Sunday, October 7, 2018

Promosi Hebat Sempena Tahun Baru Cina 2019 Di Sime Darby Convention Centre

Hi Korang, 

Cepat betul promosi untuk Tahun Baru Cina 2019 bermula ek. 

Eh biasalah, siapa cepat dia dapat katanya… 

Tahun Baru Cina yang diraikan setiap tahun memang meriah. Apatah lagi budaya makan besar bersama keluarga adalah antara acara yang ditunggu-tunggu seisi keluarga. Seperti biasa akan terdapat pelbagai pilihan menu hidangan yang menarik yang ada ditawarkan di restoran-restoran makanan cina.


Sebagai peminat masakan cina sangat rekomenkan Restoran China Treasures di Sime Darby Convention Centre (SDCC). Ini kerana setiap tahun hidangan yang ditawarkan sempena Tahun Baru Cina tidak pernah mengecewakan. Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan parking yang banyak. Begitu juga dengan fasiliti asas seperti bilik air dan ruang solat turut disediakan dalam sentiasa berada keadaan kemas dan bersih.

Fortune "Yee Sang" with Golden Sea Whelk and Golden Corn

Untuk Tahun Baru Cina (CNY) 2019, antara hidangan yang ditawarkan adalah seperti; Fortune "Yee Sang" with Golden Sea Whelk and Golden Corn, Double Boiled Chicken Soup With Dried Scallop Wild Red Mushroom and Cordyceps Flower, Steamed Lotus Leaf Chicken, Steamed Sea Grouper With Premium Soy Sauce and Golden Garlic, Baked Crystal Prawns With Nyonya Sauce in 'Nanyang' Style, Braised Black Moss Roll and Bean Curd Puff With Seasonal Vegetables, Steamed Rice With Baby Abalone Dried Octopus, Yam and Mushroom, Chilled Snow Lotus and Ginseng Root With Red Dates and Dried Longan

Hidangan makan malam CNY dan baucar bufet hanya sah untuk dibuat penebusan pada 4 Februari 2019, bermula dari jam 6 malam hingga 10 malam. Tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan segala kesulitan.

Baked Crystal Prawns With Nyonya Sauce in 'Nanyang' Style

Chilled Snow Lotus and Ginseng Root With Red Dates and Dried Longan

Braised Black Moss Roll and Bean Curd Puff With Seasonal Vegetables

Disediakan juga bilik lebih privasi di Restoran China Treasures bagi acara dan sambutan yang ingin dilaksanakan secara privasi dan esklusif. Untuk pengetahuan semua, Restoran China Treasures dibuka setiap hari pada hari berkerja ketika waktu makan tengahari bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang. Manakala untuk cuti umum dan hujung minggu bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang. Dan persembahan muzik akan bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Double Boiled Chicken Soup With Dried Scallop Wild Red Mushroom and Cordyceps Flower

Steamed Lotus Leaf Chicken

Steamed Sea Grouper With Premium Soy Sauce and Golden Garlic

Bagi orang muslim tidak perlu berasa was-was memandangkan restoran ini telahpun mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semestinya suasana akan lebih meriah jika dapat hadir dengan ahi keluarga untuk menikmati hidangan istimewa di sini kan. Oh ya! Restoran ini juga boleh menampung sehingga 200 orang, dengan enam bilik makan privasi yang boleh menampung diantara 8 hingga 70 orang.

Deep Fried Sesame Ball with 'Nian Gao' Filling

Jamuan Tahun Baru Cina di SDCC sudah boleh dibuat penempahan ya. Ianya ditawarkan dalam harga per pax ataupun penempahan berkumpulan samada untuk 1 meja adalah untuk 10 orang tetamu ataupun 1 meja untuk 5 orang tetamu. Menariknya ditawarkan juga harga "early bird" yang memberi lebih banyak penjimatan. 

Harga voucher yang ditawarkan adalah adalah seperti berikut:- 

*Lebih awal membuat pembelian voucher, lebih penjimatan diperolehi 

Harga Per Pax 

Oktober - RM60 nett 
November - RM70 nett 
Disember - RM80 nett 
Januari /Febuari - RM98 nett 


Harga Untuk 1 Meja 5 Orang 

Oktober - RM498 nett 
November - RM598 nett 
Disember - RM698 nett 
Januari /Febuari - RM888 nett 

Harga Untuk 1 Meja 10 Orang 

Oktober - RM698 nett 
November - RM798 nett 
Disember - RM898 nett 
Januari /Febuari - RM1388 nett 

*Semua harga adalah termasuk 0% service charge dan 6% service tax




Hubungi 03-20893788 atau emel ke chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 

Ni alamatnya

Sime Darby Convention Centre, 

1a, Jalan Bukit Kiara 1, 
Bukit Kiara, 60000 
Kuala Lumpur, 
Tel : 03-2089 3688

So boleh suggest kat bos-bos korang untuk buat tempahan bagi CNY 2019 ek, harga tengah murah kaw-kaw ni kan...





