Wednesday, May 16, 2018

Buffet Ramadhan 2018 | Jom Inftar @Funtasia di Hotel Bangi-Putrajaya

Hi Korang, 

Citer pasal buffer ramadan 2018 lagi ek.. 

Kali ni kak lily ke Hotel Bangi-Putrajaya di Funtasia.. 

Lama betul tak ke sini, last pi hari tuh masa ada japanese food review di Kazumi Restaurant ermm not bad jugak tau. 

Dah sambung balik kisah buffet Ramadan ni 




Pada tahun ni, chef di Funtasia Hotel Bangi - Putrajaya menyediakan lebih 200 jenis hidangan antaranya Kambing Bakar, Malaysian Satay, Mongolian BBQ dan banyak lagi. Makanan tradisional dan moden juga disediakan dan mempunyai pelbagai pilihan yang bakal melelehkan air liur korang hehehe. Menu lain yang agak popular ialah Sup Kambing serta Sup Tulang juga disediakan. 



Untuk pembuka selera, para tetamu akan menikmati dihidangan yang disediakan di atas 12FT Tall Ferris Wheel yang bergerak. 

Menarik wokeh 

Boleh ambil sambil wheel ni bergerak dan pada masa yang sama boleh bergambar sekali, kemain lagi kan. 




Meh tengok beberapa menu utama ni ek










Sangat sangat menyelerakan sungguh

Bagi hidangan dessert memang tak dinafikan pelbagai jenis dan paling menjadi kesukaan sekali adalah homemade Gelato, Mr Big sampai 2 tambah gelato ni tau 



Paling menarik Restoran Funtasia disahkan HALAL oleh pihak Jakim Malaysia. Tentang parking jangan risau sebab memang banyak dan luas. Selain itu, surau disediakan di tingkat 2 Hotel. Surau yang disediakan juga bersih , luas dan selesa. 

Untuk pengetahuan korang, Hotel Bangi - Putrajaya akan menyumbangkan RM 3.50 kepada Islamic Relief Malaysia bagi menyokong kempen "Care For Hunger" untuk setiap pelanggan yang berbuka disini. Pada tahun ini juga Restoran Funtasia berhajat menyumbangkan sebanyak RM25,000 kepada Islamic Relief Malaysia bersempena 10 tahun ulangtahun sempena kerjasama mereka. Korang bukan sahaja berbuka kosong, wang yang korang bayar tu juga digunakan untuk sumbangan kepada mereka yang memerlukan. 

Wah, bagus kan!! 

Untuk buffet Jom Inftar @Funtasia ni, ianya bermula dari 17hb Mei 2018 – 14hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah 

EARLY BIRD : RM90nett dewasa dan RM45nett (kanak-kanak 4-12 tahun) pembelian voucher dari 1hb April sekarang hingga 16hb Mei 2018 

Harga Walk In : RM120nett (dewasa) dan RM60nett (kanak-kanak 4-12 tahun) 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Hotel Bangi-Putrajaya boleh hubungi di talian 03-82102222, email ke fb-reservation@hotelbangi-putrajaya.com 

Jom kita ke :- 

HOTEL BANGI-PUTRAJAYA 
Off Persiaran Bandar, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor.
Tel: +603 8210 2222 
Fax: +603 8210 2888 

Website : 

Facebook Page : 



Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



Monday, May 14, 2018

Selamat Hari Ibu, Kecik Hati Tau...

Hi Korang,

Rasa lama nau tak menulis kan.. 

Mana taknya asyik duduk atas kerusi malas dan tengok tv je sepanjang hari kan huahauhaua.. itulah kaedahnyer orang sakit hah...

Anyway selamat hari ibu kepada ibu-ibu di luar sana termasuk mak kak lily, mak mertua kak lily, korang yang menjadi mak-mak kan...



Tersentuh hati kak lily bila baca 2 status kengkawan kak lily ni.

Nampak je ada jugak orang appreciate kami-kami yang belum bertitle mak-mak ni, eh sedih ko mau tak sedih. Terasa payahnya nak bertukar title dari isteri kepada ibu kan. Penat menunggu sekian lama, sepanjang hari, sepanjang masa, saban tahun tapi masih belum ada rezeki lagi huhuhuhuhu..

