Thursday, September 13, 2018

Drama Unik 'KOPI' Dari Siri Original Tonton

Hi Korang,

Diinspirasikan daripada cerpen Fixi tempatan KOPI, siri drama original terbaharu tonton ini menampilkan 13 tayangan cerita yang berbeza, menawarkan pengalaman baru buat penonton. Siri drama KOPI merungkai kisah konflik keluarga, percintaan, impian yang tidak tercapai, perbezaan darjat masyarakat, obsesi dan fantasi buat cakna pemikiran di luar kotak, khas buat penonton yang meminati aliran kreatif di luar jalan cerita skeptikal.
 

KOPI, sebuah siri antalogi Fixi yang merungkai permasalahan kehidupan moden abad ke-21 adalah hasil garapan 13 penulis berbeza dan mendapat sentuhan penerbit eksekutif, Faizul A. Rashid, Hafiz A. Rashid dan Kamil Hashim. KOPI menangani isu kontroversi selain merungkai topik kontemporari tanpa tapisan menerusi pergelutan emosi manusia. 

Siri Original KOPI diarahkan oleh Megat Sharizal Mohamed Yusoff (yang pernah mengarahkan Filem Terbaik Dari Langit, Drama Cinta 100kg dan program The Disko Baldi Show) bersama 3 lagi pengarah muda lain iaitu Mohd Faliq Mohd Sarif, Abdul Aliff Ihsan Abdul Rahman dan Ahmad Safuan Abd Rashid. 


Mengenengahkan sebanyak 13 daripada 19 cerpen terbaik yang dipilih untuk dihidupkan dengan setiap episod berinspirasikan minuman adiktif kopi. Kenapa kopi? Kerana kopi menjadi permulaan cerita, penyebab peristiwa atau penyudah imaginasi. Setiap episod diolah dengan baik dan kopi menjadi medium penceritaan luar dari kebiasaan. 

Saksikan lakonan hebat para bintang yang menjayakan siri Original KOPI yang diangkat dari dari naskah cerpen ke siri web, antaranya Izzue Islam, Hafidz Roshdi, Zara Zya, Nad Zainal, Faizal Hussein, Hafreez Adam, Julia Farhana Marin, Redza Minhat, Zahiril Adzim, Jasmin Hamid, Mimi Lana, Syafie Naswip, Chelsie Ng, Tony Eusoff dan ramai lagi. 


Menurut Ketua Pengarah Siri Original KOPI, Megat Shahrizal Mohamed Yusoff, 

“Kopi adalah sebahagian gaya hidup di zaman kini. Siri KOPI sendiri telah dikembangkan ke pelbagai genre termasuk seram, komedi dan romantik. Pemilihan pengarah yang berbeza untuk setiap siri menjanjikan jalan cerita terbaik dan pastinya mengekalkan momentum penonton untuk terus kekal di skrin elektronik.” 

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad turut menambah, 

‘KOPI adalah sebuah siri web yang menampilkan 13 cerpen Fixi terbaik dalam mempelbagaikan lagi genre hiburan tempatan. Seiring dengan arus peredaran teknologi terkini, tonton sebuah portal penstriman terbesar di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 8.4 juta pengguna berdaftar kini menawarkan siri web yang unik dan baharu khas buat para pengemar cerita pendek. Merancakkan lagi promosi jelajah KOPI, trak khas turut digerakkan ke lokasi terpilih bermula 3 September lalu menyajikan kopi istimewa secara percuma bersama pelakon-pelakon utama drama KOPI; antaranya ke pejabat media, kolej, universiti serta lokasi strategik sekitar lembah Klang.” 

Tambah Airin lagi, 

“tonton kini menawarkan rakyat Malaysia perkhidmatan penstriman video secara percuma. Ini sejajar dengan strategi transformasi perniagaan seluruh Kumpulan Media Prima untuk meningkatkan hasil melalui pengiklanan programatik, iaitu salah satu segmen pendapatan digital yang paling pesat berkembang.‘’ 



