Friday, September 21, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Hatyai Municipal Park – Tengok Gajah Kepala 3 (PART 5)

Hi Korang, 

Sambung lagi travelog ke Hatyai ni, korang boleh baca entry sebelum-sebelum nie k 





Ok ni citer hari kedua di Hatyai, lepas makan dimsum Chabura tuh hehehehe 

Sebab memang tak plan apa-apa, ramai yang suggest pi ke Hatyai Municipal Park ni kalau nak tengok keindahan bandar Hatyai ni. So kitorang terjah jelah. 

comey kat Grab kak lily, kete mahal tuh

Check dekat GRAB berapa harga ke sana kalau murah then kita pi lah. Check pun punya dalam harga THB237 untuk one way, tak yah nak booking Tuk Tuk. Tekan je button BOOK tuh terus Grab sampai, kemain cantic lagi kereta ni ek nampak Volkswagen Polo tapi bukan eh jenama MG kot. Muka budak yang bawak Grab macam YB Syed Saddiq tuh, kak lily pun sampai tenung muka dia 2-3 kali tapi sayang tak pandai cakap English so banyak guna sign language jelah. 

Perjalanan dari Chabura Dimsum ke Hatyai Municipal Park rasanya dalam 25 minit. Yelah kita kena keluar dari bandar Hatyai ni sket untuk ke puncak bukit untuk menikmati keindahan alam. Kira macam dari KLCC tuh pi Bukit Ampang LookOut Point tulah lebih kurang jaraknya. 

Ramai orang suggest baik naik Grab dari Tuk Tuk sebab kena mendaki bukit, sian plak bila tengok Tuk-Tuk naik bukit bawak ramai orang, berat je rasa nak pi memang tinggi gak bukitnya. Tapi kalau ramai-ramai naik Tuk-Tuklah bolehlah jimat kos sket tapi cam sama je alah ikut korang lah yang mana senang dan mudah. 

Once sampai je cakaplah dengan driver Grab tuh, senang ke nak dapat Grab bila nak balik nanti ? dia cakap apa ? You go I wait here, dont worry how long I wait for you. Ewah kemain lagi ek, kak lily pun ok ok je. Kata Mr Big kalau tak de Grab kita menapaklah jalan kaki kebawah ek huahauhauha 


Korang nak tau apa yang ada kat Hatyai Municipal Park nie?? 

Selain daripada pemandangan yang indah dari puncak bukit, korang boleh naik cable car ke puncak bukit lagi satu tau dan tempat ni rupanya tempat sembahyang orang-orang Buddha kat sini. 

Cable Car 

Sesampai je terus ke cable car ingatkan ramailah macam kat Langkawi tuh ermm rupanya langsung tak de orang hahahha seronoknya. Tapi jangan nak expect lelebih macam kat Langkawi lah, just sekadar nak rasa apa salahnya kan. 


THB200 = RM23++ kot 

dalam cable car

aduiyai makin lebar plak rasanya muka ni ek

Masa kitorang nak naik tuh ada plak couple sekali naik dengan kitorang, sempat interview orang Narathiwat rupanya datang ke Hatyai ni untuk sembahyang kat atas bukit tuh. Sejuk je dalam dalam cable car tuh, yelah naik ke puncak bukit kan. 

inilah dia gajah kepala 3 yang kak lily cakap tuh

Turun-turun nampak patung-patung budha kat atas ni. Ramai pulak orang tengah sembahyang tuh agaknya ada hajat kot, tup-tup nampak pulak patung gajah kepala 3 ni, terus paksa Mr Big amik gambar. Paksa wokeh hahahaha 

aduiyai double chin weiiii

cantik kan

Sebenarnya banyak patung gajah-gajah ni cuma takdelah kak lily ber gambar sangat, naik ke atas balik tengok cara diorang sembahyang. Ramai jugak yang datang mintak doa ni, siap ada yang bernazar kot sebab selang setiap minit ada orang bakar mercun cina yang panjang tuh, lepas tuh ada kertas untuk bacakan doa hehehe 

banyak loceng tau, besar ni ada lagi yang lebih besar


diorang tengok sembahyang, tak kan nak masuk plak. So tengok dari jauh je, Mr Big siap pusing ke belakang tempat sembahyang, ada penari-penari kat atas pentas ni tau

Tapi lekalah duduk kat sini, tengok budaya orang kan. 

