Tuesday, June 5, 2018

Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya

Hi Korang,

Hari Raya adalah musim perayaan yang amat dinanti-nantikan bagi bertemu sanak saudara serta orang tersayang selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ketika seluruh rakyat Malaysia bersalam-salaman dan menikmati juadah sambil bertanya khabar, Dettol Malaysia ingin membantu dan melindungi mereka untuk menikmati suasana ini. 


Umpama seorang ibu yang mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak-anak mereka, jenama ini komited untuk menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan agar mereka boleh berkongsi kasih sayang tanpa sebarang kerisauan. 

Ketika kebanyakan warga Malaysia menggunakan lebuh raya utama untuk pulang beraya, Dettol akan menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. 



Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah. Cecair Pencuci Tangan Dettol juga akan disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka. 

Wakil-wakil Dettol juga akan berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa oleh pengguna di dalam bagasi mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan sampel ini sewaktu berada di kampung untuk melindungi mereka dan keluarga daripada kuman. 

“Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka,” kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura. 

Menurut Kim, bagi memenuhi hasrat ini, Dettol melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan. 

“Sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di negara ini*, Dettol sentiasa mendidik warga Malaysia tentang amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitaran kita setiap hari. Kami turut bekerjasama dengan para ibu untuk menyokong mereka dalam menyediakan perlindungan yang sepenuhnya kepada keluarga di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau. 

Ena Abas, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, berkongsi pengalaman peribadi beliau dan menekankan bahawa mengekalkan tangan yang bersih membantu menjauhi kuman. 

“Pulang ke kampung untuk beraya perlu melalui perjalanan yang jauh dan orang ramai selalunya akan berhenti sebentar di kawasan R&R. Saya tahu bahawa sesebuah keluarga mungkin perlu melalui perjalanan sejauh 6 hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak ke kampung mereka di Pantai Timur dari Kuala Lumpur. Meluangkan masa beberapa minit untuk membasuh tangan dapat melindungi pengguna serta keluarga daripada kuman. Dettol berharap untuk membawa mesej ini kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha kami untuk menggalakkan mereka mengamalkan tabiat kebersihan yang baik bagi menikmati Hari Raya dan berkongsi saat kegembiraan tanpa sebarang kerisauan.” 

“Bagi yang meraikan Hari Raya dan mungkin akan berhenti di kawasan R&R dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing, kempen ini akan mendidik mereka tentang langkah penting dalam kebersihan seperti membasuh dan mengekalkan kebersihan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Dalam erti kata lain, lebih ramai warga Malaysia yang mendapat perlindungan daripada kuman,” jelas Ena. 

“Kami berharap orang ramai sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya Hari Raya boleh disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai. Dettol Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya dan selamat pulang ke kampung masing-masing!” kata Kim. 


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih. 


Promosi ini berlangsung mulai 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. ‘Suka’ dan layarilah Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk butiran lanjut. 



*berdasarkan Retail Index Service for Personal Wash untuk 12 bulan berakhir Mac 2017 bagi Seluruh Semenanjung Malaysia (Hak cipta 2017 The Nielsen Company)








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, June 4, 2018

Buka Puasa Di TENERA Hotel, Bangi

Hi Korang,


Cuti wesak tuh tak de kemana pun so lepak-lepak jelah kat umah. Nak kuar pi cari baju raya pun malas sebab hujan lebat sangat tengahari tuh. 

Tup-tup ada orang ajak buka puasa kat luar.

Haruslah tak lepaskan peluang kan, kami ke Tenera Hotel Bangi.

Kira hotel ni baru jugak di buka, belum setahun lagi tau. Cantik di perkarangan lobbinya dan sejuk yang amat, sempatlah kak lily tidur sekejap sambil nak tunggu waktu buka puasa hehhehe.






Buffet ramadan di Tenera Hotel Bangi ni menawarkan pelbagai jenis hidangan masakan menu tempatan mahupun menu antarabangsa. Walaupun nak macam sket je tapi bila berjalan dari satu stall ke satu stall terasa penat jugaklah kan. 

