Saturday, May 19, 2018

Ratu Naga Buktikan Rakyat Mampu Bangkit

Hi Korang,

*Ini adalah penulisan dari Otai Reformasi sendiri, bukan pendapat atau pendirian penulis blog ini.

Kejayan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu mencatatkan sejarah apabila parti keramat UMNO tewas setelah 61 tahun mentadbir negara. Ternyata, rakyat telah bersuara, suka atau tidak, ini adalah suara majoriti rakyat yang dahagakan perubahan.

Kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak dalam Pakatan yang tidak berputus asa menyedarkan rakyat untuk berani mengubah pimpinan demi Malaysia yang baru. Namun, siapakah yang menjadi tunjang atau umbi yang membuka mata rakyat sejak dahulu lagi?

Seorang aktivis politik, Otai Reformasi telah tampil membuat pendedahan di mana beliau mendakwa ada individu yang betul-betul memainkan peranan penting sehingga kerajaan Barisan Nasional berjaya dijatuhkan, Siapakah wira yang tidak didendangkan yang dimaksudkan beliau it? jom ikuti tulisan beliau.



Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sudah berakhir dengan kemenangan kepada kerajaan baru Pakatan Harapan. Seperti sedia maklum, Pakatan Harapan asalnya dari gabungan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PAS, kemudian PAS mengambil keputusan untuk tinggalkan Pakatan dan bergerak atas nama Gagasan Sejahtera yang mesra Barisan Nasional. Semenjak dari itu, nama Pakatan Rakyat bertukar menjadi Pakatan Harapan.

Namun, apakah faktor kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 kali ini? 

Kita tidak menidakkan jasa Tun Mahathir sebagai ‘X factor’ utama kejayaan Pakatan, namun selain dari itu siapa? Adakah nama-nama besar ini seperti Anwar, Wan Azizah, Nik Aziz, Hadi Awang, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Rafizi, Tian Chua, Theresda Kok, Ambiga, Maria Chin, atau pun disebabkan oleh gerakan BERSIH?

Kemenangan parti ini juga bukan disebabkan oleh Muhyiddin, bukan juga Mukhriz biarpun ramai yang terkesan dengan apa yang terjadi ke atas mereka.Tidak keterlaluan jika dikatakan, selama 20 tahun menjadi pembangkang, kerajaan baru masih juga tidak dapat dibentuk walaupun meraih undi popular rakyat. Jadi, siapakah sebenarnya wira yang tak didendang dalam membuka mata rakyat?

Tidak dinafikan, semua yang disebutkan ini berpengaruh dan berjasa dalam menyedarkan rakyat untuk berani mengubah kerajaan, tetapi itu bukanlah menjadi faktor utama atau akar umbi kepada runtuhnya sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

Bukan satu tugas yang mudah mahu membuka mata rakyat Malaysia untuk berani bersuara, kerana rakyat yang akan lebih terkesan dan merana hidupnya jika didakwa apabila menentang kerajaan berbanding dengan pemimpin yang berpengaruh. Disebabkan itu, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang ditangkap, diambil tindakan, mahupun didakwa kerana protes dengan kerajaan sedia ada, rakyat Malaysia majoriti secara jujurnya masih belum membuka mata.



Tindakan Tun Mahathir yang keluar dari UMNO pada 29 Feb 2016 turut menjadi punca kenapa ketiga-tiga pemimpin tertinggi UMNO ini dipecat kerana dilihat menjadi orang belakang atau orang kuat kepada Tun M.



Namun, mungkin anda sudah lupa, pada 6 August 2015, seorang wanita iaitu rakyat biasa telah disaman Najib Razak atas akta sakit hati.

Tun Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Shafie dan pemimpin Pakatan lain juga pernah menegur dengan ‘keras’ kepada seorang Perdana Menteri tetapi sekalipun mereka tidak pernah didakwa. Ajaib bukan?

Apa ‘istimewanya’ wanita yang bergelar rakyat biasa ini hingga boleh didakwa sebegitu? Menjadi orang pertama yang didakwa dalam akta sakit hati kerana berniat menyakiti hati seorang Perdana Menteri, pastinya apa yang dilakukan oleh wanita ini membuatkan kita tertanya-tanya.

