Monday, April 2, 2018

Minggu Makan Kerang

Hi Korang, 

Rasanya seminggu lepas,setiap malam kami makan luar. 

Selain daripada pi ramadhan review di hotel, ktorang makan kat luar je sebab balik dah malam dan tak sempat nak masak. 

Korang tau lah kan, bila dah malam ni mana selera nak makan berat-berat. 

Sekali sekala tuh bolehlah makan nasi tapi kalau dah setiap malam boleh tembun dibuatnya wei. So nak tak nak kena selang selikan dengan makanan yang tak berapa berat. 

Malas nak jalan jejauh so kitaorang cuba kedai makan yang dekat-dekat dengan area rumah ni, of courselah kedai tomyam kan. Tapi tak makan nasi pun, ktorang makan 

KERANG!! 

KERANG!! 

KERANG!! 

kerang bakar

Tau tak betapa susahnya nak dapatkan kerang saiz gemuk-gemuk cam ni?? 

Even kat pasar pun semua kerang saiz duit seposen je banyak, nak dapat kerang saiz duit lima posen kemain payah lagi ni. 

Bila nampak kerang besar-besar ni terus order suruh buat kerang bakar je tak delah berair sangat macam keras rebus. Sekali order 2 set lah, kalau satu mana cukup. 

Makan tuh je then order air, tak yah nasi-nasi bagai. 

kerang bakar bersambal

Settle makan malam kami… 

So 3 kali makan luar last week so 3 kali order kerang je hah.. 

Nasib baik kerang menambahkan darah dalam badan kalau menaikkan darah?? Ermm ku campakkan kulit kerang tuh kat tokeh restoran tuh ek hahahahaha 

Korang minat kerang tak??

Kak lily kalau kerang ni, masak berkuah kurang sket, sukernya kerang rebus ataupun bakar sebab jus kerang tuh masih terasa lagi kan...











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, April 1, 2018

Produk Kecantikan Umairah Uzma

Hi Korang, 


Bermula dari tahun 2014 dan masa itu hanya satu-satunya produk yang ada iaitu inai. Dari sini penjualan amat memberangsangkan dan Puan Nurul Nur Ariani selaku pengasas Umairah Uzma mengambil langkah untuk mempelbagaikan keluaran dalam produk beliau. Antara yang menjadi hit pada waktu adalah pewarna kuku. Kelebihan pewarna kuku ini adalah ianya senang untuk di bersihkan jua ditanggalkan jika ingin mengambil wuduk. Ini adalah di antara produk yang di gemari ramai.


Melihat pada penjualan sewaktu itu, Umairah Uzma telah mengambil langkah itu turut sama dalam penjualan di Mood Republik 2014 bertempat di PWTC, berkongsi booth bersama produk lain untuk menjual produk pewarna kuku. Kemudian di tambahkan pula dengan produk minyak penjagaan kuku dan set kelengkapan kuku. Bertapak selangkah lagi dengan mengeluarkan celak Mekah pada tahun 2015 dan Makeup Fix Spray dimana sewaktu itu ramaii yang berminat dengan mekap harian yang ringan, sesuai di bawa kemana-mana, tahan lama, tidak melekit dan paling penting kalis air.


Antara produk yang menambat hati pelanggan mereka adalah produk Makeup Fix Spray yang berasaskan bahan semulajadi iaitu air dan aloe vera. Produk ini terhasil apabila anak kepada pengasas Umairah Uzma mengidap penyakit ekszema ketika lahir. Beliau telah mengkali dan menyelidik berkenaan penyakit tersebut dan menghasilkan produk spray ini. Setelah menggunakan produk ini ke atas kulit anaknya, beliau mendapati ekszema anaknya berkurangan dan kulitnya semakin baik. 

Tahun 2017 adalah satu kelainan dimana Umairah Uzma terus mengeluarkan produk terbaru seperti set lengkap 

· Glowing Foundation 3-in-1 (2015) yang juga merawat masalah kulit sensitif, jerawat, memudarkan parut dan menyerikan muka; produk 

· Arabic Coffee Scrub, Kunyit Scrub


· Charcoal Detox Mask (2017) yang dieksport ke Australia dalam bahan mentah (bukan atas jenama Umairah Uzma) kerana permintaan yang tinggi disebabkan produk tersebut bebas dari bahan kimia;


· Embrace Eau De Parfum (2018) yang berasaskan 100% pati minyak wangi Dubai dengan hanya 12% campuran alkohol dan boleh dipakai ketika solat.


Jika selama ini penjualan produk di Mood Republik atau sendiri, sekarang Puan Nurul dengan berani dan yakin mengambil agen -agen untuk membantu dalam penjualan produk Umairah Uzma. Sedikit tips di kongsikan bersama dimana glowing foundation masih dibuat dengan melekat stiker kerana Puan Nurul menggalakkan orang ramai untuk menciplak produk beliau dan menukarkan produk Umairah Uzma sebagai produk mereka. Secara jujurnya jarang kita dapat lihat pengasas sendiri berkata begitu tetapi inilah kata kata dari Puan Nurul. 

Jadi bagi yang berminat untuk mempunyai produk kecantikan dan jenama mereka sendiri, bolehlah hubungi Puan Nurul di talian 017-2946162 (Sannah Anna) untuk mengetahui lebih lanjut. 

Instagram Umairah Uzma :

Facebook Umairah Uzma : 

Website Umairah Uzma : 




Saturday, March 31, 2018

Cabaran 14 Hari Bersama Eucerin® ProACNE

Hi Korang, 


Jerawat!!! 

Oh no mencik akak tau…. 

Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, korang kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan. Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment. 

Nah, produk untuk hilangkan jerawat dah tiba…


Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit. 

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon (Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat)   dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada: 

• Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati; 

• Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah; 

• Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin BS adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.


Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam (Kulit berjerawat dipengaruhi oleh gaya hidup, faktor hormon dan keturunan, oleh itu penjagaan tambahan mungkin diperlukan untuk membantu mengurangkan komedon atau masalah jerawat, di samping amalan regimen penjagaan wajah yang betul. Untuk kes yang  teruk, pengguna disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli dermatologi) pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak. (Berdasarkan ujian yang dijalankan di Thailand dengan dua Sel yang terdiri daripada 80 peserta setiap satu) 


Dengan keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah: 

• Langkah Pertama: Ambil gambar kulit korang  pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari 

• Langkah Kedua: Poskan gambar "sebelum dan selepas" korang dan kongsi pengalaman korang menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE 

Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RMS,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RMl,000 setiap seorang. 

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE (dahulunya dikenali sebagai Eucerin" DermoPURIFYER) yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Prociuk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui. 

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, meh layari

Website :  

Facebook Page :