Tuesday, May 29, 2018

MEDIA PRIMA LABS LANCAR MAK CUN’S ADVENTURE!


Hi Korang,

Merupakan satu fenomena dan sebuah jenama yang tidak asing lagi, siri TV popular Mak Cun yang sudah memasuki musim keempat kini beralih ke dunia permainan digital menerusi Mak Cun’s Adventure! 


Menerusi Media Prima Labs, Mak Cun’s Adventure yang telah dilancarkan semalam menjanjikan kelainan buat penggemar drama bersiri ini. Permainan yang merangkumi 30 tahap ini akan membuatkan anda teruja dengan setiap cabaran baru yang bakal dihadapi di setiap peringkat permainan. Mak Cun’s Adventure boleh dinikmati dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Mak Cun’s Adventure atau ‘Diner Dash’ versi tempatan ini menampilkan karakter utama Mak Cun di mana anda berperanan membantu Mak Cun menyiapkan pesanan para pelanggan warungnya! Daripada Char Kuey Teow sehinggalah Nasi Campur, permainan interaktif ini menguji kepantasan serta ketangkasan anda menyusun strategi. Tambah menarik lagi, lagu tema Mak Cun juga turut menjadi runut bunyi asal bagi permainan mudah alih ini. 

CEO MPD- Rafiq Razali

“Kami di Media Prima Digital berasa terharu kerana diberi kepercayaan membangunkan permainan untuk jenama Mak Cun yang kita semua tahu merupakan antara jenama drama TV yang popular di Malaysia. Tentunya, kejayaan kita sebelum ini dalam memperkenalkan permainan Ejen Ali dan juga J Revolusi akan menjadi cabaran dan pemangkin untuk pihak kami berikan yang lebih baik lagi. Mak Cun’s Adventure berupaya memberi nilai tambah kepada jenama Mak Cun sekaligus membuktikan dedikasi kami dalam menjadikan Media Prima “the leading content company in Malaysia”, kata Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital. 

Tambah Rafiq lagi, antara keistimewaan permainan ini adalah elemen lokal yang diterapkan ke dalam unsur permainan ini. Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat Malaysia yang ditampilkan, Mak Cun’s Adventure mengangkat keistimewaan budaya Malaysia ke peringkat glokal bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “From Rural to Global”. 

“Kalau dulu dalam permainan J Revolusi kita masukkan KLCC, kali ini lebih banyak unsur tempatan yang kita ketengahkan dalam Mak Cun’s Adventure. Bayangkan anda berupaya membantu Mak Cun menyiapkan sarapan kesukaan rakyat kita seperti Nasi Lemak serta Roti Canai untuk dihidangkan bersama Teh Tarik dan Kopi O. Tentunya, ciri istimewa ini menjadi daya penarik yang mampu membuatkan kita ‘melekat’ bermain permainan ini”, tambah Rafiq lagi. 

Erma Fatima, Rafiq Razali and Siti Nurlisia launched Mak Cun's Adventure

Sementara itu menurut Erma Fatima, teraju utama drama Mak Cun, penghasilan permainan mudah alih Mak Cun’s Adventure merupakan satu langkah ke hadapan yang sangat bermakna untuk jenama Mak Cun. Dengan adanya permainan ini, ia juga berupaya membesarkan lagi empayar Mak Cun itu sendiri. 

Sebelum ini, Media Prima Digital menerusi inkubatornya Media Prima Labs turut membangunkan permainan Harian Metro Mountain Bike dan Dia. Paling memberangsangkan permainan Ejen Ali telah pun mencatat lebih daripada 4 juta muat turun sehingga menembusi pasaran Indonesia. 

L-R_ Melissa, Siti Nurlisia, Betty Rahmad, Erma Fatima, Rafiq Razali, Nicholas Sagau

Jika anda sukakan dua kombinasi ini iaitu makanan dan menyusun strategi, maka anda pasti akan tertarik dengan Mak Cun’s Adventure! Anda boleh muat turun permainan mudah alih ini secara percuma di Google Play Store dan juga Apple App Store.




Monday, May 28, 2018

Membeli Belah Baju Raya di Butik HAQQI Bangi Sentral.

Hi Korang, 

Cam ne puasa? 

Penuh lagi ke dah ada yang ponteng? Eh kita orang perempuan ni cam tuh, tak pernah yang cukup, kalau cukup tuh alhamdulillah ek. 

Persiapan raya camne plak? 
Ke tunggu malam raya baru nak bersempit-sempit kat jalan TAR tuh?? 

Bagi orang berbadan plus size cam kak lily ni memanglah tak kan sana pun, sebab payah nak jumpa saiz yang sesuai dan cantik so solutionnya belilah sementara ada masa dan barang pun hado kan. 


Kebetulan sabtu lepas tak de apa nak buat, mehlah angkat kaki berjalan-jalan ke Bangi Sentral ni, ya ampun jemnya berlipat ganda walaupun masa tuh baru je pukul 1 petang, nasib Mr Big tak de so bahagialah mencuci mata tanpa gangguan ini tak cantik, itu tak sesuai, lemak u nampak, kain tuh labuh bagai kan hahahaha itulah orang lelaki dia mana nak ikut bini-bini pi beli baju sebab buang masa katanya. Baik tinggalkan ko ek.. 

