Friday, September 28, 2018

Makan Tengahari Di New York Steak Shack, Cuba Menu Baru Tuh

Hi Korang, 

Kebetulan ada undangan makan-makan di New York Steak Shack minggu lepas so kak lily pun ambil kesempatan lah untuk pi lah. Alah dekat je Sunway Velocity Mall je hah dari office. 


Selalunya bila pi makan kat New York Steak Shack kat iOi City Mall ni memang kak lily order striploin steak je sebab sedap dan dagingnya lembut nau dan hidangan side dishnya sedap-sedap belaka. 

So kali ni kak lily dapat cuba menu baru dan menu yang sedia ada tapi yang dah di improved, kira macam adjust balik untuk lagi sedap lah kan. Ok tunggu beberapa orang media lagi sampai then baru kita boleh makan kan hehehhe


"Our team is always on-the-go to think of how to cater to what's best for our guests. Through this new menu, we would like to create an enjoyable and value for money experience for our guests," kata Muhammad Adam Mah, Brand General Manager of NY Steak Shack. 

"Sixty percent of the items in this menu are new and we are truly proud of the final outcomes. After rounds of testing and due to the great response and high demand, we have also incorporated some dishes from our limited-time offerings from the past seven months in this new menu," beliau menambah lagi. 

Dah tak yah nak citer panjang meh tengok gambar-gambar ni jelah 

APPETIZER 

Chicken Caesar Salad RM16.40 

Trio Apps 


MAIN ENTREE 

Darling Downs Wagyu Striploin RM65.94 

Lamb Noisette RM51.79 

Duck Chop RM26.32 

Smokehouse Burger 

DESSERT 

Red Velvet Cake RM8.40 

Carrot Cake RM8.40 

DRINKS

Chocolate Milkshake – RM13.11 

Untuk pilihan minuman pula terdapat pelbagai jenis milkshake seperti Oreo Milkshake, Red Velvet Milkshake, Chocolate Milkshake, Banana Milkshake, Black & White Milkshake, Vanilla Milkshake Peanut Butter dan Milkshake Brownies Milkshake 

Mocktail RM8.40 

Bagi mocktail pula ada Perfect Mix Mocktail Minty, Lime Cooler Mocktail, Orange Breeze Mocktail dan Lemonade Zest Mocktail 

Berita baik untuk korang yang kaki makan banyak ni, 


Buat pertama kalinya, NY Steak Shack akan mengadakan Wagyu Steak Eating Challenge di mana pemenang dapat akan menikmati makanan PERCUMA di NY Steak Shack selama setahun! Mulai sekarang hingga 30 November 2018, para pelanggan yang memesan stik wagyu di mana-mana store NY Steak Shack akan diberi borang pendaftaran untuk melayakkan diri ke Wagyu Steak Eating Challenge di mana hanya satu pemenang yang akan dipilih tau. 

Cara nak ambil bahagian: 

1. Makan di sana atau bawak balik Wagyu Steak dari mana-mana NY Steak Shack di Malaysia dari tarikh 1hb September 2018 hingga 30hb November 2018 

2. Isikan butir-butir diri di borang #1stWagyuSteakEatingChallenge untuk menyertai 

10 peserta yang bertuah akan mengambil bahagian di Grand Finale at IOI City Mall pada Disember 2018. 

hilang keayuan akak ko ni hah, kalau masuk pertandingan makan daging tuh ek hauhauahua bengongg

Ini alamat outlet di Sunway Velocity Mall


New York Steak Shack 
Lot No. 2-27 Sunway Velocity Mall 
Lingkaran SV 55100 Kuala Lumpur 

Hours: 
Open ⋅ Closes 10PM 
Phone: 03-2780 7120 


Marilah LIKE dan FOLLOW NYSS di sosial media berikut:

Facebook: 

Website: 






Warga Malaysia kini boleh membeli-belah di GEGARMall

Hi Korang,

Jenama Radio nombor satu Pantai Timur, GEGAR, telah bekerjasama dengan Go Shop, sebuah khidmat membeli-belah gaya hidup pelbagai platform di Malaysia, untuk menawarkan GEGARMall, pengalaman membeli-belah baharu melalui platform Go Shop. GEGARMall bermatlamat untuk menyediakan tawaran eksklusif selain menawarkan produk-produk khas untuk peminat GEGAR. GEGARMall menawarkan variasi yang hebat untuk produk inovatif dari jenama terkenal dalam kategori gaya hidup Muslimin dan Muslimat, rumah, fesyen dan kecantikan. Pada masa akan dating, GEGARMall akan menambah lagi jenama dan produk baru.


GEGARMall bersama radio GEGAR, menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan berbeza daripada saluran membeli-belah e-dagang dan platform membeli-belah yang sediakala di Malaysia. Peminat-peminat GEGAR di Pantai Timur kini dapat membeli-belah di GEGARMall melalui semua saluran kami – sama ada dalam talian, di udara (on-air) dan juga melalui peranti mudah alih. Kerjasama ini bermatlamat menjangkau ke pelanggan baru serta meninggikan penglaman membeli-belah bagi pelanggan sedia ada.

Kerjasama ini adalah bonus untuk peminat GEGAR dan pelanggan kerana semua peminat boleh menikmati pengalaman pelbagai platform dengan membeli produk dari GEGARMall berdasarkan promosi yang diumumkan oleh penyampai radio GEGAR melalui penyiaran video harian di media sosial. Manakala, pelanggan pengiklanan pula akan mendapat insentif tambahan dengan memanfaatkan platform Go Shop yang dikembangkan dari platform GEGAR. 

