Wednesday, August 8, 2018

Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 - Siti Nor Yuwana

Hi Korang,

Last 2 weeks kak lily berkesempatan ke Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 yang di adakan di NSK Seremban Trade City ni. Seronok wei tengok orang masak-masak secara public ni rasa teringin tuh pun ada gak tapi apakan daya manalah kak lily pandai masak kan

Siti Nor Yuwana Zulkifli (kanan)  bersama dengan pengurus pemasaran Unilever Food Solutions, Angeline Ho

Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35, memenangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 dengan mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaan sendiri. 

Pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini juga menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya untuk mendapat perhatian para juri dan berjaya memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper. 

Hidangan masakan pemenang Siti (dari kanan) Kari Ayam Warisan Bonda, Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya.

Siti Nor Yuwana berkata: ”Saya juga harus berterima kasih kepada suami saya kerana mendaftarkan saya dalam pertandingan ini dan saya tidak sangka saya akan menang sehingga kami berdua dapat menunaikan Umrah bersama-sama dan juga menikmati hadiah lain!” 

Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 sedang meneruskan usaha untuk menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia. 

Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini berfokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari, kicap dan masak lemak. 

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr. 

“Tahun ini, kami telah mengadakan perkongsian khas dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia dan rakan ‘Cash & Carry’ kita yang terbesar. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci. Ini hanyalah beberapa jenis produk yang dapat saya namakan! ” Nusrat berkata. 


Para juri yang mengadil termasuk chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan. 

Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 10 penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir hari ini. 

Juara Siti Nor Yuwana Zulkifli (tengah), naib johan Fazerina Ibrahim (ketiga dari kanan) dan pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan (ketiga dari kiri) bersama dengan para juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2018: Chef Mohd Johari Edrus (keempat dari kiri), Unilever Food Solutions Chef Mohd Hadzrin Mohd Din (keempat dari kanan) dan pengarang majalah Saji Rosmarlinda Kamarudin berserta pengurus cawangan NSK Seremban 2 Lim Chin Lai (kedua dari kanan) dengan pengurus pemasaran operator UFS Nadia Mohd Irwan (di kanan), pengurus pembangunan pelanggan UFS Amri Yusof (kedua dari kiri) dan pengurus pemasaran UFS Angeline Ho (di kiri).

Pemenang lain untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 bertuah termasuk: 

- Naib johan Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor menerima tunai RM10,000 beserta hamper 

- Pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan, 39, mendapat tunai RM6,000 dan hamper 

- 7 pemenang saguhati menerima tunai RM1,000 beserta hamper. 

Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan. 

Para juri sedang mencuba hidangan masakan oleh salah satu peserta.

Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!


Tahniah kepada semua pemenang...















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, August 7, 2018

Membawang Di TRUST TISSUE Cafe

Hi Korang,

Lunch jauh lagi!! 

Sebab boss german tak de so panjanglah langkah lagi pi makan ek. 

Kali ni ke Trust Tissue di Bandar Sri Permaisuri Cheras hah, nak gossip hal office kenalah jauh sket berjalan kan hauhauahuahuaha 

Matcha Coffee

As usual bebudak office ni yang perkenalkan fusion café ‘Trust Tissue’ ni. 

Bukan hipster café ek tapi fusion café. 


Kitaorang sampai dalam pukul 12 lebih cam tuh so orang pun belum ramai lagi. Malas nak fikir panjang pakai order je 

So mulalah membawang pasal hal opis, dengan hal projectnya, hal bossnya, hal ehwal team sana, team sini kan kira macam sessi luahan perasan gituh. Eh tak boleh mention nama nanti korang gatai pi citer kat sesiapa matilanak ek huahauhau 

Ok dah menu sampai, meh show off sket 


Pasta Aglio Olio 
Dah makan lupa nak ambil gambar

Nachos


Dah makan lupa nak ambul gambar nasib ada gambar yang share dengan Mango Cheesecake ni ek. Sedap sos nachos tuh ntah apa nama ntah lupoooo 

Spagetti Seafood Marinara 


Penuh sepinggan ek, banyak sangat portionnya patutnya makan kongsi berdua je. Kuah pun sedap, isi seafoodnya besar-besar belaka. 

