Monday, August 13, 2018

SAFI DERMASAFE, Rangkaian Produk Penjagaan Wajah 'Mesra Kulit'

Hi Korang,

Untuk anak gadis di luar sana...

Gadis generasi masa kini percaya kulit yang sihat adalah umpama kanvas yang membiaskan keyakinan diri mereka. Namun kembara kecantikan mereka dalam menzahirkan impian memiliki raut wajah mempesona ,berseri dan bermaya berakhir dengan lambakan lautan pelbagai jenis formulasi produk penjagaan wajah yang tidak memenuhi keperluan khusus kulit muka mereka. 

kenapa ahkak serabai ni, aduiyai malunya camne nak jadi KOLs ni huahaua

Gadis Milennial tidak mudah menyerah kalah sebelum berjuang! Kepakaran mereka mencari maklumat dihujung jari tidak dapat disangkal lagi – Kembara kecantikan generasi Ratu Swafoto ini telah menemui manfaat pupur kecantikan semulajadi dengan ramuan yang mereka boleh sediakan sendiri. Tetapi ia tidak semudah yang disangka, selain perlu menyediakan ramuan segar setiap hari, kekangan masa dan kesukaran mendapatkan bekalan bahan segar akan merumitkan rutin kecantikan mereka. Oh tidak! Mereka kini di dalam dilema! Untuk mencari produk penjagaan wajah mesra kulit, bebas alergen dengan formulasi manfaat kecantikan semulajadi. 

Ok Girls! 
Hidup ini terlalu indah untuk kamu bermurung! percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya! 

Bawa Bertenang! kerana SAFI DERMASAFE adalah jawapannya! 

Mulakan transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara kecantikan terbaharu daripada SAFI – Jenama Halal No.1 Malaysia. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia. 

SAFI DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi ,pewarna , alkohol , minyak mineral dan ujian keatas haiwan. 

SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya. 

Mr Sriram Krishnamurthy Chief Executive of Wipro Unza (M) Sdn Bhd

“Semenjak mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, SAFI memahami impian setiap wanita yang mahu memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. Inovasi kecantikan SAFI merangkumi pelbagai jenis rangkaian produk penjagaan wajah setiap satu dibangunkan dan dipasarkan untuk keperluan khusus kulit yang berbeza. Kami percaya Penggunaan produk penjagaan wajah yang bersesuaian adalah kunci kepada raut wajah mempesona” jelas Aishah Zulkifli, Eksekutif jenama SAFI. 

Tambah beliau lagi, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup. Ia menjadi tunggak disebalik pelancaran SAFI DERMASAFE rangkaian produk “mesra Kulit” diuji secara dermatologi yang amat sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif. 

Panels for Safi Skin Story chit chat session

Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif. 

“Diantara faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini”. 

Tambah beliau lagi, “Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif. 

Rangkaian produk dengan formulasi bebas Alergen dan “mesra kulit” adalah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta pencegahan awal dengan rutin produk penjagaan kulit yang betul dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk. 


Lengkapkan rutin penjagaan wajah SAFI DERMASAFE anda dengan 5 jenis produk rangkaian ini iaitu 

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care , 
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild dan Gentle, 
SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate dan Refresh, 
SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe dan Hydrate 
SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate dan Recover. 

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE dipasarkan pada harga RM19.90 – RM48.90 dan HANYA boleh didapati di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia. 



Rangkaian produk SAFI DERMASAFE juga boleh dibeli secara atas talian di https://www.watsons.com.my

Ayuh kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi kisah kulit sihat anda dengan memuat naik foto atau video di profil media sosial berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE dan #SAFISKINSTORY.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, meh check it out di:

laman sesawang rasmi SAFI di 

Facebook rasmi SAFI di 

instagram rasmi SAFI di 










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, August 11, 2018

Menjelajahi Dunia Bersama THOMAS & FRIENDS™

Hi Korang,

Selama lebih 70 tahun, Thomas & Friends™ dari Pulau Sodor telah menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia. Kini, Thomas bakal menjalani satu transformasi hebat dari segi kandungannya! Kereta api comel ini akan menjelajah ke seluruh dunia dalam Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures!. Siri TV baharu ini akan diberikan nafas baharu supaya lebih menghiburkan, inklusif, bermakna dan global. 


Kandungan rancangan ini akan menyajikan jalan cerita yang lebih rancak dan berfokus pada aspek fantasi, humor, haiwan serta muzik. Kini, Thomas akan memegang peranan sebagai pengisah yang menyampaikan pelbagai kisah menarik secara langsung kepada para penonton, sekaligus mencipta pengalaman yang lebih peribadi dan bermakna bersama kereta api biru ikonik ini. Di samping itu, Thomas & Friends akan menyaksikan pembentukan kumpulan lokomotif baharu dengan bilangan watak perempuan dan lelaki yang lebih seimbang (Thomas, Gordon, James, Percy, Emily dan dua watak baharu, Nia dan Rebecca) bagi menjamin aspek kesamaan jantina dan mendekati hati lebih ramai penonton. 

Dalam Thomas and Friends: Big World! Big Adventures!, cita-cita Thomas untuk melihat dunia ini akan memberi motivasi kepadanya untuk mengembara merentasi padang pasir, hutan rimba dan gunung-ganang di Afrika, Brazil, Amerika Syarikat dan China. Disertai Nia, watak perempuan baharu dari Kenya dalam kumpulan lokomotif ini, Thomas akan mengembara ke destinasi-destinasi yang lebih jauh untuk mengalami pelbagai budaya dan mengenali kawan-kawan baru dari negara-negara lain. 

