Tuesday, September 4, 2018

ShakeITZ Selfie Drink, Nak Kurus Tak Yah Lapar

Hi Korang, 

Memang kurus ni jadi impian kak lily ek 

Bukan kak lily sorang kot majoriti semua orang dalam dunia ni, even peha dah kecik pun sibuk kata gemuk, rasa cam nak tampar-tampar jelah kan. Kita nak kurus ni salah satunya bukanlah nak cantik sangat tapi more to healthy parts, tak nak ada penyakit singgah itu je. 

Dan yang penting senang nak cari saiz baju ye.. 

Tak delah berat sangat masalah berat badan kak lily ni kot cuma kalau boleh 

· Rasa kurus sket 

· Nak buang buncit kat perut tuh sebab bila OOTD perut nampak dulu 

· Lengan dah macam hulk so kena kurangkanlah 

· Dapat beli baju saiz kecil la sket macam L ke M kan 

Memang ye banyak dah minuman kesihatan yang kak lily dah cuba tapi cam tuhlah, kalau tak reti kawal pemakanan memang tak akan jadik punya lah. Semua ni kena berterusan then barulah nampak keberkesanannya. 


Tup-tup macam ada orang tau je kak lily sibuk mencari minuman kesihatan ni, so dia bagi kak lily mencuma produk Shake ITZ. Wah shake shake uolls hehhehe 

Tengok packaging ada gambar epal hijau so automatically kak lily assume mesti rasa makan kan, ermm tidak ye langsung tak de rasa masam pun tau. 

Untuk pengetahuan korang, minuman Shake ITZ dihasilkan daripada pelbagai ramuan hebat. Di antaranya seperti Gluthathione, Vitamin C, Apple Stemcell, ekstrak Teh Hijau, Garcinia Cambogia, biji Kopi Hijau, Vitamin E, Fenugreek dan Sucrose. 

Tau ke fenugreek tuh hape? 


Fenugreek iaitu halba. Kebaikan halba ini memang ramai yang tahu. Kalau dari segi masakan ianya juga memberikan rasa yang sedap dan aroma yang hebat. Halba juga dikatakan mampu mencegah kita mudah terhidrat, menghapuskan kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan, memberi tenaga dan bagus untuk mereka yang mempunyai masalah diabetis. 


Epal hijau antara buahan yang mempunyai vitamin C. Antara kelebihan epal hijau ianya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. dapat memastikan aliran darah dalam badan sentiasa lancar serta membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Justeru itu, ini akan dapat memastikan penyakit berkaitan jantung dapat dihindari. Khasiat daripada epal hijau dapat menjadikan kulit lebih cantik dan berseri-seri. 

Cara Nak Menyediakan Minuman ShakeITZ 


Hanya koyak pek sachet tuh dan kemudiannya masukkan serbuk di dalam shaker boleh cawan pun boleh tapi kak lily suka shake lah sebab senang malas nak kacau-kacau.




Tuang air suam mahupun air sejuk dan tada sedia untuk di minum. Kak lily amalkan setiap pagi sebelum sarapan so celik je mata lepas mandi terus je shake shake.. 

Warna dan rasanya sebijik macam jus epal yum yum 

Keberkesanan Minuman ShakeITZ 


Seriously kak lily langsung takde rasa lapar lepas minum ShakeITZ 2-3 hari ni, selalunya lepas sarapan dalam pukul 10 lebih tuh mula nak makan karipaplah, biskutlah, paw kuih bebudak kat office ni kan, tapi ini tidak not at all. 

Kurang rasa letih walaupun kesana kemari kan, ada je tenaga yang tak tau datang dari mana. 

Proses penghadaman pun jadi superb, setiap pagi mesti nak membuang tanpa susah-susah nak paksa, senang je keluarnya hehehehe 

Ni kak lily kongsikan beberapa testimoni dari pengguna Shake ITZ.. 









