Wednesday, September 19, 2018

Ayam Brand Menjadi Sebahagian Daripada Sejarah Dan Warisan Budaya Malaysia Selama 126 Tahun

Hi Korang,

Dari zaman British Malaya ke Malaysia, Ayam Brand sentiasa mengekalkan akar umbinya di negara ini. Produknya yang telah dinikmati dan disayangi oleh generasi rakyat Malaysia, menjadikannya salah satu makanan ruji yang paling penting di rantau ini. Setiap orang akan menggambarkan jenama ini dengan frasa “saya membesar dengannya”. 


Ayam Brand diasaskan di Malaya pada tahun 1892 dan pada mulanya merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang diimport dari Perancis. Logo dahulu masih digunakan pada hari ini memperlihatkan ayam jantan dan nama pengasas, Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis. Penduduk tempatan menamakan produk ini sebagai ‘Ayam Brand’ atau ‘Cap Ayam’ dari gambar ayam jantan. Nama tersebut melekat dan beberapa dekad kemudian, jenama Alfred Clouet ini secara rasminya dinamakan semula sebagai Ayam Brand yang masih kekal sehingga ke hari ini. 

The vintage 1930s Ayam Brand Green Peas can label.

Pada masa Kemerdekaan Malaysia, nama syarikat “Clouet Malaya” tidak lagi wujud. Sebuah syarikat baru yang dipanggil A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Negeri Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan pada hari ini, anaknya Dato Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih merupakan salah satu pemegang saham utama syarikat. 

Walaupun gambar ayam jantan jarang sekali berubah sejak bertahun lamanya, tidak ramai yang mengetahui cerita disebalik warna merah dan kuning ikonik sardin dan mackerel dalam sos tomato Ayam Brand. Warna-warna ini diperkenalkan pada tahun 1960 bagi menyerlahkan kualiti unggul produk tersebut kerana Ayam Brand telah mula menerima sardin premium dari Jepun. Bungkusan ini menjadi simbol rantau ini dimana pengguna mengenali Sardin Ayam Brand menerusi warna merah dan kuning jenama tersebut. 

Bermula pada tahun 1957, Ayam Brand telah mula melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan yang tinggi dan melabur di sebuah kilang di Taiping, Malaysia. Hari ini, dengan 1200 pekerja tempatan Malaysia menjadikan kilang sardin tersebut antara yang terbesar di Asia Tenggara. 100% daripada sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping. 

Kualiti sebagai keutamaan 

Kilang Ayam Brand telah menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan. Mereka adalah antara yang terpilih yang dibenarkan mengeksport ke Amerika Syarikat dan Eropah. Salah satu yang paling penting di Malaysia adalah pensijilan JAKIM, yang merangkumi bukan sahaja keperluan agama tetapi juga memperakui kualiti pengeluaran. Ayam Brand telah disenaraikan sebagai senarai putih oleh JAKIM yang hanya meliputi syarikat makanan yang boleh dipercayai. 

An Ayam Brand factory employee in Taiping arranging Ayam Brand cans - photographer Stefen Chow

Ayam Brand terkenal dengan kualiti. Mereka masih menggunakan proses pengeluaran yang manual kerana perjagaan yang rapi diperlukan. Selain daripada pemilihan ikan yang ketat, pemprosessan sardin Ayam Brand memerlukan lebih daripada 1,000 pekerja tempatan Malaysia yang berkelayakan untuk pemotongan ikan sardin, dicuci dan dibasuh dengan tangan. Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara manual supaya ikan tersebut tidak rosak dan kualitinya akan terpelihara. Kualiti merupakan asas bagi semua produk Ayam Brand, dengan seramai 120 pekerja yang bekerja di jabatan kualiti bagi memastikan piawaian tertinggi tidak sahaja dipelihara tetapi juga sentiasa bertambah baik. 

Sardin Ayam Brand ditangkap dari lautan sejuk. Mereka berbeza daripada sardin tempatan kerana mereka lebih berlemak, enak dan lebih lazat. 

Children enjoying their can of Ayam Brand Mackerel and Sardines in tomato sauce - photographer Stefen Chow

Walaupun produk ini adalah produk ruji dan dimakan oleh setiap dua orang penduduk Malaysia, sardin Ayam Brand dilihat menjadi sedikit mahal berbanding dengan ikan segar. Ini kerana satu kesilapan dalam persepsi: apabila ikan segar yang disediakan (usus, kepala dan ekor yang dikeluarkan), ia akan kehilangan separuh daripada beratnya, yang akan kemudian dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus semasa memasak. Bandingkan ini dengan kualiti sardin di dalam tin di mana berat ikan sepenuhnya boleh dimakan, cepat dan senang tanpa sebarang gangguan di dapur dan tidak perlu dikemas. Ini menjelaskan mengapa sardin dalam tin kekal sumber ikan yang berpatutan.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, September 18, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | The BED Hotel, Hatyai (PART 2)

Hi Korang,

Kak lily sambung lagi citer pi Hatyai tak de budget ni ek hahahaha 

Sebelum tuh meh singgah baca Travel Menaiki Keretapi (PART 1), lagi senang korang paham citer kak lily ni. 

