Thursday, April 26, 2018

#YOUCANDUIT Ikut Style CAPRICE, Sesiapa Pun Boleh Buat Duit Digital Ni.

Hi Korang, 

Sini korang layan dulu video IG Caprice ni ek !! 



So what do you think ? 

Pada pendapat kak lily memang kat Malaysia ni banyak nau peluang pekerjaan cuma kita yang tak reti dan tak berapa pandai nak explore ermm tapi buat video merapu sampai jadi viral pandai pulak korang kan. 

Untuk menyokong kata-kata Caprice ni, kak lily nak bagitau office kak lily ada peluang pekerjaan tapi dekat site lah, bila HR akak lily call untuk offer kerja, candidates boleh cakap apa? Jauhlah, kedalam lah tempatnya, job scope merapu, allowance sket dan memacam lagi. Eh itu semua boleh bincang kalau betul-betul nak lah. 

So siapa kata kat Malaysia ni tak de peluang pekerjaan ek!! 

Menipu sesangat sungguh lah… 

Oklah finelah korang dah malas nak kerja 9-5pm macam kak lily ni, so korang nak buat apa? Duduk rumah besarkan badan, suruh mak bapak korang tanggung ishkk tak malu ke!!


Daripada korang buat perangai cam tuh, baiklah korang join program #YOUCANDUIT ni lah. 

Kalau korang kaki TV macam kak lily memang perasan sangatlah kalau iklan MDEC tuh mesti akan keluar ayat #YOUCANDUIT ni kan. Time show Maharaja Lawak dulu pun, Datuk Rosham Noor pun duk promote #YOUCANDUIT ni hah baru nak perasan tuh kan 

Agak-agak korang apa tuh #YOUCANDUIT ? 

Ye ye kak lily tau buat duit secara online tapi macammana ? jual barang? Jual servis ke berjudi? Ishhkk simpang malaikat 44 ek aduiyai merapek-rapek dah ni kan hehehheehe 

Kalau korang nak tau Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerajui peningkatan aktiviti Ekonomi Digital dikalangan rakyat dengan memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi inisiatif eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen #YOUCANDUIT. Kempen ini memperkenalkan dan melatih mereka dan golongan isi rumah berpendapatan rendah kepada peluang pendapatan digital melalui tugas yang mudah dan sesuai dengan kemahiran mereka di eRezeki untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang berdaya saing. Kempen ini juga menggalakkan dan mendidik pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro tentang keusahawanan digital dengan menyediakan cara-cara untuk mewujudkan perniagaan atas talian yang boleh memberi pendapatan tambahan. 

Hah itulah serba sedikit kan pasal #YOUCANDUIT nie. 

Di sebabkan kempen #YOCANDUIT ni terbahagi kepada 2 inisiatif, kak lily akan terangkan serba ringkas mengenai kedua-dua ni ek 

eRezeki 


eRezeki merupakan sebuah program di bawah kempen #YOUCANDUIT yang bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan menjana pendapatan secara konsisten dan sepenuh masa dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang-peluang pendapatan digital melalui kaedah crowdsourcing 

Crowdsourcing atau kaedah di mana syarikat-syarikat kini mendapatkan perkhidmatan daripada warga internet (netizens) untuk melaksanakan tugasan-tugasan tertentu telah dikenalpasti oleh World Economic Forum (WEF), menerusi laporan ‘The Future of Jobs’, sebagai salah satu trend yang akan mengubah cara kerja tradisi. 

Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut: 

a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task) 

Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan 

b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work) 

Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan. 

c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled) 

Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan. 

Program ini juga sesuai untuk pelajar universiti, graduan menganggur, pesara, mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi. Even OKU dan para wanita di luar sana juga boleh menyertai inisiatif ini. 

Mostly kerja-kerja yang dilakukan secara online, kita just duduk depan laptop dan habiskan tugasan yang di berikan. Ok apa, tak yah keluar rumah setiap hari. Sambil buat kerja boleh tengok anak, buat housekeeping, memasak. Kira macam semua kerja berjalan serentak dan cukup tempoh duit pun masuk. 


Korang boleh check out di eRezeki social media platform 

Facebook: @myeRezeki 
Instagram: @erezekimy 

eUsahawan 


Bagi program eUsahawan ini pula, ianya membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada para usahawan yang sedia ada untuk menambahbaik kemahiran perniagaan yagn sediaada. Kira macam korang jual kuih tapi hari-hari jual kat tepi jalan je pepagi, untung memanglah untung tapi kalau boleh kita nak lagi untung. Kita buat kuih frozen then jual secara online ke kan. Hah cam gituhlah. Kiranya program eUsahawan ni memberi bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital.


