Wednesday, April 4, 2018

Buffet Ramadhan 2018 | Citarasa Ramadhan di Ibis Style Kuala Lumpur Cheras

Hi Korang, 


Review buffet Ramadhan menjelma kembali yeahhh 


Ini kali pertama kak lily jejakkan kaki ke Ibis Style Kuala Lumpur Cheras ni tau. La rupanya dekat bebenau dengan area office kak lily ni. Berwaze bagai masa nak kemari tapi bila dah sampai tuh baru perasan lah dekat je pun. 


Ibis Styles Kuala Lumpur Cheras Hotel merupakan hotel bertaraf 3 bintang di Cheras yang mempunyai 156 bilik di seluruh 6 tingkat bangunan ini. Lokasi yang bersesuaian di Cheras hanya 15km ke KLCC dan 35 minit ke Subang Airport dan kalau korang nak tau yang hotel ini telah beroperasi dari tahun 2010. 

Berkonsepkan buffet ‘Citarasa Ramadhan’, kali ni Ibis Style Kuala Lumpur Cheras mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan yang suci ini dengan pelbagai pilihan tradisional dan tempatan yang berwarna-warni yang bakal memenuhi selera para penghujung tak kira tua mahupun muda. 

Jom kak lily kongsikan korang beberapa jenis menu hidangan bagi buffet Ramadhan kali ni ye.. 












Ini yang sempat kak lily ambil gambar masa makan, yang lelain ermm kedalam perut dah wei hehehehhee

sup tulang

sate

masak mee udang ye bang hehehhe

Untuk buffet ‘Citarasa Ramadhan’ ni, ianya bermula dari 20hb Mei 2018 – 11hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah 

EARLY BIRD : RM52++, pembelian voucher dari 1hb April sekarang hingga 10hb Mei 2018, yang mana voucher boleh di gunaan dari 20hb Mei hingga 11hb Jun 2018 

Harga Walk In RM58++ 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Ibis Style Kuala Lumpur Cheras boleh hubungi di talian 03-9086 8888, sambungan 8882 

Jom kita ke :- 

Ibis Style Kuala Lumpur Cheras 
Jalan c180/1, 
Dataran C 180, 
43200 Cheras, 
Kuala Lumpur 

Tel: 03-9086 8888



Laman Web: 

Facebook: 



Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 





Guardian Memperkenalkan Rangkaian Penjagaan Rambut Botaneco Garden Trio Oil

Hi Korang,

Adakah anda mempunyai kelemumur? 


Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kejadian kelemumur dialami hampir 50% [1] populasi masyarakat. Walaupun kelemumur tidak berjangkit atau berbahaya, ia boleh menyebabkan seseorang kelihatan tidak kemas atau kurang higenik; dan menyebabkan mereka berasa malu serta kurang keyakinan diri [2]

Botaneco Garden Trio Oil

Kelemumur boleh berpunca daripada beberapa perkara, dengan kulit kering menjadi penyebab yang paling kerap [3]. Antara sebab lain termasuklah penjagaan kulit kepala dan rambut yang tidak teratur atau tidak betul, penggunaan syampu yang berlebihan dan kulit kepala yang sensitif terhadap produk penjagaan rambut. 

Walaupun kebanyakan rawatan anti-kelemumur berkesan dalam mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur namun terdapat kebimbangan di mana sebum akan dikeluarkan dari rambut dan kulit kepala, menjadikannya lebih cenderung berkuping akibat kekeringan, manakala rambut pula mungkin kering dan sukar diurus [4]


Guardian telah memperkenalkan syampu dan perapi anti-kelemumur kepada rangkaian Trio Oil Organik Botaneco Garden, yang diilhamkan dari alam semula jadi. Jenama Botaneco Garden dikonseptualisasikan, dimajukan, dihasilkan, dan boleh didapati secara eksklusif di Guardian [5]. Rangkaian anti-kelemumur ini adalah pilihan pengguna yang mempunyai kesedaran mengenai eko yang menggemari syampu dan perapi harian yang lembut namun berkesan untuk menangani kelemumur [6]

Syarikat penyelidikan, Euromonitor International, melaporkan ramalan positif bagi pasaran kesihatan dan kecantikan antarabangsa iaitu pertumbuhan tahun ke tahun secara berterusan 2017-2018 untuk mencapai 2.6% bagi industri global. Segmen-segmen seperti penjagaan rambut dan kulit masing-masing dijangka menunjukkan pertumbuhan sebanyak 1.4% dan 3.3%. 


Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., En Alfonso Roderos menjelaskan bahawa syarikat mengalami perkembangan pesat yang seiring dengan segmen penjagaan rambut dan kulit melalui jenama-jenama seperti Botaneco Garden. 

"Keperluan, nilai dan jangkaan pengguna produk kecantikan akan semakin cenderung dan prihatin terhadap kesihatan dengan mencari formula yang bebas dari bahan kimia berbahaya serta lebih menekankan kepada pilihan yang mesra alam, bebas daripada kekejaman, menawarkan pengalaman yang baik dan memberi tumpuan kepada keperluan untuk pengalaman jenama yang lebih tulen dalam kehidupan sebenar, dan melalui platform digital," kata Roderos. 

Guardian Malaysia kini mengendalikan lebih daripada 400 rangkaian kedai, yang menyediakan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan yang tiada tandingan kepada lebih 2.5 juta pelanggan Malaysia sebulan, di seluruh negara. Ia adalah antara rantaian kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi yang terkemuka di Malaysia. 

Roderos mengatakan bahawa jenama Botaneco Garden berkembang pesat selaras dengan peningkatan minat pengguna terhadap bahan mesra alam. Jenama ini kini mempunyai 43 produk sejak diperkenalkan pada tahun 2013. 


"Trend global yang semakin meningkat bergerak ke arah produk yang lebih lembut dan mesra alam sekitar[7]. Produk-produk ini sering menggunakan bahan mesra alam, berasaskan organik, dan mampan. Sudah menjadi satu kebimbangan global untuk mengurangkan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar serta memberi keyakinan terhadap kualiti proses yang dibawa[8]. Dengan Botaneco Garden, Guardian dapat memberikan apa yang diingini oleh pengguna pada harga yang berpatutan dengan jaminan produk yang diuji secara dermatologi dan terbukti dengan kualiti, bahan-bahan yang terjamin eko," kata Encik Roderos. 

Terdapat empat kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi [9] dan Aloe Vera sebagai bahan utama, rangkaian premium Minyak Argan dan Minyak Zaitun Organik, rangkaian Botaneco Garden Baby yang menggunakan Chamomile dan Koloid Oatmeal yang terjamin eko untuk rangkaian bayi yang lembut dan berkesan; dan rangkaian Trio Oil Organik yang menggunakan Trifecta 100% minyak yang dijamin eko - Babassu, Baobab dan Chufa. 

Kebanyakan produk Botaneco Garden mempunyai formula bebas dari Parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin & DEA [10] untuk rumusan yang unik dan prihatin bagi kulit, rambut, dan juga alam sekitar. 

Setiap produk dalam rangkaian Trio Oil Botaneco Garden mempunyai lima pelembap - tiga minyak utama, dan dua lagi yang dipilih kerana fungsi khusus mereka untuk rambut dan kulit. Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Oil Organik Botaneco Garden diperkaya dengan Jojoba dan minyak kelapa. Manfaat pelembab dari rangkaian ini menjadikannya lembut dan berkesan dalam mengurangkan pembentukan kelemumur yang biasanya disebabkan oleh pengeringan kulit yang berlebihan dan aktiviti kelenjar minyak yang berlebihan [11]

Kajian penyelidikan menekankan manfaat minyak jojoba sebagai bahan pelembab. Secara tradisional minyak jojoba telah digunakan untuk rambut di Amerika Latin dan rawatan kecantikan sebagai perapi kulit dan rambut [12]. Ia terkenal dengan penyerapan yang cepat [13]

Minyak kelapa mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kelembapan rambut dengan baik [14]. Ia telah digunakan secara tradisional untuk kulit dan perapian rambut, dan untuk mengurangkan tanda-tanda kelemumur dengan mengurangkan keadaan kulit kering. 

