Saturday, April 21, 2018

REVIEW | ALTHEA Bare Essentials Skincare

Hi Korang, 


Penjagaan kulit muka amat penting bagi kita orang perempuan ni ek!! 

Sepemalas macam mana pun kena jugak pakai krim-krim muka ni, ek bukan apa takut tua sebelum usia je nanti. 

Kak lily nak citer dengan korang yang Althea Korea ada mengeluarkan produk penjagaan kulit muka dengan hanya 3 produk jer tau. 

Apa 3 item je dalam rangkaian Althea Bare Essentials??? 

Apalagi haruslah di grab wokeh.. 

Kalau korang nak tau Althea Korea memang tidak asing lagi bagi semua wanita di luar sana. Di Althea ni macam-macam produk ada dari skincare, make up dan macam-macam lagi lah. 



Kali ni Althea Korea memperkenalkan produk terbaru iaitu Althea Bare Essentials diperkaya dengan polifenol yang mampu melindungi kulit dari kesan pendedahan matahari dan minyak dari biji Althea yang melindungi kulit dari kekeringan 

Yang paling menariknya Althea Bare Essentials ini ada 3 item jer iaitu 

  • Contour Cleanser 
  • Primer Water 
  • Fixer Cream 

Kak lily cuba je dulu 3-4 hari ni alah bukan apa takut tak sesuai dengan muka kan hehehehe eh muka itu kan asset kita kan.


Langkah 1 : Contour Cleanser 

Pertama sekali guna Contour Cleanser Althea Bare Essentials ni ermm kemain wangi lagi ek sebab cleanser ni dari ekstrak Lemon dan Ice Plant yang menenangkan kulit muka. Tekstur cleanser ini agak pekat, padat dan ada biji-biji micro capsule yang keluar selepas campur dengan air. Paling kak lily suka cleanser ni macam cleanser, scrub, exfoliate dan menyahtoksik kulit dengan perlahan. Dengan satu cleanser jer senang tak perlu bawa produk yang lain lagi. 

Contour Cleanser ni kalau korang guna dia foam cream gitu. Kemudian campur dengan air dan buat urutan pada wajah dan akan rasa cleanser ni mencuci lebih mendalam sebab ada micro capsule tu serta rasa sejuk jer muka tau. 

Dari segi packaging cantik, mudah untuk picit pada tapak tangan. Berat sebotol Contour Cleanser 150g dan harganya RM23.00 sahaja.


Langkah 2 : Primer Water 

Selepas jer cuci muka boleh guna Primer Water. Tahu tak Primer Water ini digabungkan antara toner dan primer dalam satu botol. Hahhh memang best la tak perlu nak guna kapas muka. Letak jer tapak tangan dan sapu jer terus kat muka. Primer Water ni mengandungi dewdrop technology (Macro Fluidic Dispersion Technology) yang membolehkan penghidratan ke dalam kulit wajah secara perlahan-lahan. Diperbuat dari ekstrak snow lotus yang sangat lembut dan wangi serta tekstur Primer Water ini tidak cair dan sedikit pekat yang penting cepat meresap kedalam kulit muka. 

Nampak macam grand kan risau jer jatuh pecah hehehe. Berat sebotol Primer Water 200ml dan harga RM43.00 sahaja.


Langkah 3 : Fixer Cream 

Ok lepas jer sapu Primer Water haruslah kena pakai Fixer Cream ni. Fungsinya macam moisturiser gitu ye memang bagus untuk sebelum mekap juga. Formulanya tidak berminyak, cepat meresap dan memberi penghidratan selama 24 jam tau. Cream ini mengandungi green tea seed oil, collagen dari Baobab Tree ekstrak. Kalau ada green tea ni bau dia memang wangi lah dan sangat elok sebagai anti-oksidan kulit wajah. 

Selepas guna Fixer Cream kulit jadi lembut dan shining gitu. Tekstur cream agak sticky dan mudah meresap ke dalam kulit. Berat Fixer Cream 50g dan harga RM50.00 sahaja.