Pada asalnya, wanita tersebut sangat terkenal sebagai kepala strategy utama perang cyber UMNO Barisan Nasional. Dia yang sangat berpengaruh di dalam Barisan Nasional dan menjadi ikon pakar perang saraf UMNO menjadi aset paling penting yang dimiliki parti itu untuk melawan pembangkang.

Tetapi, wanita itu telah tampil membuat satu tindakan mengejut yang lantas mengubah kehidupannya. 

Syarul Ema Rena atau terkenal dengan nama 'Ratu Naga' seorang wanita yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersuara melawan Barisan Nasional. Wanita ini hatinya kering, biarpun diserbu di rumah dengan kehadiran berbelas-belas pegawai polis dan SKMM hanya kerana dia mengeluarkan kenyataan mempertikaikan TPPA sahaja. Dasyat bukan?



Berikut merupakan penglibatan Ratu Naga yang membuatkan yang membuatkan ramai pihak terharu akan pengorbanan dan keberanian yang dimiliki oleh beliau biarpun pada asalnya hanya bergerak sendiri.

6 August 2015 - keluarkan kenyataan menghina Najib Razak kerana TPPA

18 Januari 2016 - diserbu berbelas-belas pegawai polis di kesdiaman rumahnya berapa hari selepas TPPA ditanda tangani

26 Febuary 2016 - didakwa akta sakit hati kerana sengaja menyakiti hati Perdana Menteri & mengaku tak bersalah atas tindakannya

16 April 2016 - menjadi tulang belakang deklarasi rakyat walau pun tidak duduk depan

26 May 2016 - Chegubard menyerang Deklarasi Rakya dengan memfitnah Ratu Naga membeli data

27 May 2016 - Ratu Naga menjawab fitnah Chegubard dengan bersumpah

10 Jun 2016 - Ratu Naga serbu sidang media Chegubard yang memfitnah namanya dan deklarasi rakyat

10 October 2016 - Ratu Naga masuk Parti Keadilan Rakyat untuk tebus salah dan balas budi jadi pengimbang Anwar dan Mahathir

12 October 2016 - Ratu Naga memohon maaf di depan istana kehakiman yang disaksikan oleh beribu penyokong Anwar Ibrahim sewaktu menunggu keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim

5 August 2016 - diserbu dengan ramai pegawai polis dalam keadaan sarat mengandung

21 September 2016 - diserbu dengan ramai pegawai polis pada tengah malam dalam keadaan berpantang

12 December 2016 - Ratu Naga diserang 30 orang Jamal Yunos kerana hantar bantuan air

12 Jun 2017 - Ratu Naga bawa 500 orang UMNO masuk PKR

3 Febuary 2018 - Ratu Naga serah diri untuk di soal siasat

Apa yang jelas, sejak didakwa, hampir setiap bulan hinggalah sekarang, wanita ini tidak kenal erti penat turun naik mahkamah, biarpun kalah dan ditahan.

Wanita kental ini banyak menghabiskan masa membahayakan diri untuk membuka mata rakyat sejak berhenti menyokong BN dari tahun 2015. Dalam usaha tersebut, banyak kes kebajikan yang dibawakan beliau hingga menjadi kontrovesi. Tidak cukup dengan itu, akta fake news sekalipun pun tidak berjaya mematahkan semangatnya yang masih berdegil dalam menyuarakan hak rakyat.



Disebabkan usaha Ratu Naga selama 3 tahun memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia dengan menjadikan dirinya sebagai bahan ‘experiement’ jika salah guna kuasa dibiarkan di negara ini, akhirnya telah membuahkan hasil yang baik.

Ramai pemimpin Pakatan merasakan merekalah yang menjadi punca kenapa rakyat membuka mata. Tidak dinafikan, namun usahlah terlepas pandang akan jasa wanita ini yang dari awalnya menjadi faktor utama. Lambakan ucapan terima kasih dan tahniah daripada rakyat Malaysia kepada beliau kerana menjadi inspirasi kepada rakyat untuk berani berubah, terpapar di laman sosial miliknya.



