remaja" dan juga album Moonstruck! 

Tahniah kepada Puan Norrela!!


Perjalanan karier Norrela ini baru sahaja bermula dan kak lily doakan Puan Norrela ni akan maju kehadapan dengan jayanya di dalam bidang nayanyian yang diceburi ini. 
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, November 13, 2018

Trak Kempen VITAGEN DIGESTIVE HEALTH ON-WHEELS Nantikan Kehadirannya

Hi Korang,

Kita sering kali mengabaikan penjagaan kesihatan sistem penghadaman kita, maka VITAGEN telah mengambil langkah untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuannya secara langsung dengan rakyat Malaysia melalui inisiatif pendidikan barunya, VITAGEN Digestive Health On-Wheels. 

Inisiatif pendidikan VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini memaparkan sebuah trak yang dilengkapi dengan maklumat pendidikan mengenai probiotik – Lactobacillus acidophilus & Lactobacillus paracasei – iaitu bakteria ‘baik’ yang membekalkan pelbagai manfaat kesihatan untuk sistem penghadaman sekiranya diambil dengan secukupnya. 


Trak ini juga akan dikelolai oleh jururawat gastroenterologi dan pakar pemakanan yang akan menyediakan analisis dan nasihat kesihatan sistem penghadaman mengenai cara menjaganya kepada orang ramai. 

Di 30 buah lokasi yang akan dikunjungi, orang ramai akan dapat menjalani saringan kesihatan sistem penghadaman daripada pakar pemakanan, menerima kaunseling dan kit ujian najis daripada jururawat gastroenterologi, dan mempelajari cara untuk kekal cergas daripada perunding kecergasan. 

Selain mempamerkan hasil kajian terkini dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), trak ini juga dilengkapi dengan permainan interaktif mengenai kesihatan sistem penghadaman, sampel produk dan promosi jualan. 


“VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini merupakan inisiatif pendidikan kesihatan sistem penghadaman menggunakan trak bergerak yang pertama seumpamanya bagi mendidik para pengguna melalui cara yang lebih kreatif dan menarik melibatkan mereka. Sebagai peneraju dalam kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN memperkenalkan inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan probiotik dalam sistem penghadaman yang sihat. Sebagaimana yang disahkan oleh kajian terkini oleh PPUKM, sistem penghadaman yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan,” kata Encik Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN. 

“Lebih banyak kajian menunjukkan bahawa sistem penghadaman berfungsi sebagai otak kedua kita. Oleh itu, orang ramai perlu sedar bahawa sistem penghadaman amat penting untuk kesejahteraan keseluruhan dan mengetahui cara menjaganya akan membantu menangani pelbagai masalah kesihatan. Sebagai peneraju kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN bertekad untuk menggalakkan kepentingan sistem penghadaman yang sihat,” tambah Poh. 

“Satu cara mudah untuk memperoleh sistem penghadaman sihat yang boleh meningkatkan imuniti, kejelasan mental dan emosi adalah dengan mengambil probiotik dalam bentuk Lactobacillus acidophilus and Lactobacillus paracasei setiap hari.” 


Hasil penyelidikan klinikal PPUKM yang diketuai oleh Pakar Perunding Gastroenterologi, Profesor Madya Perubatan, Ketua, Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, YM Dr. Raja Affendi Raja Ali – menunjukkan bahawa strain probiotik Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei dalam VITAGEN mempunyai kesan positif ke atas kesihatan sistem penghadaman dan sistem imun kerana kira-kira 70-80% daripada sistem imuniti terletak dalam sistem penghadaman. 

Kajian tersebut menunjukkan bahawa 96% daripada responden mengalami simptom sembelit yang berkurangan manakala 45% daripada responden menghabiskan masa yang lebih singkat dalam tandas. 

Sistem imuniti kita dibentuk untuk menentang serangan virus, bakteria dan mikrob lain tanpa mengganggu tisu yang sihat. Sebanyak 70% daripada pertahanan imuniti kita terletak di dalam sistem penghadaman. 

Apabila kita berasa gembira, 95 peratus daripada Seratonin – bahan kimia yang menyumbang kepada kesihatan emosi, kesejahteraan dan kebahagiaan di antara lain – didapati dalam sistem penghadaman di mana probiotik di sana bertindak sebagai pengutus neuro untuk mencetuskan emosi ‘perasaan gembira’. 

“Kami menantikan lebih banyak penemuan yang dapat mengukuhkan lagi pemahaman bahawa sistem penghadaman amat penting dalam kesejahteraan secara keseluruhannya dan mengetahui cara menjaganya akan membantu mengurangkan banyak masalah kesihatan. Sebagai peneraju kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN akan terus mendidik dan mengingatkan orang ramai untuk menjaga sistem penghadaman mereka supaya dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik,” kata Poh. 



TRAK KEMPEN VITAGEN DIGESTIVE HEALTH ON-WHEELS 

  • Trak bergerak kesihatan sistem penghadaman yang pertama seumpamanya 
  • Saiz Trak: 27’ panjang x 7.5’ lebar x 12’ tinggi 
  • Akan berada di 30 lokasi di seluruh Lembah Klang 
  • Dikelolai jururawat gastroenterologi dan pakar pemakanan 


AKTIVITI UNTUK ORANG RAMAI 

  • Pameran VITAGEN dan Hasil Kajian Penyelidikan PPUKM 
  • Saringan kesihatan penghadaman yang dijalankan oleh jururawat gastroenterologi 
  • Pengedaran Kit Ujian Najis 
  • Nasihat pemakanan dan makanan yang sihat oleh pakar pemakanan 
  • Nasihat kecergasan oleh perunding kecergasan 
  • Cabaran Interaktif mengenai Kesihatan Sistem Penghadaman 
  • Video multimedia mengenai Hasil Penyelidikan VITAGEN oleh PPUKM 
  • Sampel dan jualan produk VITAGEN Kurang Gula 


VITAGEN – Asli, Kurang Gula dan Kolagen 

Semua perisa VITAGEN mengandungi berbilion-bilion kultur hidup dan aktif ‘Lactobacillus acidophilus’ dan ‘Lactobacillus paracasei’ untuk penghadaman lebih baik dan sistem imun yang lebih kuat. 

VITAGEN Asli diperbuat daripada susu berkhasiat dan jus buah sebenar tanpa pengawet untuk perisa buah lazat yang digemari semua. 

VITAGEN Kurang Gula mempunyai kandungan gula lebih rendah, dan dirumuskan khas untuk mereka yang mahu mengurangkan pengambilan gula tetapi masih ingin menikmati pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh jenama ini. VITAGEN Kurang Gula telah dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan. 

VITAGEN Kolagen Kurang Gula diperbuat daripada ramuan berkhasiat dengan kultur hidup dan aktif yang sama, tetapi ditambah peptida kolagen kehidupan laut dan prebiotik untuk kulit yang berseri dan kelihatan muda. VITAGEN Kolagen Kurang Gula juga telah dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan. 

Minum VITAGEN setiap hari untuk memberikan badan anda pengambilan seharian bakteria sihat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vitagen.com.my