Tajuk
Penulis skrip
Pelakon
Ringkasan episod
Tarikh Tayangan
Secangkir Kopi Bersama Dia
Syaihan Syafiq
Izzue Islam, Zara Zya
Sesi kopi terakhir seorang lelaki yang sudah berkahwin bersama skandalnya.
16 & 17 September 2018
Kopi 3 Rasa
Shaz Johar
Budi Citawan, Angeline Tan, Kenji Sawahi, Joyce Harn
Kisah berkenaan sebuah keluarga yang meminta pembantu rumah menyediakan "Kopi" untuk mereka. Namun, kopi yang diminta istimewa buat setiap ahli keluarga.
18 & 19 September 2018
Kopi Percik
Amal Hassan
Syafie Naswip
Kisah seorang lelaki yang sentiasa memulakan harinya dengan kopi, dan hari terakhir hidupnya tergendala akibat tidak sempat mencicip walau seteguk kopi.
20 & 21 September 2018
Kopi Julia
Faizal Sulaiman
Hafidz Roshdi, Jasmin Hamid, Hafreez Adam
Ikram yang bertanggungjawab memenuhi segala permintaan ibunya, Julia.
22 & 23 September 2018
Kau Kopikoku
Dheepan Pranthaman
Thevanesh Rao
Devan mencari Kopikonya Arissa yang terputus hubungan selepas berakhirnya sekolah rendah, 12 tahun kemudian.
24 & 25 September 2018
Venti
Redza Minhat
Jasmine Suraya Chin, Kodi Rasheed, Along Eyzendy
Kisah dua remaja ‘skinhead’ yang berbalah kerana berebutkan teman wanita.
26 & 27 September 2018
Cinta Kopi
Gina Yap Lai Yoong
Iedil Putra, Shakilla Khoriri
Seorang lelaki yang kehilangan kerjanya bertemu dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah kafe.
28 & 29 September 2018
Kopi Kola
Nadia Khan
Nazrief Nazri, Julia Farhana Marin
Cinta pertama yang tak mungkin dilupakan kerana “Setiap yang bawa nikmat, mesti ada pahitnya’’.
30 September & 1 Oktober 2018
Kopi, Donat dan Bayang Gadis Berambut Hijau
Adib Zaini
Zahiril Adzim, Elvina Mohamad
Seorang lelaki yang asyik ternampak bayangan seorang gadis berambut hijau ke mana saja dia pergi.
2 & 3 Oktober 2018
Luwak Dan Kretek
Ridhwan Saidi
Nad Zainal
Seorang penggemar novel yang bercita-cita untuk menjadi penulis bertemu dengan idolanya untuk

mendapatkan inspirasi, dengan cara yang luar biasa.
4 & 5 Oktober 2018



Bersaksi Kopi
Dayang Noor
Redza Minhat, Mimi Lana
Seorang wanita menemani seorang lelaki kaki perempuan yang bercerita tentang kejayaanya bertukar-tukar wanita.
6 Oktober 2018
Tangan Berulat
Fadli Al-Akiti
Tony Eusoff, Chelsia Ng
Perjalanan seorang lelaki yang mati dan dihidupkan semula.
7 & 8 Oktober 2018



Siri original KOPI akan mula dimuat naik ke portal tonton setiap hari bermula 16 September 2018 hingga 10 Oktober 2018, menerusi tayangan keseluruhan 25 episod. Saksikan kesemua episod baharu eksklusif di tonton.com.my dalam format definisi tinggi (HD). 


Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati program TV dan rancangan kegemaran secara PERCUMA. Alami variasi pengalaman tontonan meluas melalui akses ke arkib hiburan terbesar Malaysia terdiri daripada berita, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik emas, selain dapat menikmati siaran episod keseluruhan secara terus menerus (‘binge-watch’) 

Tonton turut memperkenalkan xtra - portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton dari App Store dan Google Play. Ikuti kami melalui platform media sosial : 

Facebook: tontonMY 

Twitter: tontonMY 

Instagram: tontonMY 

Hashtag us at #tontonMY #tontonMacamVIP





Wednesday, September 12, 2018

Buffet Makan Tengahari Di CLUB LOUNGE, GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Hi Korang, 

Lama betul tak ke Grand Bluewave Hotel di Shah Alam ni ek 

Yelah busy nau kerja so cam ne nak ke sana kan. 


Hari tuh ada kesempatan kak lily ke buffet tengahari di Club Lounge, Grand Bluewave Hotel ni, wow memang lain daripada yang lain lah dengan pemandangan yang menarik hati, seronok makan di sini. Club Lounge yang terletak di tingkat 18 ini menawarkan hidangan masakan yang inovatif dan terbaik istimewa dari chef-chef yang cukup berpengalaman. 