Kak lily masuk ke Butik Haqqi ni di sebelah belakang Hotel Ariana dekat dengan Butik Elrah ni, jauh ko parking, dari Evo Bangi tuh kak lily jalan kaki je kesana senang tak yah nak serabut kepala fikir parking. 

Rasa-rasa butik Haqqi ni menyediakan mostly kelengkapan umrah dan haji je sebab dulu masa nak pi umrah kak lily datang sini beli khimar, rupa-rupanya banyak jugak koleksi baju rayanya. Aduiyai berpinau mata melihatnya, yang kain kosong, kain lace, yang berbunga ermm semuanya ada di sini. 

Sempat jugak kak lily buat video untuk tatapan korang ni tau.



Nak kak lily jamu mata korang ek 










Memang sangat banyak koleksi baju raya bagi lelaki dan wanita di sini, korang kena pandai cari dan cuba satu persatu. Macam kak lily kekadang tuh boleh sarung tak tersangkut kat lengan, ada plak baju muat kain sempit so biasalah semua ni asam garam perempuan plus size hehehhe 

Ini yang sempat di cuba hah 





Akhirnya dapat jugaklah kak lily sambar 2-3 helai baju raya di Butik Haqqi ni. Baju kurung satu, jubah satu dan cardigan jubah macam ctdk pun satu jadilah daripada tak de hehehehe 

Bagi kak lily harga bukanlah mahal pun, berpatutanlah dengan budget. Macam kak lily dah siap asingkan duit baju raya ni awal-awal lagi so takdelah terasa sangat bila shopping tuh. Ini semua nak tunggu duit gaji memang taklah kan 

Jom kita ke : 

Butik Haqqi Bangi, 
B-23-01, 
Jalan Medan Pusat Bandar 7A, 
Bangi Sentral, 43650 
Bandar Baru Bangi, Selangor 
Telefon No: 03 89121542 


Landmarks : bangunan belakang PKNS, barisan belakang Hotel Ariana, dekat dengan Butik Elrah

Waktu operasi adalah : 10.00 pagi - 10.00 malam (Sehari sebelum raya kedai masih dibuka dan tutup pada jam 5.00 petang.) 

Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Laman Web : 
www.haqqi.com.my 

Facebook : 
https://www.facebook.com/haqqi.com.my/ 

Instagram : 
https://www.instagram.com/haqqi.com.my/ 

Twitter: 




Buka Puasa Di Oakwood Hotel and Residence Kuala Lumpur

Hi Korang, 

Minggu lepas sempat kak lily hadiri buka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Oakwood Hotel dan Residence Kuala Lumpur


Oakwood Hotel and Residence Kuala Lumpur telah menganjurkan buka puasa amal (CSR) untuk 45 kanak-kanak kurang bernasib baik dan 10 ibu tunggal dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi (Cheras) pada 24 Mei di trEat Restaurant & Bar. 



Encik Bennet Chang, Pengurus Besar berkata bahawa ini adalah sebahagian daripada tradisi Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur untuk menjemput organisasi yang berbeza semasa musim perayaan untuk berkongsi kegembiraan musim ini dengan masyarakat sekitar Kuala Lumpur 




Kanak-kanak ini menikmati juadah yang merangkumi semua pelbagai hidangan di buffet Ramadan ini. Kemudian pelbagai aktiviti yang di sediakan untuk mereka seperti beberapa permainan dan pemberian duit raya dari pihak pengurusan. 

Kami jugak berkesempatan untuk merasai sendiri buffet Ramadan di Oakwood Hotel ni tau 

CITARASA DESA 

Ramadan ini, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur dengan sukacita sekali lagi menjadi tuan rumah perayaan masakan tempatan yang dipanggil "CITARASA DESA" bufet di TrEat Restaurant & Bar dari 21 Mei hingga 10 Jun 2018. 






Semua pengunjung berpeluang memenangi penginapan di Oakwood Hotel and Apartments Brisbane apabila anda makan bersama di sini untuk setiap tempahan sepuluh orang dan ke atas. 

Dengan kepakaran Ketua Chef Syaiful Alwi dalam masakan tempatan, beliau dan pasukannya akan menyampaikan lebih daripada 50 hidangan asli dan tradisional seperti Daging Masak Hitam, Ikan Tenggiri Gulai Utara, Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi, Ketam Goreng Bercili, Ekor Lembu Asam Pedas, Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi dan banyak lagi. 









Terdapat juga enam kiosk makanan dengan stesen langsung untuk mi, kambing panggang, sate dan rojak untuk dipilih. 

Untuk buffet Citarasa Desa ni, ianya bermula dari 17hb Mei 2018 – 10hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah 

Harga Walk In : RM98nett (dewasa) dan RM50nett (kanak-kanak 4-12 tahun) 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Oakwood Hotel and Residence Kuala Lumpur boleh hubungi di talian 03-2720 3827, email ke fnb.event@oakwood.com

Jom kite ke: 

OAKWOOD HOTEL and RESIDENCE KUALA LUMPUR 
222, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur 

Laman Web: 

Facebook : 


Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di kawasan hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.