Wednesday, August 29, 2018

Manhattan Business Hotel Damansara Perdana, Pi Seminar Lagi

Hi Korang, 

Sekarang ni kalau ada seminar area jauh sket dari rumah ni, terus kak lily duduk hotel. Hari tuh check in kat Manhattan Business Hotel TTDI kan dan kali ni kak lily check in di Manhattan Business Hotel Damansara Perdana sebab ada seminar kat Surian Tower. Punyalah pemalas nak hassle pagi-pagi isnin tuh so ahad petang tuh terus check in dengan Mr Big sekali ikut so dia boleh pi keja naik MRT dari Mutiara Damansara. 

Tak yah nak fikir panjang dah.. 

As usual buat booking online thru website hotel sajor sebab ada diskaun 20% tau hehehehe jimat sket boleh makan sedap nanti, makan mana boleh lupa tuh.


Kitaorang sampai petang-petang cam tuhlah dalam pukul 5 petang gituh, alah bukan ada apa agenda pun. Just melepak dalam bilik mengenjoykan diri jadi orang Damansara jap. 

Parking senang dalam kawasan hotel jugak di basement Neo Damansara ni, mesin autopay pun melambak standby depan lift je ni.

senang bawak cameraman, suruh dia je ambil gambar

Once masuk je ke lobby ni, nampak macam betul-betul esklusif hotel gituh, cam ada aura warming welcome. Bagi je nombor booking and sign je document coz details semua dah ada dalam sistem kan so sekejap jelah.


Manhattan Business Hotel ni di Damansara ni merupakan bangunan 6 tingkat dan setiapnya tingkat di namakan mengikut nama-nama tempat terkemuka di Manhattan seperti Fifth Avenue, Wall Street, Central Park, Madison Square dan Broadway. Dan bilik kak lily di tingkat satu iaitu di Madison Square Garden. 

Bilik kak lily nombor 102



Kali ni biliknya agak besar sedikit dari bilik di Manhattan TTDI yang kak lily stay hari tuh. Ada ruangan luas yang boleh bentang totto kalau bawak anak-anak kan. Memang boleh tidur reramai atas katil tapi kurang selesa sket so kalau bawak totto memang selesa betul.

kak lily belum habis ambil gambar, dia dah baring-baring hah tengok tv

Tapi simple just nice untuk business traveler macam kak lily ni sebab kita ni balik hotel nak tidur je, yelah seharian berseminar kan. Penat, masuk bilik tidur terus. But kalau check in untuk santai-santai pun ok apa, boleh tahan keluasannya gak ni.




Walaupun simple je biliknya tapi segala amenities tetap di sediakan untuk keperluan pada tetamu. 

Nak tengok bilik air?





Bilik air luas dan selesa. Yang penting kepala shower tu besar so boleh cover satu badan bila mandi heheheh itu pun nak citer ke..

Memang betul tepi jalan hotel ni, senang nak nampak

Masuk je bilik, on semuanya then rehat dulu. Eh penat jugaklah dari Bangi ke Damansara kan, walaupun hari minggu tak jem sangat but still banyak gak kereta tau. 

Banyak jugak tempat yang korang boleh pi naik MRT dari sini seperti :- 

· The Curve, Malaysia’s first lifestyle pedestrian shopping mall 
· eCurve 
· IKEA home furnishing store 
· IPC Shopping Centre 
· Tesco Extra Mutiara Damansara 
· Damansara Performing Arts Centre 
· PJ Trade Centre 
· One Utama 

