Monday, April 30, 2018

Buffet Ramadan 2018 | Semarak Rasa di Concorde Kuala Lumpur

Hi Korang, 


Citer pasal buffer ramadan 2018 lagi ek 

Kali ni kak lily ke Concorde Kuala Lumpur di Melting Pot Restaurant 


Dengan bulan puasa yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi ni, Concorde Kuala Lumpur menawarkan promosi 'Semarak Rasa' yang akan menampilkan pelbagai menu yang menarik - masakan klasik kampung dan kegemaran ramai. Promosi akan bermula pada 17 Mei hingga 14 Jun 2018 di Melting Pot Cafe. 


Antara menu kampung yang tidak dapat dilupakan ialah ikan keli berlado, udang sambal tempoyak, siput sedut lemak cili api, siput sedut daun selasih, gulai urat lembu berserai, asam pedas ekor lembu bunga kantan, ayam masak ros, kurma telur, ikan patin masak tempoyak, pucuk manis dengan keledek, nangka lemak ikan bilis, dan daging dendeng kering berlado. 









Berkongsi hidangan untuk berbuka puasa adalah tradisi yang indah. Bukan sahaja bufet Ramadan memberikan korang dan orang tersayang peluang untuk momen kebersamaan. Dari hidangan tradisional kampung tradisional ke kegemaran antarabangsa, keluarga korang akan menghargai iftar dengan makanan lazat ini. Kira-kira 150 hidangan akan dipaparkan setiap malam. 

Pada tahun ini, Chef telah menambah daya tarikan menu makanan lain iaitu seminit makanan laut. la yang mempunyai ketam goreng berempah, udang galah goreng berempah, lala goreng tiga rasa dan gaya lala kam heong. 

goreng-gorengan

seminit seafood - garlic butter sauce sedap bak hang!

siput sedut melampau saiznyer

sup isi perut campur satuh!

Selain dari menu-menu kampung ini, korang boleh merasai pelbagai barangan popular seperti sup gearbox, soup tulang rawan, sup ekor, ikan bakar percik dan stuffed whole lamb dengan nasi beriyani. 




Untuk buffet ‘Semarak Rasa’ ni, ianya bermula dari 17hb Mei 2018 – 14hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah 

· Dari 17th Mei – 20th Mei 2018 and 11th Jun – 14th Jun 2018 
Ada 15% diskaun dari RM148.00 nett 

· Sepanjang Bulan Ramadan – 21st Mei – 10th Jun 2018 
RM 148 Nett (Adult) 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Concorde Kuala Lumpur boleh hubungi di talian +03 2717 2233 atau email ke fbkl@concorde.net.

Buffet Supper 'Sahur' 

Sambutan makan malam bufet khas menanti. Bagi mereka yang ingin 'sahur' mereka (makan pagi), ayunkan untuk makanan yang baik. Antara kegemaran tempatan yang akan dihidangkan termasuk bubur lambuk, mee mamak, nasi lemak, bubur jagung, pelbagai sandwic dan banyak lagi. 

Buffet Supper 'Sahur' : RM55.00 nett per person 
Sun - Thurs (3.00 am - 5.30 am) Fri & Sat (11.00 pm - 5.30 am) 

Jom kite ke : 

Concorde Hotel Kuala Lumpur 
2 Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur, Malaysia 
Tel: +603 2144 2200 




Laman Web: 

Facebook : 


Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di kawasan hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.




Friday, April 27, 2018

Order Bunga Online Di FLOWERCHIMP.Com

Hi Korang, 

Order bunga online??? 

Wow best ni. 

Seriously bagus ada perkhidmatan order bunga secara online ni, senang tak payah nak singgah-singgah kedai bunga kan. 

Kebetulan jugak kak lily nak pi mencari bunga untuk di hadiahkan pada mak den yang tersayang tuh, so better prepare dari sekarang maklumlah kalau last minit mencari harga akan potong leher punya lah. 

Lalu lalang di google ni tadi nampaklah website Flowerchimp.com ni. 



