Friday, April 13, 2018

Makan Malam DI EZIETECH CAFÉ, Bandar Baru Nilai

Hi Korang, 

Aduiyai citer pasal makan sedap lagi ek hehehehehe I liked it!! 

Sampai ke Nilai mencari tempat makan kan.


Sebenarnya Ezietech Cafe ni bebudak kat site office yang perkenalkan, kami kan ada site office di Bandar Enstek so memang dekatlah dengan Nilai ni, bila dah 2-3 kali diaorang duk citer so haruslah teringin nak pi cuba.

tempat buat air kat luar tau.. best ek

Kami sampai lewat petang cam tuh yelah habis kerja pun pukul 6petang so gedebak gedebuk sampai dalam pukul 7 malam cam tuh, tunggu lagi bebudak lain so lepas maghrib baru start order. 

Kalau korang nak tau Ezietech Cafe ni terletak di area Desa Cempaka, yang merupakan kawasan penempatan baru yang sememangnya di sekelilingnya kawasan perumahan tau. Selain daripada ada Ezietech Cafe, ada juga pelbagai jenis kedai makan lain yang menawarkan hidangan tomyam, fastfood dan pelbagai lagi.





Once korang masuk kedalam Ezietech Cafe ni korang macam akan pelik-pelik sket, rupanya Ezietech Cafe juga menjual pelbagai jenis aksesori untuk telefon bimbit seperti charger, powerbank, cable, casing dan banyak lagi Alah tak yah pelik sangatlah sebab itulah keunikan cafe ini. Kiranya sambil makan sambil cuci mata lah kan hehehehe.

ini bukan OOTD, ni OOTDak namo ek

Kak lily suka cafe ni sebab decornya yang simple dan banyak tempat boleh #OOTD itu yang lagi I liked it !

baguskan! kak lily suka konsep ni

Selain daripada meja makan biasa, Ezietech Cafe juga menyediakan tempat menikmati hidangan di meja yang menyediakan tempat caj telefon. Mudah bukan? Sambil kita caj telefon kita juga boleh menikmati hidangan yang dipesan. 

Dah tak yah nak merapu jom kak lily tunjukkan menu makanan di Ezietech Café ni. 

Pembuka Selera 

Kat sini pembuka seleranya kemain memacam lagi, sampai kitorang hari tuh pening nak order yang mana satu, ermm last-last order jugak 2-3 jenis menu gak 

Roti John RM10.00 

Ini merupakan signature dish di Ezietech Café ni, memang tak sah kalau makan kat sini tak order Roti John ni, Tengoklah saiznya besar dan padat isinya, isi daging dan keju melimpah ruah. Yang sos biru tuh merupakan mayones yang di tambah pewarna makanan untuk menjadi cantik 

Meatball RM15.00 

Kemain besar saiz meatballsnya, walaupun di hidangkan sekali bersama blackpeper sos tapi langsung tak pedas tau, sesuai untuk anak-anak makan. 

Cheezy Wedges RM6.00 

Tak de yang special pun wedgesnya kecuali sos keju yang melimpah ruah itu yang menambahkan algi kesedapannya. 

Hidangan Utama atau Main Course 

Antara hidangan yang telah kak lily cuba disini iaitu :- 

Riz Ultimate Burger 

Chicken and Cheese Crispy Burger RM14.00 

American Classic Cheese Burger RM15.00 

Uniknya burger yang dihidangkan di Ezietech Cafe ini menggunakan waffle sebagai roti. 'Patties'nya adalah 'homemade' memang tebal dan padat isi dagingnya. Apatah lagi dikombinasi bersama kentang goreng (fries), salad dan timun dan paling penting ada keju yang meleleh. Sosblackpepper sedap dan tak pedas di datangkan sekali bersama set burger ini. 