Ini lah yang dikatakan wira tidak didendangkan. Semoga pemimpin Pakatan membuka mata mengingat jasa besar beliau. Wanita ini tekad mengambil keputusan meninggalkan kemewahan di bawah Najib Razak dan berusaha membantu kemenangan Pakatan Harapan wajar diberi pujian.



“Saya pernah naikkan Barisan Nasional dengan tangan ini, dan tangan ini juga akan pastikan Barisan Nasional kalah pada PRU14”. Kenyataan beliau pada Ogos 2015, kini menjadi kebenaran. Ini lah bukti nyata, jangan sesekali memperlekehkan kuasa wanita.


Terima kasih ‘Ratu Naga’ kerana manjadi inspirasi rakyat untuk bangkit. Walau pun satu hari nanti, kerajaan Pakatan Harapan akan melupakan usaha beliau, tapi bagi kami rakyat Malaysia, jasa besar wanita ini dalam membangkitkan suara rakyat akan sentiasa dikenang.


from Siakap Keli News http://bit.ly/2KlJYvM
sumber : siakapkeli



Friday, May 18, 2018

Balik Kampung Dengan TRAVELOKA Lah Kan


Hi Korang, 

Hari ni baru puasa kedua kak lily dah kecoh pasal balik kampung ek 

Hahahaha haruslah tuh hari raya, kita kan ada kampung, ada keluarga, ada sanak saudara so haruslah hari raya di raikan bersama so barulah di namakan raya. Belum pernah sekali pun kak lily raya di Kuala Lumpur tau, mesti balik kampung punya. 

Dah fikir nak balik kampung naik apa? 

Kereta, drive sendiri? 
Bas? 
Keretapi? 
Flight? 

Ermm garu kepala bila memikirkannya. 

Kalau kampung dekat-dekat cam Port Dickson, Rembau, Melaka, Kuala Selangor, Teluk Intan, Raub,Bentong bolehlah drive kereta, ini macam Sabah, Sarawak dan tentu kena naik kapal terbang tapi kalau Kedah, Perlis, Kelantan, Terrengganu, hah cam no? Bolehlah drive tapi penatnya aduiyai tak tercakap hendaknya 

So apa lagi mehlah TRAVELOKA dulu.. ewah nyanyi-nyanyi cam iklan tv tu ek 

Kepada korang yang tak kenal lagi dengan aplikasi Traveloka ni, sini kak lily citer sket 


TRAVELOKA ni merupakan website yang menawarkan perkhidmatan menempah tiket kapal terbang dan hotel ke mana jua yang kita nak pergi, baik di dalam negara mahupun di luar negara even sampai ke Zimbabwe jugak tau. Kalau korang tengok dalam senarai lokasi penerbangan tuh, boleh pengsan rasanya. 

Dalam aplikasi ni kita boleh buat booking flight, booking hotel dengan harga yang murah lagi cepat, hanya 5 minutes je wokeh. Dalam negeri, luar negeri kemana aje pun boleh. Ikut je step by step yang diberikan. Hah settle kan! Bolehlah berjimat-cermat dari sekarang. 

Download la dulu then baru tau cam ne nak guna. 

Kalau korang tau, sekarang ni Traveloka memberikan para pelanggannya tambahan 10% dari hotel dan penerbangan untuk semua laluan, semua destinasi, dan semua tarikh perjalanan dalam kempen Raya Bersama ini melalui kod kupon Traveloka. Ini adalah selaras dengan permintaan perjalanan yang dijangkakan semasa tempoh Raya. Pihak Traveloka ingin menggalakkan orang ramai membuat tempahan awal kerana kod kupon adalah terhad. 

Kempen RayaBersama Traveloka 


Bagi korang yang merupakan pelanggan newsletter Traveloka memanglah korang beruntung ek, sebabnya korang dapat mengakses awal 48 jam daripada pengguna biasa di antara 21hb – 22hb Mei untuk promosi hebat, jika korang melanggan newsletter sebelum 21 Mei, 3 petang. Lepas je korang melanggan tuh korang akan mendapat kod kupon pada 21hb Mei pagi untuk menikmati akses awal kepada promosi. 