Kebetulan ada kengkawan lain yang datang so makan lagi berselera hehehe 


Pihak hotel menyediakan pelbagai juadah enak di antaranya seperti Open Face Sandwich, Assorted Cheese Platter, Cold cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetables Crudités, Caprese Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad dan Orzo Pasta Salad dan Roasted Baby Roma and Basil




Stesen hidangan makanan laut adalah antara pilihan yang paling popular sini. Ianya menyediakan masakan hidupan laut terbaik dengan pelbagai jenis udang, ketam, kerang dan banyak lagi. Setiap gigitan memberi rasa yang tidak dapat digambarkan - kesegaran isi hidupan laut dirasai terus didalam mulut 




Tidak ketinggalan Tom Yam Udang Gaya Masakan Cina yang dinikmati bersama Cheese Bread Croutons. Hidangan seperti Kambing Bakar, Beef Wellington dengan Citarasa Itali, Sosis BBQ Panggang, Beef Wellington with Italian Seasoning dan Juicy BBQ Ribs






Selain itu terdapat juga sajian yang digemari masyarakat setempat seperti Nasi Bukhara, Udang Masak Mentega, Brokoli dengan Cendawan, Ayam Kuzi Briyani, Daging Masak Merah,Nasi goreng nanas, udang goreng, Brokoli goreng, ayam pandan dengan sos Khas Daging Goreng Cili Padi Daun Limau Purut, Nasi Pakistan, Udang Harissa, Ayam Kofta dengan Lada Benggala & Bawang, Kambing Bakar Nyonya Style, Sayur Kailan Goreng dengan Ikan Asin, Pasta dengan Sos, Bamia Okra & Sos Tomato dan Seabass Grilled dengan Sos Lemon Mentega









Untuk pengalaman makan makanan antarabangsa, para tetamu di hidangkan menu seperti Chicken Cordon Bleu, Mussel Creamy Au Gratin, Smoked Salmon Quiche, Pasta Aglio Olio, Pizza Satay, Baked Meatball Cheese,Nachos, Bolognese Sauce, William Potato, Grilled Chicken Thigh with Sauce, Mussel Smoked BBQ, Grilled Salmon with Capsicum Sauce, Baked Pasta Melted Cheese, Pizza Arabiata, Meatloaf Tomato Coulisse, Nachos, Bolognese Sauce, Homemade Wedges, Pasta with Sauce, Grill Seabass with Lemon Butter Sauce, BBQ Chicken Wing dan tidak ketinggalan pelbagai jenis sushi yang di hidangkan 





Bagi hidangan pemanis mulut pula, pihak hotel menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut seperti kek, pudding, pastri dan lain-lain lagi 

Harga buffet tengahari di Club Lounge, Level 18 adalah, 

RM85.00++ bagi dewasa 

Hari: Isnin hingga Jumaat
Masa: 12.00 tengah hari - 2.30 petang

Chef Incharge (Senior Chef De Cuisine): Chef Al-Hafiz Bin Redzuan

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Telemarketing di 03-55111833 ext. 2723, 2724, 2606 atau terus e-mel ke telemarketing@bluewavehotels.com. 

Boleh lawati laman web untuk info lebih lanjut www.bluewavehotels.com

Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Sales & Marketing Department ditalian 03-55111833 ext. 2723, 2724 atau 2606. Boleh juga email di telemarketing@bluewavehotels.com

Jom kita ke 

Club Lounge,
Level 18,
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-55111833 

Laman Web: 

Facebook: 






Friday, September 7, 2018

Happy Birthday Cik Lily Putih!!!

Hi Korang,


Yeah happy birthday to me!!! 🎂 🎂 🎂 🎂 🎂

Dah masuk 40 tahun dah wei, seriously kak lily tak sangka pun. Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu.

Tahun ni tak de celebration apa-apa pun sebab dah 40 tahun so rasa malu tuh dah mula menguasai diri, seganlah nak potong-potong kek tapi kalau bagi kek sebijik I liked!! hehehe

Nak apa? ermmm

Tak de apa lah rasanya semua dah cukup setakat ini tapi kalau boleh rasanya kak lily nak jadi seorang yang lebih sabar dalam menghadapi dugaan, tak mudah melenting dan senantiasa berfikir sebelum bertindak. 

Zaman sekarang punya dugaan lain macam, sangat-sangat menduga iman.




Terima kasih kawan-kawan, adik-adik, sanak saudara di atas ucapan hari jadi yang di berikan. Semoga mendoakan yang baik-baik dan kak lily doakan untuk korang jugak ye

Tapi tahun ni seronoklah sambut birthday memang tak potong kek pun tapi kitaorang pi holiday yang sangat-sangat best

Nanti kak lily citer lagi la ek....

Selamat berehat semuanya...