Spaghetti Udang Galah RM12.00 

Udang galah kemain besau ek, spagethinya di masak al dente, dan rasanya authentic. Ada rasa pedas sket maybe penggunaan capsicum yang pelbagai warna tuh kan 

Riz Chicken Chop Rice RM9.90 

Riz Chicken Grill Rice RM9.90 

Kena cuba, satu-satunya hidangan yang disertakan dengan nasi sekali, ayamnya diperap dengan sos yang sedap. Yang best tuh, portion nasinya sket je ermm kira macam nak bagi kita kurangkan makan nasi kan tapi tak per kak lily ok je



Nak tambah info lagi yang Ezietech Cafe sebenarnya sangat popular dengan hidangan pencuci mulut yang menggunakan durian sebagai salah satu ramuan utamanya. Paling penting pencuci mulut yang mempunyai durian ini akan sentiasa ada stoknya dan tidak akan ditawarkan mengikut musim. 

Duren Bar Special Menu 

Bagi peminat durian korang harus mencubanya semua. Kak lily sendiri sangat teruja menikmati pencuci mulut yang mempunyai durian didalamnya walaupun kak lily tak makan. Antara yang ditawarkan didalam seleksi Duren Bar seperti:-

Duren Bar Bubble RM6.00 
Duren Bar Aiskrim RM8.00 
Duren Bar Original RM6.00 
Duren Bar Oreo RM8.00 

Riz Cendol 

Bagi yang tidak makan atau tak berapa gemar durian di letakkan di dalam cendol, korang boleh cuba seleksi Riz Cendol seperti:-

Cendol Bubble RM6.00
Cendol Aiskrim RM10.00
Cendol Mangga RM8.00 
Cendol Nata D'coco RM10.00

Dan sekiranya kita hendak mencari durian yang segar dan lemak isinya, kita juga boleh mendapatkannya di sini ketana ianya juga dijual mengikut kilogram. Kiranya kalau teringin nak makan durian boleh je terus datang ke Ezietech Café ni 

Bagi kak lily, harga menu makanan yang di tawarkan di sini berpatutanlah dengan portion menu. Just nice omputih kata, tak mahal sangat dan tak murah sangat. Sesuai dengan budget kita rakyat marhaen nil ah 

Jom kita ke: 

Ezietech Cafe 
No. 12 (1F), Cempaka Street Mall 2, 
Jalan BBN Nilai 6/3A, 
Desa Cempaka, 71800 Nilai, 
Negeri Sembilan. 

Telefon: +60 6-790 9925




Info Tambahan:
Parkingnya luas so jangan bimbang.



Mari LIKE dan FOLLOW Ezietech Cafe di social media berikut:- 

Instagram Link: 

Facebook Link: 






Thursday, April 12, 2018

Program “Summer School 2018” Anjuran UiTM Melaka

Hi Korang,


Buat julung kalinya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka akan menganjurkan Program “Summer School” yang bertemakan Media, Arts, Culture in the City: Exploring the Dynamics of Melaka, Malaysia World Heritage City 2018 (MACC 2018). 


Program yang akan berlangsung bermula 30 Julai 2018 sehingga 3 Ogos 2018 ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta meneroka Bandaraya Melaka yang diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2008.



Berkonsepkan experiential learning atau pembelajaran berasaskan pengalaman, para peserta MACC 2018 akan didedahkan dengan keunikan budaya dan cara hidup pelbagai lapisan masyarakat di Melaka melalui aktiviti-aktiviti berbentuk lawatan, games, aktiviti rekreasi, syarahan, tutorial dan lain-lain. 

Antara tumpuan utama MACC 2018 adalah pendedahan budaya dan sejarah Bandaraya Melaka melalui perspektif media baharu. Peserta MACC 2018 turut berpeluang melihat dan merasai sendiri keunikan budaya dan kesenian di sekitar Bandar Melaka. 



MACC 2018 juga mensasarkan penyertaan khususnya di kalangan mahasiswa/mahasiswi luar negara. Dengan kadar bayaran yuran sebanyak US$380, para peserta MACC 2018 juga berpeluang untuk bertukar pendapat dan pandangan mereka dari latar belakang pendidikan yang berbeza, mahupun di peringkat diploma ataupun ijazah sarjana muda. 

