Monday, April 9, 2018

D'LAKSA, Terkenal Dengan Hidangan Asam Laksa Sedap Tau

Hi Korang, 


Asam laksa!! 👀 👀 👀 👀

Bagi kak lily semangkuk asam laksa ni, mempunyai rasa yang tersendiri dan bahan-bahan yang lengkap even kalau tak de bawang sket pun maka tak lengkaplah hidangan asam laksa ni kan. 

Tapi…. 

Kat mana nak cari penang asam laksa yang sedap di sekitar Lembah Klang ni ek??? Ermm garu-garu kepala sekejap. Banyak tempat dah kak lily cuba even di gerai makcik tepi jalan kat area rumah kak lily ni tapi payah nak dapat kesempurnaan tuh lah. 


Kebetulan pulak, hari tuh bebudak ni ajak pi makan asam laksa lepas balik kerja so kak lily joinlah. Yelah mana je ada tempat makan sedap haruslah di cuba kan. Bila one of the geng, suggestkan jom cuba makan asam laksa di outlet D’LAKSA di dalam Mytown Shopping Centre ni cepat-cepat kak lily agree ye. 

Kalau korang nak tau outlet D’LAKSA di Mytown Shopping Mall ni comel je, terletak ground floor mall ni. Turun je escalator kat tepi tuh dah boleh nampak D’LAKSA berhadapan dengan Gintell shop, alah ada beratur panjang-panjang tuh itulah dia. Walaupun cam cubic kecik tapi siap ada tempat makan sekali gak tau. 

Terdapat tiga hidangan yang ditawarkan adalah Asam Laksa (RM7), Asam Fishball (RM5) dan Rojak Buah (RM5)


Menariknya untuk cawangan D'Laksa MyTOWN Cheras ianya juga ditawarkan dalam bentuk kombo iaitu D'Light Deal For 2 yang berharga RM28. Didalam kombo ini didatangkan 2 set asam laksa, 2 pilihan minuman sejuk (lemonade, ice lemon tea atau Milo) dan juga side dish 1 Asam Fishball dan 1 rojak buah. Namun untuk side dish kita juga boleh membuat pilihan samada untuk mengambil 2 set Asam Fishball atau 2 Rojak Buah. 

Nampak tak? 
Siap ada combo-combo set bagai ek 


kemain fishballs berenang-renang ek hehehe

Terus kami order sorang satu ek, langsung tak nak kongsi-kongsi makan ermm betul-betul lapar bebudak ni lah. Yang bagusnya, menunya simple dan tak pening kita sebagai pelanggan nak memilih sebab senang nak order. 


Pada pendapat kak lily, asam laksa ni rasanya sangat pekat dengan isi ikannya seketul-seketul boleh nampak dalam mangkuk asam laksa ni. Bila cakap pasal rasa, memang korang kena rasa sendiri then baru korang faham apa yang kak lily masukkan dengan rasa kuah asam laksa tuh ek. 


Asam fishballs ni memang unik betul, selalu orang jual mee dan fishballs ni hanya fishballs je, saiznya kemain besar-besar pulak tuh. Even kak lily makan tiga biji dah kenyang, hirup plak dengan kuahnya sekali 


Kiranya rojak buah ni macam pencuci mulut lah, dah makan pedas-pedas panas-panas bagai yang ni merupakan penyejuk tekak. Ada timun, nenas, sengkuang dan lelain lagi, ermm ini pun licin jugak.

Meh layan video kelakar kak lily ni ek


So apa pandangan korang plak ?? 

Ermm kena cubalah dulu then barulah tau cam ne keenakan asam laksa di D’LAKSA ni ek. 

Bukan setakat di Lembah Klang je outletnya, ada lagi ni hah 

Johor Baharu 
- KSL City Mall 
- Sutera Mall 
- AEON Bukit Indah 

Melaka 
- Dataran Pahlawan Melaka Megamall 

Selangor 
- AEON 1Utama 
- AEON IOI Mall Puchong 
- AEON Mall Shah Alam 

Kuala Lumpur 
- MyTown Mall Cheras 
- AEON Midvalley Megamall 
- AEON Taman Maluri 

