Thursday, July 12, 2018

Acara “BLOOM & GROW” Yang Pertama Anjuran Setapak Central

Hi Korang,

Setapak Central, pusat membeli-belah mesra keluarga yang terletak di Jalan Genting Klang, menganjurkan acara berkebunnya yang pertama, bertemakan “Bloom and Grow” bermula dari 5 hingga 8 Julai 2018. Acara berkenaan menyaksikan pakar tanaman, persatuan dan penyedia penyelesaian berkebun mempamerkan produk serta perkhidmatan masing-masing di bazar tanaman bagi memenuhi permintaan dari kalangan masyarakat setempat yang berminat untuk mendalami aktiviti berkebun di bandar. 


“Sebagai sebuah pusat membeli-belah komuniti, kami berhasrat untuk memupuk dan menyokong minat komuniti tempatan dalam aktiviti berkebun di bandar. Selain daripada bazar tanaman, orang ramai juga boleh menyertai demonstrasi oleh pakar tanah dan tanaman yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu. Kami amat gembira dengan sambutan awal yang kami terima daripada vendor-vendor yang mengambil bahagian dan kami bercadang untuk menjadikan acara ini sebagai acara tahunan,” jelas Pengurus Pusat Beli-Belah Setapak Central, Tan Thiam Sing.


Turut hadir pada majlis pelancaran acara berkenaan ialah Pakar Tanah dan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Dr Christopher Teh Boon Sung, yang turut berkongsi nasihat penting mengenai tanda-tanda tumbuhan menghadapi masalah seperti daun gugur, keguguran bunga serta buah, dan memberi panduan mengenai campuran tanah yang betul untuk beraneka jenis tanaman di dalam pasu. Beliau turut disertai oleh “Doktor Tanaman”, Francis Chuah Teong Kah dari Urban Farm Tech, yang menghoskan sesi interaktif mengenai teknik-teknik mereka bentuk dan menyelenggara akuaponik, sebuah sistem yang menggabungkan akuakultur dan hidroponik konvensional dalam persekitaran simbiotik.



Rakan-rakan media turut menyertai lawatan ke gerai-gerai pameran di mana para vendor mempamerkan bidang kepakaran masing-masing. Serbajadi Gardening berkongsi ilmu pengetahuan tentang cara-cara untuk menanam sayur-sayuran anda sendiri dan berkebun di dalam bekas simpanan barang, sementara Terra and Copper Work mencuri perhatian pengunjung dengan demonstrasi seni terarium. Persatuan Bonsai dan Suseki Malaysia, pakar di dalam bidang seni penanaman pokok-pokok mini berkongsi rasa cinta mereka terhadap teknik penanaman tanaman yang memerlukan perhatian rapi dan petua-petua penjagaan pokok bonsai.


Turut mengambil bahagian dalam menjayakan bazar tanaman itu ialah Plant and Pot, yang menawarkan pelbagai pilihan tumbuh-tumbuhan hijau untuk hiasan dalaman dan di luar rumah. Para pengunjung dapat menikmati pelbagai tawaran istimewa produk-produk berkebun seperti baja tanaman yang berkualiti, campuran tanah untuk pasu, biji-biji benih dan banyak lagi. 

“Komuniti yang tinggal di sekitar Setapak Central terdiri dari kalangan pemilik-pemilik rumah, ahli keluarga serta para pelajar dan kami merasakan bahawa dengan menggalakkan mereka berkebun dapat mengurangkan tekanan akibat kesesakan hidup di kota dan terlalu kuat belajar. Oleh itu, kami berusaha untuk mencari dan membawa pakar-pakar di dalam bidang masing-masing untuk membantu menyemai minat suka berkebun dan berkongsi ilmu pengetahuan agar tanam-tanaman di kebun mereka dapat hidup subur,” tambah Tan Thiam Sing.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Setapak Central di http://setapakcentral.com.my, laman Facebook Setapak Central http://www.facebook.com/SetapakCentralMall yang dikemas kini pada masa sebenar atau hubungi Setapak Central di 03 4143 5576.