Ada beberapa menu yang menjadi tarikan seperti:

Mee Rebus Tulang Gearbox

Nasi Buluh

Nasi Ayam Melaka 

Ayam Bakar Pasu

Kambing Golek

Lidah Bakar

Kari Kepala Ikan Salmon

Ikan Bakar

Lemak Siput Sedut

Eh bukan ni je, ada banyak lagi pilihan lain yang merambangkan mata korang, even kak lily sampai tak larat nak makan tau

Untuk buffet ‘Sajian Nostalgia’ ni, ianya bermula dari 17hb Mei 2018 – 14hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah 

Harga Walk In : RM118nett (dewasa) dan sekarang ni ada promosi 40% off tau korang ek, so turun harga kepada RM70++ gituh.

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Tenera Hotel, Bangi ni bolehlah hubungi di talian 03 – 8929 9600, email ke hoteltenera.kpf@felda.net.my

Jom kita ke :- 

Tenera Hotel
Persiaran Kemajuan, 
43650, Bandar Baru Bangi, 
Selangor

P: +603 – 8929 9600



Info sampingan lainnya: 

Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

Sunday, June 3, 2018

Smartphone WIKO TOMMY 3 Memenuhi Citarasa Blogger Seperti Saya

Hi Korang, 


Smartphone memang menjadi keperluan hampir kesemua lapisan masyarakat ketika ini, tak kira kita yang dewasa ni, kanak-kanak, remaja even orang-orang tua macam mak kak lily pun suka jugak dengan smartphone ni. Sebab seronok katanya tulisan besar-besar dan senang nak baca.


Memang kak lily dah ada smartphone dah tapi sekarang ni tuntutan kerja yang semakin meningkat, yang perlukan kak lily 24jam dengan dengan smartphone je so kak lily memilih untuk menggunakan memilih jenama Wiko Tommy 3. Untuk pengetahuan semua jenama Wiko adalah berasal daripada Perancis (France). Walaupun jenama ini agak baru di pasaran namun ianya cukup dikenali masyarakat Perancis terutamanya. 

Sekali sekala guna produk jenama lain daripada Jerman, apa salahnya kan hehehhe 

Mostly kak lily jadikan smartphone Wiko Tommy 3 ni sebagai telefon kedua, untuk buat panggilan, menjawab sms, gunakan untuk whatsapp, mengambil gambar, berselfie dan pelbagai lagi. 

Sini kak lily tunjukkan video unboxing ni ek

Selamat pagi semuanya, kak lily unboxing Tommy 3 daripada Wikomobile ni. Funky kan warnanya, i liked it!! 😁😁😁 Nak tau tak, harga asal Tommy 3 tu sebenarnya RM499, tapi sempena bulan Ramadan ni Wiko buat promosi pada harga RM329 sahaja! - Ada FREE Gift Box (iRing, Headphone, Selfie Stick) – while stock last - Promo Period: 15 May – 14 June 2018 - Purchase at Authorized Dealer, Lazada, Shopee, WikoMalaysia FB - Warranty – 120 days Replacement (T&C applies) Product Details: - 18:9 Format Widescreen - 5.45" IPS Display - 4G LTE - 16GB ROM (Expandable via MicroSD) - 8MP Rear Camera & 5MP Selfie Flash Front Camera - Camera Features (Auto-HDR, Live filter, Face beauty and more) - Android 7.1 (Nougat) - Dual SIM Untuk maklumat lanjut dan promo terkini, jom follow https://www.facebook.com/WikoMalaysia #wikomobilemy #wikoTommy3 #wikoraya #wiko #tommy3 #ciklilyputihdotcom
A post shared by ciklilyputih (@ciklilyputih) on


Harga yang ditawarkan untuk telefon bimbit Wiko Tommy 3 sesangat berbaloi iaitu RM329 sahaja. Dan dengan setiap pembelian akan diberikan Gift Box secara PERCUMA. Antara item di dalam Gift Box tersebut adalah iRing, Headphone dan Selfie Stick. Walaubagaimanapun ianya ditawarkan sehingga stok habis.


