Friday, July 6, 2018

Beraya Bersama Bloggers, Yeah Makan Sedap Lagi

Hi Korang,

Rasanya tahun ni banyak pulak masa kak lily dapat pi beraya rumah kengkawan ek. Maybe rezeki kak lily murah kot tahun ni, ramai benau yang mengajak datang rumah so dapatlah mengeratkan tali silaturrahim sesame kita 

Tapi tak delah kak lily dapat pi semua kan, yelah ada yang jauh ada yang dekat kan. So patut-patutlah ikut yang bersesuaian masa dan keadaan. 

Kebetulan ahad 2 minggu lepas tak de buat apa pun kat rumah, tup-tup ada whatsapp masuk plak. Rupanya dari blogger mak anak 2 Yana Yassin. Lama betul tak jumpa dia ni sejak dah beranak ni, dengan kerja dah jauh dari KL so tak delah jumpa dia. 

hah sama je saiznya, tak berubah hahahaha

Lagi pulak dekat je dengan umah kat kak lily so kitaorang pilah, pergi pun dah lepas kul 2pm cam tuh. Nasib ikut Waze so sampailah, nampak anak si Yana tuh main kat luar then terus masuk. 

Mee kari sedap ibu Yana, ini mangkuk kedua ni tau

sambal jawa dengan meehoon pun makan jugak sebab sedap


Hah haruslah borak tak ingatkan hehehhe sebab lama tak jumpa kebetulan pulak dia ni duduk satu tempat sama dengan Mr Big so kenallah ramai orang. Sembang sambil makan memanglah sedap tambahan pulak mee kari ibu Yana ni memang sedap bak hang!. Kak lily memang suker kuah mee kari ni pekat, siap mintak resipi tuh hehehhe... Sampai petang melepak kat rumah si Yana ni ek 

Itu citer 2 minggu lepas..


Minggu lepas punya ahad pulak, ada jemputan makan-makan di rumah blogger Shakiddo plak, eh orang kuat Denaihati Network ni korang tak kenal pulak kan. 

Kekal bersama dalam #BloggerKakiMakan kan

Ermm tak de apa nak buat lagi so pergi lah, dekat je Bangi dengan Putrajaya ni dalam 10 minit sampai kalau tak jem. Cantik jugak rumah barunya luassss cuma parking as usual kalau rumah bertingkat ni. Siapa cepat dia dapat hehehehe. Dapat jugak jumpa si Farhan comel tuh ek, merengek je nak dukung hehehehe 

mee hoon soto, mangkuk kedua sebab ada begedil kecik-kecik sedap

Well menunya awesome jugak, memang memacam ada. 

dengan Duta social media Jakel, blogger Mahamahu. Pi beraya pakai baju Jakel je tau hebat kan

nampak tak dengan membawang hahahaha

Makan sambil membawang memang lazat, alah bukan ada gossip apa pun just catch up citer-citer lama je. Borak punya borak alih-alilh dah petang camtuh, pulang lah.. 

Itulah aktiviti kak lily sepanjang weekend bulan raya ni, memenuhi jemputan rumah terbuka kengkawan jelah. 


Kenapa kak lily tak buat open house tahun ni? 

Ermm tak terdaya nak masak sendiri tambahan dalam keadaan perut dah kena potong ni kan so kita rehat-rehat je, tak boleh buat kerja berat. Nak angkat periuk isi air pun tak larat ini kan nak masak banyak-banyak hauhauhaua 

Insyallah tahun depan kot….






Wednesday, July 4, 2018

Pelancaran Dunia Sinema Saluran Filem 24 Jam Pertamanya Di UNIFI TV

Hi Korang, 


Mostly korang mesti pengguna Unifi kan ?? 

Yelah internet paling laju masakini kan untuk pengguna kat rumah, betul kan betul kan…. 

So secara automatik korang akan dapat perkhidmatan Unifi TV secara percuma jugak, alah basic channel kan. Oklah tuh daripada tak dapat apa-apa, ini ada jugak hasilnya.


unifi TV, perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), meraikan pelancaran Dunia Sinema (Saluran 128), saluran filem 24 jam pertamanya, yang menawarkan pelanggannya filem tempatan terbaik dan seleksi filem Asian kegemaran ramai dari pelbagai genre antaranya Romantik, Seram, Aksi, Komedi dan banyak lagi. 

