Friday, August 24, 2018

Reunion Ex-CRTP UiTM Perak, Dash Box Hotel Cyberjaya.

Hi Korang, 

Sebenarnya plan event ni dah lama, dah bertahun-tahun kot tapi sambutannya hancus. 

Bila sorang suggest sorang membangkang, bila sorang bukak mulut yang lelain semua duk pakat-pakat diam membisu je dan sebab tuhlah kak lily malas nak bersuara dalam group whatsapp tuh. Mentang-mentang dah jadi pegawai tinggi, ada construction company sendiri semua duk tunjuk berlagak. 

kak lily buat sendiri je, modal tak sampai RM3 pun

Kebetulan masa raya hari tuh, kami semua duk pi beraya rumah kawan kami si Bobo ni, bukaklah balik citer pasal nak buat reunion ni. Semua duk pakat-pakat menggesa kak lily buat. Aduiyai memang kak lily dah biasa organise event ni tapi dengan kengkawan ni payah sket. 

So konsepnya, cari hotel yang dekat-dekat dalam KL, tiada paksaan, bilik booking sendiri, cuma makan je kak lily akan uruskan. 

Memacam suggestion yang kak lily dengar nak itulah nak inilah akhirnya kata sepakat memilih Dashbox Hotel kat Cyberjaya ni sebab ada swimming pool dan bilik semuanya dekat-dekat bukan macam hotel yang biasa kita pi tuh. Terus memasing buat booking bilik sendiri, nak yang depan pool mahal sket, nak duduk container murah sket, yang mengadap garden pun ada, yang tak nak tidur hotel tapi datang untuk meraikan pun hado. Jadi konsep tidak paksaan tuh memang terbaik untuk semua orang. 

Makan dan Minum 

Dari bulan June sampai hujung Julai, kak lily duk sibuk cari quotation untuk supply makanan dan minuman. Ya ampun ada yang mahal bebenau dan ada yang murah tapi tak menepati citarasa memasing. Boleh kalau buat BBQ kat Dashbox ni tapi semua diaorang siapkan so harga BBQ dinner dalam RM90 seorang. Mak oi makan pun ciput je nak bayar mahal-mahal kenapa kan. 

meja 1, ada nasi goren, pasta, chicken wings, sausage, sandwich, apam polkadot, kuih bakar, brownies, karipap, kek buah kukus, 

ayamas chicken, chicken wings lagi, kuih talam

sedap bak hang, thank you baking_purr boleh order lagi

Daripada 5 quotation yang kak lily dapat, ada satu ni kak lily memuaskan hati lah. Amik dekat Instagram je, nego punya nego dapatlah harga yang berpatutan dan kena dengan budget semua orang. Kitaorang order makan je, air ada member tuh sponsor, kak lily tambah makanan dengan order Artisan Brownies dan Mr Big sponsor Ayamas Chicken. Wah jadilah kan. 

Aktivities 

Kalau fikir-fikir memang tak de aktiviti pun sebab tujuannya nak berjumpa dengan kengkawan secara santai sambil bawak keluarga bercuti. So berendam dalam pool je lah kan. So kak lily plan adakan game sket-sket lah sambil mengimbau zaman belajar dulu. Pening jugak nak fikir soalan Scavenger Hunt tuh, tapi berjaya gak siapkannya 

On that day itself 

Ktorang check in hari ahad 5hb Ogos kenape? 

Sebab kat Dashbox Hotel ni kalau hujung minggu memang mahal ya ampun tak kiralah korang booking dah lama ke baru nak booking ke kan. Mahal dan senantiasa full, so kawan kak lily suggest ambil hari ahad dan isninnya cutilah sehari ek. Dan harga bilik yang kitaorang dapat not bad lah, tak delah mahal semedang. Cuma bilik kak lily mahal sket sebab nak depan pool tapi oklah dalam RM329 je semalam ini kerana nak terjun pool punya pasal. 

By the way, baik korang buat booking thru Agoda.com daripada Booking.com coz harganya jauh bezalah. 