Kadar tinggi pengunaan syampu menjadi pasaran terbesar bagi kategori pejagaan peribadi, mewakili 37% daripada jumlah pasaran penjagaan rambut antarabangsa [15]. Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, penggunaan syampu mungkin lebih tinggi daripada purata global kerana kebanyakan rakyat Malaysia cenderung untuk mencuci rambut setiap hari. 

"Dengan Botaneco Garden, kami telah mencipta keseimbangan antara alam semula jadi dan sains yang menyediakan rutin penjagaan rambut yang lembut dan prihatin, walaupun untuk kulit kepala dan rambut yang cenderung untuk menghidapi kelemumur. Lima pelembab dalam produk Botaneco Garden menangani kulit kepala kering, iaitu penyebab kelemumur yang paling kerap. Penggunaan minyak pati seperti pudina, mentol dan minyak pokok teh yang secara tradisinya digunakan untuk mengurangkan kepingan kelemumur selari dengan faedah-faedah pelembab dalam rangkaian Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden," kata Cik Michelle Yeap, Pengurus Produk, Kesihatan & Kecantikan Kumpulan . 

Ciri-ciri Minyak Pokok Teh telah dikaji dan diuji dalam ujian makmal [16] untuk keberkesanannya dalam mengurangkan pembentukan kelemumur, dan memperbaiki keadaan kulit kepala dan rambut. Pudina mengandungi mentol, selenium dan zink yang dibuktikan sebagai bahan anti empingan [17]

"Bagi mereka yang mempunyai kelemumur, ambil perhatian bahawa ianya tidak boleh sembuh tetapi dapat dikurangkan. Penggunaan harian dari rangkaian penjagaan rambut anti-kelemumur yang lembut dan diilhamkan daripada alam semulajadi seperti Syampu dan perapi Anti-Kelemumur Trio Minyak Organik Botaneco Garden boleh membantu mengurangkan pembentukan kepingan kelemumur, sambil menjadikan rambut halus dan lebih mudah diurus. Apabila rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang lebih baik, pengguna boleh bertukar kepada syampu dan perapi yang lembut untuk penggunaan harian, dengan rangkaian anti-kelemumur yang sedia ada jika keadaan itu kembali," kata Yeap. 


Syampu dan Perapi Anti-Kelemumur Botaneco Garden Organic Trio Oil berharga RM19.90 setiap satu, dan boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara, dan melalui e-store Guardian www.guardian.com.my. 

[1] Ranganathan S, Mukhopadhyay T. Dandruff: The most commercially exploited skin disease. Indian J Dermatol. 2010;55:130–4. [PMC free article] [PubMed

[2] "A Practical Guide to Scalp Disorders". Journal of Investigative Dermatology Symposium Proceedings. 12: 10–14. December 2007. doi:10.1038/sj.jidsymp.5650048. PMID 18004290


[4] http://ijpsr.com/bft-article/an-overview-of-dandruff-and-novel-formulations-as-a-treatment-strategy/?view=fulltext 


[6] https://www.cosmeticsdesign-europe.com/Article/2018/01/12/Euromonitor-latest-projections-on-global-beauty-market-for-2018 

[7] Green marketing: Consumers’ Attitudes towards Eco-friendly Products and Purchase Intention in the Fast Moving Consumer Goods (FMCG) sector. (http://www.diva-portal.org/smash/get/diva2:553342/fulltext01) 

[8] Green marketing: Consumers’ Attitudes towards Eco-friendly Products and Purchase Intention in the Fast Moving Consumer Goods (FMCG) sector 