Malam tuh malas nak drive keluar kitaorang jalan-jalan sekitar neighbourhood ni, jalan pun jalan sampai ke Mohamad Chow Restaurant so terus dinner kat situ. Lepas makan tuh rasa jauh plak nak balik ke hotel terus ambil grab je bayar RM3 walaupun sekangkang kera je, memang dasar pemalas bila dah kenyang ek hehehhee

klinik pun ada gak

senang nak order, suruh hantar sebelah je hah hehehe

Alah janganlah korang bimbang pasal makan ni, di kawasan hotel ni ada tempat makan jugak lah seperti kedai mamak sebelah belakang dan Dominos Pizza sebelah je hotel. Kalau rajin jalan lagi banyak tempat makan yang korang boleh discover

memacam ada dalam K-Mart ni tau, macam 7-11 gituh

Kalau malas nak lagi jalan jauh, singgah K-Mart sebelah hujung Manhattan Business Hotel ni, settle!! Dapatkan je apa yang korang nak makan especially Maggie cup hehehhe kak lily siap shopping beli shampoo lagi sebab ada promo tau

Masa untuk sarapan pagi...





Jeng jeng jeng English Breakfast menanti kitaorang tau






Ada 4 pilihan menu sarapan yang kak lily rasa kombinasinya enak dan lazat. Kalau ada jugak coffee dan tea serta roti bakar free flow, itu buat je sendiri ek hahaha

Ni kak lily nak tunjukkan beberapa bilik yang sempat kak lily jengah jugaklah hari tuh, biasalah kita kan ada link baik punye so dapatlah tengok bilik-bilik ni. 

Selain daripada bilik Deluxe Queen, terdapat juga bilik Deluxe Twin dan Deluxe Single.

Bilk Super Deluxe RM240.00 nett

Bilik Deluxe Twin yang lebih luas dan selesa. Bagi mereka yang datang berkeluarga, bilik ini antara yang sangat sesuai.

Bilik Deluxe King dan Twin RM195.00 nett

Bilik Standard Single RM140.00 nett

Untuk yang datang sendirian sebab seminar macam kak lily dan perlukan lebih privasi,  so korang boleh pilih bilik Standard Single ini. 

Bagi kak lily harga yang ditawarkan memang amat-amat berbaloi bagi business traveler macam ahkak ni. Tak pening kepala nak bangun pagi-pagi untuk travel, mostly guest yang check in sama kak lily ni majoriti orang yang bekerja. Sarapan pakai suite bagai tau, kak lily pulak yang segan sebab pakai simple je

lepak-lepak sebelum naik bilik, ok gak kan area lobby ni

Jika korang ingin membuat tempahan, kak lily cadangkan agar korang terus ke laman web mereka di www.manhattanbusinesshotel.com.my [klik sini], kerana korang mendapat diskaun antara 20% – 25% untuk bilik pilihan korang tuh. Tambahan pula, hotel ini mempunyai corporate rate untuk syarikat dan korang boleh hubungi mereka di talian +603-7731 9828 untuk bertanyakan tentang perkara ini, lagi banyak boleh jimat ni.


Dan kalau korang nak tau yang Manhattan Business Hotel Damansara Perdana ni telah memenangi anugerah 'Best Business Hotel' di Prestigious Developer Awards 2018 oleh Property Insight. 

Ini dia alamatnya: 


Manhattan Business Hotel, Damansara Perdana 
A-G-01, NO.1, Neo Damansara 
Jalan PJU 8/1, 
Damansara Perdana, 
47820 Petaling Jaya, Selangor 

Telefon : 03-7731 9828 



Untuk keterangan lanjut tentang Manhattan Business Hotel Damansara Perdana ini, korang boleh check it out info di social media mereka ni tau:- 

Laman Web : 

Facebook :

Instagram :
https://www.instagram.com/manhattan_business_hotel/?hl=en 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, August 28, 2018

Dinner RM1.90 Di AROI THAI Bangi

Hi Korang, 

Habis barangan dalam fridge tuh terus blank tak tau nak makan apa kan. 

Balik plak dah lambat so haruslah kak lily malas, start enjin kete then pusing satu Bangi ni. Lalu depan kedai Hasinda Sim tapi tak mood nak makan berat-berat then ternampak kedai Aroi Thai sebelahnya so masuk je parking situ ek 


Dulu kak lily pernah makan sekali kedai Aroi Thai ni tapi kat Cyberjayalah. 

