Thursday, July 26, 2018

Hi Tea Di Mamasan KLCC

Hi Korang, 

Lama betul tak pi hi tea ek, yelah semenjak dua menjak sibuk ni kan. 

Ntah apa yang disibukkan kak lily pun tak tau hauhauhauaha 

Menda ni memang tak plan, adhoc je. 

Petang isnin lepas, kawan kak lily ajak pi hi-tea kat KL ni so memang ada keja luar pun time tuh so kak lily set jelah. Tup-tup dia pilih dalam KLCC, mak oi ko memang tak agak-agak ni. Ermm pilah turutkan kehendak kengkawan kan. 

Kitaorang pun melepak di Mamasan Restaurant. 

akak lily assistant mamasan wokeh!!

Curlass nama kedai ko ek, mamasan dah macam taiko KLCC plak hehehehhe Mamasan betul-betul depan escalator tingkat 1, depan pintu yang keluar ke air pancut tuh. Cantik plak dekonya tapi tak delah beria sangat ambil gambar pun sebab ini bukan review hahahha.

not bad jugak latte kat mamasan ni, bolehlah sekali sekala tukar selera kan

Kenapa chillax petang?

Sebab lepas tuh boleh shopping kat sana, alah window shopping jelah, mana ada duit time tuh, belum gaji huahauahuahau 

Tengoklah menu hi tea yang kitaorang order.. 

penuh semeja hah dengan makanan

ni macam roti nan dengan kari masala, tapi ada cheese dalam roti tuh crispy. kuah karinya awesome

sotong goreng sunda, siap ada special sos tau. licin 3 pinggan

Hah pening ek sebab tak tau yang mana satu nak makan dulu, memang sedap-sedap belaka. By the way jangan tanya nama menu sebab kak lily langsung tak ambil note hahahha. 

In terms of harga, oklah harga KLCC la kan. Mana ada yang murah dah sekarang ni. Masuk toilet KLCC premier pun bayo RM2 tau.

Borak punya borak rupa-rupanya dah petang pun, dah jem dah dekat KLCC ni.


Nak balik cam no, so jejalan lah window shopping tengok handbag cantik kat dalam Isetan mall ni ek hauhauhauahuahau










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Kemain Sedap Lagi Aiskrim KING’S POTONG Perisa Baru Ni Ek

Hi Korang,

King’s Potong, aiskrim yang digemari generasi demi generasi rakyat Malaysia telah kembali dengan pelancaran dua perisa baru yang sedap. Kali ini, King’s Potong juga mengambil kesempatan untuk mengemukakan wajah baru yang moden dan menarik. “Aiskrim Potong” merupakan pencuci mulut kita sejak zaman kanak-kanak lagi. Tanpa keraguan, perisa Kacang Merah, Pulut Hitam dan Durian adalah kegemaran tempatan sejak dulu lagi. Kini, King’s Potong telah melancarkan perisa Bijan Hitam dan Mangga Thai (Signature range). 


Secara tradisinya, bijan hitam dihidangkan sebagai pencuci mulut panas yang berasal dari negara Jepun. Pencuci mulut ini merupakan perisa tradisi yang diturunkan sejak generasi dulu. King’s Potong menganjurkan perisa Bijan Hitam yang enak dinikmati tanpa sebarang kebimbangan dari segi gaya hidup yang sihat. 


Bijan hitam lazim ditambah ke dalam pemakanan kalangan rakyat Asia atas sebab manfaat kesihatan seperti membantu dalam merendahkan tahap kolesterol, mengandungi sodium, sumber pembekal kalsium, besi, magnesium dan fosforus. King’s Potong Bijan Hitam menggunakan bijan hitam yang taraf tinggi dan menggunakan teknik memanggang untuk membekalkan aroma unik. 


Kelazatan and kemanisan unik buah tropika mangga bukan sahaja sedap dimakan secara terus, malah ia juga amat sesuai untuk dijadikan perisa istimewa dalam bentuk aiskrim King’s Potong! Spesis buah mangga yang dipilih adalah Oak-Rong, ia merupakan mangga terkenal dari negara Thailand. Rasa mangga Thai ini yang memberikan rasa manis dan masam semulajadi merupakan faktor utama buah mangga ni digemari oleh orang ramai. 


Sempena pelancaran kedua-dua perisa yang menakjubkan ini, King’s juga telah mengubahsuai penampilan dan warna King’s Potong dengan warna yang terang serasi dan penuh moden dengan perisa aiskrim Potong. King’s sentiasa memastikan wajah produk adalah mengikut trend terkini di pasaran dan pasa masa yang sama, mengekalkan inti pati aiskrim tradisional King’s Potong. 

King’s Potong boleh didapati dalam beberapa saiz hidangan: 

· Normal Range – RM1.40/batang, RM7.29/pek 
· Signature Range – RM2.00/ batang, RM11.40/ pek 
· Gold Range – RM5.30/ batang, RM29.80/ pek 
· Twin Pack – RM13.90/pek 
· Foampack – RM9.90/pek


Selamat makan korang!!!













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, July 25, 2018

“Wedding Homestay” Trend Terkini Bagi Bakal Pengantin Masa Kini

Hi Korang, 


Eh bukan kak lily yang nak kahwin lah!! 

