Monday, April 2, 2018

Buffet Ramadhan 2018 | Warna Warni Sajian di Eastin Hotel, Petaling Jaya

Hi Korang, 


Review buffet Ramadhan menjelma kembali yeahhh 


Kali ni Eastin Hotel Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan yang suci ini dengan pelbagai pilihan tradisional dan tempatan yang berwarna-warni yang bakal memenuhi selera para penghujung tak kira tua mahupun muda. 

Kambing Briyani Gam








Tahun ini, Swez Brasserie membawakan korang hidangan yang luar biasa seperti Kambing Briyani Gam yang dibuat dari awal menggunakan rempah buatan tradisional. Beberapa menu-menu unik seperti Rendang Burung Unta, yang terkenal dengan daging lembutnya dengan lemaknya minimum yang dimasak dengan kesempurnaan. 

Sup Gear Box Merah

Cubalah juga hidangan Eastin's Sup Gear Box Merah dengan ramuan-ramuan khas yang dicampurkan dengan sejumlah besar buah tomato yang membuat sup lebih enak dan sesuai untuk kanak-kanak dan Nasi Kerabu Royal yang datang dengan nasi kuning wangi, bukan beras biru biasa. Menu yang mesti dicuba termasuklah Shawarma King dan Saba Cincaluk Yaki dan banyak lagi. 

Shawarma King

Nasi Kerabu Royal

Di samping itu juga, terdapat beberapa stesyen pembuka, stesen dan gerai lain disediakan dengan hiasan perayaan seperti Stesen Tandoori, Stesen Noodle, Griddle, Sup, Barat, Mamak, 'Goreng' dan banyak lagi. 




Tidak ketinggalan pada pencuci mulut yang sangat-sangat menarik seperti Kelapa Es Krim, Apam Balik Kelapa, Pulut Panggang, Kelapa Bakar dan lain-lain pilihan manis seperti Deep Fried Ais krim, pelbagai kek, tart dan buah-buahan seperti Red Velvet, Morello Cherry Cheesecake, Praline Fudge Cake, Tart Crumble Tart, Mango Creme Brulee dan lain-lain menanti korang. 

Untuk buffet ‘Warna Warni Sajian’ ni, ianya bermula dari 17hb Mei 2018 – 13hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 di Swez Brasserie ni adalah 

EARLY BIRD : RM100nett, pembelian voucher dari sekarang hingga 14hb Mei 2018, yang mana voucher boleh di gunaan dari 17hb Mei hingga 13hb Jun 2018 

Special rate : RM118nett pada 17hb Mei hingga 23hb Mei, 26hb & 27hb Mei, 2nd & 3rd Jun, 9th & 10th Jun 2018 

Harga walk in RM165nett 


Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Eastin Hotel boleh hubungi Restoran Swez Brasserie di talian 03-7655 1111, sambungan 183 ataupun Whatsapp 012 - 251 0296 


Semakan halal di www.halal.gov.my Sijil Halal Eastin Hotel didaftarkan di bawah Syarikat DAMANSARA INDAH SDN BHD (EASTIN HOTEL) 

Jom kita ke :- 

EASTIN HOTEL PETALING JAYA 
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 
46350 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA. 



Laman Web: 

Facebook: 

Info sampingan lainnya: 
Parking flat rate RM8 selepas pukul 6 petang 
Ruang makan yang luas dan selesa. 


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Minggu Makan Kerang

Hi Korang, 

Rasanya seminggu lepas,setiap malam kami makan luar. 

Selain daripada pi ramadhan review di hotel, ktorang makan kat luar je sebab balik dah malam dan tak sempat nak masak. 

Korang tau lah kan, bila dah malam ni mana selera nak makan berat-berat. 

Sekali sekala tuh bolehlah makan nasi tapi kalau dah setiap malam boleh tembun dibuatnya wei. So nak tak nak kena selang selikan dengan makanan yang tak berapa berat. 

Malas nak jalan jejauh so kitaorang cuba kedai makan yang dekat-dekat dengan area rumah ni, of courselah kedai tomyam kan. Tapi tak makan nasi pun, ktorang makan 

KERANG!! 

KERANG!! 

KERANG!! 

kerang bakar

Tau tak betapa susahnya nak dapatkan kerang saiz gemuk-gemuk cam ni?? 

Even kat pasar pun semua kerang saiz duit seposen je banyak, nak dapat kerang saiz duit lima posen kemain payah lagi ni. 

