Friday, March 30, 2018

Syampu CLEAR Superfresh Apple

Hi Korang,

Syampu apple??

Rasa cam nak makan je ni ek, tapi apakan daya syampu tu lah hahaha


Kulit kepala yang berkeruping, gatal serta berkelemumur bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan malah membuatkan seseorang turut berasa malu. CLEAR memahami bagaimana ia boleh menyebabkan sesiapa sahaja yang mengalaminya hilang keyakinan, perasaan yang sama turut dialami oleh hijabista yang sentiasa berdepan dengan masalah kulit kepala serta rambut akibat cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia. 


Hijabista yang memakai hijab tebal dan tidak telap udara untuk jangka masa panjang lebih cenderung dalam mengalami masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, kulit kepala gatal dan juga kelemumur. Para wanita haruslah memberi lebih perhatian untuk memastikan rambut serta kulit kepala kekal segar dan sihat, kerana rambut yang sihat boleh meningkatkan keyakinan seseorang wanita. 

Memperkenalkan CLEAR Superfresh Apple yang baharu, syampu anti-kelemumur baharu yang diformulasi dengan teknologi Nutrium 10 dan wangian epal segar. Nutrium 10 CLEAR mengandungi pelbagai ramuan nutrien, vitamin dan mineral yang menutrisi kulit kepala untuk perlindungan daripada kelemumur terus-menerus dan menghalang kemunculan semula kelemumur. Superfresh Apple turut menjadikan rambut wanita kekal segar dan harum berkekalan dengan wangian epal segar sehingga 24 jam. 

Pengurus Pemasaran Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Phoenix Ho berkata, "Sebagai salah satu peneraju dalam bidang penjagaan kulit kepala, CLEAR memberikan penyelesaian untuk penjagaan rambut dan kulit kepala yang bukan sahaja menangani simptom-simptom kelemumur; tetapi turut menutrisi kulit kepala dan rambut dari akar hingga ke hujungnya, serta menghilangkan kelemumur. 


Di CLEAR, kami memahami bahawa setiap individu memerlukan penjagaan kulit kepala yang berbeza, maka dengan itu kami telah menghasilkan formulasi-formulasi untuk memenuhi keperluan rambut dan kulit kepala yang berbeza. Superfresh Apple yang baharu telah diformulasi untuk para wanita, terutamanya hijabista, untuk melegakan kegatalarv, menghilangkan sebum berlebihan dan keruping kulit kepala sambil memberikan mereka kesegaran dan haruman wangian segar epal yang berkekalan, dan keyakinan baharu mereka." 

"Kami percaya kelemumur bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan wanita yang tidak berhijab, tetapi ia turut memberi kesan terhadap hijabista. Kami mahu pengguna berasa yakin dan cantik tidak kira di mana sahaja, kerana kulit kepala yang sihat dan rambut yang segar boleh menjadikan mereka lebih ceria dan bertambah yakin. Para wanita, terutamanya hijabista haruslah mengguna syampu penjagaan kulit kepala yang baik supaya mereka kekal kelihatan anggun bergaya sepanjang harl, terutamanya dalam keadaan cuaca panas yang biasa kita hadapi. 

Diformulasi khas untuk memenuhi keperluan hijabista, CLEAR menawarkan penyelesaian untuk penjagaan kulit kepala serta kesegaran 3 kali ganda tanpa kelemumur tanpa minvak', tanpa kegatalan serta wangian epal segar yang berkekalan. Dengan CLEAR Superfresh Apple, anda boleh menggayakan rambut anda yang bersih dan segar dengan penuh keyakinan !" tambah Phoenix. 


Sebotol CLEAR Superfresh 340ml dijual pada harga RM19.50 dan varian terbaharu ini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, farmasi utama, dan pengedar sah di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari 

Website :  

Facebook : 

lnstagram : 






Thursday, March 29, 2018

Makan Malam Steamboat dan Grill Di D'ATAP GAZEBO SIME DARBY CONVENTION CENTRE Sempena EARTH HOUR 2018

Hi Korang, 


Jarang betul kak lily merayap-rayap semasa Earth Hour 2018 ni.



Yelah walaupun bergelapan selama 1 jam but still rasa cam tak selesa je, tapi kita kena hormati kempen ‘Earth Hour’ ni kerana kita bergelap selama 1 jam je di waktu malam bukan siang-siang buta tuh. Kenalah bagi sokongan mengenai isu pemanasan global ni yang melanda di seluruh dunia ni. Dengan bertemakan #CONNECT2EARTH, kempen Earth Hour secara global ini bertujuan untuk sama-sama memberi perhatian isu-isu yang dihadapi bumi serta bersama berjuta-juta masyarakat di seluruh dunia yang lain untuk hidup lebih lestari.


