Thursday, May 10, 2018

Korean Food Fair Di ISETAN Suria KLCC, Best Giler

Hi Korang, 

Kan kak lily tengah tak berapa sihat so kena duduk kat umah je ni kan so berita-berita luar dengar dari tv or facebook jelah, ermm kaki social media sungguh ek 

Kan Mr Big keje depan KLCC so tempat dialah melepak selalu so ari tuh dia bagitau ada Korean Food Fair di iSetan supermarket ni wah wah wah haruslah berbunga-bungalah hati kak lily ni yelah lama tak berjalan kan asyik duduk kat umah je 

Haruslah kena terjah ni.. 

So pilah last week ke iSetan KLCC, pi pepagi so takdelah ramai sangat orang lagi ek. 


Rupa-rupanya kalau korang nak tau yang ISetan Suria KLCC dengan kerjasama KMT membawakan kepada korang makanan popular Korea. Bertempat kat bahagian Foodmarket ISetan Suria KLCC sedang berlangsung sekarang ni Korean Food Fair selama 13 hari, bermula dari 4 Mei yang lalu hingga 16 Mei 2018 ni. 



Dah berapa hari baru kak lily nak citer ek, ishkk tak bagus sungguhlah kann huhuhuhu 

Apa yang dijual ??? 








Mestilah produk dari Korea tuhhh 

Ya ampun memacam ada, sampai pening kak lily nak pilih lah. 

Jangan risau kebanyakan produk dari Korea ini telah mendapat pengesahan Halal daripada Korean Muslim Federation Halal Committee yang diiktiraf oleh JAKIM di Malaysia ni. Jadi kalau korang nak beli produk makanan kat sini tengok pada bungkusan ada tertera logo Halal tersebut. 



Selain itu juga ada makanan popular yang orang-orang kita suka seperti Pepero, Banana Flavored Milk Drink, Kimchi dan banyak lagi. Ingat nak beli semua produk tu sebab tengah murah sangat sementara promosi pesta makanan ni. Arrr rambang mata dah ni hah…. 

Eh bukan setakat ada jualan murah tapi siap ada persembahan lagi tau seperti seperti Korean Traditional Drum, K-pop Dance serta persembahan Mascot. Kalau nak tengok kena datang weekend lah sebab tuh time ramai orang datang ke KLCC ni. 

Dah apa nak tunggu-tunggu lagi lah jomlah datang ke Korean Food Fair tengah berlangsung ni datang lah kat KLCC ni dan dapatkan produk kegemaran korang. 



Korean Food Fair

Tarikh: 
4 Mei - 16 Mei 2018 

Waktu: 
10.00 pagi - 10.00 malam 

Lokasi: 
Foodmarket ISETAN Suria KLCC 


Meh LIKE dan FOLLOW iSetan Supermarket KLCC di social media berikut : 

Laman web: 

Facebook Page: 


Peminat makanan Korea mesti excited nak kemari kan, best tuh kimchi kimchi kimchi


Wednesday, May 9, 2018

LAVENDER LOVER SET - HAND & BODY CREAM Dari Organique Skincare

Hi Korang, 

Selalu ke kita memberi mak tersayang kita hadiah?? 

Haruslah jarang. 

Macam mak kak lily, dia dah tak nak apa-apa dah kecuali anak-anak selalu berada di sampingnya. Itu kata dia lah. Tapi kita sebagai anak tak kesiannya tengok mak kita dari kita kecil sampai dah besar panjang beranak pinak still busy je non stop bekerja walaupun hanya duduk di rumah je. 

Terus kak lily terfikir nak hadiahkan pada mak kak lily hadiah istimewa ermm tapi apa ek?? Garu-garu kepala dulu jap. 

Memandangkan kak lily tengok tangan mak tuh bergerak tanpa henti ada je benda nak buat so why not kak lily belikan hand cream or krim tangan? At least dapatlah sapu-sapu tangan time rehat-rehat sambal tengok tv drama korea tuh nanti memalam. 

Google punya google kak lily terperasan website Organique Skincare ni. 


Wah produk dari Australia asli, hebat mak ek kemain produk import tuh hehehhehe 

Kalau korang nak tau yang Organique Skincare ni menggunakan 100% semulajadi Olinda Spring Water yang terkenal dan lebih daripada 95% bahan-bahan asli Australia seperti Organic Macademia Nuts, Lily Extract, Quandong Nuts, Desert Lime. 

Ok sebab nak hadiahkan krim tangan so kak lily memilih 

LAVENDER LOVER SET - RM88.00 

Krim tangan berbau Lavender ini kaya dengan minyak pati Lavender yang sangat melembapkan dan memulihkan kelancaran tangan sambil membantu mengurangkan kedutan dan bintik-bintik gelap. Ermm menarik sangat dah ni, bukan mak akak suka dengan kak lily tersuka jugak dah ni ek hehehehehehe 

Sukerlah mak dapat krim tangan dari Australia ni, haruslah dia eksyen dengan adik beradik dia nanti tau

Memang ye ko harum dan lembut je bila di sapu pada tangan mak. Even baru bukak kotak je, bau lavender tuh dah menusuk ke hidung kak lily ni hah. Yang penting cepat meresap ke dalam kulit tangan dan badan. 

Not bad untuk produk keluaran antarabangsa tapi harga yang berpatutan, lagi pulak boleh pakai lama ni sebab picit sket je boleh sapu ke seluruh tangan atas dan bawah tau. 