Saturday, October 6, 2018

Pelancaran Kempen ‘HUGE SAVINGS’ Dari GUARDIAN MALAYSIA Sempena Ulangtahun Ke 51

Hi Korang, 

Guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-51nya dengan mendedikasikan bulan Oktober ini untuk memberi ganjaran kepada pelanggan dengan tawaran istimewa, termasuk penjimatan sebanyak 51% pada lebih daripada 1,000 item. 


CEO of Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen, berkata: “Our 51st anniversary campaign, which started yesterday, has been designed to complement our year-long Knockdown Prices campaign launched in February, so that customers can enjoy greater savings during the month.” 

Ciri utama kempen ulang tahun adalah untuk menawarkan pelanggan sejumlah 1,000 item di bawah pembelian “mix & match”, di mana mereka akan menikmati diskaun 51% pada harga item kedua. 

“What better way to reward our customers than to help them to save and contain rising costs of living? We believe our customers across the country, including those who prefer to make purchases online, would be delighted by the wide product range and huge discount,” beliau menambah lagi 


Di samping itu, terdapat juga in-store Beauty Fair di sepanjang bulan, di mana baucer RM30 akan diberikan dengan pembelian kosmetik dan wangian bernilai RM120 dan ke atas, dalam satu resit. 

Untuk menggalakkan para pelanggan ke kedai Guardian semasa tempoh ulang tahun, Guardian telah melancarkan kejutan Instore, di mana pelanggan pertama yang membelanjakan RM51 dan ke atas di kedai-kedai khusus terpilih di seluruh negara, akan menerima hadiah misteri. Terdapat sekurang-kurangnya satu pemenang setiap hari, dengan sejumlah 51 hadiah yang menunggu pembeli bertuah. Pemenang akan diumumkan setiap hari Khamis di Guardian FB. 


Di samping itu, Guardian Malaysia akan memberikan smart band health tracker bernilai RM99 untuk membeli produk penjagaan kesihatan melebihi RM250, di kedai-kedai Guardian terpilih. 

Mengulas lebih lanjut mengenai kempen dan tawaran Soren berkata: “Guardian has been a leading brand in Malaysia for the past 51 years. We have a reputation of offering a wide range of exclusive and high quality products at very affordable prices. Campaigns such as these enable Guardian to re-focus on the brand’s DNA, which is, to always offer customers the best in terms of price, quality and service.” 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my














Friday, October 5, 2018

AGROBAZAAR DI KLIA2, Segala Produk Tempatan Ada Di Sini

Hi Korang, 

Produk tempatan ni memang menjadi kegemaran kak lily sebab ianya mempunyai citarasa kita rakyat Malaysia ni. Yelah kerepek-kerepek, pes masakan, kopi tempatan dan memacam lagi. 

Selalunya kalau produk-produk sebegini kita hanya boleh dapati di ekspo-ekspo makanan, pameran dan beberapa hypermarket yang ada section produk IKS ek, so agak limited di situ. 

What if kalau kak lily bagitau sekarang ni dah senang nak dapat??? 

Korang mesti geleng kepala cakap ’yo yo la tuh kak lily ni kan‘ 

Seriously dah mudah wokeh!! 

Semuanya di hujung jari anda, klik klik je terus bayar. Itulah kuasa teknologi masa kini. 

Tapi kalau yang nak tengok jugak barangan secara fizikal cam ne ? Yelah lain orang lain ragamnya mesti nak kena tengok jugak then baru beli. 


Wokeh kak lily cadangkan korang ke Agrobazaar KLIA2 untuk dapatkan produk-produk tempatan ni tau. 

Kalau korang nak tau, Agrobazaar merupakan platform yang mana usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia boleh mempromosi dan memasarkan produk keluaran mereka tanpa rasa was was. Produk-produk dari Agrobazaar adalah dari pengusaha yang terlibat samada dalam sektor pertanian, perladangan, ternakan dan perikanan, hah betul kak lily cakap semuanya sekali ada kat sini. 


Untuk pengetahuan korang, outlet Agrobazaar telahpun dibuka di KLIA2 Sepang sejak dari Januari 2017. Lokasinya begitu hampir dengan kawasan balai Perlepasan Dalam Negara, sekaligus menjadikan lokasi outlet ini begitu strategik terutama bagi pengunjung KLIA2 atau penduduk sekitar seperti Sepang dan Banting bagi mendapatkan produk-produk keluaran pengusaha tempatan di sini. 

Kalau nak naik flight tuh, selalu jugak kak lily singgah ke kedai ni yelah beli jajan kudap-kudapan. 

Cuba korang tengok ruangan dalam kedai ni ?? 