Keterangan lanjut boleh layari laman media social mereka di::- 

Instagram : 

Facebook Page : 


#ShakeITZ 
#SelfieDrink 
#BMAREmpire 
#10shake 
#jomkurus 

Traveloka Saleabration Matta Fair 2018, Kini Kembali Lagi.

Hi Korang, 


Sebelum kak lily nak citer lagi pasal ni, kak lily nak tanye korang satu soalan ek. 

Apakah perkara penting yang kita perlu titikberatkan sebelum kita pi melancong? tak kiralah kemana jua pun kan. 

Bagi kak lily, 

1. Budget 
2. Perancangan Yang Bijak 

Kalau kedua-dua kita buat endah tak endah je memang tak jadilah melancong, tidur baring gigit jari la ek. 

Perancangan Yang Bijak 

Ini sangat penting sebelum kita nak pi melancong, kena rancang itinerary, buat perbandingan harga, pilihan hotel so dari situ barulah kita tau berapa budget yang kita perlukan. 

Budget 

Kenalah ada certain amount budget untuk kita pi melancong ni, takkan nak pi Kota Kinabalu budgetnya RM200 je kan, eh tiket kapal terbang, hotel, makan minum, transportation itu semua kena kira gak tuh. 

Contohnya kita nak pi bercuti ke Cameron Highlands. 

Yang pertama kita kena cari hotel dulu so kat sini banyak laman web menawarkan harga hotel pilihan kita yang berbeza-beza so tang sini yang kita kena pandai membuat perbandingan dan memilih yang mana satu memberikan tawaran yang menarik dan menepati budget kita. 

Apa lagi, TRAVELOKA dulu!! 

Korang yang kaki-kaki travel ni tak kiralah travel secara backpackers ke luxury ke mesti tau mengenai Traveloka ni kan. 

Jap-jap korang tau ke idokk TRAVELOKA ni apa ? 

Meh sini akak lily terangkan 


TRAVELOKA ni merupakan website yang menawarkan perkhidmatan menempah tiket kapal terbang dan hotel ke mana jua yang kita nak pergi, baik di dalam negara mahupun di luar negara even sampai ke Iceland jugak tau. Kalau korang tengok dalam senarai lokasi penerbangan tuh, boleh pengsan rasanya. 

Sekarang ni kalau korang nak tau, Traveloka Salebration kini kembali dengan pelbagai jenis promosi istimewa pelancongan sempena Matta Fair 2018. 

La Matta Fair pun tak tau jugak 

Matta Fair merupakan penganjuran pesta pelancongan dari Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) kepada orang ramai, di pesta ini kita boleh mendapatkan harga-harga promosi bagi setiap pakej pelancongan tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara pada harga yang sangat- sangat berpatutan dan berbaloi-baloi untuk kita rakyat marhaen sekalian. 


Kira macam Traveloka Sale macam Matta Fair la kan. 

Traveloka Sale + Matta Fair 2018 = bahagianya hidup kak lily ek 😆 😆 😆 😆 😆

Cuma tak yah bersesak-sesak untuk ke event tersebut tapi bersesak-sesak di dalam talian udah ler hehehhehe. Kak lily pernah pi dulu Matta Fair yang berlangsung di PWTC ni, ya ampun nak masuk kena bayar then bersesak-sesak dengan orang ramai pulak. Memang banyak pakej yang di tawarkan tapi tak dapat nak explore sepenuh sebab ranai nau orangnya wei. Terus rasa serik ni pi dah, baik tunggu promosi online di website-website seperti TRAVELOKA ni kan. 

Di antara promosi yang di tawarkan adalah : 

• Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera 

Sekiranya korang membuat mana-mana tempahan di dalam masa promosi korang akan mendapat tambahan kupon diskaun ke atas tempahan korang tuh. Dahlah beli harga promosi dapat lagi diskaun tambahan tak ke best tuh. 

• Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! 