Nak melayan sorang-sorang yang sibuk bertanya bila lagi, bila lagi.. korang ingat kak lily tak terasa ke? kalau yang menanya tu muda dari kak lily memang aku dah kasi penampo dah tapi yang menanya si acik bawang tua tak sedar diri kan, yang suka membandingkan anaknya dengan orang-orang seperti kak lily ni.

Ermm itulah dugaan hidup namanya...

Tapi kak lily senantiasa bersabar, pekakkan telinga dan kurangkan berjumpa dengan orang-orang sebegini.

Insyallah kalau ada rezeki, tak kemana kan...

Selamat hari ibu korang, semoga menjadi gorjes mummy kepada anak-anak korang tuh ek..


Saturday, May 12, 2018

Demam bola melanda Coca-Cola Collectors Fair 2018

Hi Korang, 

Acara tahunan Coca-Cola Collectors Fair kembali ke Berjaya Times Square di mana kira-kira 70 pengumpul dari 13 negara berhimpun untuk mempamer, menukar dan menjual segala barangan Coca-Cola. 


Sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 yang dinanti-nantikan bulan hadapan, tema tahun ini segalanya berkaitan bola sepak di mana hubungan sekian lama Coca-Cola bersama Fédération Internationale de Football Association (FIFA) yang bermula pada 1974 memastikan pelbagai himpunan koleksi Coca-Cola daripada pelbagai acara FIFA dipamerkan. 

CEO Bottling Investment Group Singapore-Malaysia-Brunei, The Coca-Cola Company, Gareth McGeown (right_standing) with members of the Malaysian Coca-Cola Collectors Club

“Coca-Cola sentiasa berkongsi minat peminat bola sepak di seluruh dunia dan menerusi kerjasama dengan FIFA, kami menjuarai kuasa permainan untuk menghimpunkan masyarakat bersama-sama. Kami bersedia untuk membawakan keterujaan sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 dan untuk menyelami mood ini, kami mengetengahkan tema Coca-Cola Collectors Fair tahun ini segalanya tentang bola sepak yang mana orang ramai berpeluang menyaksikan sejarah dan jalinan hubungan antara Coca-Cola dan FIFA sepanjang beberapa dekad ini,” kata Gareth McGeown, Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, Syarikat Coca-Cola. 

Bersama-sama pengumpul dari Malaysia serta turut disertai peminat dari Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea, Jepun, Sepanyol dan Perancis, edisi kelapan Coca-Cola Collectors Fair menjanjikannya sebagai acara antarabangsa yang tersendiri. 

Pengumpul Malaysia, Joe Lim yang berusia 41 tahun mula mengumpul koleksi botol pertama Coca-Cola dari China pada 2002 dan meneruskannya hingga kini. Dia kini berbangga memiliki hampir 1,000 botol ikonik daripada pelbagai saiz dan bahan. 


“Ini kali ketujuh saya menyertai acara tahunan ini dan saya seronok bersama rakan pengumpul lain yang datang dari jauh dan dekat. Kami bukan saja bertukar koleksi tetapi turut berkongsi cerita dan pengalaman, yang bagi saya sesuatu yang sangat berharga. Coca-Cola Collectors Fair menjadi perhimpunan terbesar di rantau ini dan satu platform yang menarik untuk menghimpunkan pengumpul bersama,” kata Lim. 

Selain daripada pengumpul, orang ramai juga mengunjungi pesta tersebut untuk meneroka dunia baru dan menyertai permainan yang menyeronokkan bagi memenangi koleksi edisi terhad Coca-Cola. Mereka juga berpeluang untuk mendapatkan tawaran menarik di gerai Wendy’s dan Hero Market pada acara berkenaan. 

Rakan runcit Coca-Cola memberi sokongan kepada acara ini dengan tawaran istimewa – Hidangan mengenyangkan Wendy’s dengan tawaran nilai berganda RM5 untuk 2 ayam goreng rangup dan RM1.50 untuk 2 kon berkrim Frosty, manakala Hero Market melegakan dahaga dengan harga rendah RM1 untuk tin 320ml bagi pelbagai jenis minuman oleh Syarikat Coca-Cola. 


Sementara itu, Berjaya Times Square kembali sebagai penaja rasmi venue untuk Coca-Cola Collectors Fair. 

Coca-Cola Collectors Fair di Malaysia bermula sejak 2011 dan secara tradisinya diadakan pada bulan Mei sempena Hari Pengasasnya di mana Coca-Cola pertama kali diperkenalkan pada 8 Mei 1886 di Atlanta, Amerika Syarikat.





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com