Saturday, July 21, 2018

PROTON Lancar ‘1-TANK ADVENTURE’

Hi Korang,

Pernahkah korang tertanya sejauh manakah korang boleh pergi dengan satu tangki minyak? Kereta manakah yang mampu menawarkan kombinasi ciri-ciri ekonomi, praktikal, dan selamat pada harga yang berpatutan? 

Untuk menjawab persoalan ini secara muktamad, PROTON menyeru orang ramai untuk mencari jawapannya bersama-sama. 


Dari 17 Julai hingga 5 Ogos 2018, PROTON 1-Tank Adventure akan diadakan di seluruh Malaysia bersama-sama dengan media, “key opinion leaders”, selebriti dan orang ramai untuk mengalami prestasi pemanduan model Proton terpilih sambil meneroka pemandangan indah, budaya dan masakan lazat Malaysia dengan satu tangki minyak. 



Pengembaraan yang Menyeronokkan ke Seluruh Malaysia 


Model paling laris PROTON iaitu Persona (1.6 CVT), Saga (1.3 CVT) dan Iriz (1.3 CVT) dipilih untuk mengembara ke 5 kawasan - Tengah, Pantai Timur, Malaysia Timur, Selatan dan Utara. Pemenang dari setiap kawasan akan bersaing di peringkat akhir untuk gelaran juara PROTON 1-Tank Adventure. 

Apa yang menjadikan PROTON 1-Tank Adventure berbeza dari pertandingan penjimatan minyak lain ialah ia mengundang para peserta untuk meneroka Malaysia secara pemanduan biasa kereta PROTON dengan hanya satu tangki minyak. Oleh itu, ia adalah satu pengembaraan yang mengujakan. 

Di samping itu, peserta dikehendaki memandu kereta standard, dan tidak boleh mengeluarkan alat-alat kecemasan seperti tayar ganti untuk mencapai perbatuan penggunaan minyak yang disasarkan. Peserta akan memandu secara bebas dengan penghawa dingin dan di bawah keadaan memandu biasa untuk merakamkan penggunaan minyak dalam masa sebenar. Malaysia Speed Festival (MSF) akan membantu dan mengesahkan data bagi menambah kredibiliti kepada keputusan penilaian. 

3 dalam 1: Kawalan, Keselamatan dan Prestasi Penggunaan Minyak bersama PROTON 

Selain menunjukkan penjimatan minyak, acara ini menawarkan aktiviti memandu dinamik di mana para peserta boleh mengalami pengendalian PROTON yang baik dan pengalaman pertama dalam prestasi keselamatan aktif dan pasif. 

3 buah kereta yang digunakan dalam acara tersebut adalah seperti berikut: 

Saga: Jimat, Stabil, Luas 

Proton Saga adalah luas dan dilengkapi dengan sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Kawalan Kestabilan Traksi (TC), memberikan pengalaman memandu yang luar biasa (berbanding dengan pesaingnya dalam kategori yang sama, prestasi memandu memastikan pengalaman pemanduan yang hebat, kestabilan pada kelajuan tinggi; membawa kepada keselamatan yang lebih baik) dan nilai untuk wang dengan kos penyelenggaraan rendah yang merupakan pertimbangan penting bagi pengguna. 

Persona: Prestasi, Praktikal, Keselamatan Terbukti 

Persona telah diiktiraf penarafan 5 bintang ASEAN NCAP di peringkat antarabangsa dengan keselamatan yang cemerlang termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Kestabilan Traksi (TC), 6 beg udara dan struktur badan yang dibuat dengan teknologi HPF. Ia menawarkan ruang dalaman yang luas dengan ruang but 510L, dan praktikal dengan kemasukan tanpa kunci dan kamera undur. Selain harga kompetitif dalam kategorinya, Persona dilengkapi dengan enjin 1.6VVT yang memastikan prestasi yang mempersonakan untuk pengalaman pemanduan yang hebat. 