Dengan hanya 3 rangkaian skincare dari Althea Bare Essentials ini kak lily dapat rasakan kulit semakin lembut dan melembapkan kulit sepanjang hari. Memang mudah sangat tau dengan 3 barang sahaja untuk penjagaan kulit yang sihat. 

Psstt korang kalau beli set Althea Bare Essentials akan dapat percuma Cermin Edisi Terhad Bare Essentials di website Althea sekarang. Untuk harga set Althea Bare Essentials ini boleh dapati dengan harga RM116.00 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :- 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 




Jangan lupa singgah di Althea.kr tau...



Friday, April 20, 2018

Buffet Ramadhan 2018 | Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Hi Korang, 

Kita sambung lagi citer pasal buffet ramadhan 2018 dan kali ini kak lily sharekan dengan korang buffet buka puasa di Temptation Cafe, Rennaissance Kuala Lumpur Hotel. 


Lebih daripada 100 jenis hidangan bertemakan ‘Malaysian favourite’ yang senantiasa mendapat tempat di hati kita ketika bulan puasa. 


Daripada hidangan authentic pilihan tempatan seperti kerabu, jeruk dan pelbagai jenis sambal yang di hidangkan sekali bersama Nasi minyak, Nasi hujan panas dan Nasi bukhari dan tidak ketinggalan juga hidangan lauk pauk yang mampu menambahkan selera korang di bulan puasa nanti untuk berbuka 









Hidangan all time buka puasa favourite termasuklah Gado-gado, Rojak buah, Pasembor, assorted crackers, pickled fruits dan tak lupa juga hidangan harian Roasted whole lamb bersama sos percik dan grilled vegetable serta hidangan bubur lambuk disediakan sepanjang bulan ramadhan ini nanti 


Untuk buffet “MALAYSIAN FAVOURITE” ni, ianya bermula dari 16hb Mei 2018 hingga 17hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.30 malam. 


Harga buffet ramadhan di RENAISSANCE Hotel ni adalah 

RM138nett untuk dewasa 

RM69nett untuk kanak-kanak 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Renaissance Hotel Kuala Lumpur boleh hubungi di talian +03 2771 6692 atau layari rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com. 

Jom kita ke 

RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL 
Corner of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur 
Tel: 03 2716 9388 


Laman Web: 

Facebook : 

Instagram: 



Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



DERMA 365, Penjagaan Harian Untuk Kulit Sensitif Korang

Hi Korang.

Disebabkan oleh faktor persekitaran seperti pencemaran udara, perubahan suhu dari bahagian dalaman yang berhawa dingin kepada keadaan panas don lembap serta kekurangan penghidratan, menyebabkan kulit menjadi sensitif don tidak selesa, kering atau merekah. 

Guardian Malaysia yang mengendalikan rantaian lebih daripada 400 kedai, menyediakan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan don Kecantikan kepada lebih daripada 2.5 juta pelanggan Malaysia sebulan, dengan gembira memperkenalkan penyelesaian untuk kulit yang sensitif, rangkaian derma365 baru Gentle Cleanser don Gentle Lotion yang sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit kering don sensitif. 


Tentang derma365 

derma365 adalah barisan produk yang terbukti secara klinikal don dermatologi yang dirumus khas untuk menawarkan penyelesaian kulit sensitif harian untuk anda don keluarga anda. Kulit yang sihat memerlukan penjagaan yang khusus setiap hari, bukan sahaja sewaktu timbul masalah kulit. lnilah sebabnya mengapa derma365 Gentle Cleanser don Gentle Lotion adalah pH-seimbang don hypoalergenik, untuk melegakan kulit don melindungi kulit dari persekitaran luaran yang sukar. Semua produk derma365 dirumus agar lembut pada kulit don diformulasi bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, paraben, lanolin, bahan-bahan yang berasal dari haiwan, minyak mineral, SLS don SLES. 

derma365 dibangunkan di makmal Baxter don dibuat di Australia. Pusat Makmal, Penyelidikan & Pembangunan Baxter mempunyai kepakaran kulit don merupakan penerima anugerah bagi perkembangan teknologi dermatologi. Dengan pengetahuan don komitmen yang tinggi terhadap keperluan kulit yang unik, semua produk diformulasikan mengikut piagam don piawaian kualiti yang ketat. 

derma365 merupakan gabungan semulajadi don sains dengan Sensium 2, kompleks pelbagai faedah yang membantu menenangkan don melindungi kulit sensitif don kering. derma365 Gentle Cleanser don Gentle Lotion untuk semua jenis kulit menggabungkan organik Koloidal Oatmeal don Trimethylglycine yang membantu mempromosikan lapisan perlindungan kulit don melindungi dari persekitaran luaran yang mencabar. 

