Sunday, September 2, 2018

ORGGA Skincare – Set Penjagaan Muka Menggunakan Bahan Semulajadi

Hi Korang,

Bahan semulajadi tuh apa ek?

Lah itu pun tak tau ke, Bahan semula jadi merupakan bahan mentah atau sumber asli yang diperolehi daripada Bumi, sama ada dari tumbuhan, haiwan atau tanah. Kira pokok-pokok, bunga, tumbuhan liar dalam hutan tuh sumber asli lah kan.

Bahan semulajadi tuh = ORGANIK lah kan


So ORGGA ni?

ORGGA Skincare merupakan rangkaian penjagaan muka yang bahan-bahannya menggunakan baha-bahan semulajadi. Bila kak lily baca senarai bahan-bahannya wow memang tak sangka campuran bahan-bahan semulajadi ni dapat memberikan kesan positif kepada keadaan kulit muka orang-orang kita ini.

Minggu lepas kak lily berkesempatan ke pejabat ORGGA Skincare ini di Bangi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk organik ini.


Selaku founder kepada ORGGA Skincare ini, bagus betul Puan Zaza memberikan penerangan mengenai bahan-bahan yang terkandung di dalam ORGGA Skincare ni, ada tuh sampai kak lily memang tak tau langsung padahal macam setiap hari guna je tau.

Even sejarah tertubuhnya ORRGA Skincare ni adalah kerana minatnya Puan Zaza mengenai bahan-bahan organik yang menarik perhatiannya dalam menyelesaikan masalah kulit muka orang-orang di sekelilingnya.


ORGGA Skincare ini memperkenalkan 3 produk utamanya iaitu :-

ORGGA Cleansing Powder

ORGGA Face Mist

ORGGA Luxe Beauty Oil

Ketiga-tiga produk ini merupakan produk asas dalam rutin penjagaan harian muka kita, cuma ianya menggunakan bahan-bahan organik.

Sebelum kak lily terangkan dengan lebih lanjut lagi, ini kak lily sempat mempelajari bebeberapa bahan utama untuk menghasilkan produk ORGGA ni.

nampak kemain banyak bahan-bahan yang telah pun di sukat


kita campurkan semua sekali bahan-bahan tersebut

inilah hasilnya terjadilah cleansing powder


Seriously nampak cam senang je nak buat tapi bahan-bahan tuh ermmm kalau tak betul-betul payah nak jumpa kat negara kita ni tau

Mari kak lily terangkan serba sedikit mengenai ketiga-tiga produk ni ye.

ORGGA Cleansing Powder

Ianya merupakan pencuci muka yang mempunyai fungsi 3 dalam 1 iaitu sebagai pencuci muka, skrub dan mask. ORGGA Cleansing powder bukan sahaja mencuci muka, tetapi ia juga menanggalkan sel sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit , pada masa yang sama, ia juga merawat kulit dengan kandungan bahan bahan semulajadi terpilih seperti tanah liat, bijirin, bunga bungaan dan buah buahan.

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu FRENCH ROSE dan BACCA BLISS

Di antara kandungan kedua-dua produk ini adalah :-

Cleansing powder - FRENCH ROSE (NOT180703129K) (untuk kulit normal, combinasi, kering, matang dan pra-matang)
Colloidal oatmeal, Moroccan Rhassoul clay, French Pink clay, Almond flour, Coconut milk, Brown rice flour, Flaxseed meal, Rose flowers, Hibiscus flowers, Lavender flowers, Chamomile flowers, Elderberry, Rosehip, Raspberry, Orange peel, Moringa leaf, Goji berry, Grape seed. Pure essential oils of Rose Geranium, Palmarosa & Frankincense.

Cleansing powder - BACCA BLISS [NOT180703127K] (untuk kulit normal, combinasi, berminyak dan berjerawat)
Colloidal oatmeal, French Pink clay, Kaolin clay, Coconut flour, Coconut milk, Flaxseed meal, Brown rice flour, Strawberry, Rose flowers, Calendula flowers, Licorice root, Lavender flowers, Raspberry, Banana, Rosehip, Pearl powder, Goji berry, Grape seed. Pure essential oils of Pink Grapefruit, Sweet Orange & French Lavender.

Kedua dua cleanser mengandungi 4 bahan active semula jadi yang di gelar “Superstar ingredients” iaitu


Rosehip
Grapeseed
Goji Berry
Raspberry

Kalau korang google setiap satu bahan-bahan “Superstar” ini korang akan dapat rasakan betapa hebatmya produk ORGGA Skincare ni

Cara menggunakannya:

Tanggalkan makeup dan basahkan muka, Letakkan lebih kurang satu sudu teh Cleansing Powder di atas tapak tangan, titik kan air sedikit demi sedikit hingga menjadi seperti paste lembut, urut kulit muka korang dalam gerakan membulat, dan basuh. Untuk kesan maksimum, biar kan paste di muka selama 2-5 minutes Sebelum dibasuh.