Yang penting korang kena mendaftar untuk menyertai kursus sambilan eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/ then dari situ nanti MDEC bakal nampak potensi perniagaan korang dan mungkin diketengahkan ermm kita mana tau kan hehehhhee rezeki masing-masing 

Ok ni kak lily kongsikan lagi video IG beberapa artis ni ek 

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Tengoklah betapa penting program Ekonomi Digital ni, coz akan datang maybe kita tak kan guna duit fizikal kot but more kepada duit digital. So nak beli apa-apa je tolak terus dari account kan ermm manalah tau kan... 

Kak lily kalau berangan memang no. 1


Untuk info lanjut korang boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau Ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di: 

Facebook Page : 
https://www.facebook.com/YouCanDuitMY/

Instagram: 

Hashtag: #youcanduit



Wednesday, April 25, 2018

Seri Keningau.Com, Pakej Katering Perkahwinan, Tempah Secara Online

Hi Korang, 


Sekarang ni semuanya dihujung jari sahaja, tak yah nak keluar dan survey mencari apa yang kita nak kan. Tak kira apa jua perkara pun even sampai ke pakej katering perkahwinan pun kita boleh lakukan secara online. 

Hari tuh kak lily mencari buffet katering untuk jamuan hari jadi anak sedara kak lily tuh so search punya search terus ternampak website servis catering Kuala Lumpur, Shah Alam dan sekitar Selangor iaitu Seri Keningau.Com 


Terus bukak website Seri Keningau ni. 

Mehlah kak lily kongsikan latar belakang syarikat Seri Keningau ni 

Seri Keningau Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik bumiputra 100%, syarikat Seri Keningau ini telah beroperasi semenjak tahun 1993 dan sehingga kini. Seri Keningau Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengeluar makanan utama di Malaysia, dengan menyediakan perkhidmatan katering, restoran dan juga pengedar produk makanan masakan melayu seperti ‘frozen food’ dan juga bahan rempah ‘ready made’ di Malaysia dan juga rantau asia. 

Kalau korang nak tau jugak, Seri Keningau Sdn Bhd juga bukan hanya tertumpu kepada rangkaian restoran, malah syarikat turut meyediakan perkhidmatan katering yang menerima tempahan makanan dan minuman bagi majlis perkahwinan, majlis akikah, majlis rumah terbuka, majlis korporat, majlis keraian di jabatan swasta dan kerajaan serta majlis-majlis yang dianjurkan kementerian-kementerian awam. 

Kira hebat jugak perniagaan Seri Keningau ni ek


Untuk perkhidmatan E-Katering ini, pihak Seri Keningau menyediakan perkhidmatan katering secara online yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

Pakej Perkahwinan
Pakej Buffet
Ala Carte Menu

Pakej Perkahwinan 

Pakej Buffet 

Ala Carte 

Kita boleh memilih pakej-pakej yang di sediakan dan hanya masukkan menu-menu yang korang berkenan dan mereka boleh customized mengikut pilihan kita. 

Kita boleh customized menu pilihan kita

Selain daripada perkhidmatan E-Katering, Seri Keningau juga ada menyediakan perkhidmatan lain seperti,

Restoran
Terdapat 5 cawangan restoran di Sabah dan 3 cawangan lagi di Selangor. Katering seperti majlis perseorangan, majlis korporat macam hari keluarga, kursus, seminar, hari sukan dan lelain lagi 

Perkahwinan

Selain daripada menyediakan pakej lengkap perkahwinan, juga terdapat penyewaan set khemah dan kelengkapan, pelamin dan lelain lagi 

Dari segi harga untuk pakej halal buffet katering ni, bila kak lily belek-belek tadi rasanya berpatutan kerana ianya mengikut budget kita. Yelah nak buat majlis bukannya murah sekarang ni so memang kena plan dari awal lagi ek. 


Untuk info lanjut mengenai cara tempahan menu makanan, korang boleh check it out di 

Website: 

Boleh hubungi toll free : 1 300 22 2323


Meh LIKE dan FOLLOW Seri Keningau di social media berikut : 


Facebook Page :

Instagram : 



Tuesday, April 24, 2018

Buffet Ramadan 2018 | Jom Food Truck Ramadhan di Putrajaya Marriot Hotel

Hi Korang, 


Citer pasal buffer ramadan 2018 lagi ek

Kali ni kak lily ke Marriot Putrajaya di Zest Restaurant


Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, fenomena Trak makanan dan street food menjadi begitu popular dan trend ini berada di barisan depan industri makanan jalanan yang menghidangkan anggaran 2.5 bilion orang setiap hari. Menu trak gourmet ini menghidangkan masakan etnik dan fusion. Sering memberi tumpuan kepada hidangan terhad tetapi kreatif pada harga yang berpatutan, mereka menawarkan pelanggan peluang untuk mengalami makanan yang unik dan berbeza dari restoran yang berdiri sendiri. 