Flowerchimp.com ni merupakan website yang memberikan perkhidmatan secara online penghantaran bunga ke seluruh negara pada harga yang berpatutan. Ewah bagus ni ek, mesti kena cuba ni. 

Mohlah kita tengok apa yang ada di website florist Flowerchimp.com ni ek 

Nampak ni cantik kan? pilihan bunga-bunga ni

sukalah pilihan bunga-bunga ni

Ermm pening jugak kepala nak pilih bunga yang bersesuaian ek sebab semua cantik-cantik belaka. Kalau korang nak tau bukan sekadar kita hantar bunga untuk hari ibu je, malah ada juga beberapa acara atau sambutan hari yang lelain seperti harijadi, ulangtahun, hatar bunga untuk orang sakit, orang meninggal terutamanya kaum cina dan india, sebagai ucapan tahniah, tamat graduasi dan lelain lagi. 


Tak de maknanya kalau hantar bunga je mesti nak bagi bunga ros kan, di FlowerChimp.Com ni terdapat pelbagai jenis bunga yang korang boleh pilih seperti Roses, Lilies, Tulips, Gerberas, Sunflowers, Daisy dan lelain lagi. 

Lepas je kak lily pilih bunga mana yang kak lily suka so teruslah mengorder ek. 

Cara-cara membuat tempahan bunga di FlowerChimp.com 

1. Pilih bunga kesukaan korang 

2. Dah pilih, terus masukkan ke dalam Shopping Cart 


3. Bila dah puas hati dengan apa kita order so terus isikan maklumat mengenai penghantaran, yelah nak hantar kat siapa, alamatnya, no telefonnya kan. 


4. Terus ke ruangan bayaran. 

5. Masukkan butir-butir bayaran terus tekan BAYAR. 


6. Once bayaran dah approved, korang akan dapat email mengatakan bayaran di terima dan proses penghantaran akan di lakukan mengikut maklumat yang korang dah letakkan tadi. 

OK, senangkan!! 

Bagi korang yang teringin nak order bunga secara online ni untuk teman istimewa korang so boleh gunakan discount code : LILY15 (15% discount store-wide on www.flowerchimp.com, sebelum 31 May 2018) 

Baik punya!!! 

Untuk info lanjut korang boleh check it out di 


Website: 


Meh LIKE dan FOLLOW FlowerChimp.com di social media berikut : 

@FlowerChimpMY 

@flowerchimp 


So bolehlah plan dari sekarang ek, untuk hadiahkan pada yang tersayang. Alah bagilah kat mak korang sempena Hari Ibu 13hb Mei 2018 akan datang ni ek






Thursday, April 26, 2018

#YOUCANDUIT Ikut Style CAPRICE, Sesiapa Pun Boleh Buat Duit Digital Ni.

Hi Korang, 

Sini korang layan dulu video IG Caprice ni ek !! 



So what do you think ? 

Pada pendapat kak lily memang kat Malaysia ni banyak nau peluang pekerjaan cuma kita yang tak reti dan tak berapa pandai nak explore ermm tapi buat video merapu sampai jadi viral pandai pulak korang kan. 

Untuk menyokong kata-kata Caprice ni, kak lily nak bagitau office kak lily ada peluang pekerjaan tapi dekat site lah, bila HR akak lily call untuk offer kerja, candidates boleh cakap apa? Jauhlah, kedalam lah tempatnya, job scope merapu, allowance sket dan memacam lagi. Eh itu semua boleh bincang kalau betul-betul nak lah. 

So siapa kata kat Malaysia ni tak de peluang pekerjaan ek!! 

Menipu sesangat sungguh lah… 

Oklah finelah korang dah malas nak kerja 9-5pm macam kak lily ni, so korang nak buat apa? Duduk rumah besarkan badan, suruh mak bapak korang tanggung ishkk tak malu ke!!


Daripada korang buat perangai cam tuh, baiklah korang join program #YOUCANDUIT ni lah. 