Sesampai je hotel, lepas check in tak boleh masuk bilik sebab bilik belum siap lagi so kak lily merayaulah sekeliling hotel ni untuk tengok bilik. Rupanya ada 37 bilik je dalam hotel Dashbox ni so memang tak packed dalam satu-satu masa kalau bilik full. So citer untuk view dan bilik korang boleh baca kat sini. 

baru lepas susun makanan so bergambar dulu

baca doa dulu



Acara asalnya bermula lepas maghrib dan disebabkan semua orang dah sampai awal so kita start dalam pukul 5.30 petang cam tuh. Kebetulan cafĂ© tepi pool tuh tutup, apalagi terus ambil kesempatan untuk buat party kat sana ewah pool party gituh. Angkat makanan semua then teruskan majlis. 

Tak ramai pun datang cuma 4 family je petang yang lelainnya datang kemudian, ada yang datang lepas isyak pun hado sebab dekat dengan rumah. So bersembanglah pasal citer-citer lama, pasal hal kerja sekarang ni, kehidupan berkeluarga cam ne, kenal-kenal dengan ahli keluarga yang lelain kan. 

Its just small intimate get together party cam tuh. 


siap google jawapan tuh


Penat borak, terjun pool, sambung borak lagi. Kemudian main game, happy diorang ni. Ada yang sorang Bjal nicknamenya, kitaorang memang salute dia sebab sanggup dia datang dari Bera, Pahang demi nak jumpa kengkawan lama ni. Awal dah sampai Cyberjaya, padahal isnin tuh anaknya ada trial exam UPKK, tetap datang demi kengkawan. 







Kak lily sediakan hadiah untuk games jugak, alah tak seberapa pun sekadar suka-suka je pun, eh itupun nak rebutkan. Siapa tak nak kalau salah satu hadiahnya tudung Ariani kan huahauhauaha

Semangat itu yang kitorang nak.. 


Malam tuh datang lagi 2 families untuk lepak-lepak makan, kak lily ingat tak cukuplah rupanya ada jugak yang bawak makanan tambah-tambah even si Bjal tuhu pun bawak manggis seplastik besar hah. Ada exhange gift jugak, alah idea si Bobo ni beli je apa-apa barang bawah RM30 sudah then main tukar-tukarlah. Sekadar suka-suka je nothing special at least ada jugak kenangan di bawak balik. 

jejaka 40an




Lepak sampai pukul 12 malam cam tuh, balik-balik bilik tengok Mr Big duk layan tv lagi. 

Esoknya sarapan dengan diorang ni lagi kemudian sambung berendam sampai check out. Bila hari isnin ni langsung tak ramai orang boleh kira dengan jari. Nasib baik kitorang group besar so conquerlah swimming pool tuh, even slide tuh pun kitorang main ntah berapa puluh kali pun tak ingat. Seronok bebenau diorang buatnya. 





Itulah citernya mengenai mini reunion kitorang ni, memang kecil tapi impaknya bagus. Ramai pulak duk tanya bila nak buat lagi ek sebab seronok kitorang bergembira. Hah baru korang tau penangan kak lily kan, kalau buat sesuatu kerja memang kena tip-top so barulah orang respek huahauha 

Jadik next time la ye.. 

Tips untuk adakan reunion:-
1. Kena ada committee dan bahagikan tugas, macam kak lily sebab small group itu yang buat semua tuh.
2. Makan dan minum tuh penting
3. Aktivities -  games, exchange gift
4. Accommodation - booking sendiri atau committee yang book. 
5.Money collection - maklumlah ada yang boleh bayar sekelepuk, ada yang bole bayar ansuran kan.
6. Barang kecik-kecik - order tshirt lah, order banner, doorgift ek itu semua kena kira tuh

Nanti kak lily citer pasal reunion Mr Big plak, ya ampun banyak benau reunion dalam bulan Ogos ni ek











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Shopee 9.9 Super Shopping Day Kini Kembali

Hi Korang,

Shopee, platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, telah melancarkan pesta beli-belah tahunan terbesarnya, Shopee 9.9 Super Shopping Day. Berikutan kejayaan acara 9.9 tahun lepas, yang mencatatkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan pertambahan kunjungan tapak web sebanyak lima kali ganda, Shopee memeriahkan lagi pesta tahun ini dengan menganjurkan acara beli-belah mega 14 hari dari 27 Ogos hingga 9 September. 