[9] http://www.mdpi.com/2304-8158/7/2/21/htm 

[10] http://www.botanecogarden.com/en-hk/faq/ 

[11] INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF PHARMACY ISSN 2230 – 8407 Available online http://www.irjponline.com Review Article POTENTIAL OF HERBALS AS ANTIDANDRUFF AGENTS Singla Chhavi*1, Drabu Sushma1, Ali Mohammad2 

[12] G Ital Dermatol Venereol. 2013 Dec;148(6):687-91. Jojoba in dermatology: a succinct review.Pazyar N1, Yaghoobi R, Ghassemi MR, Kazerouni A, Rafeie E, Jamshydian N (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24442052) 

[13] http://www.centerchem.com/Products/DownloadFile.aspx?FileID=6962 

[14] https://www.naturalmedicinejournal.com/journal/2014-05/treatment-dermal-infections-topical-coconut-oilTreatment of Dermal Infections With Topical Coconut Oil A review of efficacy and safety of Cocos nucifera L. in treating skin infections By Lindsey K. Elmore, PharmD, BCPS, Gwen Nance, Samantha Singleton, and Luke Lorenz 

[15] https://knowledge.ulprospector.com/6253/pcc-shampoo-formulations-through-the-years/ 

[16] J Am Acad Dermatol. 2002 Dec;47(6):852-5.Treatment of dandruff with 5% tea tree oil shampoo. Satchell AC1, Saurajen A, Bell C, Barnetson RS

[17] INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF PHARMACY ISSN 2230 – 8407 Available online http://www.irjponline.com Review Article POTENTIAL OF HERBALS AS ANTIDANDRUFF AGENTS Singla Chhavi*1, Drabu Sushma1, Ali Mohammad2

Tuesday, April 3, 2018

ROAD TO MAHA 2018 ZON UTARA Di Teluk Intan, Perak, Kemain Meriah Lagi Ek

Hi Korang, 

Dah terlanjur kak lily pi press conference MAHA 2018 2 minggu lepas, hujung minggu lepas iaitu pada 31hb Mac hingga 1hb April 2018 kak lily berkesempatan ke ‘Road To MAHA 2018 bagi zon utara di Dataran Menara Condong Teluk Intan Perak. 

Eh of courselah meriah kan!!


Ni kira macam mini MAHA 2018 but mostly produk negeri Perak yang di ketengahkanlah. 

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri pada 31 Mac 2018 (Sabtu) Jam 8 malam dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.








Siri jelajah Road to MAHA 2018 adalah program bagi mempromosikan penganjuran MAHA 2018 yang bakal diadakan pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di MAEPS, Serdang. MAHA 2016 yang diadakan dua tahun telah menempa kejayaan membanggakan dengan jumlah pengunjung melebihi 3.7 juta orang serta perjanjian jualan melebihi RM400 juta. Pada tahun ini, MOA berazam untuk menjadikan MAHA 2018 lebih hebat dari sebelum ini. Acara ini akan mengekalkan tema “Makanan Kita, Masa Depan Kita” namun kali ini menampilkan pembaharuan dengan konsep wanita dan membawa slogan “Segalanya Wanita”. 


Road to MAHA 2018 diadakan mengikut zon iaitu: 

• Zon Sabah/Sarawak 
24-25 Mac, Waterfront Lundu, Sarawak 

• Zon Utara
31 Mac – 1 April, Menara Condong, Teluk Intan, Perak 

• Zon Timur
5 April – 7 April, Pantai Kuala Kerteh, Terengganu 

Keistimewaan dan kelainan Road To MAHA 2018 Teluk Intan Perak adalah seperti berikut : 

Booth pameran dan jualan 





Terdapat 15 booth gerai jualan dan pameran usahawan, 12 mobile food kiosk, 7 buah food truck di sekitar empire food dengan pelbagai menu makanan popular di Perak. Ada juga 1500 jualan benih anak pokok kelapa. serta jualan pelbagai hasil tempatan, termasuk bahan segar seperti ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan, jualan produk-produk asas tani 

Penyerahan Geran 

Terdapat Program Pemantapan Organisasi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan juga Penyerahan Tawaran Bersyarat Bantuan Geran IKC Unit Agropreneur Muda dalam bidang tanaman, ternakan, perikanan dan Industri Asas Tani mengikut daerah seperti Teluk Intan, Bagan Datoh dan Hutan Melintang serta pembiayaan TEKUN Nasional kepada 199 usahawan Perak. 