ORGGA Face Mist

ORGGA face mist diperbuat dari bahan bahan asli dan semulajadi yang berkualiti dan terpilih. Kombinasi rose water dan rose oil asli dan juga Aloe Vera, ekstrak cranberry dan blueberry yang bukan sahaja akan menyegar dan melembapkan kulit, tetapi juga merawat kulit muka korang membekalkan nutrisi dan ia juga anti-oksida.

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ROSE OTTO dan LE NEROLI

Di antara kandungan kedua-dua produk ini adalah :-

Nourishing Facial Mist - ROSE OTTO [NOT180703128K] (untuk semua jenis kulit )
Rose Bulgarian hydrosol, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Cranberry extract, Blueberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin, Pure essential oils of Rose Geranium, Rose Otto & Palmarosa.

Hydrating Facial Mist - Le Neroli [NOT180703126K] (untuk semua jenis kulit )
Neroli hydrosol, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Acai berry extract, Strawberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin. Pure essential oils of Neroli, Bergamot & Ylang Ylang

Cara menggunakannya:





Selepas menggunakan ORGGA Cleansing powder, spray kan ke muka dan leher. (Goncang setiap sebelum guna). Tekap kulit muka dengan lembut menggunakan tapak tangan.

ORGGA Luxe Beauty Oil

ORGGA Luxe Beauty Oil diperbuat 100% Dari bahan aktif asli dan semulajadi. Bahan bahan yang digunakan diimport dari UK, Italy, Morocco, France  dan US bagi memastikan kualiti yang terjamin. Luxe Beauty oil diformulasi menggunakan 10 jenis botanical oils dan 6 Jenis essential oils terpilih dan berkualiti, kaya dengan Essential Fatty Acid (Omega 3,6,7, & 9) Vitamin A, C, D, E & K, Anti oksida dan juga mineral dan nutrisi

Terbahagi kepada 3jenis iaitu OLIVA, LIBRA dan LINDO

Di antara kandungan kedua-dua produk ini adalah :-

Luxe Beauty Oil – Oliva [NOT180800787K] (untuk kulit kering, matang dan pra-matang)
Meadowfoam oil, Olive Squalane, Kukuinut oil, Argan oil, Sweet Almond oil, Rosehip oil, Pomegranate seed oil, Raspberry seed oil, Prickly pear oil, Sea Buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Neroli, Frankincense, Sweet Orange, Palmarosa, Clary Sage, Carrot seed.

Luxe Beauty Oil - Libra [NOT180800785K] (untuk kulit normal dan kombinasi)
Olive Squalane, Argan oil, Watermelon seed oil, Jojoba oil, Maracuja Oil, Pumpkin seed oil, Hazelnut oil, Camellia oil, Prickly pear oil, sea buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Rose Geranium, Grapefuit, Rose otto, Cedarwood, Lavender, Carrot seed.

Luxe Beauty Oil – Lindo NOT180800784K] (untuk kulit berminyak dan berjerawat)
Olive Squalane, Jojoba oil, Kuikuinut oil, Hazelnut oil, Grapeseed oil, Rosehip oil, Marula oil, Pumpkin seed oil, Prickly pear oil, Blackcurrant oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Sweet orange, Bergamot Bergaptene Free, Ylang ylang, Patchouli, Geranium, Cedarwood

Cara menggunakannya:





Titiskan 2-3 titis ke atas dahi dan pipi dan urut secara lembut hingga meresap. Atau, titis kan 2-3 titis oil ke atas tapak tangan, gosok kedua tapak tangan dan tekapkan ke muka dan urut secara lembut hingga meresap.

Harga bagi ketiga-tiga produk ini adalah:-

ORGGA Cleansing Powder
HARGA: RM80 (Normal)
Harga Istimewa : Pre order 18 August - 19 September: RM65 (free postage)

ORGGA Face Mist
HARGA: RM70 (Normal),
Harga Istimewa : Pre order 18 August - 19 September: rm55 (free postage)

ORGGA Luxe Beauty Oil
HARGA: RM110 (Normal)
Harga Istimewa : Harga Pre order 18 August - 19 September: RM90 (free postage)

Oh ya, team ORGGA sedang mencari agen-agen untuk produk ORGGA Skincare ni. Kalau korang berminat sila hubungi team ORGGA di info berikut:


Seremban
73, Jalan Perniagaan Senawang 1, Senawang Business Park, 70450, Senawang, Negeri Sembilan.

