Friday, August 17, 2018

MYMERDEKA Sayangi Malaysiaku Gelorakan Rasa Cinta Negara


Hi Korang, 

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) meneruskan penganjuran program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018, bagi lokasi kedua di MYDIN USJ, Subang Jaya, pada 16 hingga 19 Ogos 2018 bermula daripada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. YB Tuan Eddin Syazlee, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia telah merasmikan program ini yang turut dihadiri oleh YB Puan Michelle Ng Mei Sze, ADUN, Subang Jaya dan Dato' Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penerangan. 


Program ini menyasarkan masyarakat umum untuk terlibat secara langsung dalam program penghayatan Bulan Kebangsaan. MyMerdeka Sayangi Malaysiaku dilaksanakan di lima (5) lokasi. MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dipilih sebagai lokasi pertama pada 3 hingga 5 Ogos 2018 yang lalu sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. 

Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku yang mendapat kerjasama daripada MYDIN Mohamed Bhd. dan telah memasuki tahun ketiga (3) penganjuran merupakan program pameran berkonsepkan komunikasi visual secara bersemuka. Program ini memberikan kesedaran kepada para pengunjung melalui penghayatan secara visual yang memaparkan aspirasi atau hasrat kerajaan mewujudkan negara yang bersatu padu dan mengamalkan toleransi antara kaum. Pelbagai pengisian menarik sepanjang tempoh pelaksanaan program antaranya Pameran Sejarah Negara, Pameran Raja Kita, Pameran Koleksi Logo Hari Kebangsaan, Sudut Karikatur, Persembahan PENTARAMA, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna 


MAJLIS PELANCARAN RAIKAN MALAYSIA KU 2018 

MYDIN dan Malaysia berpisah tiada. Mana mungkin tidak, MYDIN dibangunkan pada bulan dan tahun yang sama dengan kemerdekaan negara. Kini berusia 61 tahun, MYDIN terus komited memenuhi keperluan dan kehendak harian rakyat Malaysia berdasarkan konsep halal dan telus. Namun kami akui perjalanan ini bukanlah seindah kata. lbarat cubit peha kiri, peha kanan terasa, prestasi ekonomi negara memberi impak yang besar terhadap perniagaan MYDIN. 

MYDIN mengajak seluruh rakyat untuk "Raikan MalaysiaKu" bagi menghargai komitmen seluruh rakyat Malaysia yang telah bangkit bersuara atas semangat cinta terhadap negara. 

Marilah semua rakyat Malaysia turun melakukan ikrar merdeka bersama MYDIN dalam membina Malaysia yang lebih progresif. 

Di Mydin kami yakin hanya dengan semangat cintakan negara segala yang mustahil akan dapat dicapai. 

Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin 
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. 


Untuk Kanak-kanak, Kuiz Kenegaraan, Sudut Tayangan Multimedia dan Video Kenegaraan, layar Bestari dan Klinik Foto@JaPen

Orang ramai dijemput memeriahkan tiga (3) lokasi lain MyMerdeka Sayangi Malaysiaku iaitu pada ; 

i. 30 Ogos - 1 September 2018 di MYDIN Meru Raya, lpoh, Perak 
ii. 6 - 8 September 2018 di MYDIN Mutiara Rini, Johor 
iii. 14 - 16 September 2018 di MYDIN Petrajaya, Kuching, Sarawak 


Penganjuran MyMerdeka Sayangi Malaysiaku ini diharapkan dapat membangkitkan rasa cintakan negara dalam kalangan masyarakat terutama pengunjung yang hadir.

Sehubungan dengan itu, bertemakan Raikan MalaysiaKu, MYDIN telah menyediakan pelbagai aktiviti dan peraduan yang menarik buat pelanggan-pelanggan kami bagi memastikan sambutan hari kebangsaan dirai dengan meriah di cawangan- cawangan MYDIN di seluruh negara. Antara aktiviti- aktiviti menarik yang diadakan ialah: 


1. Kempen MyPledge 

• My Pledge ialah inisiatif MYDIN bagi mengajak rakyat Malaysia menyatakan ikrar merdeka mereka kepada negara. 

• Mensasarkan pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records dengan sasaran sebanyak 500, 000 ikrar merdeka rakyat Malaysia dalam tempoh 1 bulan. 

• Para tetamu kehormat akan turut serta menyatakan ikrar merdeka mereka di papan My Pledge. 

• Nota ikrar boleh diperolehi dari kaunter informasi atau kaunter perkhidmatan pelanggan. 

• Kakitangan MYDIN di semua cawangan seluruh Malaysia akan mula menulis dan menampal ikrar merdeka mereka secara serentak di cawangan masing-masing tepat pukul 11.00 pagi pada 16 Ogos 2018. 