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, July 11, 2018

Resepi SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Hi Korang, 


Lama tak citer pasal masak-masak ni ek hehehehe 

Ahad lepas pepagi tuh tak de buat so kitaorang ke Pasar Tani Bangi ni , alah dekat je dengan rumah. Lepas pekena roti canai sorang 2 keping kat Restoran Amir kat seksyen then kitaorang jalan kaki je ke tempat ni. 

Biasalah pasar tani ni memacam menda yang boleh dibeli selain daripada makanan kan, walaupun dah sarapan tetap jugak nak beli makanan macam jagung rebus, kepok lekor kan. Kitaorang ni jalan-jalan sampai hujung tup-tup nampak pulak orang jual siput sedut ni. 

So Mr Big tanya, nak masak sipu sedut tak? 

Kak lily cakap ok je tapi nak siang tuh yang lambat sket sebab nak kenal cari playar dulu. 

Ok terus beli 2 bungkus RM20 je, then cari bahan-bahan masakan yang lelain pulak. Sampai rumah terus cari playar dulu, ermm time orang nak pakai nilah time tuh playar tuh tak jumpa. Aduiyai malas nak pi beli playar so gunakan apa yang ada jelah. Ada Mr Big punya equipment kereta so guna tuh jelah. 

yang panjat keluar tuh kenape bebudak siput ni ek?

Aduimak bila nak potong buang hujung bontot siput ni kemain struggle lagi ek, yelah keras betul. Yang lembut tuh bolehlah guna playar comel tuh, yang keras terpaksa korbankan pisau kak lily yang mahal tuh hauhauhuahuaa. Tapi takut-takut jugak masa guna pisau tuh, kang terpotong plak jari tuh ek, dah jadi cacat separa kekal hauhauhauha. 

Akhirnya berjaya jugak membuang bontot siput ni, mau 45 minit kak lily duduk bertabah depan singki tuh kan. Kemudian siap-siap rencah-rencah lain, ni kak lily kongsikan resipi siput sedut masak lemak cili api. 

kak lily tergatal letak halia plak,saje je kann

Bahan – Bahan :- 

Siput sedut - tak kisahlah 1kg ke, 500gm ke, kena pandai budget)
Batang serai - diketuk
Daun kunyit – tak de pun tak pe,kak lily terlupa nak beli hari tuh
1 keping asam gelugor
1000 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-Bahan Kisar :-
1 1/2 inci kunyit hidup
20 biji cili padi kampung 
Bawang merah – 2 3 ulas (kalau style Negeri Sembilan, tak payah bawang pun)


Cara-cara :- 

1. Siput dicuci hingga betul2 bersih, bilas 4 - 5 kali hingga jernih airnya. Toskan, kemudian kerat bahagian bucu siput, kerat pada ruas ke 3 dari atas, buat satu persatu hingga siap. Taruk siput yang siap dipotong tadi dalam besen dan tuang air hingga siput tenggelam. Ambik dengan tangan, toskan dan masukkan ke dalam tapis. Tapi kak lily buat terbalik, potong bontot dulu then baru basuh berkali-kali dengan air garam sket, banyak nau petua yang google ni bagi hah hauhauhua 

2. Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama-sama serai yang dititik, asam gelugor 

3. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Masukkan santan cair, kacau dan biarkan hingga menggelegak. 

2. Tuang pati santan. Kacau rata dan masukkan daun kunyit (kalau ada), then masukkan siputlah apa lagi, 

3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

See dah masak pun!! 


Nampak macam senang kan masa baca tapi bila cuba masak sendiri mau bersilat di buatnya hahahaha, yelah first time masak kan cam tuh lah keadahnya. Bila dah expert senanglah kot macam mak kak lily selalu masak. 

masak jugak bak choy oyster dengan hati ayam dan ayam BBQ gril

Dulu-dulu bila teringin nak makan, order je dengan mak la ni kena masakkan untuk suami tercinta plak. 