Bangi
Blok E-G-07, Street Mall Bangi Gateway, Jalan Gerbang Wawasan 2, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone: +6017 878 5854, +012 272 8947, +6019 212 3762

Untuk info lanjut mengenai ORGGA Skincare, korang boleh check out social media seperti berikut:

Website : 

Social media:-

Facebook : 

Instagram :





Saturday, September 1, 2018

Karnival #JOMMALAYSIA Di Sunway City

Hi Korang,

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-61 ini, Sunway Group telah menganjurkan karnival #JOMMALAYSIA yang bertempat di hadapan Sunway Resort Hotel and Spa. 


Terdapat 5 tarikan yang dibawakan di karnival iaitu:-

Flavours of Malaysia (food)
Voices of Malaysia (music)
Cultures of Malaysia (dance)
Arts of Malaysia (arts and crafts)
Games of Malaysia (Games)


Apa yang menarik selain adanya pertunjukan drum di atas pentas, terdapat juga booth-booth yang dibuka khas untuk pengunjung bermain dan mencuba sendiri permainan lama seperti congkak, batu seremban dan pelbagai lagi.




Kelihatan juga deretan ala-ala kedai klasik yang menual pelbagai barangan nostalgia. Terdapat juga gerai-gerai makanan yang menjual masakan popular di Malaysia seperti nasi lemak, kuih muih tradisi dan pelbagai lagi.


Puan Sri Susan Cheah (Ahli Exco Kumpulan Sunway) antara VIP yang hadir memeriahkan acara pembukaan karnival.

Tidak kira muda,tua, pelbagai bangsa semuanya bersemangat melaungkan semangat hari kemerdekaan di Karnival #JOMMALAYSIA. Meriah betul!


Karnival ini melibatkan ramai usahawan bumiputera dan artis yang masih muda dengan memperkenalkan seni tanahair serta produk Buatan Malaysia.

Sayangi Malaysiaku selamanya.

So korang Karnival #JOMMALAYSIA bermula dari 31 Ogos 2018 sehingga 1 September 2018 bermual jam 10 pagi sehingga 10 malam.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, August 30, 2018

BALNEUM INTENSIV Mengatasi Masalah Kulit Kering Yang Teramat Kering

Hi Korang, 


Korang nampak fizikalnya kak lily ni kulit berminyak kan, yelah itu pada muka sebab itu je yang sibuk korang pandang kan. Bahagian yang lelain haruslah korang tak tengok sebab bertutup yelah dalam-dalam mana nampak kecuali abang banker Mr Big jelah kan. 

Seriously memang kering nau nau wokeh!! 

Kalau dulu-dulu asyik kerja luar so kulit kak lily ni tak delah teruk sangat keringnya la ni bila dah balik office dan jarang pi site ermm hambik ko kulit sekering-keringnya la hai sebab apa ?? kadar penggunaan air-con kat office ni kemain nau tingginya. Kitorang tak boleh nak control suhu sebab ianya centralized dan orang kat office plak bukannya ramai so lagi kuatlah level kesejukan tuh. Even kak lily dah tukar tempat pun but still sejuk kemain bak hang!!! 

mane reti minum air kosong, kopi jugak yang di belasahnya kan

Bukan setakat air cond je puncanya saje tapi faktor cuaca, usia, genetic malah kurang minum air dan mandi dengan air panas pun boleh mengakibatkan kulit semakin kering. Itulah korang minum air kosong tak mau cuma di bagi air tin ke air manis kemain laju je minumnya ye kan. 

Alah mesti korang cakap kak lily membongak je cakap kulit kering kan padahal flawless, ewah ewah meh sini korang tengok 

ini siku wokeh, bukan lutut, kan nampak keringnya kawasan tuh

malunya nak tunjuk kaki wei, sebab tuh kak lily suka pakai kasut tutup ermm sebab ni lah

Hah ingat ahkak ko ni membongak ke??? 

Nampak kan betapa kekeringan melanda di kawasan-kawasan gentir tuh, selalunya kulit keringnya di bahagian lengan, siku, betis, tapak kaki even di jari kaki dan tangan jugak tau. Memang tempat-tempat yang terbuka semuanya. 

Ada 2-3 jenama jugak kak lily cuba untuk selesaikan masalah ni ermm itulah kesannya memang kurang tapi sekejap je so kena cuba lagi jenama lain until kak lily terjumpa dengan BALNEUM INTENSIV ni lah. 