• Pelanggan MYDIN dan seluruh rakyat Malaysia boleh menulis ikrar merdeka mereka untuk negara dan menampal di papan MyPledge yang disediakan di 63 cawangan MYDIN di seluruh negara. 

• Papan tersebutjuga akan ditempatkan di bangunan rakan media iaitu Menara The Star, Sinar Harian,dan Suria FM sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen MYDIN MyPledge ini. 

• Merekajuga boleh menyatakan ikrar merdeka mereka melalui platform e-ikrar dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada platform media sosial kami di Face book, lnstagram dan Twitter @mydinmalaysia atau layari terus laman sesawang kami di www.mydin.com.my. E-ikrar ini akan ditulis semula dan dilekatkan di papan ikrar yang terletak di cawangan MYDIN. 

• Kempen ini bermula 16 Ogos 2018 dan berakhir pada 16 September 2018. 61 ikrar terbaik dan bermakna akan dikongsi kepada orang ramai melalui media sosial. Kesemua 61 ikrar merdeka terbaik ini akan menerima nombor plat PATRIOT dan baucar membeli- belah MYDIN. 


2. Shop, Collect & Redeem 2018 

• Pelanggan akan mendapat 1 setem bagi setiap pembelian bernilai RM30. 

• Tambahan I setem bonus sekiranya pembelian termasuk sekurang-kurangnya satu produk penaja yang terlibat (Nestle, P&G,UNILEVER,F&N,KOPIKO,MAMEE,Anlene dll) 

• Kumpul 5 setem dan tebus bekas makanan daripada koleksi Maitre Chef, Bakeware dengan harga RM 23.90 (0.8L), 29.90 (1.0L) dan RM 32.90 (l.3L). Koleksi Maitre Chef ini boleh digunakan di dalam Microwave. Harga penebusan yang ditawarkan adalah setelah 70% diskaun dari harga asal. 

• Kad penebusan boleh didapati di kaunter pembayaran cawangan-cawangan MY DIN yang terlibat. 

• Penebusan boleh dibuat di semua pasar raya besar MY DIN dan SAM's Groceria (Semenanjung Malaysia sahaja). 

• Pembelian hanya boleh dibuat bermula dari 1 September 2018. 

• Tempoh sah bagi penebusan Shop, Collect & Redeem ini bermula dari 16 /8/2018 hingga 30/11/2018. 


3. Shop, Fly & Drive 2018 

• Shop, Fly & Drive ini adalah merupakan tahun kedua ianya diadakan. 

• Pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan pembelian serendah RM 150 dengan 2 gabungan resit dari mana-mana cawangan MYDIN atau mana-mana tenant dalam cawangan MYDIN yang sama. Pembelian RM 150 mesti disertakan bersama pembelian produk PANTENE daripada pasar raya MYDIN. 

• Hadiah yang ditawarkan ialah 6 buah Kereta PROTON SUPRIMA Turbo l .6T, 12 buah Motosikal MODENAS, 12 Tiket Penerbangan Pergi Balik (Kuala Lumpur-Phuket-Kuala Lumpur), Set Kalung Mutiara daripada Wah Chan, Baucar beli belah MYDIN dan banyak lagi. 

• Selain daripada itu, peraduan ini juga akan memilih pemenang mingguan selama 8 minggu berturut- turut yang akan memenangi baucar membeli-belah MYDIN bernilai RM 30,000 keseluruhannya. 

• Kempen ini mendapat kerjasama baik dari rakan penaja kami iaitu Proton Edar Sdn Bhd, Modenas, Syarikat Penerbangan Malinda, Amazon Event Management, Khin Guan Corporation Sdn Bhd, dan Wah Chan. 

• Tempoh peraduan berlangsung selama 2 bulan, bermula dari 16 Ogos 2018 hingga 16 Oktober 2018. 

• Tarikh cabutan bertuah bagi memilih para pemenang akan diadakan pada 24 Oktober 2018. Penyampaian hadiah akan berlangsung di enam lokasi MYDIN iaitu di MYDIN Meru Raya, lpoh, Perak, MYDIN Taman Batik, Sg Petani, Kedah, MYDIN Mutiara Rini, Skudai, Johor, MYDIN Seremban 2, Negeri Sembilan, MYDIN Gong Badak, Terengganu, dan MYDIN Petra Jaya, Sarawak. Pemilihan lokasi di atas adalah mengikut zon.