Iriz: Keselamatan Bertenaga, Pemanduan Responsif, Reka Bentuk yang Diperbaiki 

Iriz menampilkan ciri yang teguh dan kukuh dengan struktur badan yang dibuat dengan HPF serta peralatan teknologi canggih lain termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Bantuan Cengkaman Cerun yang merentasi semua varian. Dari segi prestasi, Iriz dilengkapi dengan enjin 1.3L dan 1.6L VVT, yang telah membuktikan kemudahalihan yang luar biasa melalui cabaran perlumbaan Sepang 1000km. Di samping itu, Iriz menawarkan reka bentuk yang sesuai dengan belia melalui reka bentuk bumbung tersendiri yang menarik perhatian ramai. Untuk ruang dalaman, stereng, upholstery dan lapik kaki dengan teknologi jahitan yang halus dan kombinasi warna yang menarik menonjolkan penampilannya. Kini, ia dilengkapi dengan sistem paparan baru dan sistem infotainmen serta kemasan berkilat untuk gear dan papan pemuka yang menaikkan reka bentuk halusnya. 


Pada masa ini, pendaftaran telah ditutup untuk kawasan Tengah dan Pantai Timur, tetapi penyertaan untuk kawasan Malaysia Timur, Selatan dan Utara masih dibuka. 

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, sila lawati laman Facebook rasmi PROTON: 

















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, July 20, 2018

#RuntheworldwithMongChin

Hi Korang,


Saluran A+E Networks iaitu LIFETIME Asia akan menayangkan WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN, suatu rancangan enam bahagian yang berkonsepkan digital pada 23 Julai 2018. Siri ini dihoskan oleh personaliti media sosial Singapura yang terkenal, Yeoh Mong Chin. 

sebelum event start, minum kopi dulu

Siri yang dinantikan ini membawanya mengembara ke enam buah negara di Asia Tenggara dalam masa lapan minggu: Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Penerbitan rancangan ini menandakan kerjasama terbaharu antara LIFETIME Asia dan Canon. 


Mong Chin atau lebih dikenali sebagai ‘Mongabong’ di kalangan pengikut Instagramnya mula mencipta nama menerusi minatnya dalam fesyen, kecantikan, pelancongan dan makanan. Kariernya bermula 5 tahun lepas dan sehingga kini, beliau telah mengumpul sebanyak 147,000 pengikut di Instagram. Kemunculannya dalam rancangan bersiri ini merupakan pengenalan pertamanya di kaca TV dan mencatat kejayaan baharu dalam kariernya. 

Mong Chin akan mengembara ke seluruh Asia Tenggara untuk mencari lokasi-lokasi unik yang jarang dikunjungi pelancong. Beliau yang baru mengenali dunia marathon akan dibantu oleh beberapa individu yang mempunyai minat yang sama dalam larian, muzik, makanan, fesyen dan banyak lagi. Menurut Mong Chin, “Walaupun ini adalah pengalaman pertama, tetapi saya berasa seronok kerana dapat melakukan perkara yang suka iaitu mengembara, mencuba makanan baharu dan fotografi. Melalui WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN saya belajar untuk tidak cepat berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran. Ia juga memberi saya peluang untuk lebih mengenali pengikut saya di media sosial. Rancangan ini adalah platform terbaik untuk saya berkongsi pengalaman menarik dengan mereka melalui pendekatan yang unik dan asli.” 

comel kan MongChin? cantik kurus tinggi dan friendly orangnya

WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN di LIFETIME Asia menggunakan pendekatan secara digital dimana pengikut Mong Chin dan penonton LIFETIME Asia dapat mengikuti pengembaraannya secara eksklusif secara langsung di lokasi semasa siri ini dirakam. Penonton boleh berinteraksi bersama Mong Chin dengan lebih dekat, sambil melihat kehidupan seorang ‘influencer’ yang terkenal. 

Rancangan ini selaras dengan misi LIFETIME Asia untuk sentiasa menyokong dan menghargai wanita dalam dunia penyiaran dan mengetengahkan lagi peranan wanita dalam media massa. 