Habis tuh kitorang turun balik ke bawah naik cable car, jalan-jalan di sekitar Park ni. Inilah masanya untuk merehat-rehat untuk lihat sendiri keindahan bandar Hatyai dari sini. 

panas mencarak ni pun sibuk nak bergambar tau, mata tak boleh bukak tuh sebab tu pakai spek hauhauahua

sempat bergambar dengan tunas puteri yang comel-comel ni, diorang ni mendaki dari bawah tau. Banyak tangga-tangga tuh

Hah itu bandar Hatyai, dari sini nampak jugak Masjid Songkhla dan Samila Beach tuh

dengan polis pun nak bergambar jugak, tapi polis-polis kat sini sporting

inilah tangga-tangga yang bebudak tunas puteri tuh panjat tadi, ada lagi bawah tuh tau. Cantik kan, bandar Hatyai.

Jangan tak caya ek, memang ramai orang kat sini wokeh walaupun tengah panas mencarak tau. Tapi disebabkan berangin so takdelah rasa panas tuh kan. Anak-anak dara dari Malaysia pun ada jugak masa ni, tengah duk lepak bawah pokok melihat pemandangan indah Hatyai, sebab apa kak lily boleh tau sebad dioarang cakap melayu asyik-asyik jom selfie, jom selfie ka hehehhehe...

Lama jugak ktorang duduk kat sini, alah sesaje kan. Tak de apa nak buat. Tengok gelagat pelancong yang datang seronoklah. 

dalam Grab Syed Saddiq ni ek, turun bukit laju tuh

Dalam pukul 12 lebih cam tuh ktorang turun balik ke area parking tuh. Baru nak bukak Grab tetiba Mr Big cakap driver Grab yang tadi tuhlah. Terus kitorang ke kereta dia, dan tanya cam ne nak kira balik ke hotel ni. Dia cakap apa? You check how much the Grab charge then you pay me, but don’t click booking. Hah bagus kan!! So tambang balik ke hotel hanya THB250 je = RM27++ cam tuh. 

on the way balik hotel, ternampak ni. Banyak jugak universiti kat Hatyai ni lah

Hah terus naik kereta then balik ke hotel hehhehe 

Sebelum naik singgah 7-11 dulu untuk cuci mata tengok apa yang ada, ya ampun bila punah poket bila macam-macam menda nak dibeli di 7-11 Thailand ni. Susu pisang meiji, maggie tomyam kaw-kaw, mask muka, granola instant ermm memacam sungguh lah kan. 

ini salah satu cara untuk jimatkan duit belanja kat sana dengan gunakan Grab Rent, kira korang booking Grab untuk sepanjang hari ke lokasi-lokasi perlancongan kat dalam flyer tuh. Oklah harganya kalau berempat jimat banyak tuh

Ok settle PART 5, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza (PART 3) 

4. Chabura Dimsum (PART 4) 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 (PART 5) 

6. Khlong Hae Floating Market 

7. Khlong Hae Buffet Seafood 

8. Central Festival Mall 

9. Big Market 

10. Hatyai Junction 
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, September 20, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | DimSum Chabura, Makan Dimsum Secara Buffet (PART 4)

Hi Korang, 



Sambung lagi travelog ke Hatyai ni, korang boleh baca entry sebelum-sebelum nie k 






Ok ni citer hari kedua di Hatyai. 

Kitaorang purposely tak amik pakej dengan sarapan sekali sebab nak makan kat luarlah. Hatyai kan senang nak cari makanan halal. Sebelah hotel je ada Khaleed Restaurant pukul 6 pagi dah bukak wei, itu kite citer kemudian ek. 

Sekarang kita nak citer sarapan pagi dimsum di Chabura Dimsum ni. 