Perkembangan, Aktiviti dan Promosi MYDIN boleh didapati secara terus di: 

Laman Web : 

Facebook : 

Twitter : 

lnstagram : 













Kaki Bebel,


LILY

www.ciklilyputih.com


Thursday, August 16, 2018

Balu Pekerja PWTC Terima Sumbangan Kebajikan Pekerja

Hi Korang,

Putra World Trade Centre (PWTC) hari ini menyerahkan wang sumbangan berjumlah RM129,520.00 kepada seorang kakitangan yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya di Lingkaran Tengah 2 (Susur Tol Gombak) ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada 31hb Mac 2018 yang lalu. 


Cek sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengerusi Putrade Property Management Sdn. Bhd. Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Alies Anor Abdul kepada balu penerima Puan Nor Hairi Binti Salleh yang berusia 45 tahun. Allahyarham meninggalkan seorang balu yang merupakan suri rumah tangga sepenuh masa berserta enam orang anak iaitu dua orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan yang berusia antara 18 tahun hingga 28 tahun. 

Sebelum bertugas di PWTC, Allahyarham Tuan Azaman Bin Badri pernah berkhidmat di Cawangan Khas Bahagian Perisikan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 32 tahun dan jawatan terakhir Allahyarham di ATM adalah Sarjan Risik Kor Risik DiRaja. Selepas tiga tahun bersara daripada ATM, Allahyarham mula berkhidmat di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 15hb Jun 2015 sebagai Eksekutif Keselamatan. 

Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada warga kerja PWTC dan ahli keluarga yang lain. Segala urusan jenazah Allahyarham disempurnakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bahagian Staff Perisikan Pertahanan, MINDEF, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Shamsul Kamar Ahmad, sumbangan ini diberikan sebagai memenuhi kewajipan, keprihatinan dan tanggungjawab sosial PWTC terhadap kakitangan yang ditimpa musibah atau meninggal dunia. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga Allahyarham.














Kaki Bebel,


LILY

www.ciklilyputih.com

Cef Chua mewakili Malaysia dalam Piala Dunia Sushi 2018

Hi Korang,

Majlis Makanan Laut Norway (NSC) baru-baru ini telah mengumumkan Cef Chua Kok Hua sebagai wakil Malaysia bagi Piala Dunia Sushi 2018 yang akan datang. Acara ini berlangsung di Tokyo setiap tahun, dan akan diadakan pada 23 Ogos ini melibatkan 40 cef sushi yang terbaik sekali dari seluruh dunia dalam pertandingan membuat sushi yang berprestij ini. 

Cef Chua merupakan juara dalam pertandingan kelayakan pada November 2017 untuk mewakili Malaysia bagi Piala Dunia Sushi 2018. Pertandingan kelayakan ini diadakan bersama dengan latihan oleh Akademi Sushi Global, serta melibatkan kerjasama antara Majlis Makanan Laut Norway dan Institut Kemahiran Sushi Dunia, satunya badan sushi tunggal yang diiktiraf secara rasmi di Jepun. 

Latihan tersebut dikendalikan oleh pakar sushi terkenal, Hirotoshi Ogawa, dengan tumpuan pada kemahiran asas membuat sushi dan topik kritikal seperti pengendalian makanan laut secara higenik untuk hidangan mentah. Ini merupakan kali kedua latihan tersebut diadakan di Malaysia. 

Cef Chua Kok Hua (di tengah) dengan bangganya mempersembahkan hiasan sushi beliau bersama Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara diwakili oleh Pengarah Serantau Jon Erik Steenslid (di kiri) dan Duta Norway ke Malaysia Gunn Jorid Roset (di kanan).

Encik Jon Erik Steenslid, Pengarah Serantau (Asia Tenggara) bagi Majlis Makanan Laut Norway berkata: “Salmon dan ikan trout fiord dari Norway adalah pilihan ikan paling disukai oleh restoran sushi di Malaysia. Walau bagaimanapun, mereka telah tertakluk kepada berita buruk tentang kes keracunan makanan, dengan berita yang belum disahkan tentang salmon dan cacing parasit apabila sebab sebenarnya merupakan pengendalian makanan laut yang tidak bersih.” 

Pengendalian ikan mentah secara betul adalah sangat penting untuk cef sushi yang terlatih di Japan. Sedangkan majoriti rantai sushi di Malaysia menggunakan salmon dan trout dari Norway, program pendidikan untuk cef sushi oleh Majlis Makanan Laut Norway adalah tepat pada masanya dan dapat membantu memastikan keselamatan makanan melalui pengendalian ikan dengan selamat. 

Duta Norway Malaysia Gunn Jorid Roset (di kiri) dan Majlis Makanan Laut Norway Asia Tenggara yang diwakili oleh Pengarah Serantau Jon Erik Steenslid (di kanan) mempersembahkan Cef Chua Kok Hua (di tengah) wakil Malaysia untuk Piala Dunia Sushi 2018 yang akan datang di Tokyo.