Bagi mereka yang terlepas promosi ‘early bird; ni korang masih boleh mengakses promosi melalui akses awam pada 23hb – 29hb Mei. 

So don’t worry be happy ek! 

Ini bukan kira siapa cepat dia dapat ek tapi siapa awal dapat kod kupon jadi bolehlah buat tempahan awal eh mana tau tup tup hari yang kita nak terbang tuh tiketnya habis pulak, kan dah rugi besar tuh. 

Ya ampun, tak tau kat mana butang nak tekan subsricbe? 

Eh kelakarlah korang ni ek, sinilah kak lily tunjukkan. 

Memula bukak website Traveloka ni, tak kiralah bukak guna laptop ke download di smartphone kan. Ini linknya : www.traveloka.com/en-my/promotion/rayabersama


Billa tengok gambar tuh, korang klik sebelah kiri sebelum perkataan Traveloka tuh nanti keluarlah ‘pop-up’ dashboard, korang terus je ke bawah sekali nanti nampak Subscribe newsletter. 

Masukkan je email address korang tuh then tekan je subscribe. 


Nanti korang dapat email untuk pengesahan, then kemudian walla yeahhh berjaya 

Jangan lupa tarikh keramat ni tau, daftar sebelum 20hb Mei 2018 tau untuk dapatkan kod kupon promosi Traveloka ni ek.

Meh sini kak lily ceritakan sket kelebihan menggunakan aplikasi Traveloka ni ek 

1. HARGA YANG BERPATUTAN 

Yesza harga yang berpatutan itu penting ek sebab kita kan nak travel kemana-mana ko kena carilah yang sesuai dengan bajet kita, even balik kampung pun mestilah ikut bujat jugak ek. Selain daripada tiket kapal terbang malah tempahan hotel pun boleh di tempah di Traveloka ni. Dah tak yah nak pening-pening lagi kan, kira perjalanan balik kampung mahupun percutian korang akan lebih teratur gituh. 

2. DISKAUN DAN TIADA CAJ TERSEMBUNYI 

Ini pun penting jugak, aplikasi ini tiada caj tersembunyi yang dikenakan. Semua harga yang korang nampak, itulah yang korang kena bayar. Kak lily yakin korang pasti tidak akan kecewa bila membuat pembayaran di akhir nanti kerana tiada sebarang caj tambahan pun yang dikenakan. Dah tak yah nak risau ek 

3. LEBIH CEPAT DAN MURAH 

Semuanya di tangan, kalau korang buat tempahan melalui aplikasi di smartphone lagi senang.Ianya sangat memudahkan urusan penempahan hotel dan penerbangan korang. Barulah di gelakr ‘tech savvy’. Takdelah nak bergantung di laptop je, takkan korang nak bawak laptop kehulu kehilir time balik kampung kan. 

4. E-TIKET DAN BAUCER TIDAK AKAN HILANG 

Selepas membuat penempahan dan pembayaran, korang akan dapat e-tiket atau baucar hotel. Kini, dengan adanya aplikasi ni, korang tidak perlu mencetak e-tiket hotel lagi. Tunjuk je aplikasi Traveloka korang bila daftar masuk naik flight ke hotel ke, kan senang tuh. Dah janganlah korang bimbang kalau tertinggal atau terlupa nak print e-ticket ni ek 

5. PEMBELIAN INSURAN PERJALANAN 

Bagus ni tau, mana tau ada apa-apa jadi dalam perjalanan ataupun percutian korang. Pentingnya pembelian insuran perjalanan ni. Kiranya kalau perjalanan dibatalkan ke kapal terbang tak sampai boleh korang menuntut kerugian korang, dah elok tuh kan. 

Dah tuh cepat-cepat download aplikasi Traveloka di smartphone ataupun log in di laptop ek dan tekan subscribe newsletter ni, bolehlah dapatkan kod kupon promosi tuh dan dapatlah buat tempahan tiket balik kampung korang 

Hohohoohhoho balik kampung dengan Travelokaaaaaa….. 