Rasakan!!!! Hahauahuahuahau 














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, July 10, 2018

Finalists of Schneider Electric Malaysia’s “AvatarOn: The World’s Smallest Masterpiece Contest”

Hello everyone,

Schneider Electric Malaysia, the global specialist in Digital Transformation of Energy Management and Automation in Homes, Buildings, Data Centers, Infrastructure and Industries, recently held the “World’s Smallest Masterpiece Contest”, in conjunction with the launch of their inaugural AvatarOn series. 


AvatarOn is Schneider Electric’s extensive range of customisable switches that integrate easily into every interior styles thanks to its wide variety of covers including plastic, wood, metal, marble, leather and a DIY customisable and printable covers. 


The first, second and third place winners from the Non-Professional Category recieved RM3,000, RM2,000 and RM800 respectively; while the top three winners for the Professional Category took home RM10,000, RM5,000 and RM2,000 each. 

Chio Pei Leng from INTI Center of Art and Design emerged as Champion in the Non-Professional Category, whereas Foo May Yee who is also from INTI Center of Art and Design and Yap Pei Feng from High School, SMK (P) Jalan Ipoh nabbed the second and third place respectively. 

The Professional Category saw Mohamed Shahril from Shahril Faisal Design Studio as the champion; with Teh Boon Soon and Pearly Lim Pei Li with both from Boon Soon Architect following closely behind at second and third place. 

“From the entries received, we saw that Malaysians are indeed very creative and many of the works exhibited good skills, technique and most importantly, imagination and creativity. We were thrilled to have received these creative entries from remarkably talented students and professionals, and we are happy to have been able to provide this platform to nurture talents. We would like to thank all participants, finalists and winners for their support. Schneider Electric hopes to continue our efforts in showing our commitment in growing and nurturing local talent pools, and we hope to receive as much support from the public in future activities,” said Schneider Electric Malaysia Business VP Retail, Mr Francis Heng. 


Meanwhile, Chio Pei Leng winner of the Non-Professional Category expressed her joy after successfully winning the cash prize and to have her artwork featured on Schneider Electric’s exclusive AvatarOn collection. 

“Art has always been a passion of mine, often in my leisure time I find it a relaxing habit to draw whenever I need to think. I am very happy that my artwork was chosen as the winner out so many entries, it makes me more confident with my drawing skills. I am thankful for the opportunity and recognition of my talent given by Schneider,” she said. 

The “World’s Smallest Masterpiece Contest” ran from 1 March 2018 to 30 April 2018, and received a total of 1,074 entries nationwide, from students and professionals alike. Participants were required to come up with their own creative designs on an 85mm X 85mm canvas, measuring up to the size of AvatarOn switch covers. 

The finale of the contest was held on 6th of July 2018, in conjunction with the 19th International Architecture, Interior Design and Building Exhibition (ARCHIDEX) at the Kuala Lumpur Convention Centre, where the top 10 shortlisted entries were showcased and judged live at Schneider Electric Malaysia’s booth. 

List of winners: - 

Professional Category

1st Place
Mohamed Shahril
Shahril Faisal Design
Studio
RM10,000 + Design to be featured iSchneider Electrics exclusive AvatarOn collection
2nd Place
Teh Boon Soon
Boon Soon Architect
RM5,000
3rd Place
Pearly Lim Pei Li
Boon Soon Architect
RM2,000

Non-Professional Category

1st Place
Chio Pei Leng
INTI Center of Art
and Design
RM3,000 + Design to be
featured in Schneider Electricexclusive AvatarOn collection
2nd Place
Foo May Yee
INTI Center of Art
and Design
RM2,000
3rd Place
Yap Pei Feng
High School, SMK
(P) Jalan Ipoh
RM800



For more information on the contest, please visit www.schneider-electric.com.my/avataron












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com