Dan untuk bulan Mei ni sempena dengan sambutan Hari Ibu, Organique mengadakan promosi Gift Pack untuk Lavender Hand & Body Cream pada RM88 di website membeli belah yang terkenal Lazada ni tau. Mari tekan kat sini ek https://bit.ly/2IZTQuu

Untuk info lanjut mengenai produk lain Organique ini, korang boleh check it out di 

Website: 


Meh LIKE dan FOLLOW Organique Skincare di social media berikut : 

Facebook Page :

Instagram : 





Tuesday, May 8, 2018

PRIMAVALET Fashion Hub Lancarkan Koleksi Raya Eksklusif Sempena Lebaran 2018

Hi Korang, 


Baru-baru ini kak lily berkesempatan untuk fashion show yang di anjurkan oleh salah satu jenama fesyen terkemuka di tanahair iaitu PRIMAVALET Fashion Hub di Majestic Hotel Kuala Lumpur. 


Of courselah kak lily excited tengok fashion show ni sebab baju raya pun belum beli lagi hah so bolehlah cuci-cuci mata tengok koleksi dari Primavalet ni ek hehhehehe eh raya mestilah kena cantik-cantik kan walaupun muke nan hadonya hah hahahhaha 

Pada malam itu acara dimulakan dengan majlis Press Conference yang diacarakan oleh Dee dan barisan panel seperti pengasas Primavalet sendiri iaitu Dr Arshad bersama beberapa duta mereka. Di antara artis yang juga duta mereka adalah Nabila Razali, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Janna Nick dan Atikah Suhaimie. 

Wah first time attend Press Conference dulu ek sebelum show tapi bagus jugak, at least we got some idea apa yang akan di peragakan nanti so tak delah tertanya-tanya banyak sangat sebab semua info telah di beritahu dulu 


Dr Arshad (tengah) bersama barisan duta dan pereka PRIMAVALET 


"Untuk Syawal kali ini, Primavalet akan melancarkan lebih daripada 70 koleksi dan rekaan daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ini adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Kami juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga yang sukakan konsep sedondon di pagi Syawal. Pemilihan duta PRIMAVALET adalah berdasarkan kepada jumlah pengikut di laman sosial dan juga imej artis itu sendiri. Beliau sangat menghargai artis yang pernah bekerjasama dengan beliau terutama kepada komiymen dan kesungguhan yang dipertonjolkan”. Dr. Arshad mengulas pada sesi pc tersebut. 


Malam tersebut diacarakan oleh dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Elfira Loy. Menghimpunkan lebih daripada 126 model memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya, koleksi kali ini dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya. Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi Primavalet Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. 

pereka fesyen Ezuwan Ismail

pereka fesyen Shasya Habib

Pada majlis tersebut Dr Arshad juga turut memperkenalkan beberapa vendor utama yang juga turut sama menjadi penyedia koleksi terbaru Raya 2018 kali ini. Di antaranya adalah Ezuwan Ismail, Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co. Termasuk koleksi sendiri Primavalet iaitu PV Man, PV Women dan PV Kids. 












Well well well koleksi untuk orang perempuan memang tak payah cakaplah memang banyak sangat daripada baju kurung, baju kebaya, telekung, songket dan juga baju berasaskan fabrik saree. Di reka dengan cara tersendiri dan membawa identiti yang berbeza dengan tempat lain itu kekuatan Primavalet. 







Kagum jugak kak lily bila dapat menyaksikan koleksi pakaian Raya khas untuk kaum lelaki sebab selalu kalau orang lelaki terikat dengan Baju Melayu dan sampin sahaja. Tapi di Primavalet terdapat juga pakaian seperti jubah, kurta dan juga baju kemeja. 

Comel tak koleksi PV Kids ni



Kak lily pun suka, rasa nak belikan untuk Dak Aakif dan Dak Aalya je nanti..

Jap jap



Koleksi telekung pun ada gak tau, itula semuanya ada terhimpun di dalam satu bumbung Primavalet kan


Pada akhir acara kemunculan barisan duta atau dikenali sebagai "Star Of Primavalet" bersama dengan pakaian daripada koleksi mereka beraksi dengan gaya tersendiri. 





Kalau artis pakai dah cantik, apatah kita yang pakai ni kan hehehhehe of courselah lagi merelip dibuatnya

So standby duit bebanyak ek untuk serang outlet Primavalet tau.Paling seronok harga ditawarkan cukup berbaloi iaitu dari serendah RM70 sehingga RM380. Kesemua koleksi ini akan dijual di semua cawangan PRIMAVALET bermula 1 Mei 2018 secara berperingkat-peringkat.

Meh layan video yang sempat kak lily buat pada malam tuh ek


Apmacam??
Rasa geram membara nak beli kan hehehhe

Jadi jangan lupa untuk dapatkan koleksi Glam Lebaran Raya di ke semua cawangan PRIMAVALET seperti :- 

Ostia Bangi, Selangor (cawangan terbesar terletak bersebelahan tol Bangi) 

Pasir Tumboh, Kota Bahru, Kelantan 

Senawang, Negeri Sembilan 

Wangsa118, Wangsa Maju KL (cawangan terbaru yang telah dibuka pada 5 Mei 2018) 

Jika tidak berkesempatan untuk mengunjungi cawangan-cawangan PRIMAVALET, korang boleh dapatkan pakaian raya melalui pembelian secara atas talian (online) di www.primavalet.com atau melalui ejen dan personal shopper rasmi PRIMAVALET. 




Kredit gambar yang cantik-cantik kepada : https://m.facebook.com/azuddin.ahmadzin