Trimethylglycine membantu untuk mengawal keseimbangan air di dalam kulit don membantu untuk melindungi daripada dehidrasi untuk kulit yang lembut don licin. Koloidal Oatmeal telah digunakan berabad lamanya sebagai agen penenang untuk menghalang daripada dehidrasi. Kepekatan tinggi kanji don hidrokolloid 13-D-glucan membentuk penghalang air yang mengikat air secara eksklusif bagi memegang kelembapan pada kulit. la jug a bertindak sebagai sistem penampan, membantu mengembalikan pH normal kulit. 

Untuk hasil yang terbaik, pengguna dinasihatkan mandi menggunakan air suam dengan derma365 Gentle Cleanser, diikuti dengan penggunaan derma365 Gentle Lotion untuk melembapkan kulit. 

Encik Alfonso Roderos, Pengarah Own Brand, The Dairy Farm Company berkata: "Oleh Kerana ramai orang yang mengalami kulit sensitit. maka kami mencipta produk yang mampu dimiliki yang boleh melegakan serta melindungi kulit daripada persekitaran luaran yang mencabar. derma365 mahu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati kulit yang lebih sihat dengan menawarkan produk yang berbeza don inovatif yang dirumuskan oleh makmal Baxter." 

Ms Antoinette Lasjunies, Ketua Penjagaan Peribadi, Own Brand, Kesihatan & Kecantikan, Kumpulan Dairy Farm menjelaskan bahawa gabungan alam don sains dalam rangkaian derma365 menawarkan pilihan pembersih don pelembap yang lebih lembut berbanding dengan rutin menjagaan kulit yang mengeringkan atau meyebabkan liang-liang pori tersumbat. "Semua produk derma365 dirumus menjadi lembut pada kulit don formulasi bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, parabens, lanolin, bahan-bahan dari sumber haiwan, minyak mineral, SLS don SLES 

derma365 boleh didapati secara eksklusif di Guardian bermula March 2018. Untuk maklumat lanjut, silo layari http://www.derma365.com/. 


derma365 Gentle Cleanser 

Formula yang lembut, pH seimbang don hypolergenik, diuji secara klinikal don terbukti secara dermatologi, khusus untuk pembersihan don pelembapan harian. la sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif don kering, untuk kedua• dua muka don badan. la membersihkan don menenangkan kulit kering serta membantu mempromosikan perlindungan kulit dari persekitaran luaran. Rumusan ini bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT don parabens, juga "non-comedogenic" yang tidak akan menyumbat liang-liang pori. 

Harga RM48.90 untuk 500ml derma365 Gentle Cleanser boleh didapati secara eksklusif di Guardian. 


derma365 Gentle Lotion 

Formula pH-seimbang don Hypoalergenik, diuji secara klinikal don terbukti secara dermatologi, khusus didedikasikan untuk pelembapan harian. la sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif don kering, untuk kedua-dua muka don badan. la melembapkan kulit don membantu mencegah dehidrasi untuk kulit lembut don licin. la melegakan kulit kering don membantu mempromosikan perlindungan kulit dari persekitaran luaran. Losyen ini mudah disapu diserap dengan cepat don tidak berminyak. Perumusan itu bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT don parabens, juga "non-comedogenic" yang tidak akan menyumbat liang-liang pori. 

Harga RM34.90 untuk 200ml derma365 Gentle Lotion boleh didapati secara eksklusif di Guardian. 

So kalau korang mengalami masalah kulit sensitif ni, kak lily syorkan untuk mencuba dulu produk Derma365 ni ek. Mana tau berkesan!!