Kebetulan pulak, kitaorang teringin nak makan steamboat dan grill dan kebetulan jugak ada promosi baik punya di D' Atap Gazebo Sime Darby Convention Centre so nak di jadikan cerita petang tuh kitaorang bergerak ke sini.


Kalau korang nak tau, sekarang ada promosi RM39 sahaja (per pax) sehingga 15 Mei 2018. Istimewa untuk pembelian voucher pada 24 Mac 2018, dengan setiap pembelian 5 voucher akan diberikan 1 voucher secara PERCUMA. Tapi kitaorang ni berdua je so tak dapeklah 1 voucher percuma tuh hehehehe Waktu buffet steamboat adalah bermula seawal 6.30 petang sehingga 10 malam. 

Dapatlah jugak kitaorang merasa makan dalam gelap ni hehehe kengkonon candle light dinner lah kan tapi hampeh sebab semuanya tak nampak apa pun. Nasib baik dah makan kenyang-kenyang masa terang tuh so bila time bergelap tuh just borak-borak and enjoy the night. 

Membebel-bebel je lebih nak meh layan gambar-gambar makanan ni ek.





Pelbagai pilihan bahan perapan seperti daging, ayam, kambing, udang, sotong, ikan dan memacam lagi.




Pilihan fishball pun menarik jugak, lebih daripada 10 jenis fishball ek, kak lily rasa.

ni pilihan mee, siap dengan pilihan telur lagi ek...

pelbagai jenis sos, pilih je yang mana satu




Sayur-sayuran ermm membuat hati kak lily tergerak untuk makan sebanyak mungkin sebab sayurnya segar-segar belaka.





Hidangan menu dah siap pun ada seperti nasi goreng, mee goreng, wedges, buah-buahan, pemanis mulut. Pendek kata kalau malas nak tunggu masak so boleh makan dulu.





Bila makan di atas bangunan ni (roof top) kemain lagi rasa esklusifnya, yelah dapat menikmati hidangan bawah cahaya bulan purnama di waktu malam. Eh jangan bimbang kalau hujan, team D'Atap Gazebo Sime Darby Convention Centre dan sediakan pelan alternatif ye. Hujan atau tidak, kita tetap boleh enjoy makan.


Untuk satu-satu masa, D'Atap Gazebo boleh menerima sehingga 170 pengunjung. Terdapat pelbagai pilihan tempat duduk untuk kita menikmati samada datang sendiri, berdua ataupun ramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. 

Dengan pelbagai jenis pilihan menu makanan yang kita boleh masak sendiri mengikut selera kita, harga RM39++ amat berbaloi sesangat kak lily rasa.


Korang kalau nak buat tempahan atau membeli voucher boleh hubungi 03-20893688 ataupun email pada halia.sdcc@simedarbyproperty.com



Ni alamatnya

Sime Darby Convention Centre, 
1a, Jalan Bukit Kiara 1, 
Bukit Kiara, 60000 
Kuala Lumpur, 
Tel : 03-2089 3688




Ok ini baru satu tempat untuk makan steamboat dan grill yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2018, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet lunch mahupun dinner serta hitea  so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.







Wednesday, March 28, 2018

Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2018 Bertemakan SEGALANYA WANITA

Hi Korang, 

MAHA 2018!! 

Siapa yang tak pernah miss, angkat tangan!! Eh samalah kita kan.


Kalau korang nak tau yang Ekspo Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) edisi terbaru MAHA bakal diadakan pada 22 November sehingga 2 Disember 2018 di MAEPS Serdang Selangor. Sepertimana yang kita ketahui MAHA merupakan platform terbaik untuk memperkasakan usahawan terutama yang terlibat dalam industri agromakanan negara.


Acara yang dianjurkan 2 tahun sekali ini oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) ini tetap mengekalkan tema "MAKANAN KITA, MASA DEPAN KITA". Namun kelainan untuk tahun ini MAHA 2018 telah mengangkat peranan wanita sebagai usahawan wanita yang berjaya dan mampu pergi jauh dalam industri agromakanan.


Dengan slogan "SEGALANYA WANITA", MOA telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama memberi sokongan penuh YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah melancarkan Tahun Memperkasa Wanita baru-baru ini.



MAHA 2018 telah mensasarkan sebanyak 50 peratus penglibatan usahawan adalah dari golongan wanita dan juga pada masa yang sama menonjolkan beberapa ikon usahawan wanita yang boleh dijadikan isnpirasi masyarakat. Selain itu, bersempena dengan #SEGALANYAWANITA juga, akan diadakan aktiviti, pameran dan jualan produk yang berkaitan dengan setiap dimensi kehidupan wanita di Dewan A MAEPS Serdang yang dikatakan berkeluasan 40,000 kaki persegi.