Penang 
- AEON Quensbay Store 

Ermm tak ke banyak outlet tuh kan, so tak de alasanlah untuk korang cakap tak boleh nak rasa ek hehehe 

tak cukup satu, siap tapau bawak balik ek hauhauhau

Orang kata bila sejuk-sejuk dalam mall ni, dapat pekena sesuatu yang panas tak ke awesome kan!! Alah kalau dah teragak tuh, jomlah pi makan ek

Untuk info lanjut boleh check it out di social media D’LAKSA ni, 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 



SAFI SHOWER


Hi Korang,

Selain kekalutan dan tekanan bekerja, jangan biarkan kulit anda terdedah dengan kotoran dan habuk akibat pencemaran! Keadaan cuaca yang tidak menentu, udara yang kering akibat penghawa dingin, kualiti tidur yang merosot serta tabiat pemakanan yang tidak sihat sering menjadi foktor kulit rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. 

Bagaimana kita memanjakan diri adalah cerminan terhadap cara kita memberi layanan terhadap orang sekeliling- keluarga, ibu bapa, mahupun rakan sekerja. Semakin tinggi kasih sayang kita terhadap diri, semakin tinggilah juga kasih yang di sebarkan sepanjang hari. Segalanya bermula dari dalam diri. 


SAFI- rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30 tahun merupakan jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER. Seiring dengan namanya, rangkaian ini amat sesuai untuk seisi keluarga! Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberikan perlindungan harian kepada seluruh keluarga. 

Umpama menikmati ketenangan biasan jingga saat terbenamnya matahari di ufuk barat, rangkaian SAFI SHOWER merupakan inspirasi dari keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit, digabung dengan manfaat alam semulajadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria. 

Masa mandi seringkali dianggap sebagai rutin biasa dan bukannya saat untuk membelai dan memanjakan diri dari tekanan seharian. Dengan rangkaian SAFI SHOWER, saat mandi anda kini lebih bermakna! Selangkah ke dalam bilik mandi bagaikan mencecah kaki ke pasir pantai sambil ditemani hembusan angin yang mententeramkan. Setiap buih yang terhasil membawa bersama haruman yang menenang serta menyegarkan, sambil membelai kulit agar lembut, licin dan lembap. 

Di majlis pelancaran SAFI Shower baru-baru ini di Capri Fraser Bangsar.

Mr Sriram Ms Pan Choi Yen MsJessie Wong & Pn Mahsuri dari SAFI Malaysia

Nuansa SAFI SHOWER hadir dengan keunikan tersendiri. Adunan segar kelazatan mocktail yang hadir dalam botol dengan rona tropika- kuning, jingga, merah jambu dan hijau sangat menarik perhatian dan menceriakan suasana. 

Selain itu, bentuk pam yang ekonomik memberikan anda kawalan menyeluruh ketika menggunakan gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga. SAFI SHOWER juga boleh didapati dalam pek isian semula bersaiz 850g. 

Rangkaian terbaharu ini hadir dalam 4 variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan keluarga anda. Setiap olesan pada kulit dilengkapi dengan ciri-ciri antibakteria yang membuatkan kulit anda lebih bersih. 

2 bentuk formulasi, iaitu gel dan krim mandian telah dihasilkan bagi melengkapi citarasa ramai. Bagi anda yang sukakan tekstur gel, variasi Serai Lime Splash dan Passion Honey Frost merupakan gel mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang seimbang. Bagi mereka yang gemarkan tekstur krim, Kokonut Shake dan Berry Smoothie pula diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol dan bebas paraben. Setiap sentuhan pada kulit mengandungi tekstur yang sangat lembut seperti menikmati bisikan halus bayu laut semasa bercuti di pulau Hawaii! 

Ramuan terbaik SAFI SHOWER dipilih dengan teliti agar anda dapat menikmati masa mandi umpama menyedut segelas mocktail yang penuh kelazatan dengan aroma yang menyegarkan! 

1. Serai Lime Splash: 

Untuk ‘layanan’ ala tropika yang sebenar, gabungan ramuan segar- serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti-bakteria semula jadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan setiap deria anda! 


2. Passion Honey Frost: 

Bagi yang mengimpikan belaian romantis ala bulan madu di pantai, kemanisan madu yang dipadankan dengan kesegaran passion fruit bukan sahaja menghangatkan suasana, malah memberikan kulit anda kelembapan berganda apabila dibilas bersama ketika mandi. 