Edwin Teoh, Ketua Pemasaran, Operasi Domestik, Canon Singapura berkata, “Canon mempunyai kepakaran dalam menghasilkan solusi pengimejan berkualiti tinggi dan ini menjadikan kami sebagai pilihan utama buat pengguna yang ingin menerbitkan kandungan secara pantas. Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan A+E Networks dalam menghasilkan produksi siri digital pertama mereka. Kamera Canon EOS M50 tanpa cermin terbaharu dengan keupayaan merakam video 4K dan pindahan imej secara pantas ke peranti mudah alih akan membuatkan penonton berasa lebih teruja untuk mengikuti pengembaraan Mong Chin.” 


Aktiviti-aktiviti menarik dalam WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN 


Singapura 

Pengembaraan Mong Chin bermula di tanah airnya sendiri, Singapura. Beliau akan menyertai ILLUMI Run, sebuah acara larian santai dengan iringan muzik rancak, pancuran air bercahaya dan zon-zon tarian. Beliau turut tidak melepaskan peluang menyertai acara kayak di Punggol Waterway bersama Ministry of Adventure. Selain itu peminat akan dapat menyaksikan aksi-aksi akrobatik Mong Chin ketika berlatih bersama kumpulan Toruk: The First Flight by Cirque du Soleil. Di Boufe Café, Mong Chin akan berkongsi hidangan-hidangan pemanis mulut yang lazat dan cantik untuk diposkan di Instagram. 


Malaysia (Kuala Lumpur) 

Mong Chin bersama pelari-pelari dari seluruh dunia akan menyertai acara larian terkemuka di bandar ini iaitu Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon. Sebelum itu, Mong Chin perlu memastikan tahap kecergasannya berada pada tahap memuaskan. Bagi membantu persediaannya, beliau akan dilatih oleh jurulatih peribadi dan usahawan, Nana Al Haleq. Selain itu Mong Chin juga bertemu dengan artis batik, Lazim Ismail dan Nadia Hasbi untuk mereka seluar sukan bercorak batik. Seorang penggemar kopi, Mong Chin tidak melepaskan peluang untuk mempelajari seni membuat latte di Juan Valdez, kafe yang terkenal dengan kopi berkualiti. 

Thailand (Chiang Mai) 

Larian Singha Songkran Chiang Mai diadakan untuk meraikan Tahun Baharu Thai. Larian yang diadakan pada waktu malam ini adalah sebahagian daripada sambutan selama empat hari di Chiang Mai. Saksikan pengalaman pertama kali Mong Chin bermain air sambil berlari bersama penduduk tempatan dan pelancong lain di sepanjang jalan di Bandar Lama Chiang Mai. Beliau juga akan mendaki Air Terjun Bua Ton yang unik. Air terjun itu bukan sahaja cantik tetapi mempunyai keunikan yang membolehkan pengunjung memanjat batu-batu di dalam air terjun dengan senang walaupun melawan arus yang deras. Paling menarik, Mong Chin turut berpeluang memberi makan dan bermain dengan kambing biri-biri di Farmyard Café sambil menikmati pemanis mulut ais popular – bingsu mangga! 

Vietnam (Hanoi) 

Di Hanoi, Mong Chin menyertai Hash Hound Harriers, sebuah kelab larian tempatan dalam sebuah ekspedisi di kawasan kampung. Mereka perlu mengikuti trek yang telah ditetapkan oleh ‘Hares’ sebelum sampai ke lokasi misteri dan Mong Chin turut diberi peluang membantu anggota Hares membuat trek. Di bandar Hanoi, Mong Chin menunggang Vespa dan menyinggah sebentar di Unicorn Pub untuk menikmati Pho Cocktail. Beliau turut melalui Train Street di Bandar Lama Hanoi. Mong Chin berkesempatan memenuhi jemputan seorang penduduk tempatan untuk merasa hidangan asli Hanoi di rumahnya. Bagi mengakhiri pengembaraannya di Vietnam, Mong Chin menyertai sebuah parti bertemakan pembunuhan misteri tahun 1920-an yang memerlukan peserta meneka siapakah pembunuh misteri sebelum tengah malam! 