Ya ampun 24 jam tuh, pengsan dibuatnya kalau duk mengadap depan tv je kan heheh 

Saluran berkenaan yang sebelum ini ditawarkan sebagai saluran atas permintaan (VoD) di unifi TV, Dunia Sinema kini boleh ditonton 24 jam tanpa henti sebagai salah satu saluran filem linear dan boleh dilanggani menerusi Pek Aneka dan Pek Ultimate atau secara ala-carte dengan hanya RM9 sebulan. 

Dengan slogannya "imaginasi tanpa henti", para peminat filem tempatan pastinya akan terhibur dengan filem-filem tempatan popular kegemaran ramai yang boleh ditonton di saluran Dunia Sinema antaranya Pekak, Ophi/ia, Adnan Sempit, Wawa Semput, Mendam Berahi, Mat Moto dan banyak lagi. Peminat filem popular dari negara Asia juga tidak harus melepaskan peluang untuk menonton filem popular arahan barisan pengarah terkenal antaranya filem 'Ketika Cinta Bertasbih' dan 'Dalam Mihrab Cinta' dari Indonesia serta filem blokbuster antaranya 'Suddenly 20', 'May Who?', 'Ghost Ship' ,'The Couple' dari Thailand yang boleh ditonton dengan sarikata Bahasa Malaysia. lstimewa pada bulan Julai ini, pelanggan boleh menonton filem blokbuster tempatan antaranya Isteri Untuk Dijual, Abang Lejen, Nasi Tangas, Black Maria, Driving School, Make Me Shudder 2 dan banyak lagi. 



Kak lily sempat hadiri majlis pelancaran saluran Dunia Sinema yang telah berlangsung dengan bergaya di acara Fiesta unifi bertempat di Alamanda Putrajaya yang dianjurkan dari 28 Jun hingga 4 Julai, acara yang berlangsung sepanjang minggu lepas bersempena dengan sambutan Hari Raya.

Sebelum event start, kita bergambar duluan hehehhe

Pelanggan unifi serta orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti, yang mempamerkan himpunan perkhidmatan unifi yang menawarkan pengalaman konvergens termasuklah unifi Home, unifi Wifi, unifi Mobile, dan unifi TV. Acara itu juga membolehkan pengunjung memenuhi keperluan mereka terhadap rumusan komunikasi terkini dan hiburan terhebat dari unifi.




Fiesta unifi juga menampilkan persembahan istimewa, permainan dan promosi khusus untuk pengunjung dari saluran-saluran tempatan unifi TViaitu HyppSensasi HD, Hypplnspirasi HD, Salam HD dan Pesona HD. Pelakon dan selebriti terkenal yang hadir antaranya Liyana Jasmay, Amar Asyraf, Syazuwan Hassan dan Aisya Hasnaa turut memeriahkan pelancaran saluran Dunia Sinema (Saluran 128), apabila mereka juga menyertai aktiviti di acara berkenaan serta beramah mesra bersama peminat.


Fiesta unifi turut menyajikan persembahan muzikal istimewa dari penyanyi sensasi Indonesia, Virgoun yang dibawakan oleh Pesona HD (Saluran 141), saluran hiburan Indonesia di unifi TV. Peminat penyanyi Indonesia itu amat teruja dengan persembahan lagu-lagu beliau yang popular. Di samping itu, artis dari Sony Music Malaysia, antaranya Dato' AC Mizal, Sufian Suhaimi, Farisha Aisha, lnsomniacks dan Bahiyya Hanessa juga membuat persembahan di pentas pada acara yang sama.


Mengulas mengenai acara berkenaan, Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, TM berkata, "unifi akan terus menerajui penawaran baharu yang membawakan pengalaman konvergens terbaik buat para pelanggan kami sama ada untuk melayari internet tanpa gangguan di rumah dan menggunakan peranti pintar atau menonton program kegemaran terbaharu mereka di unifi TV, walau di mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV, menepati janji TM, "Hidup Lebih Mudah"," 

Di antara barisan artis dan pengarah serta penerbit filem yang turut hadir di majlis pelancaran Dunia Sinema ni

Para pelanggan sedia ada unifi boleh mula menikmati saluran Dunia Sinema dengan melanggan pek unifi TV menggunakan alat kawalan jauh unifi TV. Jika korang bukan pelanggan unifi, kunjungi cawangan TMpoint yang berdekatan untuk menikmati penawaran perkhidmatan konvergens yang menggabungkan perkhidmatan akses Internet dan juga hiburan, semua dalam satu pakej Saluran Dunia Sinema juga boleh ditontoni di mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV.