Sebab tak tau tempat dan malas nak waze so kitorang naik je Tuk-Tuk, alah bawah hotel tuh ada residen Tuk-Tuk so cakap dengan pakcik tuh nak ke mana dan tanya harga berapa sorang then terus naik.


Kitorang keluar pukul 7pagi cam tuh dan jalan dah mula sesak sebab hari tuh hari kerja kan so agak jem sket tapi seronok kit ada dapat tengok keadaan bandar Hatyai pepagi ni.

senang tak payah helmet, janji bawak secara selamat

Mostly ramai suka keluar berkerja especially perempuan naik motor je. Alah motor-motor skuter tuh, ada tuh sampai naik 3 orang sekali hehehhe tapi rileks je polis tak tahan pun, yang tak pakai helmet pun hado gak.

nampak muke ada senyum bila nampak makanan hehee

Kedai makan ni agak jauh sket dari hotel kita, dia sebelah atas jalan nak menuju ke Songkhla tapi tak delah jauh sampai 1 jam dalam 20 minit camtuh sebab banyak lalu traffic light je, kira oklah kan. 

Dari jauh dah nampak Chabura Dimsum ni hehehehe 

Sesampai je terus duduk kat meja dulu, cop tempatlah lah kononnya sebab ramai sangat orang. Panggil adik waiter tuh tanya dia cam ne nak order.

air lemongrass, memang kentut-kentutlah lepas minum kan

nampak!! sementara nak tunggu dimsum sampai

Dia explain, dimsum boleh pilih sendiri kat depan nak makan yang mana satu, nanti dia bagi nombor dan kepilkan di tempat kat meja ni nanti dia datang. Nak order lelain macam air atau makanan dengan dia je. Kitaorang order air dan Mr Big order bubur seafood je, of courselah kak lily nak makan dimsum je. Dah nama pun buffet dimsum so makan sepuas hati dan sesenak perut hahahaha 

Ok pilih sampai pening ek

1 piring ni THB15 = RM1.80 kot




ni mahal sket sebab besar THB20 = RM2.50 kot but still murah lagi ye

Miengkham dengan pulut mangga, tak order pun sebab tujuan nak makan dimsum kan

Pilihan dimsum memang menarik hati macam-macam hado, semua mengikut tekak kak lily. Itu yang rasa nak makan banyak kali.

round pertama sampai

adik ni tunjukkan cara nak bancuh sosnya biar lagi sedap

Mau 3 kali kitaorang pi order dimsum ni, mau pertama amik sket je then pi lagi amik round kedua kemudian rehat-rehat sampai surfing internet. Ya ampun internetnya laju sokmo, itu lah boleh buat ig stories tuh walaupun data ada kan. Dah rehat-rehat ek sambung makan lagi untuk round yang ketiga huahauhuahuaha memang buruk melantaklah kak lily ni ek. 

Eh menda sedap mestilah kan.

dengan rambut kejung, perut lapo sempat bergambar dulu

giler kan round pertama cam ni

bahagia, bahagia ku bahagia

Lama jugak kitorang duduk makan kat situ mau sejam lebih kot, siap buang-buang apa yang patut kan hehehehe 

Berapa kitaorang kena? 

THB410 = RM45 cam tuhlah kak lily bukan kira pun. 

Okkan harganya, bagi kak lily ok sangat dah ni. Makan macam nak rak sekali bayar cam tuh je hehehehe

ko dah ke? kami dah rasa hehehe

Ramai jugak orang Malaysia sarapan kat sini, siap ada instafames lagi tuh, posing cam nak rak depan tempat orang nak amik dimsum tuh kan. Tapi rezeki kitorang elok lah sebab sesampai ada meja, orang tak ramai sangat nak pilih dimsum senang. Order lekas sampai, itu yang seronok. 

Lepas je kitaorang balik dari Hatyai ni, kedai Dimsum Chabura ni que beraturnya kemain panjang sampai keluar-keluar jalan, masyallah murah rezeki tokeh kedai ni. Kak lily tag gambar kat owner dia masa makan hari tuh then dia siap reply tq so much coz support her.. 