Mango cheesecake dari Kula Cakes


Yang ni memang diorang ambil dari Kula Cakes yang famous kat Kuantan tuh, setiap hari ada delivery tau. Ya ampun rasanya awesome bak hang! 

Makan punya makan alih-alih dekat nak habis time lunch, mengelupur bayar dan balik office hehehehe 

Next time kena pi lagi sekali untuk makan secara proper ek 

Ni tempatnya: 

Trust Tissue Cafe 
102, Jalan Dwitasik, 
Dataran Dwitasik, 
Bandar Sri Permaisuri, 
Kuala Lumpur

Camnelah duit tak abis ek, asyik dek makan sedap je kan tiap-tiap hari...

















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, August 4, 2018

Nature’s Heart Jadikan Makanan dan Minuman Sihat Lebih Mudah, Murah dan Sedap


Hi Korang,

Nature’s Heart, jenama yang boleh didapati di Guardian, komited untuk menawarkan makanan dan minuman yang lebih sihat dengan kualiti, rasa dan nilai yang luar biasa telah memperkenalkan produk Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix, Milled Flax Seeds serta Chia Seeds. 

Nature’s Heart memahami bahawa ketika pengguna mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat, makanan dan minuman berasaskan kesihatan mungkin kurang menyelerakan berbanding dengan makanan yang manis, masin, pedas, berkrim, berminyak dan ditambah perisa yang menjadi pilihan utama orang ramai. 


Ramai diantara kita rasa bersalah kerana telah mencuba untuk gaya hidup lebih sihat tetapi gagal mengubah diet, aktiviti and tahap tekanan. Kita menyalahkan kurangnya masa, tenaga, wang, kesungguhan, dan kesukaran atas kegagalan itu. 

Nature’s Health berhasrat memudahkan, mempelbagaikan rasa dan menawarkan harga yang mampu milik bagi menggalakkan orang ramai memulakan serta meneruskan gaya hidup sihat. 

Rakyat Malaysia perlu menjadi lebih sihat kerana tahap kesihatan mereka kini adalah serius. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan bahawa dianggarkan satu daripada dua orang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi[1]. Masalah kesihatan itu ditambah pula dengan hampir 17.7% orang dewasa adalah obes, manakala satu daripada tiga orang mempunyai berat badan berlebihan. 

Kajian yang sama mendedahkan bahawa 94% orang dewasa di Malaysia tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup. Sedangkan serat terbukti penting untuk diet yang sihat dan seimbang. 


Justeru, tawaran terbaru Nature’s Heart’s iaitu Multi Grains, Fruits dan Vegetables Drink Mix, Chia Seeds dan Milled Flax Seeds boleh menjadi langkah pertama ke arah gaya hidup lebih sihat. Ini kerana ia boleh ditambah dengan mudah ke dalam makanan atau minuman untuk memperoleh manfaat nutrisi menerusi kandungan semula jadi, tanpa sebarang aditif seperti biji chia dan biji flaks yang telah dikisar. 

Produk Nature’s Heart hanya boleh didapati di kedai-kedai Guardian dan e-stor Guardian: www.guardian.com.my. Terdapat lebih 400 buah kedai Guardian di seluruh negara. 

Produk-produk ini boleh diambil pada bila-bila masa. Satu tip berguna buat mereka yang sukar untuk komited dan melakukan perubahan diet adalah dengan fokus ke atas satu hidangan setiap hari. Misalnya mulakan dengan sarapan dan masukkan diet yang lebih berkhasiat ke dalam semua hidangan secara berperingkat. 

Sarapan sangat penting kerana ia membantu mengawal tubuh kita dan memberikan tenaga kepada tubuh agar kalori boleh dibakar sepanjang hari. Sarapan juga bertindak sebagai pendesak kuasa fizikal dan mental supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari. 