Menurut penemuan oleh Pandangan Pengguna Makanan Laut iaitu satu kaji selidik yang dijalankan setiap tahun oleh Majlis Makanan Laut Norway, Norway masih merupakan negara asal yang paling digemari ketika rakyat Malaysia membeli salmon dan ikan trout fiord. Norway juga disanjung tinggi dari segi indeks reputasi sebagai negara asal untuk salmon dan ikan trout fiord. 

Petunjuk positif ini membuktikan populariti yang semakin meningkat bagi salmon dan ikan trout fiord Norway, dan ini adalah sebab Majlis Makanan Laut Norway sedang melabur usahanya untuk mempromosi lokasi asal ikan tersebut dari negara tersebut. “Penggemar makanan laut di Malaysia paling tinggi secara per kapita dan kami yakin pasaran berpotensi besar untuk berkembang di masa depan bagi makanan laut Norway,” Encik Steenslid menyimpulkan. 


Norway adalah perintis terkenal sedunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon. Pengalaman turun termurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi rakyat Norway satu pengalaman unik agar menguruskan sumber-sumber ini dengan cara betul supaya mendapat ikan berkualiti tinggi. 

Norway adalah pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan trout fiord terkenal global. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Sebenarnya, memancing merupakan premis penting bagi orang Norway supaya dapat menetap dan tinggal di pantai utara yang sejuk dan berangin. 

Selama berabad-abad, makanan laut telah menjadi sumber asas makanan dan perdagangan penting bagi Norway. Ini telah memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada orang Norway untuk mengendalikan khazanah berharga laut ini dalam setiap aspek. 

Mengenai Cef Chua Kok Hua 

Cef Chua mula bekerja di Singapura sejak berumur 16 tahun dalam dapur Cina di hotel bertaraf lima bintang. Kehidupan agak sukar, namun beliau terus memperolehi kemahiran dan pengetahuan memasak. Beliau mendapat peluang emas apabila ditawarkan jawatan di restoran Japan bertempat di hotel sama. 


Kenapa beliau beralih daripada masakan Cina kepada masakan Jepun? “Saya dibesarkan di kampung nelayan dengan pertalian rapat dengan laut; ini merupakan pilihan kerjaya semulajadi dan saya selalu ingin terlibat dengan ikan,” kata Chua. 

Dalam dapur Japan, beliau telah belajar tentang pelbagai jenis ikan dan musim masing masing. Untuk menjadi bagus dalam set kemahiran yang berbeza memerlukan disiplin dan ketabahan. “Saya telah menggunakan 4 tahun untuk menguasai seni tempura dan robatayaki,” beliau mengimbas kembali. Beliau juga perlu menyesuaikan diri dengan budaya yang berbeza dari segi kebersihan oleh kerana ia melibatkan pengendalian makanan mentah untuk dimakan. 

Pada 2014 Chua mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Lily dan mereka kini mempunyai cahaya mata seorang anak perempuan. Ini telah menggesa Chua agar memikirkan semula hala tujuan kerjayanya. Beliau dipupuk oleh isteri dan berpindah balik ke Malaysia untuk mengusahakan restoran Jepun mereka sendiri. 


Pada 2016, Chua bekerjasama dengan rakan cef Edmund Chong dan juga isterinya, Lily untuk mengusahakan Two Chefs Lab di Sungai Long, Kuala Lumpur dengan menghidangkan gabungan makanan Japan dan budaya kopi. “Walaupun cabaran berterusan tetapi saya percaya dalam pembelajaran sepanjang hayat dan ini membantu kami terus mara sehingga kami sedang bercadang untuk meluaskan ke outlet kedua di Lembah Klang. 

“Isteri merupakan penyokong terbesar ketika rakan niaga perkongsian saya, Edmund menggalak saya menyertai pertandingan kelayakan untuk Piala Dunia Sushi bulan November lepas. Saya tidak bersangka dapat menangi dalam pertandingan kelayakan tersebut sebab peserta lain lebih berpengalaman dan mahir daripada saya,” kata Chua. 

Pertandingan kelayakan ini diadakan bersama dengan Akademi Sushi Global, melalui latihan yang dijalankan oleh cef terkenal, Hirotoshi Ogawa, melibatkan 20 peserta dari pelbagai restoran Jepun di Malaysia. “Latihan tersebut telah membuka mata saya kepada setiap maklumat terpencil semasa membuat sushi dan saya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Makanan Laut Norway atas peluang ini.” 

Sejak itu Cef Chua sering pergi ke Singapura ke bekas restoran tempat bekerja untuk latihan oleh peserta Piala Dunia Sushi yang terdahulu, dan berazam pulang ke tanah air dengan pingat dari Tokyo. 















Kaki Bebel,


LILY

www.ciklilyputih.com