Tuk-tuk depan train station ni

Ok sampai-sampai je terus amik Tuk –Tuk ke The BED Hotel. 

Ya ampun ingatkan jauh rupanya dekat je memang betullah apa kata reviewer sebelum ni mengenai hotel ni. Tapi disebabkan kitorang dah penat seharian dari pukul 3pagi bangun sampai kul 5.0opm masih dalam mode travelling lagi so ambik jelah Tuk Tuk. 

Tak tanya banyak, bayar je THB100 untuk 2 orang ke The BED Hotel. Sebab dah petang rasa jauh sket lah tapi jalan kaki tak sampai 1km pun huahauhauha.


Rupanya The BED ni macam boutique hotel gituh. 6 tingkat bangunan rumah kedai tapi corner lot. Masa sampai tuh cuma nampak 7-11 je sebelah jalan yang lelain tak nampak 

Disebabkan bilik semua dah siap bayar so proses nak dapat kunci takdelah lama sangat, kena sign-sign dan tinggalkan deposit RM50, guna duit Malaysia je senang. 

Duduk 4 hari 3 malam kena bayar RM575.00 sajor. Tak delah mahal sangat kan, just nice mengikut budget. Memang ktorang tak keluar duit langsung untuk bililk dan tiket train sebab semua dah bayar awal-awal , so yang bawak sampai THB1000 tuh apa kejadahnya. 

Makan murah kat Hatyai ni, I ilked. Tapi still tak boleh bawak RM200 untuk duduk Hatyai 2 hari 1 malam, kak lily rasa insecure betul mana tau jadi apa-apa kan at least kita still ada duit jugak nak guna. 

Bilik 205 

Tingkat 2 dalam bangunan The BED ni.

katil king, luasss

Besar ya amat biliknya, kalau bentang toto boleh sekali 6 orang duduk dalam bilik ni. Tapi keselesaan tuh penting, bayar mahal sket janji tidurnya lena malam tuh. Katil king size, siap ada sofa kat tepi tuh. Bilik air, toilet dan dressing room kat sebelah bilik macam ada partition lah diorang buat. Cuma nak mandi dan nak guna toilet leceh sket sebab dalam 1 tempat yang sama.

mesti kena selfie tau


blind tuh kalau bukak boleh nampak katil wokeh hehehhe


Sebelum pi hari tuh, ramai jugak yang komplen cakap hotelni kotor lah, cadar tak tukar kuning-kuning, ada rambut-rambut kat lubang air so kak lily check semua komplen tuh tau tapi tak de pun. Wangi je bau, bersih je aku tengok, ke diorang ni buat-buat citer ke nasib kak lily baik bila check in kat situ ermm ntahlah.

ada sofa untuk lepak-lepak lagi

tengah masukkan password wifi

Yang kak lily suka hotel ni, siaran tvnya clear wei dan banyak channel termasuklah TV3. Dapatlah tengok Cinta Bukan Kristal dan Bahagia Bukan Bidaan sepanjang duduk Hatyai ni hehehhe. Internet plak, awesome sesangat. Yelah sampai boleh tengok movie online langsung tak de buffering kira okla tuh kan. Sempat update JOOX untuk layan dalam train balik nanti hehehhe. 

Kitaorang tak ambil pun breakfast sebab manjang 3 hari ni breakfast kat luar je. Makanan muslim bersepah tuh dan ramai betul orang makan. Depan sket dari hotel ni ada restoran melayu, Khaleed Restaurant, sarapan pagi aummm nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, roti canai, dimsum pun hado tau pepagi ni.

depan hotel, nampak 7-11

sebaris dengan hotel, nampak 7-11 lagi

Kemudahan lain, tempat urut sebaris dengan Khaleed Restaurant, 7-11 ade2 kedai rupanya sebelah hotel dan depan hotel. Makcik jual buah rojak hari-hari ada kat bawah ni, even Tuk-Tuk bersepah-sepah depan hotel ni. Tahan je terus diorang berhenti tapi make sure tanya harga dulu sebelum bergerak tau. 