3. Kokonut Shake: 

Berehat dan bermanja tidak lengkap tanpa merasai kesegaran minuman air kelapa. Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkan kulit, malah menjadikan permukaan kulit anda kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri! 


4. Berry Smoothies: 

Buat si pengambara yang ingin berasa seperti berada di tepi kolam renang, gabungan strawberi, limau dan barli memberikan manfaat pencerahan semulajadi. Kini, anda boleh keluar bersantai sambil menikmati sinaran matahari dengan lebih yakin! 


Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya besar dan pasaraya hyper. Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau RM12.90 (850g pek eko isian semula). Selain itu, bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat, anda boleh menjimatkan masa melalui penghantaran SAFI Shower terus ke pintu depan anda dari https://shopee.com.my/

Untuk maklumat lanjut boleh check it out di :

Facebook SAFI:

Instagram: 
SAFI@safimalaysia

laman Youtube SAFI di

laman sesawang SAFI di 


Sunday, April 8, 2018

Buffet Ramadhan 2018 Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang, 



Sebagai pendekatan Ramadhan, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan tetamu dengan buffet ramadhan mewah. Ini adalah cara yang baik untuk memperkuat hubungan dan berkongsi kegembiraan bulan suci. Bermula dengan penampakan bulan baru, GBWHSA akan membawa tetamu ke Timur Tengah dengan suasana yang mempesona di Royale Songket. 



Pakar-pakar masakan di hotel telah mencipta keseronokan masakan khas untuk pelanggannya sepanjang bulan Ramadhan. Para tetamu akan menikmati makanan istimewa yang telah disediakan untuk memperingati bulan istimewa ini. 



Hidangan buffet Ramadhan di sini mempamerkan lebih daripada 100 hidangan yang berbeza dari salad yang baru disediakan dan kerabu, sup, hidangan panas serta pencuci mulut yang menggembirakan, pelbagai minuman pengusik dahaga dan hidangan gerai aksi memasak untuk memilih dan menikmati keseronokan Ramadhan kegemaran korang. 



Beberapa hidangan yang bakal menjadikan santapan korang seperti Masak Lemak Ikan Tenggiri, Sambal Tempe with Jering, Sweet and Sour Squid, Pizza Margarita, Braised Beef Wellington, Assorted Dim Sum, Sautee Meatballs, Bolognese, 





Sebagai tambahan, terdapat hidangan tempahan seperti Rojak Buah, Sotong Kangkung, Lemang, Lemang Pulut/Hitam, Ketupat Palas, Serunding Daging, Serunding Ayam, Lontong, Kari Ikan, Asam Pedas, Roti Chennai, Murtabak, Tandoori Chicken with Naan Bread, Mee Udang, Asam Laksa, Hainan Chicken Rice dan banyak lagi. 

Selain tuh, ada stall ‘goreng-goreng’ seperti Pisang Goreng, Keropok Lekor, dan Roti John termasuk jugalah salad tempatan seperti pelbagai jenis kerabu, jeruk buah-buahan dan pelbagai jenis sambal. 



Hidangan timur tengah juga turut diperkenalkan seperti Ayam Golek, Baba Ghanoush, Chicken Shawarma, Chicken Makhbous Beef Ball Kofta with Tomato Stew dan banyak lagi 




Untuk pilihan pencuci mulut adalah seperti Ice Kacang, Marble Cheese Cake, Chocolate Moist Cake, Fruit Cocktail, Kuih Ketayap, Kuih Keria, Bubur Pulut Hitam, Serawa Pisang, Banana Bread & Butter Pudding and Malaysian’s top favourite Sago Gula Melaka

Harga buffet ramadhan di Restoran ROYALE SONGKET adalah,

RM125nett bagi dewasa 

RM66nett bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun) 

Ada lagi, 

Untuk EARLY BIRD pula (tempahan sebelum 30th April 2018) 

RM95nett bagi dewasa

Selain penyediaan menu-menu sedap, para tetamu bakal diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara langsung dan juga solat Maghrib berjemaah bersama Iman di Musolla yang di khaskan. 


Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Sales & Marketing Department ditalian 03-55118811 ext. 2801, 2804 or 2806. Boleh juga email di dosm@bluewavehotels.com

Jom kita ke 

Restoran Royal Songket & Dewan Rebana 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 


Laman Web: 

Facebook: 


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.