Thursday, May 17, 2018

Ikan Trout Fjord Norway, Pilihan Makanan Sihat Lagi Berkhasiat

Hi Korang,


Best jugak ikan trout ni tau... 

Pada bulan Ramadan, menjamu makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien amat penting untuk menjaga tahap tenaga, memberi tumpuan mental yang jelas dan membantu badan berfungsi secara lancar sepanjang hari. 


Ikan Trout Fjord Norway boleh menjadi sebahagian diet yang penting pada masa ini kerana Ikan Trout mempunyai protein yang tinggi dan penuh dengan antioksidan dan lemak Omega 3. Ia adalah bahan penting yang sepatutnya dipertimbangkan apabila memasak untuk berbuka puasa dan sahur. 

Menurut Alexandra Prahabaran, ahli pemakanan yang bertauliah, Ikan Trout Fjord Norway sangat sesuai untuk hidangan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan. Ikan Trout yang kaya dengan protein akan membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga tiba masanya untuk berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat di dalam Ikan Trout juga boleh meningkatkan fokus mental. 


"Ikan Trout Fjord Norway telah menjadi pilihan ikan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Jon Erik Steenslid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara. "Daripada Indeks Pengguna Makanan Laut baru-baru ini, kajian tahunan yang dijalankan oleh Majlis Makanan Laut Norway menunjukkan bahawa 3 dari 4 rakyat Malaysia menganggap penting untuk mengetahui asal makanan laut mereka, dan 1 dari 2 rakyat Malaysia lebih suka membeli Ikan Trout Fjord dari Norway." 

Kini Ikan Trout Fjord Norway banyak terdapat di pasar, pasaraya dan kedai makanan laut di Malaysia. 

Ikan Trout Fjord Norway adalah sama dengan salmon tetapi Trout dikategorikan sebagai ikan jenis ‘mewah’ kerana dagingnya berwarna merah jingga yang mendalam dengan sedikit warna putih. Ikan Trout Fjord Norway mempunyai rasa yang sangat kaya, dan mempunyai rasa tersendiri selepas makan. Ia mempunyai kulit yang berkilat dan keperakan seperti salmon dan boleh membesar sehingga 2.5 kilogram, iaitu hanya sedikit lebih kecil daripada salmon. 

Alexandra berkongsi resipi dan cara memasak Ikan Trout Fjord Norway, dan dengan manampilkan hidangan lazat dengannya dalam masa yang singkat. 

Norway mempunyai suasana kehidupan yang sempurna untuk Ikan Trout Fjord, yang dikelilingi oleh perairan ais yang sejuk serta berpanjangan jauh ke dalam garisan pantainya. Ia diternak di dalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, dalam satu proses memenuhi piawaian tertinggi yang dikaitkan dengan alam sekitar dan kemampanan. 

Norway adalah perintis yang terkenal di dunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon. Pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi orang Norway pengalaman unik untuk menguruskan sumber-sumber ini dengan cara yang betul supaya mendapat ikan yang berkualiti tinggi. 

Norway adalah pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan Ikan Trout Fjord yang terkenal di dunia. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Sebenarnya, memancing merupakan premis penting bagi orang Norway supaya dapat menetap dan tinggal di pantai utara yang sejuk dan berangin. 

Selama berabad-abad, makanan laut telah menjadi sumber asas makanan dan perdagangan penting bagi Norway. Ini telah memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada orang Norway untuk mengendalikan khazanah berharga ini dari laut dalam setiap aspek. 

Mengenai Majlis Hidupan Laut Norway 


Majlis Hidupan Laut Norway (NSC) dimiliki oleh Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Perikanan. Industri makanan laut Norway membiayai aktiviti melalui yuran yang dikenakan ke atas semua makanan laut Norway yang dieksport. NSC adalah badan yang meluluskan pengeksportan makanan laut Norway. 