Terus teringat oh konsepnya sama dengan Boat Noodle ek, semangkuk RM1.90 gituh. Tapi kalau Boat Noodle mee mangkuk je murah yang lelain tuh mahal tapi Aroi Thai semua dishnya boleh di katakan berharga RM1.90 cuma air je mahal sket dalm RM3.90 kira ok lah tuh kan 




Kitaorang tak pilih banyak mangkuk pun sebab makan untuk alas perut je 

Oklah semua sekali dalam RM30 je, bolehlah sekali sekala. 

chicken wing je lebih

terorder skin wantan plak so makan jelah kan

So orang Bangi, bolehlah datang cuba makan menu murah-murah ni ek 

Aroi Thai Boat Noodle & Street Food Bangi 
Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi

bilalah dapat pi Hatyai ni ek, pi floating market

Dah malam makan ringan-ringan udah ler kan











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, August 27, 2018

SEMAIKAN SENI DALAM SANUBARI

Hi Korang,

Inisiatif Seni Nando, yang dikenali tahun ini sebagai YOUthReka, kini kembali dengan Pertandingan Seni 2018 tahunan. Selama 11 tahun, inisiatif ini telah menjadi platform khusus untuk belia kreatif dari semua lapisan masyarakat untuk berkumpul dan mempamerkan bakat serta imaginasi mereka yang luar biasa di samping bertindak sebagai saluran untuk mendedahkan kerja mereka kepada orang ramai. 


"Selama lebih satu dekad sekarang, kami telah memfokus kepada menyediakan ruang bagi artis-artis muda ini untuk berkongsi kreativiti mereka dengan orang awam dan menjadikan seni lebih mudah diakses oleh orang ramai. Setelah sekian lama, dan sebenarnya sehingga hari ini, masih terdapat persepsi bahawa seni hanya boleh diakses oleh sekumpulan orang yang sangat nic, tetapi perkara ini tidak benar, kerana seni boleh dicipta dan dinikmati oleh sesiapa sahaja", kata Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando's Malaysia. 

Pada tahun ini, pertandingan itu menerima sebanyak 468 penyertaan merangkumi kategori Seni Halus dan Seni Digital dan pameran yang berlangsung dari 14 Ogos 2018 hingga 24 Ogos 2018, mempamerkan lebih daripada 40 karya agung oleh para peserta dari seluruh Malaysia. Pameran itu juga menggabungkan penambahan khas yang bertujuan untuk mengembangkan bakat-bakat kreatif muda ini di samping berhubung dengan mereka yang berminat untuk menceburi dunia seni. 

Selain daripada persaingan utama yang disenarai pendek, terdapat juga lapan karya seni tambahan yang dicipta oleh seniman Autistik tempatan dan sesi 'Pop-Art' istimewa dengan kolektif seni Titikmerah. Inisiatif Seni Nando yang selalu bertujuan untuk mengubah kehidupan remaja tanpa mengira siapa mereka atau asau-usul mereka, telah memasukkan artis-artis tambahan ini ke dalam pameran bagi menggambarkan bahawa bakat kreatif tidak terbatas dan seni itu boleh dihasilkan dan dihargai oleh sesiapa sahaja dan semua orang. 

Acara dan pameran ini berlangsung selaras dengan pengumuman pemenang Pertandingan Seni YOUthReka 2018 dan upacara penyampaian hadiah. Pemenang Hadiah Utama adalah Choo Ai Xin dengan karya "Old Town Ipoh" dalam kategori Seni Halus dan Chew Song Kee dengan karya seninya "Crow Guest" dalam kategori Seni Digital. Turut menyertai mereka adalah Ong Cai Bin, meraih tempat Naib Johan dengan karya seninya "Peep's World II" dan Lau Pik Yoke di Tempat Ketiga dengan karya seninya "A View of the Past" dalam kategori Seni Halus. 

Dalam Kategori Seni Digital, Nur Ain Shariffuddin meraih kedudukan Naib Johan dengan ilustrasi beliau bertajuk "The Spirit of Adventure" manakala Chew Yi Kai mendapat Tempat Ketiga dengan karya "Maternal". 