Alah kak lily pi farmasi hari tuh kat area rumah ni then adik kat farmasi tuh suggestkan jenama ni untuk kulit kering kak lily tuh, siap tunjuk lagi tau hauhauhaauhau. 

Produk BALNEUM INTENSIV ini terdiri daripada 3 produk iaitu : 

Balneum Intensiv Wash - 200ml 
Balneum Intensiv Lotion - 200ml 
Balneum Intensiv Cream - 50g 

Kak lily rasa lengkap dah set kulit kering ni, ada cleanser, moisturizer dan lotion sekali. 


Apa yang kak lily suka mengenai produk ni adalah ianya tanpa perwarna, tak de wangian atau bauan, dan tak de bahan pengawet.

nak guna picit je sket then sapu, cepat meresap tau


Kebaikan menggunakan produk BALNEUM INTENSIV ini adalah: 

1. Dapat memulihkan balik fungsi kulit yang terhalang 

2. Menambahbaikkan kulit kering dengan penghidratan yang berkekalan 

3. Meningkatkan kelancaran dan keanjalan kulit 

Memang sesuai sangatlah untuk atasi masalah kulit kering ni kan

BALNEUM INTENSIV Wash
RM 55.00 – RM 65.00 (200 ml) 

BALNEUM INTENSIV Wash ini adalah merupakan pembersih bebas sabun yang membantu membersihkan kulit kering dan terlalu kering dengan lembut, yang mana perlu digunakan secara konsisten setiap hari. 

Eh setiap harilah barulah nampak hasilnya. Produk ini mengandungi lipid emolsi dan ianya melindungi kulit daripada kehilangan kelempaban serta ia berfungsi untuk mengawal keseimbangan minyak dan kelembapan di dalam kulit dan secara semula jadi memulihkan fungsi penghalang kulit. 

BALNEUM INTENSIV Lotion 
RM 55.00 – RM 65.00 (200 ml) 

Lepas guna BALNEUM INTENSIV Wash tuh, kami sapukan pula BALNEUM INTENSIV Lotion. 

Produk ini mengandungi oil-in-water emulsion dengan kandungan lipid tinggi untuk penjagaan dermatologi bagi kulit kering dan terlalu kering. Tekstur losyen ni,cair dan mudah serap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan rasa tidak selesa ataupun berminyak. Sekejapan je tau. 

BALNEUM INTENSIV Cream
RM 40.00 (50 g) 

Eh bukan lotion sama dengan cream ke? 

Memang sama cuma BALNEUM INTENSIV Cream ni bertekstur lebih pekat dan di datangkan di dalam saiz tiub yang mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja. Yelah makan kak lily ni sumbat je dalam handbag senang, nak guna sapu je lebih-lebih lagi bila lepas keluar dari public toilet kan, dah basuh-basuh tangan tuh terus tepek krim ni hah.

Ni kak lily tunjukkan keberkesanan produk BALNEUM INTENSIV ni setelah seminggu kak lily mencuba ek.

Sangat-sangat berbeza dengan gambar kat atas kan, kulit mulai nampak lembap. 

kurang kan kesan kering tuh, sebab lepas solat je mesti kak liy sapu krim ni

Ternyata memang nampak perbezaan sebelum dan selepas menggunakan produk BALNEUM INTENSIV ni, seharusnya menda-menda sebegini akan mengambil masa tapi ianya berkesan yang penting tau.



Boleh digunakan oleh seluruh keluarga, tidak kira dari kanak-kanak sehinggalah dewasa dan warga emas.

senantiasa standby dalam handbag, senang kering sket sapu jelah

Kalau korang nak tau yang rangkaian produk BALNEUM INTENSIV adalah di syorkan oleh para doktor dan juga ahli dermatologi, yang mana ada mempunyai masalah kulit kering mahupun terlalu kering tu, boleh ambil inisiatif dah untuk mencuba rangkaian produk BALNEUM INTENSIV ni 

Nak dapatkan produk BALNEUM INTENSIV? 

Boleh kunjungi AA Pharmacy, BIG Pharmacy dan mana-mana Leading Independent Pharmacies dan dapatkan rangkaian produk BALNEUM INTENSIV yang diimport serta diedarkan oleh Zullieg Pharma Sdn. Bhd. Kalau beli online pun boleh jugak, di Lazada, 11street, iprice dan banyak lagi tau


Ok nak tunggu apa lagi, kalau anak –anak korang atau korang sendiri yang ada mempunyai masalah penyakit kulit kering ni why not cuba dulu BALNEUM INTENSIV ni ek

Selamat mencuba, dah jangan korang gelakkan siku ahkak tuh ek..











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com