Baru-baru ini kak lily sempat ke majlis pra pelancaran MAHA 2018 bertempat di MAEPS, Serdang Selangor. Semasa ucapan dari Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek (Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) bagaimana beliau memandang tinggi peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat hari ini. Menurut beliau mengangkat martabat wanita adalah satu solidariti yang perlu kita perjuangkan hari ini. 

Menurut beliau lagi, kini wanita bukan hanya menggulai masakan di dapur, bahkan sama-sama membanting tulang membantu suami untuk menjadi rezeki lebih. Ada yang sangat hebat, dimana kaum wanita ini mula berjinak dalam bidang usahawan yang melibatkan agromakanan.



Di majlis pelancaran ini turut diperkenalkan 3 ikon usahawanita yang sudah berjaya dalam bidang agromakanan iaitu Puan Rohazawati (pengusaha durian crepe), Puan Sharifah (pengusaha cili Bangi) dan Puan Norli (usahawan biskut dan kerepek). Menerusi perkongsian ini sebenarnya mengajar betapa wanita itu mampu bangkit dan berani mengharungi segala cabaran. Ini terutamanya mereka mendapat sokongan daripada keluarga yang terdekat seperti suami. Biarpun wanita itu sudah terlibat dalam bidang usahawan mereka tidak boleh lupa peranan dan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga. 

Untuk MAHA 2018, MOA (Ministry of Agriculture and Agro-based Industry Malaysia) telah menetapkan sasaran jualan sebanyak RM300 juta dan lebih 3.5 juta pengunjung yang mana 30% adalah daripada penglibatan golongan belia. Sepertimana yang kita ketahui sepanjang ekspo MAHA akan dipenuhi dengan pengisian pelbagai aspek agromakanan seperti tanaman, ternakan, perladangan serta perikanan. Terdapat juga pameran dan aktiviti yang melibatkan IT dan teknologi, agropelancongan, perdagangan, kulinari, pembiayaan dan banyak lagi.


Seperti biasa tarikan pengunjung ke MAHA adalah kerana terdapat banyak jualan bahan pertanian dan makanan seperti juadah popular dari seluruh negara, produk-produk dari industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayuran segar, anak pokok, pokok bunga serta ikan-ikan segar dan sebagainya. 

Untuk MAHA 2018, 13 pavilion negeri akan dibuka dimana ianya akan menampilkan identiti, kebudayaan, dan juadah negeri yang boleh dinikmati oleh pengunjung. Ini adalah sepertimana MAHA yang pernah berlangsung tahun-tahun sebelum ini, terdapat juga LAMAN khas untuk pertanian, perikanan, nenas, ternakan dan sebagainya. Sekaligus membolehkan pengunjung dapat mendekati dan mengenali produk-produk tempatan dari setiap laman, terutama menikmati pengalaman pertanian secara hands-on. 


Dan sebenarnya MOA sudah merangka beberapa aktiviti di karnival bergerak bersempena dengan "Road to MAHA 2018". Antaranya di Lundu (24-25 Mac 2018), Teluk Intan (31 Mac- 1 April 2018) dan Kemaman (5-7 April 2018).

Oh ya! Ada berita baik untuk usahawan di luar sana, jika berminat untuk menyertai MAHA (membuka bboth) boleh hubungi pihak urusetia memandangkan akan dibuka tempahan gerai jualan dan sehingga entri ini ditulis, dikatakan sebanyak 30 peratus daripada 1500 gerai jualan telah dilanggani.

Boleh hubungi:- 

SEKRETARIAT MAHA 2018 
Contact No. : 012-2787936 
Email : maha.sales.team@gmail.com 

Untuk rekod MAHA 2016 telah berlangsung dengan meriah dan sukses yang mana seramai 3.7 juta pengunjung telah hadirkan diri dan perjanjian jualan melebihi 400 juta berjaya diraih.


Setakat ini MAHA 2018 telah menarik 11 penaja dan rakan strategik, antaranya seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Agrobank, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Oblong Berger, Sime Darby Plantantion, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Nestle Malaysia, Jamu Mak Dara, Cervello Tres Sdn. Bhd. dan MEPL. 

Of courselah kak lily dan #SegalanyaWanita menyokong penuh MAHA 2018!


Keterangan lanjut boleh layari:- 

Facebook Page :

Instagram :



#moa 
#maha2018 
#segalanyawanita 
#roadtomaha2018 
#ourfoodourfuture