Pelanggan boleh melayari GEGARMall melalui www.goshop.com.my/gegarmall dan melalui aplikasi mudah alih Go Shop. Sempena dengan pembukaan GEGARMall, para pelanggan boleh menikmati diskaun 20% dengan perbelanjaan minima RM200 dari sekarang hingga ke 16 Oktober 2018. Peminat GEGAR boleh menala GEGAR di udara, saksikan laman media sosial GEGAR atau bertemu dengan pasukan KRU GEGAR untuk mendapati kod promo tersebut. GEGARMall turut mempunyai promosi-promosi hebat bulanan dan pelbagai tawaran menarik pada bulan-bulan yang akan datang nanti. 

Selain daripada tawaran pembukaan GEGARMall, GEGAR sedang menjalankan peraduan “Menang di GEGARMall" sehingga 28 September 2018. Dalam pertandingan ini, GEGAR akan menghadiahkan baucar tunai bernilai RM8000 untuk dibelanjakan di GEGARMall. Untuk mengambil bahagian dan memenagi baucar tunai ini, peminat-peminat boleh menonton video harian yang disiarkan oleh penyampai radio GEGAR yang akan mempromosikan produk terpilih di GEGARMall serta menjawab soalan-soalan di udara berdasarkan video. Sekiranya tiada pemenang pada sesuatu sesi pertandingan itu, baucar wang tersebut akan di tambahkan ke nilai hadiah dalam segmen seterusnya.

Beli-belah di GEGARMall melalui www.goshop.com.my/gegarmall. Untuk matlumat lanjut tentang GEGAR, layari www.gegar.my atau ikuti laman media sosial GEGAR di Facebook, Instagram dan Twitter.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, September 27, 2018

“Spirit of WIPRO Run 2018” Wetlands Putrajaya ~ #WeBeforeMe

Hi Korang, 

Ahad lepas kak lily berkesempatan ke Wetlands Putrajaya untuk menjayakan “Spirit of WIPRO Run 2018”. Wah pepagi dah bangun tau, siap paksa Mr Big pi sekali ek hehehe 

bangga wokeh dapat berlari walaupun tak jauh kan hehehe

Pada hari tersebut ianya menandakan ulang tahun ke-13 untuk Spirit of Wipro Run, yang bermula pada Julai 2006 dan sejak itu ianya menjadi usaha tahunan global. Setiap tahun, pekerja Wipro dan komuniti lanjutan di seluruh dunia menyertai Spirit of Wipro Run sebagai tanda menjadi sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat mereka. 

"Spirit of WIPRO Run" telah menjadi platform yang berjaya dalam menggabungkan pekerja, keluarga, dan pelanggan dengan matlamat tunggal dalam minda iaitu untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui 3 kategori iaitu Community, Education dan Ecology. Dana yang dikutip dari larian tahunan adalah mendahului dolar kepada dolar oleh Wipro dan ia membantu komuniti tempatan di mana Wipro beroperasi di seluruh dunia. 


“The Spirit of Wipro Run supports a greater cause – that of giving back to the communities we work and live in. In doing so, we connect the Spirit of Wipro with our larger corporate mission of creating a just, equitable, humane and sustainable world. Themed ‘We Before Me’, this year’s run is to encourage unity and the spirit of working together,” kata Mr Kumar Chander, Regional Director, South East Asia & Middle East di dalam ucapannya.



Di Malaysia acara 'Spirit of Wipro Run' yang diadakan serentak di seluruh dunia di mana Wipro mangadakan di pusat pentadbiran persekutuan, Putrajaya di Wetlands yang cantik dan penuh kehijaunan yang indah dan atas dasar tanah lembap air tawar yang terbesar dibina di kawasan tropika. 

haruslah berzumba dulu untuk panaskan badan sebelum berlari

kemain lagi kan, nak berzumba. yelah pepagi ni eloklah buat senaman yang simple2 dulu


Bermula dengan aktivit Zumba selama 15 minit, peserta kemudian dilepaskan mengikut kategori secara turutan iaitu 8km dan 3km kemudiannya. 

Ok abis je berzumba terus je ke acara pelepasan larian ek





Tiga kategori yang tersedia untuk Spirit of Wipro Run ialah Kategori Terbuka Lelaki 8km, kategori Terbuka Wanita 8km dan Run Fun Family 3km. Pelari 3 teratas untuk setiap kategori menerima hadiah untuk usaha mereka. Tidak seorang pun yang pulang pulang dengan tangan kosong kerana semua peserta menerima goodies bag yang awesome setelah selesai berlari.

maskot gajah merah jambu yang di gemari Carrie Junior dan Tommy kura-kura

Ianya seperti karnival dengan adanya gerai permainan, floss gula, popcorn, ais krim, trak makanan dan inflatable bouncing castles yang sangat-sangat menarik. Turut hadir di acara itu untuk menghiburkan para peserta dan orang ramai adalah maskot gajah merah jambu yang menggemari, Carrie Junior dan kawannya Tommy kura-kura. 






Selain daripada larian terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Walk-a-hunt’, Flower Arrangement dan Cupcake decoration. 




Ermm sebelum balik tuh sempatlah kak lily singgah beli makanan di food truck yang di sediakan, hah ko memacam hado semuanya menyelerakan penat tadi berlari buang lemak ewah-ewah tambah lebih balik hauhauhauha













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com