Tuesday, September 25, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai (PART 7)

Hi Korang,


Sambung lagi travelog ke Hatyai ni, korang boleh baca entry sebelum-sebelum ni ek 



Still cerita hari kedua lagi ek, aduimak memang panjang betul lah menulis kali ni. 

Kan kak lily citer dalam previous entry yang kitaorang booking Tuk-Tuk untuk 2 tempat kan so yang satu lagi ni adalah Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai. Apa lagi tempat makanlah hehehehe


Lokasi tempat makan ni k lily rasa baru je dibuka dalam tahun lepas kot, since Mr Big balik dari Krabi masa trip motor dia hari tuh sebab dia sendiri pun tak tau akan kewujudan tempat ni. Kitorang ni pun ada staff hotel yang bagitau ada tempat makan baru dekat-dekat Khlong Hae ni so alang-alang dah sampai ke sana so singgahlah makan kan hahaha 

Memang dekat dengan Khlong Hae floating market tuh dalam 5 minit itu jalan belakang, jalan kampung-kampung so dapatlah tengok kampung-kampung di Hatyai ni. Sampai tuh driver Tuk-Tuk tinggalkan kitorang dan dalam masa 2 jam dia datang balik, haruslah ok sajorr 

Di sebabkan buffet so all you can eatlah konsepnya, Selagi perut tak meletup then jangan balik hehhehe 

Diorang sediakan 2 dapur, satu untuk steamboat dsan satu lagi untuk BBQ. Of courselah laki akak ni nak yang BBQ je yang steamboat tuh dia suruh kak lily makan hahahaha. 

Ya ampun pelbagai jenis bahan makanan ada kat sini. Rambang mata untuk korang pilihan ooo












Ada seafood, sayur-sayuran, fishball,  daging, ayam dan kambing yang dah siap marinate dengan pelbagai perasa. 

Makanan dah siap pun ada gak.



Nasi putih siap berlauk lagi tau, ada ayam celup tepung, ikan celup tepung lagi. I likeeee 



Yang ini ikan yang di bakar dengan garam kasar, aduimak tak sempat nak cuba yang ini sebab ramai nau orang beratur order hahahhaa.

pilihan air pun melambak wei

Memang menyandar-yandar dibuatnya lepas makan, perut sengkek oi. Lepak tengok orang Malaysia makan-makan sama keluarga kat sini ni.

letak lemak ayam wei untuk ada rasa sket sup steamboatnya








Walaupun ramai orang semua orang tempat ada meja sebab luasnya kawasan ni. Ternyata rakyat Malaysia memang suka aktiviti makan-makan ni walaupun dimana jua mereka berada hahahha


Harga untuk seorang adalah THB289 = RM33 kot ermm murah tuhhh 

Ini alamatnya: 

Khlong Hae Seafood 
Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand 



Alah kalau tanye Tuk-Tuk driver for sure diaorang tau punyalah tempat ni. 

Balik tuh, ktorang suruh Tuk-Tuk stop kat area Lee Garden untuk massage hahahahaha then balik jalan kaki je ke hotel yelah makan dah banyak kan so exercise lah sket. 

Ok settle PART 7, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza (PART 3) 

4. Chabura Dimsum (PART 4) 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 (PART 5) 

6. Khlong Hae Floating Market (PART 6) 

7. Khlong Hae Buffet Seafood (PART 7) 

8. Kim Young Market 

9. Central Festival Mall 

10. Big Market 

11. Hatyai Junction 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, September 24, 2018

Steamboat Dinner Di CHATZ BRASSERIE, PARKROYAL Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang, 


Musim-musim hujan petang kalau dapat pekena menu yang bersup dan di hidangkan panas-panas memang sedap kan.


Itulah kalau dapat makan steamboat memang enak lah.

So Chatz Brasserie di Parkroyal Hotel sedang elok mempromosi Steam Dinner pada setiap hari Ahad hingga Khamis dari 6.30pm – 10.30pm pada harga RM83nett.

Chicken Herbal Soup dan Ma La Soup

Terdapat 4 jenis pilihan sup iaitu Herbal Chicken Soup, Tom Yam Soup, Ma La Soup dan Kimchi Soup. Kesemua sup-sup ini kak lily dah rasa pun hari tuh tau, sedap jugak tau. 

Sup Herbal Chicken adalah sup yang sesuai dimakan pada hari yang sejuk-sejuk sekarang ni. Jika korang lebih suka menambah sedikit rempah ke sup korang, Tom Yam Soup adalah untuk pilihan terbaik tau. Nak lagi pedas yang unik ? Boleh cuba Ma La Soup yang dihasilkan daripada lada Sichuan. Pihak hotel juga memperkenalkan sup Kimchi, sesuatu pengalaman yang berbeza bagi pencinta Steamboat macam korang ni.



Pelbagai hidangan Hidupan Laut Laut akan membuka selera korang Fresh Catch Fish Fillet of the Day, Sulu Sea Prawns, Half Shell Sea Scallops, Flower Crabs, Norwegian Salmon Fillet, Jellyfish, Fish Rolls, Fish Balls dan Crabsticks. Nikmati hidangan daging putih dan merah seperti Australian Beef Tenderloin, Australian Beef Tripe, New Zealand Mutton dan Free Range Chicken Strips.