Ishkk berapa kali akak ko ni dik nak kahwin wei, yang satu ni pun dah cukup memeningkan kepala hahahhaha 


Kalau korang nak tau, ada tarikan baru rupanya dalam Pakej Perkahwinan 2018 dan 2019 ni iaitu “Wedding Homestay” kira macam boleh menginap di lokasi perkahwinan tuh 



Biasalah kebanyakan ibu bapa, sanak saudara ingin berkumpul beramah mesra dan bersama sama apabila berlangsungnya majlis kenduri kendara . Di rumah memang seronok jika di adakan, namun selepas kenduri itu lah yang menjadikan ianya tidak seronok. 

Memikirkan hal inilah maka team RNN Catering dan Event Management dengan kerjasama Pemilik homestay ini mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah ini. 

Beberapa lokasi homestay dikenalpasti untuk dijadikan (sebagai cadangan) tempat acara bagi mengadakan majlis keraian dan salah satunya adalah di :- 

Wedding Homestay By RNN CEM SDN BHD 
27, Jln Doktor U1/67, 
Kawasan Perindustrian Temasya, 
40150 Shah Alam, Selangor 
016-873 4032 


RNN Catering dan Event Management di uruskan penuh oleh RNN CEM SDN BHD yang beroperasi di jalan Sentul Kuala Lumpur di terajui oleh Pn Fadlina Lai (Pengarah Urusan) dibantu Oleh En Khairul Haizal (Marketing Officer), En Kamarul Izwan (Operation Manager) Dan Chef Norhashimah ( Head Chef) serta team team Hebat yang lain. 


Mereka ini berpengalaman lebih 15 tahun dalam industry catering dan pengurusan majlis ini membuatkan lebih teliti dan professional dalam mengendalikan setiap majlis yang dipertanggungjawabkan. Selain itu juga RNN Catering dan Event Management mengendalikan perkhidmatan katering untuk majlis kecil kecilan mahupun besar seperti akikah, seminar, keraian, dan lain lain lagi. 

Ni kak lily tunjukkan beberapa gambar untuk tatapan korang lah

pelamin yang cantik

pelamin untuk majlis akikah pun ada jugak

luas berehat yang luas



luaran bahagian atas yang luas

bilik untuk penginapan yang lengkap

bilik pengantin yang cantik betul

cantik ek, meja solek

Homestay yang telah di lengkapi dengan kemudahan dan telah di dekorasikan oleh decorator tersohor iaitu Pak Abu.






Beberapa homestay dikenalpasti untuk di jadikan salah satu venue untuk majlis perkahwinan dan salah satunya adalah disini. Ini mengambil kira beberapa faktor bagi memudahkan ke dua dua pihak bekerjasama dalam menyediakan lokasi dan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan semua.

Wedding Homestay adalah tarikkan baru utk bakal bakal pengantin, betul lah kan 
Mudah 
Tak sepahkan rumah 
tak pening kepala lepas majlis habis 

Settle!! 

Akad nikah + malam berinai + Resepsi 

3 acara di dalam satu tempat dan pada yang masa yang sama. 

Sedara ramai pun tak jadi masalah sebabnya di rumah ini ade 4 bilik dan telah di ubahsuai dengan kemudahan katil yang mampu menampung jumlah keluarga yang ramai. 

Macam mana kak lily boleh tau ek? 


Kebetulan hari tuh kak lily mendapat jemputan ke Open House Terlajak Raya anjuran RNN CEM SDN BHD bersama Chef Yang Jamil ahad lepas di Glenmarie Shah Alam. 

Ya ampun kemain ramai betul orang yang hadir, nasib kak lily dapat seat jugak. Ada orang bangun terus duduk hehehhee.. Meh kak lily tunjukkan beberapa menu makanan yang di sediakan 













Dahlah banyak, sedap-sedap belaka pulak tuh. 

Turut hadir beberapa jemputan VVIP dan VIP yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka RNN Catering & Event Management Sdn Bhd, antaranya seperti YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kemeneterian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Puan Seri Hajah Dayang Normala (isteri Allahryarham Tan Seri Elyas Omar, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Shah Rezza, Rumah Amal Kebajikan Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang Selangor dan Akademi Tahfiz Al Abrar. 

 Dato' Shah Rezza yang hadir memeriahkan majlis


anak-anak dari Akademi Tahfiz Al Abrar


beberapa artis turut memeriahkan majlis ni tau



Dato' Jalaluddin Hassan bersama Chef Yang Jamil dan tetamu

Bagi kak lily pakej yang ditawarkan adalah amat berpatutan jadi korang tidak pening kepala lagi kerana semua nya di sediakan disini, rumah yang telah di dekorasi, kelengkapan kerusi meja, bilik bilik di hiasi dengan hiasan yang cantik dan selesa, segalanya di sediakan disini. 

Sekarang ni, Pihak RNN Catering dan Event Management Sdn Bhd kini mencari 10 pelanggan yang bertuah untuk diberikan diskaun terhebat iaitu REBAT sehingga RM 8000. Perghhh memang berbaloi! 

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi:- 

RNN Catering &Event Management Sdn Bhd 
No 2, Jln Terap Off Jalan Kovil Hilir, 
Jalan Sentul, 51100,WP Kuala Lumpur. 

Office: 010-3672383 / 013-2829394 
Hotline : 016-873 4032 /012-325 2383 

Email: sales.hotcatering@gmail.com 

Meh check it out mereka ni di social media ye,

Website : 
Facebook Page : 

Instagram : 
Youtube : 

So korang yang tengah sibuk cari pakej perkahwinan tuh bolehlah survey-survey dulu pakej 'Wedding Homestay' ni, eh baguslah kak lily rasa tau.














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com