Depan hotel ni jugak lambakan kedai makan cina rupanya tapi kalau perhati betul-betul ada terselit-selit orang melayu jual ayam goreng, ketam goreng, pulut ayam, air teh sedap tapi kak lily yang tak perasan bila dah nak balik tuh baru nampak wei huahuahauhau

tuk-tuk sedia menanti depan hotel, senang je nak ke sana ke mari


Walaupun terkebelakang sket dari Lee Garden Plaza tapi boleh jalan kaki ke sana, kitorang setiap hari ulang alik ke situ langsung tak de rasa sakit kaki pun, mana taknya sampai tepi hotel urut dulu then baru naik bilik hahahhaha murah kan so haruslah buat.

Ini hotelnya :


The Bed Hotel
116/1 Supasarnrangsan Rd, 
Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, 
Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

Ok settle PART 2, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza 

4. Chabura Dimsum 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 

6. Khlong Hae Floating Market 

7. Khlong Hae Buffet Seafood 

8. Tempat urut sedap 

9. Central Festival Mall 

10. Big Market 

11. Hatyai Junction 


Tunggu bila masa sesuai akak lily update lagi ek, by the way korang nak baca yang mana dulu ek hauhauhauhauaha











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Monday, September 17, 2018

Program "AEON COMMUNITY FOOD SHARE"

Hi Korang,

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFAO) menganggarkan kira-kira 15,000 tan metrik lebihan makanan terbuang dalam setahun di Malaysia dan mengikut skala, Menara Kembar Petronas dapat diisi dalam hanya 18 hari dengan jumlah lebihan ini. Pembaziran makanan menjadi perkara utama yang membimbangkan kerana ia mengeluarkan gas rumah hijau seperti metana, yang menyumbang kepada pemanasan global. 


Oleh sebab itu, AEON mengambil inisiatif untuk menangani isu tersebut dengan melancarkan program "AEON Community Food Share". 

Program "AEON Community Food Share" ini diadakan selaras dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalalm Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengurangkan pembaziran makanan, serta berkongsi makanan dan sumber dengan golongan komuniti yang kurang bernasib baik pada setiap hari. Untuk mencapai matlamat ini, AEON CO. (M) BHD. telah bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk mengedarkan jumlah makanan yang sihat ke rumah-rumah terpilih pada setiap hari. Ia akan bermula dari AEON Cheras Selatan, dan seterusnya ke seluruh AEON di seluruh Negara. 


Program ini dirasmikan oleh Y.B. Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Puteri Selangor Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan sukarelawan di Kechara Food Kitchen serta bergiat aktif dengan kempen pengurangan sampah yang dikenali #zerofoodwastage; dan Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. Pada majlis pelancaran ini juga, AEON Ch eras Selatan turut menyediakan makanan untuk dihantar ke rumah-rumah kebajikan yang berdekatan dengan pusat membeli-belah. 


Di majlis itu, Washizawa berkata: "Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh masyarakat yang kurang bernasib baik, oleh sebab itu, program AEON Community Food Share ini menjadi komitmen kami kepada masyarakat. Kami percaya dengan melakukan banyak perkara yang baik seperti ini, akan ada perkembangan yang lebih baik di dalam komuniti dan masyarakat secara keseluruhan. Selain itu, program AEON Community Food Share juga secara tidak langsung selaras dengan salah satu matlamat 'Sustainable Development Goals' oleh UNESCO, yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kebuluran

Pengarah Projek Kechara Soup Kitchen, Justin Cheah berkata: "Untuk menyalurkan lebihan makanan secara efektif kepada golongan yang memerlukan, kami telah bekerjasama dengan organisasi dan syarikat-syarikat korporat seperti AEON untuk mengisi bank makanan kami. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan AEON dan berharap skop program ini dapat dikembangkan di mana kami telah membantu ribuan orang kurang bernasib baik selama 15 tahun yang lalu". 



Sebagai tambahan kepada usaha berterusan AEON untuk komuniti, syarikat juga telah memutuskan untuk mengurangkan beban SST dengan memperkenalkan inisiatif "Price Lock" di mana harga barangan tidak berubah dari 1 hingga 30 September 2018 untuk membolehkan pelanggan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan SST.* 

*'Price Lock'- harga barang di AEON tidak berubah dari 1 hingga 30 September 2018, kecua/i barang promosi sebelum September 2018, termasuk, tetapi tidak terbatas pada makanan yang rosak yang terdapat di food court, Delicatessen, La Boheme, item di bawah harga kawalan seperti rokok, tembakau dan alkohol, serta beberapa kategori barangan tertakluk kepada peraturan 6% SST. 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com