Bahan-bahan sampingan disediakan terdiri daripada Tianjin Cabbage, China Leek, Cameron Lettuce, Hong Kong Choy Sum hingga ke  Black Fungus. Pilihan Cendawan pula adalah Mountain Mushroom include Button, Enoki, Abalone dan Shitake.


Kesemua hidangan ini boleh dinikmati dengan sos yang enak dan lazat seperti Bawang Putih, Cincang Merah, Sos Soy, Chilli Padi Dip, Saus Sukiyaki dan Sesame Dipping Sesame Black and White. Termasuk dalam set ini ialah Fish Noodles, Glass Noodles, Mee Hoon, Emperor Noodles, Bean Curd dan Telur. 

Ermm jom makan ek

jom masukkan semuanya hahaha

first time makan Ma La Soup, unik rasanya tapi not bad

nak makan, so masak sendiri hehehe

sup tom yam dah siap, jom kite

nampak, makan dengan senyapnya enjoyyy

Happylah dapat makan steamboat time hujan lebat ni, bertambah-tambah di buatnya sampai kena tambah sup la kan hehehhe


Untuk ‘Steamboat Dinner’ ni, ianya pada setiap Ahad sehingga Khamis dari 6.30pm - 10.30pm setiap hari. 

Pada harga RM83nett seorang 

Untuk lebih details, sila hubungi 03-27828301 atau email: chatz.prkul@parkroyalhotels.com

Ini alamatnya :

Chatz Brasserie
PARKROYAL Hotel,
Jalan Sultan Ismail, 
Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
Phone: 03-2782 8301



Selamat menjamu selera korang...











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Soft Launch Konsert AFGAN Dekade LIVE In KUALA LUMPUR 2018

Hi Korang,

Penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Afgan akan kembali ke Malaysia untuk meraikan sambutan ulang tahun sedekad dalam industri muzik melalui Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre. 


Dianjurkan oleh Nizra Production Sdn Bhd, konsert ini merupakan hadiah istimewa dari Afgan buat peminat setia beliau sepanjang 10 tahun pembabitan dalam industri muzik. Konsert intim ini akan membawa penonton menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, DEKADE. 

From Left : Ms. Jeannie Ng, Partnership Management Marketing Cards, Group CFS Maybank, Ms. Vichelle Woon, Vice President Marketing Cards, Group CFS Maybank, Mr. Nik Iruwan Datuk Nik Izani, CEO Nizra Production and Datuk Nik Izani Nik Ibrahim

Ketua Pegawai Operasi Nizra Production Sdn Bhd, Nik Iruwan Datuk Nik Izani berkata “Konsert ini begitu istimewa kerana Malaysia telah dipilih sebagai lokasi pertama sambutan ulang tahun ke-10 Afgan dalam industri muzik.” Dewan Plenary di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi rasmi konsert dimana ia mampu memberi suasana intim bersesuaian dengan objektif konsert. “Dengan mempunyai kapasiti untuk memuatkan hampir dua ribu lima ratus orang (2500) beserta kekuatan populariti Afgan di Malaysia, kita menjangkakan sebuah konsert yang sold-out”, kata Nik. Selain Nizra Production, turut sama hadir ialah Maybank selaku penaja rasmi konsert.


Jejaka kelahiran Jakarta, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan, telah memenangi lebih 50 buah anugerah termasuk Album Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik, sebuah majlis yang mengiktiraf kejayaan artis di rantau Asia. Penyanyi bersuara emas ini juga pernah berkolaborasi dengan artis seperti Shiela Majid, Rossa, Raisa, SonaOne dan terkini bersama Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo. Beliau juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti Cinta 2 Hati dan Refrain dan program TV, termasuk menjadi juri bagi X Factor Indonesia. 

Album terbaru Afgan berjudul DEKADE telah dilancarkan baru-baru ini mengandungi 14 buah lagu termasuk 3 buah lagu dari album terdahulu. Pasti ramai peminat mengingati lagu-lagu hit beliau seperti Jodoh Pasti Bertemu, Panah Asmara, Bukan Cinta Biasa, Pesan Cinta, Knock Me Out, X (duet bersama SonaOne), dan terkini dari album DEKADE, berjudul Sudah. 

Terkenal dengan kekuatan vokal yang tersendiri, konsert ini pastinya akan membuai perasaan peminat Afgan sambil melihat perjalanan dan transformasi beliau bukan sahaja sebagai penyanyi malah perkembangan muzik Afgan sendiri. Konsert ini dianggap begitu dekat dan bermakna buat Afgan kerana ia akan memperlihatkan rangkuman pengaruh muzik yang membentuk kematangan beliau dalam industri hari ini. 


Tiket konsert boleh didapati bermula 21 September 2018 (Jumaat) dan dijual pada harga RM288 (Silver), RM588 (Gold), RM888 (Platinum) dan RM1288 (Diamond VVIP). Bagi pembeli tiket Diamond VVIP, akan menerima pas Meet and Greet berserta CD dan poster yang ditandatangani oleh Afgan. Manakala, berita baik buat pemegang kad debit dan kad kredit Maybank, sebanyak 10% diskaun ditawarkan untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori. Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari https://premier.ticketcharge.com.my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811. 

Diiktiraf sebagai salah satu artis lelaki terbaik di Indonesia, peminat Afgan akan dijanjikan dengan sebuah persembahan yang intim, berbeza dari sebelum ini dan yang paling utama sekali, membawa penonton menikmati sebuah perjalanan muzik yang indah dan menghiburkan.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com