Shopee 9.9 Super Shopping Day, yang membabitkan lebih 10,000 penjual, 120 jenama, dan 40 rakan korporat, membawakan pelbagai tawaran hebat kepada pengguna meliputi semua kategori produk. Malah menjelang 9 September, Shopee akan mengadakan hari bertema hebat, setiap satu dengan promosi menarik, termasuk jualan kilat dan potongan sehingga 99% atas pelbagai produk berasaskan tema tawaran pada hari berkenaan. 


“Shopee telah berkembang pesat tahun lepas, dan kami kini menjadi destinasi beli-belah pilihan bagi pembeli dan penjual bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau. Ini merupakan tahun ketiga kami menganjurkan pesta beli-belah tahunan 9.9 di Malaysia, dan dijangka menjadi acara terbesar pernah kami anjurkan. Shopee 9.9 Super Shopping Day telah dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna kami; sejajar dengan itu, kami terus mengukuhkan hubungan dengan jenama terkemuka untuk membawakan lebih banyak tawaran eksklusif, dan melancarkan inisiatif baharu dalam usaha menambah baik pengalaman beli-belah keseluruhan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di majlis pelancaran. 


Manfaat hari bertema hebat, termasuk Jualan Hebat Mengejut 

Mulai 27 Ogos, pengguna boleh menikmati acara beli-belah maraton tanpa henti selama 14 hari, dengan hari bertema setiap 24 jam secara berturut-turut. Setiap hari, pengguna boleh memanfaatkan pelbagai promosi dengan tema harian, bermula dengan Pesta Jenama Hebat (Super Brands Festival) pada 27 Ogos. Dalam Pesta Jenama Hebat, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan tawaran luar biasa dengan potongan sehingga 99% untuk produk paling hangat daripada pelbagai jenama kegemaran ramai termasuk Nestle, L’Oreal, Russell Taylors, honor, Mead Johnson, Elianware, Her Jewellery, Thunder Match, Watsons dan PETPET. Tambahan lagi, Shopee telah berganding bahu dengan rakan korporat seperti Citibank, VISA, Hong Leong Bank dan BHP untuk terus menambah nilai bagi pelanggan selepas mereka tidak lagi berada dalam talian. 

Pengguna boleh merebut tawaran hebat produk selebriti paling hangat di Shopee Celebrity Squad. Sejak pelancaran pada bulan Mei, Shopee Celebrity Squad telah mendapat sambutan hangat daripada peminat bintang-bintang tempatan termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish dan Emma Maembong. 

Pastikan anda mengingati tarikh 9 September kerana Shopee akan mengadakan 9 pusingan menarik Jualan Kilat (Shocking Sale) yang menjanjikan potongan 99% bagi produk paling popular. Di samping itu, pengguna juga boleh mendapatkan baucar eksklusif menawarkan diskaun besar bagi pelbagai kategori produk termasuk Barangan Pengguna Laris (FMCG), Fesyen, Elektronik, dan Gaya Hidup. 


Shopee Shake dengan tabung 99 juta syiling Shopee 

Sejak dilancarkan tahun lepas, Shopee Shake Shake telah dimainkan sebanyak 70 juta kali oleh beribu-ribu pengguna. Untuk terus menggalakkan permainan Shopee Shake sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, Shopee akan menambah tabung syiling kepada jumlah luar biasa 99 juta syiling sepanjang kempen. Bukan itu sahaja, Shopee akan berbuat demikian secara ‘kaw kaw’ dengan membuka 9 slot masa pada 9 September, dengan 2 permainan setiap pengguna untuk setiap slot; supaya pemain boleh menggoncang dan menang sehingga 18 kali setiap 24 jam. 