Nando percaya bahawa seni bukan hanya untuk orang yang berbakat, tetapi untuk orang ramai juga. Menghidupkan sentimen itu, bersama dengan Titikmerah, sebuah kolektif seni yang diterajui oleh Ajim Juxta, Nando menyelenggarakan bahagian 'Pop-Art' khusus, di mana orang-orang dari pelbagai lapisan kehidupan diberikan peluang untuk menghasilkan karya mereka sendiri. Pop Art, sebuah gaya seni yang dipopularkan oleh seniman seperti Andy Warhol dan Roy Lichtenstein, dikenali kerana kesederhanaan dan ekspresi budaya massa. Ia adalah bentuk seni yang mudah untuk difahami dan tetap relevan walaupun pada zaman moden. 

Acara tersebut juga memberi penghormatan kepada Allahyarham Syed Nabil Syed Nahar, Ketua Penasihat dan seorang tokoh penting dalam penubuhan inisiatif seni tersebut. Beliau adalah seorang perunding seni dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam merancang dan menganjurkan pameran seni, pengumpulan karya seni, memberi nasihat dan membina koleksi seni dan korporat, penulisan seni untuk katalog dan pameran. 

Menurut Chung Lynn, beliau menyebut bahawa pertandingan tahun ini "adalah satu kenangan yang sangat bermakna bagi kebanyakan daripada kami di Nando. Walaupun kami telah kehilangan seorang individu yang tidak ternilai, iaitu Ketua Penasihat kami, Allahyarham Syed Nabil, saya percaya bahawa legasi beliau terus hidup dengan Program Inisiatif Seni Nando's. Kami berharap agar platform ini akan terus menggalakkan belia kita untuk meneroka dan mempamerkan kreativiti mereka yang luar biasa, sambil kekal sebagai saluran untuk menyokong penghayatan seni. " 


Inisiatif Seni Nando telah berfungsi sebagai platform untuk ekspresi dan perkembangan kreatif. Ini telah mengetengahkan satu barisan seniman muda di Malaysia yang kini mempunyai saluran yang menarik untuk mempromosikan kebolehan serta karya kreatif mereka. 

Barisan pemenang pertandingan termasuk: 


Kategori Seni Halus

Hadiah Utama - wang tunai RM5,000, baucar Nando's bernilai RM500, pameran solo dan bimbingan yang ditaja 
• Pemenang: Choo Ai Xin 

Naib Johan - wang tunai RM3,000, baucar Nando's bernilai RM500 
• Pemenang: Ong Cai Bin 

Tempat Ketiga - wang tunai RM2,000, baucar Nando's bernilai RM500 
• Pemenang: Lau Pik Yoke 

Hadiah Sagu hati (x3) - RM 1,000 tunai dan baucar Nando's bernilai RM500 

• Pemenang: Wong Joo Yee 
• Pemenang: Muhammad Syafiq bin Kholid 
• Pemenang: Afiqah binti Abd Mutalib 


Kategori Seni Digital 

Hadiah Utama - wang tunai RM5,000, baucar Nando's bernilai RM500, pameran solo dan bimbingan yang ditaja 
• Pemenang: Chew Song Kee 

Naib johan - wang tunai RM3,000, baucar Nando's bernilai RM500 
• Pemenang: Nur Ain Shariffuddin 

Tempat Ketiga - wang RM2,000, baucar Nando's bernilai RM500 
• Pemenang: Chew Yi Kai 

Hadiah Sagu hati (x3) - RM 1,000 Tunai dan baucar Nandos bernilai RM500 

• Pemenang: Choong Shih Yeng 
• Pemenang: Hoo Wei Xing 
• Pemenang: Tan Kai Ying 

Semua karya seni yang dipamerkan telah dinilai berdasarkan keaslian dan kreativiti, kisah (konsep & idea), kualiti reka bentuk dan komposisi, penggunaan medium dan kemasan artistik, dan kesan keseluruhan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Seni Nando, sila log masuk ke www.nandos.com.my/artinitiative.















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com