Ini alamatnya :


Dimsum Chabura Hatyai 
430 Ratthakan Road 
Sapan dam, Khlong Hae, 
Hat Yai 90110, Thailand 

Tel :+66 64 746 5040 

Opening Hours : 6.00 am – 2.00pm daily 


Kalau takut kena tipu dengan Tuk-Tuk, ambil Grab je senang coz harga dah tersedia wokeh. Grab memang melambak kat Hatyai ni. 

Ok settle PART 4, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza (PART 3) 

4. Chabura Dimsum (PART 4) 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 

6. Khlong Hae Floating Market 

7. Khlong Hae Buffet Seafood 

8. Central Festival Mall 

9. Big Market 

10. Hatyai Junction 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

ST Rosyam Mart SALE-A-BRATION Hebat Sambutannya

Hi Korang, 

Minggu lepas kali pertama kak lily ke ST Rosyam Mart di Setiawangsa ni. 

Ya ampun, belakang rumah lama kak lily je masa bujang dulu hehehehe kalau tau dulu tak nak pindah dari situ hehehehe 


Kalau korang nak tau bermula 15 sehingga 23 September 2018, ST Rosyam Mart menganjurkan jualan SALE-A-BRATION dengan harga runtuh. Pasaraya ini dibuka 24-jam dan korang boleh membeli belah mengikut masa kesesuaian korang. 

ST Rosyam Mart ini dibuka pada 1 Jun 2018 dan belum lagi ada pelancaran sempena pembukaannya. Jadi jualan SALE-A-BRATION ini dikira sebagai pelancaran secara tidak langsung. Setiba di perkarangan ST Rosyam Mart, terdapat barisan manusia yang panjang menunggu giliran untuk masuk ke pasaraya ini. Hebat penangan branding Datuk Rosyam Nor ni, dan tahniah buat ST Rosyam Mart. 

Sejarah ST Rosyam Mart 

Datuk Rosyam Nor memang berminat dalam bidang pertanian selain berlakon. Oleh kerana minat itu, beliau sudah memiliki ladang Nangka Madu dan Durian Belanda yang menghasilkan pengeluaran yang bagus. 


Datuk Rosyam telah bertemu dengan Datuk Raymond (Sri Ternak Group of Companies) untuk memasarkan produk pertaniannya melalui Sri Ternak. Selepas beberapa perbincangan pada tahun 2015, lalu terhasillah ST Rosyam Mart. 
Di pasaraya ini korang boleh dapati barangan tangkapan hasil laut seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya adalah segar dan jauh lebih murah dari pasaraya lain. Inilah kelebihan gandingan Datuk Rosyam dengan Sri Ternak. Selain daripada itu, barangan hasil ternakan, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai barangan lagi boleh didapati di pasaraya ini. 

Promosi SALE-A-BRATION 

Sempena promosi SALE-A-BRATION ini anda boleh membeli belah dengan menikmati harga runtuh yang ditawarkan. Video promosi Datuk Rosyam dah viral dan memang berpusu-pusu orang ramai datang untuk mendapatkan antaranya ayam seekor pada harga RM0.88, kentang pada harga RM0.18 dan bermacam-macam lagi. 




Hari ke-2 sambutan orang ramai tetap hangat, lihat sahaja update dari instagram @iamrosyam

Langkah ST Rosyam Mart seterusnya

Sambutan yang menggalakkan dan tak putus-putus sejak 1 Jun yang lalu memberikan semangat dan keyakinan untuk mengembangkan lagi branding ST Rosyam Mart dengan membuka beberapa lagi cawangan mereka. 


Menurut Datuk Rosyam, pihak pengurusan sudah mengenal pasti 3 lokasi berpotensi untuk pengembangan pasaraya ini yang terletak di Melaka, Bangi dan Shah Alam. In Shaa Allah, jika semua berjalan lancar pasaraya yang 3 kali lebih besar dari yang ada sekarang ini akan beroperasi ada tahun 2019 nanti. 


Tahniah di ucapkan kepada Datuk Rosyam Nor dan Datuk Raymond atas pembukaan ST Rosyam Mart ini dan mendoakan kejayaan berterusan.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com