Kalau korang kaki TV macam kak lily memang perasan sangatlah kalau iklan MDEC tuh mesti akan keluar ayat #YOUCANDUIT ni kan. Time show Maharaja Lawak dulu pun, Datuk Rosham Noor pun duk promote #YOUCANDUIT ni hah baru nak perasan tuh kan 

Agak-agak korang apa tuh #YOUCANDUIT ? 

Ye ye kak lily tau buat duit secara online tapi macammana ? jual barang? Jual servis ke berjudi? Ishhkk simpang malaikat 44 ek aduiyai merapek-rapek dah ni kan hehehheehe 

Kalau korang nak tau Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerajui peningkatan aktiviti Ekonomi Digital dikalangan rakyat dengan memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi inisiatif eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen #YOUCANDUIT. Kempen ini memperkenalkan dan melatih mereka dan golongan isi rumah berpendapatan rendah kepada peluang pendapatan digital melalui tugas yang mudah dan sesuai dengan kemahiran mereka di eRezeki untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang berdaya saing. Kempen ini juga menggalakkan dan mendidik pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro tentang keusahawanan digital dengan menyediakan cara-cara untuk mewujudkan perniagaan atas talian yang boleh memberi pendapatan tambahan. 

Hah itulah serba sedikit kan pasal #YOUCANDUIT nie. 

Di sebabkan kempen #YOCANDUIT ni terbahagi kepada 2 inisiatif, kak lily akan terangkan serba ringkas mengenai kedua-dua ni ek 

eRezeki 


eRezeki merupakan sebuah program di bawah kempen #YOUCANDUIT yang bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan menjana pendapatan secara konsisten dan sepenuh masa dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang-peluang pendapatan digital melalui kaedah crowdsourcing 

Crowdsourcing atau kaedah di mana syarikat-syarikat kini mendapatkan perkhidmatan daripada warga internet (netizens) untuk melaksanakan tugasan-tugasan tertentu telah dikenalpasti oleh World Economic Forum (WEF), menerusi laporan ‘The Future of Jobs’, sebagai salah satu trend yang akan mengubah cara kerja tradisi. 

Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut: 

a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task) 

Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan 

b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work) 

Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan. 

c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled) 

Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan. 

Program ini juga sesuai untuk pelajar universiti, graduan menganggur, pesara, mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi. Even OKU dan para wanita di luar sana juga boleh menyertai inisiatif ini. 

Mostly kerja-kerja yang dilakukan secara online, kita just duduk depan laptop dan habiskan tugasan yang di berikan. Ok apa, tak yah keluar rumah setiap hari. Sambil buat kerja boleh tengok anak, buat housekeeping, memasak. Kira macam semua kerja berjalan serentak dan cukup tempoh duit pun masuk. 


Korang boleh check out di eRezeki social media platform 

Facebook: @myeRezeki 
Instagram: @erezekimy 

eUsahawan 


Bagi program eUsahawan ini pula, ianya membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada para usahawan yang sedia ada untuk menambahbaik kemahiran perniagaan yagn sediaada. Kira macam korang jual kuih tapi hari-hari jual kat tepi jalan je pepagi, untung memanglah untung tapi kalau boleh kita nak lagi untung. Kita buat kuih frozen then jual secara online ke kan. Hah cam gituhlah. Kiranya program eUsahawan ni memberi bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital.


Yang penting korang kena mendaftar untuk menyertai kursus sambilan eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/ then dari situ nanti MDEC bakal nampak potensi perniagaan korang dan mungkin diketengahkan ermm kita mana tau kan hehehhhee rezeki masing-masing 

Ok ni kak lily kongsikan lagi video IG beberapa artis ni ek 

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Tengoklah betapa penting program Ekonomi Digital ni, coz akan datang maybe kita tak kan guna duit fizikal kot but more kepada duit digital. So nak beli apa-apa je tolak terus dari account kan ermm manalah tau kan... 

Kak lily kalau berangan memang no. 1


Untuk info lanjut korang boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau Ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di: 

Facebook Page : 
https://www.facebook.com/YouCanDuitMY/

Instagram: 

Hashtag: #youcanduit