Informasi Untuk Korang ni tau...


Unifi TV kini menawarkan kepada pelanggan sebanyak 115 saluran secara keseluruhan dengan 67 saluran definisi tinggi (HD) - terdiri daripada 62 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran radio, 7 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 18 saluran interaktif dalam pelbagai pakej yang berpatutan atau melalui pilihan ala-carte. Pada bulan April 2018, pek-pek Aneka Plus, Ruby Plus dan Varnam Plus ditambahkan kepada senarai pilihan pakej dengan 20 saluran tambahan yang merangkumi saluran kanak-kanak, hiburan umum dan gaya hidup bagi memberikan pengalaman yang lebih dipertingkatkan kepada para pelanggan. Untuk menonton saluran kegemaran anda di mana sahaja, muat turun aplikasi unifi PlayTV melalui Apple Store dan PlayStore atau layari playtv.unifi.com.my untuk versi pelayar di komputer.


Untuk informasi lanjut, meh klik di official website : www.unifi.com.my

Jom korang check it out social media UNIFI TV ni ek: 

Facebook Page :

Twitter :

Instagram :

Youtube :



Tuesday, July 3, 2018

Beraya Dengan Ex-CTRP

Hi Korang, 

Musim-musim raya nilah yang paling seronok. 

Sebab apa? 

Yang jauh didekatkan dan yang dekat di rapatkan hehehhee 

Tahun ni rezeki kak lily baik betul lah sebab dapat get together again dengan bebudak Ex-ctrp ni. Actually kitaorang ni bebudak town planning di Uitm Perak dulu. Masa masuk tuh ITM bila graduate jadi UiTM hehehhe.. seronok kan. 

Memang payah nak jumpa diorang nilah walaupun rumah dekat-dekat je pun. 

sempat ambil gambar makanan lagi ek hehehe

Masa lepas raya hari tuh dapat whatsapp dari kawan kak lily ni Bobo, nama dia panjang tapi nickname dia masa kat uni, dak senior gelarkan dia Bobo so melekatlah sampai sekarang ni. Dianya whatsapp menjemput kami-kami semua datang ke rumahnya. So berjanji setialah bebudak ni nak jumpa kan, kak lily ok je sebab dekat dengan rumah then tak de apa nak buat pun hehehhe. 

makan soto bermangkuk-mangkuk sebab ada bergedil comel-comel yang sedap tuh

Janjinya pukul 11.30 pagi sampai, sudahnya bebudak ni sampai pukul 1 tghari cam tuh. Ko rasa tak membebel ke kak lily dalam group tuh?? Hauhauhaua sakit hati tau tapi sebab kengkawan kak lily tunggu jugak. Nasib Mr Big, kawan lily yang Bobo tuh sumbat dia dengan macam-macam makanan sampai lepak-lepak tengok tv kan so tak delah dia bising sangat hahahha. 

dah ler sampai lambat main tepon plak ek

Yang best tuh bebudak ni sampai on time serentak ek macam janiji plak. Ciss lagipun hujan pulak tuh hari tuh dari pagi so jemlah bandar Kajang ni nasib je tak banjir hahaha.. 

Sesampai je bukan ingat makan pun, menyembang je lebih 

Tanya khabar, anak berapa, life macam mana, citer pasal kengkawan coursemate yang lelain kan. Seronok sangat, pasal kerja hehehhe sampai citer procedure nak tangkap anjing liar pun citer maklum kawan kak lily yang sorang tuh orang kuat MPKj kan kira dia cam wakil rakyat untuk kitaorang lah hehehhe.. 

inilah umah Bobo, baik orangnya pandai masak tuh

ini orang kuat ni, tengoklah saiz kan

ni jiran betul-betul belakang rumah aku tapi payah nak jumpa wei

Sedar tak sedar punya lama sembang sampai pukul 3 lebih wei, dari pukul 11 sampai pukul 3 lebih bukan main lama betul sembang je yelah siap ada makanan lagi mana tak seronok. 

total yang datang, yang hujung tuh balik awal sebab nak pi beraya katanya

Sambil sembang-sembang tuh terus plan nak buat mini reunion dan guess who yang jadi organizer ermm haruslah ahkak lily ko ni hah.. 

Adui pandai diorang ni ek..