Indonesia (Lombok) 

Sebagai persediaan untuk menyertai larian Rinjani 100 yang terkenal, Mong Chin melawat gunung berapi kedua terbesar di Indonesia, Gunung Rinjani, dan menyertai larian pendek Bukit Sisek. Mong Chin turut bertemu Chelsea Etienne, pemilik Island Mermaids, sekolah pertama di dunia yang mengajar gaya renangan ikan duyung di laut! Beliau tidak melepaskan peluang berenang sebagai ikan duyung dan turut dibawa ke Pantai Pandanan menaiki bot berlantai cermin. Selain itu, Mong Chin turut dibawa ke pasar Tanjung untuk membeli bahan-bahan mentah yang kemudiannya digunakan untuk kelas masakan tradisional Indonesia. 

Filipina (Cebu) 

Pengembaraan Mong Chin diteruskan di Filipina. Di sana, beliau menyertai acara larian Spartan Sprint yang merupakan sebahagian daripada Spartan Race Cebu 2018. Beliau perlu berdepan beberapa cabaran seperti memanjat dan merangkak melintasi api, lumpur dan pagar besi untuk menghabiskan larian ini. Bagi meraikan kejayaannya, Mong Chin menjamu selera di Larsian Sa Fuente, sebuah jalan di Cebu yang terkenal dengan pelbagai pilihan hidangan BBQ yang menyelerakan. 


Tontonilah WHO RUNS THE WORLD WITH MONG CHIN unuk mengenali lebih lanjut tentang budaya Asia Tenggara dan lihat Mong Chin beraksi pada 23 Julai, setiap hari Isnin, 9.30malam di LIFETIME Asia (Saluran Astro 709).

Sempat kitorang berselfie dengan Canon EOS M05 ni ek, cantik gambarnye tau













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, July 19, 2018

Bilik-Bilik Penginapan Di Putrade Allsuites, RPGC Ipoh Perak.

Hi Korang, 

Tadi entry sebelum ni kak lily dah citer mengenai majlis pelancaran kan, ini pulak kak lily nak tunjukkan gambar-gambar serba sedikit bilik-bilik penginapan di Putrade Allsuites ni ek. 


Kalau korang nak tau lokasi Putrade Allsuites ni hanya 5 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Putrade Allsuites di RPGC menawarkan kemudahan yang lebih baik yang memenuhi keperluan tetamu dengan pelbagai akses ke lokasi pelancongan yang terkenal, hiburan dan kemudahan membeli-belah. Nikmatilah pameran Royal Golf Golf Club atau latar belakang pemandangan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike. 


Putrade Allsuites di RPGC ini mempunyai 36 unit, dilengkapi dengan perabot dan kelengkapan kontemporari, kesederhanaan dari setiap suite untuk memenuhi suasana bergaya korang. Bilik-bilik ini mewakili yang terbaik dari perkhidmatan kami, melihat minimalis moden dengan sentuhan keanggunan. Aspek yang luas ditekankan, bagi menampung keluarga atau rakan, tak kira dari pelbagai jenis golongan seperti kalangan ahli perniagaan, kumpulan pemain golf atau sesuai untuk perhimpunan keluarga. 

One-Bedroom Suite 

Allow your senses to expand in the extra space of our one-bedroom suite with a queen or twin size bed, 43 and 32 inch LED TV and an open working space with high speed internet access, wet bar with microwave and refrigerator and a safe. Start your day with a cup of coffee from the in-room Dolce Gusto coffee machine. A perfect destination for golfers or business travelers. 




Rate: From MYR390 Nett per night, breakfast included 


Two-Bedroom Suite 

Enjoy all the comforts of our standard two-room suites with a larger space for greater accessibility. This suite includes a king size bed in the master bedroom as well as twin size bed in the guest room, 43 and 32 inch LED TV and an open working space with high speed internet access, wet bar with microwave and refrigerator and a safe. Start your day with a cup of coffee from the in-room Dolce Gusto coffee machine. This suite would be an excellent choice for group travelers. 





Rate: From MYR490 Nett per night, breakfast included 

Three-Bedroom Suite 

The epitome of luxury and comfort, these suites enjoy expansive floor space of approximately 1200 sq. ft. with stunning views of Royal Perak Golf Course. An exquisite lounge leads to three double bedrooms and two bathrooms. Located at level three, this suite offer privacy and exclusivity. It highlights a king size bed in the master bedroom and two double beds in both guest rooms, a spacious dining hall with high speed internet access and in addition, equipped with tea and in-room Dolce Gusto coffee machine. This suite is an exquisite choice for a family or a larger group of travelers. 