Bila nampak kerang besar-besar ni terus order suruh buat kerang bakar je tak delah berair sangat macam keras rebus. Sekali order 2 set lah, kalau satu mana cukup. 

Makan tuh je then order air, tak yah nasi-nasi bagai. 

kerang bakar bersambal

Settle makan malam kami… 

So 3 kali makan luar last week so 3 kali order kerang je hah.. 

Nasib baik kerang menambahkan darah dalam badan kalau menaikkan darah?? Ermm ku campakkan kulit kerang tuh kat tokeh restoran tuh ek hahahahaha 

Korang minat kerang tak??

Kak lily kalau kerang ni, masak berkuah kurang sket, sukernya kerang rebus ataupun bakar sebab jus kerang tuh masih terasa lagi kan...











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, April 1, 2018

Produk Kecantikan Umairah Uzma

Hi Korang, 


Bermula dari tahun 2014 dan masa itu hanya satu-satunya produk yang ada iaitu inai. Dari sini penjualan amat memberangsangkan dan Puan Nurul Nur Ariani selaku pengasas Umairah Uzma mengambil langkah untuk mempelbagaikan keluaran dalam produk beliau. Antara yang menjadi hit pada waktu adalah pewarna kuku. Kelebihan pewarna kuku ini adalah ianya senang untuk di bersihkan jua ditanggalkan jika ingin mengambil wuduk. Ini adalah di antara produk yang di gemari ramai.


Melihat pada penjualan sewaktu itu, Umairah Uzma telah mengambil langkah itu turut sama dalam penjualan di Mood Republik 2014 bertempat di PWTC, berkongsi booth bersama produk lain untuk menjual produk pewarna kuku. Kemudian di tambahkan pula dengan produk minyak penjagaan kuku dan set kelengkapan kuku. Bertapak selangkah lagi dengan mengeluarkan celak Mekah pada tahun 2015 dan Makeup Fix Spray dimana sewaktu itu ramaii yang berminat dengan mekap harian yang ringan, sesuai di bawa kemana-mana, tahan lama, tidak melekit dan paling penting kalis air.


Antara produk yang menambat hati pelanggan mereka adalah produk Makeup Fix Spray yang berasaskan bahan semulajadi iaitu air dan aloe vera. Produk ini terhasil apabila anak kepada pengasas Umairah Uzma mengidap penyakit ekszema ketika lahir. Beliau telah mengkali dan menyelidik berkenaan penyakit tersebut dan menghasilkan produk spray ini. Setelah menggunakan produk ini ke atas kulit anaknya, beliau mendapati ekszema anaknya berkurangan dan kulitnya semakin baik. 

Tahun 2017 adalah satu kelainan dimana Umairah Uzma terus mengeluarkan produk terbaru seperti set lengkap 

· Glowing Foundation 3-in-1 (2015) yang juga merawat masalah kulit sensitif, jerawat, memudarkan parut dan menyerikan muka; produk 

· Arabic Coffee Scrub, Kunyit Scrub


· Charcoal Detox Mask (2017) yang dieksport ke Australia dalam bahan mentah (bukan atas jenama Umairah Uzma) kerana permintaan yang tinggi disebabkan produk tersebut bebas dari bahan kimia;


· Embrace Eau De Parfum (2018) yang berasaskan 100% pati minyak wangi Dubai dengan hanya 12% campuran alkohol dan boleh dipakai ketika solat.


Jika selama ini penjualan produk di Mood Republik atau sendiri, sekarang Puan Nurul dengan berani dan yakin mengambil agen -agen untuk membantu dalam penjualan produk Umairah Uzma. Sedikit tips di kongsikan bersama dimana glowing foundation masih dibuat dengan melekat stiker kerana Puan Nurul menggalakkan orang ramai untuk menciplak produk beliau dan menukarkan produk Umairah Uzma sebagai produk mereka. Secara jujurnya jarang kita dapat lihat pengasas sendiri berkata begitu tetapi inilah kata kata dari Puan Nurul. 

Jadi bagi yang berminat untuk mempunyai produk kecantikan dan jenama mereka sendiri, bolehlah hubungi Puan Nurul di talian 017-2946162 (Sannah Anna) untuk mengetahui lebih lanjut. 

Instagram Umairah Uzma :

Facebook Umairah Uzma : 

Website Umairah Uzma :