Pertandingan dan demontrasi yang diadakan 






Ada Pelepasan berakit dari Teluk Intan ke Bagan Datuk, Perak, Demo masakan popular Negeri Perak – Pekasam, Pecal, Rendang Tok Udang Galah, Laksa Kelapa, Masakan Jagat, sedut Kelulut, Demo penghasilan kraf – seni tekat Perak, Produk Buloh, Labu, Sabun Herba, Demo tanaman – cantuman pokok durian, cendawan Ada juga Petting zoo, Jebak burung, Teknik memancing serta pameran hidupan laut seperti penyu 

Konsert dan Persembahan


Terdapat Konsert Gegar Peladang – Syamel, Amira Othman, Ara AF dan Maharajalawak Mega Mamak Puteh dan Hazonexoxo! Juga terdapat Persembahan Gendang Silat, Permainan Tradisional - Gendang Silat Wanita, Persembahan Nyanyian dan Muzik Storm serta Gameshow 

Jualan Happy Hour 



Terdapat Jualan Jimat Belanja Dapur pada pagi Ahad dan Jualan Penghabisan stok ikut masa yang ditetapkan. Kemain lagi ramai rakyat Perak turun ke Teluk Intan membeli belah tau. Kalau senang nak bawak balik, mesti kak lily dah abis memborong semuanya. 

Sudah semestinya kita mesti cuba beberapa menu makanan yang top viral di Road to MAHA 2018 Teluk Intan ni, di antaranya : 

  • Laksa telur bersarang botani ipoh
  • Kelapa leleh Kampar
  • Burger sotong batu gajah
  • Chillax concept cafe
  • Manggo berry special 

Burger sotong batu gajah


Manggo berry special 


Chillax concept cafe


Chillax concept cafe


Kelapa leleh Kampar


Laksa telur bersarang botani ipoh


Chillax concept cafe
Korang rasa?? Haruslah awesome uollss terbaek dari ladang tau. 

Kementerian akan terus meningkatkan hasil pengeluaran dalam sektor agromakanan negara demi untuk rakyat serta membantu mewujudkan jaringan perniagaan dengan pelbagai pihak untuk pembangunan dalam sektor pertanian negara. 

Oleh itu, selaras dengan tema MAHA 2018 segalanya wanita, Kementerian menyeru semua pihak terutamanya golongan wanita merebut peluang yang disediakan oleh MOA dan agensi- agensi Kerajaan yang lain, agar matlamat Tahun Memperkasa Wanita dapat bersama dicapai. 

Oh ya! Ada berita baik untuk usahawan di luar sana, jika berminat untuk menyertai MAHA (membuka booth) boleh hubungi pihak urusetia memandangkan akan dibuka tempahan gerai jualan dan sehingga entri ini ditulis, dikatakan sebanyak 30 peratus daripada 1500 gerai jualan telah dilanggani. 

Boleh hubungi:- 

SEKRETARIAT MAHA 2018 
Contact No. : 012-2787936 

Eh sempat lagi nak join tau, banyak faedahnya wokeh. Boleh perkenalkan produk dan perkhidmatan korang lagi kepada orang ramai.


Keterangan lanjut boleh layari:- 

Facebook Page : 

Instagram : 

Ermm ingat nak pi ROAD TO MAHA 2018 di Pantai Kuala Kerteh, Terengganu tapi cam jauh plak ek huahauhau 

#moa 
#maha2018 
#segalanyawanita 
#roadtomaha2018 
#ourfoodourfuture