Ini adalah kerana, ia meningkatkan tahap glukos dalam darah yang merupakan elemen penting kepada fungsi otak. Mulakan hari anda dengan Nature’s Heart Multi Grains, Fruits dan Vegetables Drink Mix yang merupakan makanan bebas kolesterol dan minyak trans, tidak mengandungi bahan pengawet, tinggi serat serta berasaskan oat beta-glucan. 

Beta-glucan ialah sejenis serat boleh larut yang membantu mengurangkan tahap kolesterol[2] dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. [3]


Nature’s heart Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix mengandungi bahan berasaskan kepada 40 tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai bijian, kacang & pis, sayur-sayuran hijau, pelbagai jenis buah-buahan dan beri. Nature Heart Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix juga diformulasikan denga bran oat Sweden, serat diet jagung, rumput gandum, spirulina dan ekstrak bunga marigold. 

Ia boleh dicampur ke dalam air sejuk atau suam. Untuk kepelbagaian, ia juga boleh ditambah ke dalam susu, jus dan smoothies. Bagi mereka yang gemar makan dan agak memilih, harus tahu bahawa ia sedap serta padat dengan kebaikan. 

Biji chia merupakan superfood yang menyeronokkan kerana ia mengembang dan menjadi gel dalam cecair untuk menambah tekstur dan rasa kenyang. Masukkan Nature’s Heart Chia Seeds ke dalam diet harian dengan mencampurkannya dalam air minuman, atau taburkan di atas smoothies, salad, yoghurt atau bijirin. Produk dari Argentina ini mengandungi Omega-3 berasaskan tumbuh-tumbuhan, tinggi serat dan tidak ditambah dengan sebarang aditif dan bahan pengawet. Ia sesuai untuk golongan vegan. 

Nature’s Heart Chia seeds merupakan sumber protein, kalsium dan magnesium. Biji Chia secara semula jadinya bebas gluten[4]. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan biji chia dapat meningkatkan tahap kesihatan tulang, kulit dan otot, selain menyokong sistem penghadaman dan jantung[5]


Bagi mereka yang perlu menambah serat, Nature’s Heart Milled Flax Seeds memang sesuai untuk anda. Ianya semula jadi tanpa sebarang aditif, telah dikisar menjadi serbuk untuk mudah diambil, pada masa yang sama mengandungi Omega 3 & 6 berasaskan tumbuh-tumbuhan dan merupakan sumber serat. Tambahkan ke dalam minuman, taburkan di atas smoothies dan salad untuk bekalan serat anda. 

Produk dari Amerika Syarikat, biji flaks Nature’s Heart mengandungi protein, kalsium, magnesium dan zat besi. 

Pengarah Kesihatan & Kecantikan Jenama Sendiri Guardian, Alfonso Roderos berkata, “Nature’s Heart’s mahu menjadikan amalan menikmati snek lebih berkhasiat, sedap, mempunyai banyak kebaikan dan perubahan yang positif. Berdasarkan kepada dapatan kajian Kementerian Kesihatan, tahap kesihatan rakyat Malaysia sekarang membuatkan kami mahu mencari satu alternatif lebih sihat yang dapat menambah kebaikan ke dalam diet harian mereka. Pada masa yang sama lebih mudah, mampu milik, versatil dan sedap. Nature’s Heart ada semua ini.” 

“Nature’s Heart’s Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix, Chia Seeds dan Milled Flax Seeds diambil daripada sumber-sumber terpilih dan berkualiti tinggi, demi memastikan pengguna berada di landasan yang betul dari segi kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka,” tambahnya. 

Harga dan Kebolehdapatan 

Harga cadangan untuk Nature’s Heart Multi Grains, Fruits dan Vegetables Drink Mix ialah RM42.07. Manakala Milled Flax Seeds dijual pada harga RM22.04 Chia Seeds pula berharga RM47.07.


[4] M.D., M. B. (2018, May 14). Do Chia Seeds Have Health Benefits? 113 Studies Reviewed. Retrieved from https://healthybutsmart.com/chia-seeds/
[5] M.D., M. B. (2018, May 14). Do Chia Seeds Have Health Benefits? 113 Studies Reviewed. Retrieved from https://healthybutsmart.com/chia-seeds/















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com