Penyertaan MACC 2018 dibuka sekarang sehingga 29 Jun 2018 di laman sesawang http://summerschool.uitm.edu.my/

Jom LIKE dan FOLLOW MACC 2018 seperti berikut :

Facebook:

Twitter:

Instagram:




Wednesday, April 11, 2018

Program ‘Dakwat Di Jari’ Anjuran AIDIJUMA Sempena Pilihan Raya Umum Ke-14

Hi Korang,

Sempena kehangatan pilihan raya umum yang bakal diumumkan, TV9 mengambil inisiatif menerbitkan sebuah program berbentuk bual bicara khusus untuk wanita iaitu Program ‘Dakwat Di Jari’ (DDJ), yang akan membincangkan pelbagai isu menarik sepanjang tempoh berkempen dan akan disiarkan secara langsung selama satu jam bermula 5.00 petang di TV9 mulai Hari Penamaan Calon sehingga sehari sebelum tarikh mengundi. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Mohamad Ishak, berkata, “Dakwat Di Jari adalah satu-satunya program bual bicara politik khas untuk wanita menzahirkan pendapat dan buah fikiran mengenai demokrasi serta harapan untuk lima tahun akan datang. Program ini menampilkan wanita-wanita berpengaruh dalam industri politik negara seperti ahli politik, selebriti dan ahli akademik. Pelbagai isu kepentingan wanita bakal dikupas oleh tetamu jemputan menerusi program ini. 


Majlis pelancaran Dakwat Di Jari turut dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah dan Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa MPB, Datuk Manja Ismail, serta Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma Colors Group, Datin Norjuma Habib Mohamed, selaku penaja program. 

Antara tetamu yang diundang untuk menghangatkan perbincangan topik Dakwat Di Jari termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Nancy Shukri, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Siai Kee; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar; dan Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy. 


Selain Dakwat Di Jari, TV9 turut membariskan pelbagai liputan menarik dan terkini sepanjang tempoh PRU14 yang meliputi siaran langsung pembubaran Parlimen, sidang media oleh SPR bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi, pelancaran manifesto parti dan siaran langsung keputusan PRU14. 

Program Dakwat Di Jari merupakan terbitan bersama Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad dan Primeworks Studios, yang diterajui oleh Pengarang Eksekutif TV9, Wan Sabariah Shikh Ali manakala barisan penerbit ialah Nur Irjuana Mohd Ishar, Ahmad Farith Zahir dan Norhakimi Naim serta ditaja oleh Aidijuma Colors Group. 

“Aidijuma bertekad untuk memperkasa wanita, yang juga merangkumi lebih daripada 50 peratus jumlah pengundi di Malaysia. Tujuan kami untuk menaja kempen Dakwat Dijari ini adalah merupakan salah satu cara untuk memberi galakkan kepada para wanita supaya tampil untuk menyuarakan pendapat mereka di kalangan masyarakat dengan mengundi apa yang mereka percayai,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma Colors Group, Datin Norjuma Habib Mohamed. 

Melalui kempen 2018 ‘Dakwat Di Jari’, sesiapa sahaja boleh mendapatkan koleksi #rayapilihan Aidijuma pada harga istimewa di kesemua 13 kedai konsep seluruh dan 15 kedai konsep mudah alik, Scarf Machine.send.sell.story di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. 




Maklumat terperinci mengenai kempen ini akan disebarkan melalui media digital instagram @aidijuma @scarfmachine, laman Facebook Aidijuma Scarf, laman Twitter @aidijumascarf dan di YouTube Colors Digital, juga dengan hashtag #rayapilihan, #dakwatdijari dan #aidijuma. Koleksi Tudung Bawal Aidijuma™ dan Shawl Bawal #rayapilihan pasti memberi mood ceria dikala ketegangan musim mengundi. 

Aidijuma di Laman Sosial Media: 

Laman Sesawang : www.aidijuma.com

Facebook : Aidijuma Scarf 

Instagram : aidijuma atau scarfmachine 

Twitter : aidijumascarf 

YouTube : Colors Digital