Bulan Ramadhan ini bermula dari 19 Mei hingga 13 Jun 2018, Putrajaya Marriott Hotel teruja untuk menyediakan dan mewujudkan persekitaran yang benar-benar 'chillax' dan persekitaran bandar untuk Buka Puasa dan sangat teruja memperkenalkan Trak Makanan Jorn Ramadhan 2018





Ramadhan ini, selain dari hidangan tradisional tempatan dan tradisional, Food Truck mereka menawarkan makanan yang inovatif yang menghidangkan masakan Jepun, Arab, Mexico ke masakan Barat. 16 unit 'Food Trucks' dari pelbagai saiz dari 8'x 8 "hingga 15 'x 25' akan dipenuhi dan dipamerkan di Zest Lifestyle Restaurant yang di ruang dalaman dan luaran di lobby tingkat 1 

Pihak hotel yang memenangi anugerah yang diketuai oleh Chef Tengku Abdul Hakim Bin Tengku Yahya Shah dan pasukan Makanan dan Minuman bekerja keras untuk menyediakan hidangan makanan yang mewah dengan konsep Food Truck yang baru serta stesen memasak secara langsung interaktif. Di antara hidangan-hidangan istimewa di Food Truck adalah untuk mencari-cari ialah Seafood Kaava, Ayam Fajitas, Ayam Golek Bumbu Cabai, Kofta Burger dan Durian Cendol. Di samping buffet makanan yang besar, 'Dusun Buah' tradisional atau Orchard yang menawarkan Durian, Rambutan dan buah-buahan tempatan yang lain adalah salah satu tarikan utama. 

Terdapat juga persembahan kumpulan Ghazal-Buskers modern yang digelar ‘CIli Padi’ untuk menghiburkan para tetamu dan surau yang luas di sediakan untuk kegunaan para tetamu







DI bulan Ramadhan ini juga, pihak hotel menawarkan beberapa pakej istimewa iaitu ‘Ramadhan Stay and Meeting’ seperti: 

Full Day Meeting Package ( Non-Muslim Participants) 
RM 165 nett per person 
Meeting Facilities, Morning Coffee Break, Set Lunch at Zest Restaurant and Afternoon Coffee Break 

Full Day Meeting Package ( Muslim Participants) 
RM 165 nett per person 
Meeting Facilities and Ramadhan Buka Puasa Buffet 

Half Day Meeting Package ( Non-Muslim Participants) 
RM 145 nett per person 
Meeting Facilities, Set Lunch at Zest Restaurant and 1 Coffee Break 

Half Day Meeting Package ( Muslim Participants) 
RM 145 nett per person 
Meeting Facilities & Ramadhan Buka Puasa Buffet 

Add on: Ramadhan Buka Puasa at Zest at RM 118 nett per person ( for Non-Muslim Participants) 
Ramadhan Room Package RM 395 nett I RM 495 nett Single I Twin 

Package includes (valid from 19 May to 13 June 2018) : 

• 2 Days 1 Night Stay in a Deluxe Room 
• Sahur Mini Buffet at Zest Restaurant 
• Buka Puasa Buffet at Zest Restaurant 
• Scheduled shuttle to IOI City Mall 

Sempat jugak kak lily merasai beberapa hidangan 'food truck' ni tau,






Sedap bak hang!!


JOM FOOD TRUCK RAMADHAN 

Harga Walk In : RM145nett per adult/ RM100 nett per child (6-12 years) 

* Promotion period from 19 May - 13 June 2018 

* Early bird offer of RM118nett per adult/ RM70nett per child (6-12 years) is available for confirmed bookings made from 5 April to 5 May 2018. 

* Call the Ramadan Hotline at 603 : 8949 8922/8761/8655 or 603-8949 8888/1013/1028/1029 effective immediately to make reservations early. 

* Discounts for Group Bookings of 10 persons and above is available upon request. 

* Prior reservations are recommended to avoid disappointment. 

Jom kita ke:

Zest Restaurant 
Marriot Putrajaya Hotel 
IOI Resort City 
Putrajaya 
Phone: +60 3 89498888 
Fax:+60 3 89498999 




Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.