Rate: From MYR590 Nett per night, breakfast included 

*Rates quoted above are subject to change and upon availability 


Room Features 


· Dolce Gusto Coffee Machine 
· Iron and Ironing Board 
· Mini Bar Fridge 
· Wall Mount Hair Dryer 
· Kettle Set 
· Safe Deposit Box 
· Magnifying Mirror 
· Central Air-Conditioning 
· 43" LED Flat Screen Television 
· 32" LED Flat Screen Television 
· Astro Channel 
· Coffee / Tea Making Facilities 
· Luggage Rack 
· Telephone with IDD 
· Free High Speed Internet Connection 
· Electronic Door Lock 
· High Pressure Shower 
· Bathroom Amenities 
· Mineral Water 500ml 
· Wake-up call service* 

(*) Upon request only 

Other Services 

· 24-hours Security service 
· Airport transfer service 
· Laundry & Dry Cleaning services 
· Complimentary parking bays 

Kemudahan Yang Boleh Di nikmati




18-Hole Championship Golf Course (*subject to a charge and RPGC's approval)
Driving Range 
Tennis Courts 
Swimming Pool 
Wading Pool
Jacuzzi 
Games Rooms 
Squash Court
Fitness Gym 

Restoran Yang Di Sediakan


Fairway Restaurant 
Sama ada korang merancang malam santai dengan rakan-rakan atau mengatur makan malam intim untuk dua, The Fairway Restaurant menawarkan pengalaman bersantap yang tiada tandingannya. Terletak di aras utama bangunan utama Kelab Golf Royal Perak, korang pasti berpuas hati dengan jaminan dan layanan hidangan terbaik, dari masakan tempatan ke antarabangsa. Korang pasti akan tergoda oleh hidangan lazat yang ditawarkan di Fairway Restaurant.

BANQUET 


Terletak di tingkat pertama bangunan utama Kelab Golf Royal Perak, bilik permainan yang luas ini boleh menampung sehingga 700 orang tetamu. Ballroom yang elegan mempunyai lantai yang indah dengan pemandangan padang golf yang menakjubkan. Lampu serba boleh mewujudkan suasana yang tepat untuk sebarang acara dan peralatan teknikal terkini menjadikannya sesuai untuk pelbagai acara. Ballroom Jubilee menawarkan suasana yang sempurna untuk annual dinner, perkahwinan, persidangan besar, persembahan produk dan pelbagai lagi

Seminar Packages 

Full-day meeting package chargeable from RM85 Nett per pax 

Inclusive of: 
• Two (2) Coffee breaks and One (1) Buffet/Set lunch 
• 8-hours function room usage from 9.00am to 5.00pm 
• Writing pads and pencils 
• Mineral water and mints 
• Standard Backdrop & Signage 
• One (1) Headtable with Two (2) chairs 
• One (1) Registration table with Two (2) chairs 
• Complimentary usage of One (1) Whiteboard and One (1) Flipchart with markers 
• Complimentary usage of basic PA Systems with Rostrum and Microphone with White Screen 

Half-day meeting package chargeable from RM70 Nett per pax 

Inclusive of: 
• One (1) Coffee break and One (1) Buffet/Set lunch 
• 4-hours function room usage from 9.00am to 1.00pm OR 1.00pm to 5.00pm 
• Writing pads and pencils 
• Mineral water and mints 
• Standard Backdrop & Signage 
• One (1) Headtable with Two (2) chairs 
• One (1) Registration table with Two (2) chairs 
• Complimentary usage of One (1) Whiteboard and One (1) Flipchart with markers 
• Complimentary usage of basic PA Systems with Rostrum and Microphone with White Screen 

*Rates quoted above are subject upon minimum requirement of 10 pax 


Untuk info lanjut, meh checkout details kat bawah ni ek

Putrade Allsuites at RPGC 
c/o: Royal Perak Golf Club, 
Jalan Sultan Azlan Shah, 
31400 Ipoh, Perak 

Tel: +605 238 0022 
Fax: +605 238 0021 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com