Sangat-sangat tersusun kemas dan teratur mengikut jenis produk yang ditawarkan. Paling menarik kita boleh dapatkan lebih daripada 700 produk-produk pengusaha tempatan yang cukup terkenal tau VIRAL lah orang sekarang katakan di sini. Banyak betul tuh ek!! 

Yesza jajan atau kudap-kudapan memang menjadi pilihan bila masuk ke Agrobazaar ni. Kak lily suka keropok ikan, kerepek ubi kayu, kuih gunting dan pelbagai lagi merupakan produk yang dihasilkan dari sumber pertanian dan perikanan juga boleh didapatkan di sini. Yang paling keropok ikan memang awesome dan senantiasa menjadi pilihan kak lily lah kan. 


Cantik je packagingnya dan mudah untuk di bawak kemana saja, even kalau korang nak hadiahkan atau di buat buah tangan pun cun jugak sebab cantik. 

Yang best tuh, Agrobazaar memang akan sentiasa adakan promosi untuk produk-produk yang terpilih. Di mana kita boleh dapatkan pada harga yang cukup murah dan berbaloi. 

Inilah yang kak lily nak show off ni, pes masakan yang macam-macam jenis ada, mestilah pes masakan tradisi popular yang kak lily suka seperti kari, asam pedas, ayam kicap dan banyak lagi. 

Produk dalam tin dan botol juga ada seperti seperti sardin, sambal, kicap dan pelbagai lagi produk yang menarik hati. 

Bagi pencinta kopi macam kak lily jugak mesti jangan ketinggalan untuk minuman segera seperti 3 dalam 1 (3in1). Antara jenama yang cukup popular dalam menghasilkan kopi pra-campur adalah jenama Agromas. 

Bayangkan ada lebih 700 produk tempatan yang korang boeh dapatkan di sini, penat jugak kalau kak lily nak citer satu per satu ek hehehehe. Segala-galanya ada di sini, dari A-Z so senang kita nak dapatkan tak yah pening-pening nak ke tempat lain kan. 

Yang penting Ia semestinya HALAL dan selamat dinikmati seisi famili. 


Kalau korang nak tau jugak, ada café comel di dalam Agrobazaar ni tau iaitu Kedai Kopiesatu Agrobazaar. Di sini terdapat pelbagai jenis makanan pagi dan tengahari yang enak, terbaeklah menu-menu tempatan kita jugak ye 


Ada WiFi percuma untuk para pelanggan yang menikmati hidangan di sini, so sambil makan sambil melayari internet so bolehlah update Instagram gambar makanan diorang dan TAG Agrobazaar hehehhe… Kalau datang sini, sila selfie atau wefie, tunjuk gambar korang pada mana-mana staf Kedai Kopiesatu yang sememangnya sangat peramah, baik dan sempoi. Dan sebagai ganjarannya korang akan diberikan teh tarik secara percuma. FREE the Tarik siapa tak nak kan!!! 



Setiap bulan ada promosi makanan mengikut negeri. Contohnya ada kalanya ditawarkan Nasi Dagang Terengganu, Nasi Ulam, Laksa Johor dan pelbagai lagi makanan yang menarik. Kalau nak merasai kehebatan hidangan tersebut kenalah datang ke Kedai Kopiesatu Agrobazaar KLIA2. 



Bukan sahaja kuih-muih tempatan bahkan pencuci mulut seperti kek ada juga ditawarkan. Pendek kata terdapat banyak pilihan makanan samada untuk dinikmati ketika waktu sarapan mahupun tengahari. 

Ok balik pada citer kak lily yang kat atas tadi pasal semuanya di hujung jari korang je kan, ni kak lily nak bagitau ni 


Kalau korang tidak berkesempatan datang Agrobazaar KLIA 2, jangan risau atau kecewa. Korang boleh juga dapatkan produk Agro melalui aplikasi Google Play atau Apple Store dengan memuat turun terus dari pautan ini 



Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:-

1) Muat turun aplikasi AgroBazaar Online di Google Play atau Apple Store
3) Log in sosial media – first time user
4) Carian “agrobazaar klia2”
5) Buat pilihan mengikut menuyang disediakan
6) Bayar atas talian atau COD 

Ada banyak diskaun diberikan. Memang berbaloi dan mudah. Betul kan apa yang kak lily cakap semuanya di hujung jari ini. 

Produk-produk tempatan dari IKS ni adalah salah satu kebanggan rakyat Malaysia so kalau bukan kita yang beli nak harapkan siapa lagi, kita kenalah support para pengusaha ni supaya diorang akan menghasilkan produk-produk berinovasi tinggi dan bermutu. 

Wei harga berpatutanlah, sebab tu kita kena sokong!! 

Untuk keterangan lanjut mengenai AGROBAZAAR KLIA2 dan promosi. Boleh layari terus :- 


FACEBOOK : 

WEBSITE : 


Selamat membeli belah...