Antara spesifikasi telefon bimbit Wiko Tommy 3 adalah seperti:-
- 18:9 Format Widescreen 
- 5.45" IPS Display 
- 4G LTE 
- 16GB ROM (Expandable via MicroSD) 
- 8MP Rear Camera & 5MP Selfie Flash Front Camera 
- Ciri-ciri Kamera (Auto-HDR, Live filter, Face beauty dan pelbagai lagi) 
- Android 7.1 (Nougat) 
- Dual SIM 

Telefon Wiko Tommy 3 agak tipis saiznya dan tidak terlalu berat. Biarpun mempunyai paparan skrin yang luas, namun ianya berada di dalam keadaan saiz yang compact dan esklusif gituh. Ianya mudah untuk diletakkan di dalam kocek seluar, tas tangan bersaiz comel dan sebagainya.


Antara warna yang didatangkan bersama siri Wiko Tommy 3 adalah seperti gambar diatas. Warnanya semua terang dan menarik. Kak lily punya warna biru, comey dakk


Paparan skrin 18:9 ini didatangkan ciri paparan sentuh (touch screen) memudahkan kak lily menggunakan smartphone ini. Sangat mudah sebenarnya. Hanya dengan sedikit asas penggunaan telefon bimbit, mereka sudah jelas bagaimana menggunakannya. Ini terutama dalam membuat pemilihan menu dan sebagainya. Just scroll ke kanan dan ke kiri je, ok tuh kan.

suker tuh boleh selfie banyak-banyak

Meh citer pasal kamera plak, 

Telefon bimbit Wiko Tommy 3 mempunyai kamera belakang 8MP dan 5MP kamera depan wow cantiklah untuk berselfie kan. Ni kak lily tunjukkan beberapa keping gambar yang sempat kak lily ambil menggunakan Wiko Tommy 3 ni ek 

#byTommy3 - Ambil dalam kereta walaupun dalam keadaan bergegar

#byTommy3 - terliur tak korang, cantikkan gambar ni

Selain di gunakan sebagai ‘basic phone’, kak lily ada mendownload beberapa aplikasi untuk kesenangan kerja kak lily seperti Snapseed, Instagram, photo editor tak lupa game pun kak lily download jugak hehehhee alah untuk rehatkan minda katanya.


Bila skrin besar ni, senang betul nak buat kerja-kerja editing gambar. Yelah kak lily bila nak post gambar mestilah nak kena letak watermark, cerahkan warna, tambah stikers bagai kann, so ini penting semuanya.


Tengok youtube pun best jugak, sebab audionya yang awesome. Suka betul bila tengok citer aksi di telefon ni hah 

OS Android Nougat yang sangat menyokong aktiviti 'multi-tasking', so tak delah hang !! 

Bersempena dengan bulan ramadhan ini telefon Wiko Tommy 3 ditawarkan dengan harga yang cukup berbaloi iaitu RM329 sahaja. Dan tempoh promosi adalah dari 15 Mei sehingga 14 Jun 2018. Boleh dapatkan telefon ini dari ejen-ejen Wiko yang berdaftar, Lazada, Shopee dan FB WikoMalaysia. Paling menarik, warranti diberikan sehingga 120 hari lamanya (bergantung kepada terma dan syarat).



Secara personal, sebagai ibu saya memang memerlukan telefon ini yang mempunyai asas telefon (basic phone) untuk dijadikan telefon sokongan (telefon nombor 2). Apatah lagi harga yang ditawarkan memang cukup berbaloi dan berpatutan dengan ciri-ciri telah yang ditawarkan.


Mari dapatkan telefon bimbit Wiko dari Perancis yang sememangnya sangat berkualiti tapi berbaloi-baloi harganya tau…

Keterangan lanjut boleh layari:- 


Meh LIKE dan FOLLOW Wiko di social media : 

Instagram Link :

Facebook Page :