Melalui ibu pejabat di Tromsø, NSC mengembangkan kehadiran di pasaran utama di seluruh dunia untuk meningkatkan nilai sumber makanan laut Norway. NSC mengawasi pentadbiran dan penggunaan tanda dagangan "Makanan Laut dari Norway", yang mempunyai nilai yang sama bagi industri makanan laut Norway. NSC bekerjasama dengan pemain industri untuk meningkatkan permintaan dan pengunaan makanan laut dari Norway. Untuk maklumat lanjut, sila lawat https://en.seafood.no/

Tanda Dagangan "Makanan Laut dari Norway" 

Makanan laut akan sentiasa menjadi sebahagian penting dalam diet kita. Walau bagaimanapun, pengguna hari ini semakin tertumpu kepada asal usul makanan, bagaimana ia dihasilkan dan memenuhi keperluan kelestarian. Kejayaan Norway dibina di atas industri makanan lautnya dan menguruskan sumber lautnya dengan cara yang mampan. 

Tanda dagangan baru "Makanan Laut dari Norway" menangani perkara-perkara ini, yang berasaskan isu yang tulus terhadap alam sekitar. Tanda dagangan ini adalah simbol asal dan kualiti untuk semua makanan laut Norway, samada hasil ternakan atau tangkapan liar di perairan dingin dan sejuk di Norway. Jangan ragu lagi: Tempat asal penting sekali. 


Ikan Trout Fjord Norway – Resipi Untuk Bulan Ramadan 



Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa 

1 Filet Trout 
1 Daun limau purut, dihiris nipis 
1 Limau, dihiris 
1 Cili padi merah, dihiris 
1 Genggam daun ketumbar (daun sup) 
1 Cawan quinoa, dimasak 
1 Cawan stok ikan 
1 Daun bawang, dihiris 
Garam dan lada, secukup rasa 

Cara-cara

Masuk quinoa yang sudah dimasak dan stok ikan ke dalam pot dan reneh hingga ia menebal menjadi bubur keseluruhannya. Semasa itu dimasak, letak ikan trout, daun limau purut, limau, cili padi dan daun ketumbar di atas satu kerajang aluminium. Taburkan garam dan lada secukup rasa dan balut dengan ketat, lalu bakar menggunakan ketuhar dengan 200C selama 15 minit. Letakkan bubur di dalam mangkuk. Selepas ikan trout dimasak, keluarkan ikan trout dari ketuhar dan hidangkan atas bubur bersama dengan sedikit daun bawang. 

*** 


Seared Ikan Trout Fjord Norway dan Salad Kentang Asia 

1 Filet Trout 
2 Kentang, dimasak 
1 Sudu Makan sos soya 
1 Sudu Makan minyak bijan 
1 Daun bawang, dihiris 
1 Sudu Teh bawang merah goreng 
1 Inci halia, diparut 
Garam dan lada, secukup rasa 
Minyak zaitun 

Cara-cara 

Taburkan ikan trout dengan sedikit minyak zaitun dan diikuti dengan garam dan lada. Bakar ikan trout menggunakan ketuhar dengan 200C selama 10 minit. Semasa itu dimasak, mengekiubkan kentang dan letakkan ke tepi. Pukul sos soya, minyak bijan dan halia yang diparut bersama. Gaul dengan kentang. Masukkan daun bawang dan bawang merah goreng dan hidangkan dengan ikan trout bakar. 

*** 

Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang 

1 Filet Trout 
1 Sudu Makan serbuk kari ikan 
1 Sudu Makan serbuk cili 
1 Sudu Teh gula perang 
1 Sudu Teh belacan, diparut 
Daun limau purut, dicincang halus 
Minyak zaitun 
Garam, secukup rasa 
Daun pisang 

Cara-cara 

Gaulkan serbuk kari, serbuk cili, belacan, gula dan garam bersama-sama. Buat belahan (make slits) atas kulit ikan trout. Sapu campuran rempah pada ikan. Pastikan daun limau purut dimasukkan ke belahan (into slits) ikan. Taburkan sedikit minyak di atas ikan lalu bungkus dengan daun pisang. Panggang bungkusan itu di dalam ketuhar dengan 220C selama 15 minit. Hidangkan dengan sambal di tepinya. 

Selamat mencuba korang ek....








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com