Ini yang kak lily nak dengar ni TIADA YURAN TEMPAHAN!! Yahoo, yelah kan kekadang promosi ni datangnya time kita tak de pulak duit lebih time tuh tapi nak pi booking awal so promosi ni memang terbaik sekali. Kira buat booking tanpa bayar la kan. 

• Tempoh Tempahan: Dari 4 September hingga 10 September 2018 

Hah kira lama tuh 6 hari untuk kita buat tempahan so bolehlah plan ke mana nak pi dan buat tempahan. Macam kak lily dalam kepala nak pi Semarang so sempat fikir pasal budget dan tempahan bagai ni ek 

• Tempoh Perjalanan: Anytime 

Anytime tuh, I like!! So buat tempahan sekarang dan terbanglah tahun depan so sempatlah kumpul duit untuk duit belanja kan. 

• Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. 

Ewah ewah ada diskaun lagi ek untuk tiket penerbangan, kira macam harga tiket RM300 so korang tolaklah kupon diskaun tuh so dapatlah lagi murah tapi tertakluk kepada terma dan syarat 

Dah apa tunggu lagi 

Ni link website TRAVELOKA : //www.traveloka.com/en-my/ ni, hah bolehlah korang cuci-cuci mata dan terus buat tempahan. Yang penting dah tau nak pi melancong ke mana dulu then cepat-cepat singgah ke website TRAVELOKA ni. 

Jangan lupa untuk checkout Traveloka Saleabration 2018 ni ek pasti berbaloi-baloi seakan-akan Matta Fair tau. Meh klik sini : ke https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/saleabration












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Monday, September 3, 2018

Jemput Datang Ke MZ Catering OPEN DAY Bangi 9hb Sept 2018

Hi Korang,

Berita baik untuk korang di luar sana...

Bagi sesiapa yang sedang tercari-cari perkhidmatan perkahwinan, katering, perkhidmatan sewa dewan, sewa bouncy castle, korang di jemput hadir ke MZ Catering OPEN DAY yang akan berlangsung pada Ahad ini 9hb September 2018 



Alamat MZ Catering:
Lot 5057, Jalan Utama, 
Kg. Dato Abu Bakar Baginda,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor. 


Tel: 016-4422061
Faks: 03-89256004 


MZ Catering ini merupakan sebuah syarikat 100% dimiliki oleh Bumiputera. Mula mengorak dalam bidang katering apabila mendapat peluang menyediakan perkhidmatan katering di pusat-pusat latihan perindustrian, badan kerajaan dan swasta, institut pengajian tinggi dan lain-lain. 

Kini, MZ Catering melangkah lebih jauh kehadapan apabila mengembangkan kepakaran mereka dalam menyediakan pekhidmatan katering khususnya untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan serta pakej-pakej perkahwinan mengikut kesesuaian bajet dan citarasa korang yang pasti akan memikat hati korang serta memuaskan hati. 

Ni kak lily sertakan beberapa pakej perkahwinan untuk panduan korang.





So bolehlah fikir yang mana satu sesuai dengan budget korang ek.

Siapa yang wajib hadir? 
  • Bakal pengantin 
  • Event Organizer 
  • Wakil-wakil pejabat kerajaan mahupun swasta 
  • Wakil-wakil dari kilang, sekolah, universiti

DAN semestinya KORANG semualah 

Supaya kita dapat menikmati hidangan yang disediakan di samping mengetahui mengenai perkhidmatan yang di tawarkan , mau tau kot kot kita nak buat majlis so dah ada contact kan senang!! 

Kalau korang nak tau, MZ Catering juga turut menyediakan tempahan untuk pelbgai majlis-majlis lain seperti majlis pertunangan, kenduri kesyukuran dan doa selamat, majlis cukur jambul, majlis hari jadi, majlis korporat dan pelbagai majlis idaman korang. 







Kan banyak service tuh, korang boleh cuba-cuba mintak quotation mana tau kena dengan budget korang kan

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh website seperti berikut : 


Boleh jugak korang check it out social media MZ Catering ni tau: 

Facebook : 

Instagram : 
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com