Tawaran yang disediakan bukan sahaja lebih besar dan lebih baik, Shopee 9.9 Super Shopping Day juga bakal menghimpunkan peruncit dan peserta industri yang terbesar di negara ini. Sebagai sebahagian daripada pelancaran 9.9 Super Shopping Day, Shopee akan menganjurkan perbincangan panel bertajuk Membina Ekosistem E-dagang Serba Maju Menerusi Pakatan Strategik, melibatkan para pemimpin daripada jenama terkenal seperti PayNet, RHB, KLFW, Digi dan XES yang berkongsi idea untuk menyuburkan ekosistem e-dagang di Malaysia. 


“E-dagang di Malaysia semakin berkembang maju, dan berasaskan pakatan kukuh dengan industri, pengguna dapat menikmati kemudahan pembayaran dan logistik lebih baik, pilihan produk lebih luas, ciri lebih menyenangkan dan tawaran lebih menarik untuk membeli produk kegemaran mereka. Kami telah membawakan rangkaian tawaran dan promosi menyeluruh yang disesuaikan mengikut selera pengguna kami untuk Shopee 9.9 Super Shopping Day dan kami yakin pembeli pasti gembira dengan pengalaman beli-belah tiada tandingan di acara beli-belah serantau terbesar kami,” rumus Ho. 

Kunjungi shopee.com.my/99 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.




 

Thursday, August 23, 2018

ANTABAX Melancarkan Kempen "BRING JOY BACK, NOT GERMS"!

Hi Korang,


Sebagai ibu saya sentiasa mahu melindungi keluarga saya daripada dijangkiti kuman dan bakteria. Apatah sekarang ini cukup popular dengan masalah seperti jangkitan HFMD yang cukup berleluasa di negara kita.


Dan sebagai solusinya saya telah menyediakan sabun ANTABAX untuk kegunaan harian keluarga saya. Sepertimana yang kita ketahui ANTABAX merupakan jenama penjagaan diri anti-bakteria HALAL yang pertama di Malaysia.


Berdasarkan ststistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 16 Ogos 2018 didapati sebanyak 52,393 pelajar dilaporkan mendapat jangkitan HFMD. Melihat kepada senario ini, ANTABAX telah melancarkan kempen "Bring Joy Back, Not Germs". Pelbagai aktiviti telah disediakan dan paling menarik tips serta cara menjaga kebersihan tangan menerusi nyanyian lagu yang sangat 'catchy' yang boleh memikat hati kanak-kanak.

Ms Mandy Lee dari Lam Soon Edibles Oils Sdn Bhd,wakil dari pihak Antabax memberi ucapan aluan serta penerangan sedikit sebanyak tentang kempen yang sedang dijalankan.


Paling menarik turut diadakan sesi penerangan berinformasi mengenai HFMD "Knowing Communcable Diseases, HFMD Prevention" oleh Dr Anza Elias (Occupational Health Physician, Sunway Medical Centre).

Merujuk kepada kenyataan dari Centre for Disease Control (CDC), dianggarkan sebanyak 80 peratus jangkitan adalah disebabkan oleh sentuhan. Dan CDC juga mencadangkan penjagaan kebersihan (hygience) adalah antara yang paling penting untuk mengelakkan kita mudah jatuh sakit dan juga menyebarkan penyakit kepada orang lain.


Dr. Anza juga ada menjelaskan tentang apa itu 'communicable disease'?

Iaitu sejenis jangkitan yang boleh disebarkan melalui :-

jangkitan dari darah dan bendalir
bernafas didalam zon 'airborne virus'
kena gigitan serangga (seperti nyamuk dan sebagainya)

Secara kesimpulannya, bagi mencegah pemasalahan penyakit berjangkit lebih mudah disebarkan. Ianya perlu dimulakan daripada diri sendiri terlebih dahulu iaitu sentiasa menjaga kebersihan. Sebagai ibu, saya sentiasa mendidik anak saya untuk menjaga kebersihan diri. Terutama mencuci tangan sentiasa sebelum dan setelah melakukan aktiviti.

Sekurangnya kita dapat mengurangkan masalah HFMD dari terus merebak dikalangan masyarakat kita