“Melalui Thomas and Friends: Big World! Big Adventures!, Thomas akan membuka mata kanak-kanak prasekolah kepada dunia di sekitar mereka melalui ciri-ciri unik kereta api. Selain menekankan kepentingan tali persahabatan dan usaha berkumpulan, program ini telah direka supaya lebih mengujakan dan mempunyai unsur pendidikan yang lebih tinggi. Kini, kanak-kanak berpeluang meneroka pelbagai negara serta budaya baharu bersama teman mengembara mereka, Thomas ketika mereka membesar,” kata Audrey Ng, Pengurus Jenama Kanan untuk Bayi & Prasekolah di Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. (Mattel). 

Melalui pengembaraan mengelilingi dunia ini, Thomas menjemput peminat untuk meneroka dunia bersamanya di acara Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! yang bakal berlangsung di The Curve. Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, antara 14 dan 26 Ogos 2018, kanak-kanak berpeluang bertemu dengan replika saiz sebenar Thomas dan teman-temannya, mengharungi pagar sesat yang dipenuhi halangan di Safari Hutan Nia, serta berkunjung ke Tembok Besar Yong Bao untuk bermain teka-teki. Selain itu, mereka juga dapat menikmati video-video Thomas & Friends yang tidak pernah ditontoni sebelum ini di teater ‘mini beanbag’ yang selesa! 


Mattel berganding tangan dengan The Curve untuk menjayakan acara ini, dan menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran eksklusif di Centre Court sepanjang kempen ini. Setiap hari, 1000 orang kanak-kanak pertama yang berkunjung ke acara ini akan diberikan satu Pasport Thomas & Friends yang istimewa. Dengan melengkapkan pasport ini, mereka berpeluang memenangi satu hadiah Thomas & Friends. Tambahan pula, pelanggan yang membelanjakan RM120 dan ke atas untuk barangan Thomas & Friends akan dapat menebus sebuah beg alas mainan 2-dalam-1, dan menikmati Thomas Train Ride di sekitar Centre Court. Penebusan hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada. 

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan The Curve berkata, “Cuti sekolah sentiasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berseronok serta meneroka pengalaman baharu. Oleh itu, kempen Thomas & Friends, Big World! Big Adventures! pastinya akan memberi pengalaman mengujakan kepada mereka. Sebagai pusat beli-belah yang mesra keluarga, kami bertekad untuk menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Kami berharap cuti sekolah ini akan meninggalkan kenangan manis bagi semua, terutamanya ibu bapa serta kanak-kanak melalui acara yang kami sediakan di The Curve.” 

Peminat boleh mengikuti Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! di saluran YouTube rasminya: https://www.youtube.com/thomasandfriends. Video-video baru termasuklah 5 video karaoke akan disajikan, di samping beberapa video pengenalan teman-teman Thomas dari seluruh dunia, iaitu Nia, Yong Bao, dan Ace. Peminat juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kandungan serta acara baharu Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! di laman Facebook Thomas & Friends.











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Friday, August 10, 2018

JBL Warehouse Sale, Eh Tershopping Lagi

Hi Korang, 


Ya ampun, kak lily memang tak sangka pun akan ke mari hari tuh. 

Ni gara-gara KOL yupikoh (ayu rafikah) yang update status pasal warehouse sale ni. Kebetulan plak kak lily jumpa dia pagi sabtu so dia pun duk membako line dengan Mr Big sekali lah. 

Habis je event kat Southpoint Mid Valley tuh terus je start enjin menghala ke Social Mex kat Glenmarie ni. Ini bukan kilang JBL ek tapi event hall. Diorang sewa kat situ untuk buat jualan, kira bagus jugak ek, parking pun melambak-lambak. 

Jap jap korang tau ke JBL tuh hapo ? 

Jenama JBL ni merupakan syarikat yang mengeluarkan produk-produk hiburan seperti speaker, earphone, headphone, gaming accessories, home theater dan memacam lagi lah. 

Sekejapan dah sampai Social Mex ni ek, sebab sabtu kot jalan nak ke Glenmarie tak ramai orang kan. 

Tujuannya nak cuci mata je so tak delah beria bagai ambil gambar pun, event hall pun tak delah besar mana so just nicelah. Memang speaker mahal-mahal turun harga jadi ratus-ratus je, jadi gila di buatnya. 

Memandangkan duit sekangkang kera je takdelah kitaorang membeli belah bagai. 


Ini je hah yang mampu di rembat. 

Masalahnya telinga kan sepasang je yang pi beli bebanyak tuh buat apa ?

Mr Big tanya, terus kak lily cakap satu nak ganti yang kat office, satu nak ganti yang kat dalam kereta, satu nak bagi orang. Huahauahuaa eleh dia pun samo gak. Nak pi holiday pun nak beli headphone bagai poyo ek. 


Disebabkan kami membeli belah lebih RM300 so dapatlah 2 kali lucky draw, hah dapat earphone lagi. Diaorang ni nak tutup ke hape semuanya murah dan kasi free hahahaha 

Balik tuh terus asing-asing kan mana nak letak, sambil tuh terus guna. 

Kemain lagi bunyinya ek dung dang dung dang.. dan lagi satu yang kak lily perasan earphone yang penyumbat telinga tuh tak sakit kalau guna lama-lama sebab dia ada sponge yang lembut nau 

By the way, minggu ni ada JBL warehouse sale tau 



Korang rasa Mr Big nak pi lagi tak? 

Dia ni memang pantang betul dengan menda-menda cam ni, membazirrrrr jelah















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com