Thursday, March 22, 2018

Jemput Datang Ke SENSEZ BEAUTY On The Go Mobile Truck Event

Hi Korang, 

Ada produk baru di pasaran sekarang ni yang kak lily rasa sesuai untuk kita orang-orang Asia ni kerana bahan-bahannya yang unik 

Memperkenalkan 

SENSEZ BEAUTY 

Sensez Beauty merupakan jenama inspirasi Asia cukup percaya yang alam mampu menawarkan penyelesaian terbaik buat anda. 

Diilhamkan daripada kebaikan Asia yang kaya dengan zat semula jadi, keunikan Sensez Beauty adalah formulasi gabungan dua kebaikan dan disatukan untuk keperluan anda. 

Kalau korang nak tau terdapat pelbagai jenis rangkaian produk dari Sensez Beauty ni termasuklah gel mandian, syampu, pencuci tangan dan pelbagai lagi. 

Ni kak lily listkan serba sedikit ye 


BODY WASH 
Beauty Shower Cream & Gels, Antibacterial Shower Cream & Gels, Beauty Scrubs (Liquid & Cream), Feminine Hygiene Wash, Bar Soap 


HAND WASH 
Liquid Hand Wash, Antibacterial Liquid Hand Wash, Hand Sanitizer (Alcoholic / Non-alcoholic) 

BODY CARE 
Hand & Body Lotion (Whitening, Anti-aging& UV Protection), Deodorant & Anti-perspiration Spray, Body Butter, Body Milk, Hand & Nail Lotions, Talcum Powder 


HAIR CARE 
Hair Shampoo,Anti-dandruff Hair Shampoo,Hair Conditioner (Rinse Off & Leave On), Hair Serum, Hair Styling Gel, Hair Mask 

FACIAL CARE 
Facial Wash & Scrub (Whitening, Moisturizing, Acne & Oil Control), Sensitive Skin Care Variant, Make-up Remover, Facial Toner, Facial Serum, Moisturizer, Day & Night Cream, Blemish Balm, Facial Essence 

SUN CARE 
Sunscreen Facial Lotion, Daily UV Protection Gel or Lotion (UVA & UVB Protection), Water Resistant Sunscreen Lotion & Spray, After Sunburn Aloe Vera Soothing Lotion & Gel, Sun Tan Oil, Sun Care Lotion for Kids 

BABY AND KID 
Mild Baby Bath, Mild Baby Shampoo, Baby Head to Toe Wash, Nappy Rash Cream, Baby Lotion, Baby Oil, Baby Talcum Powder, Baby Cologne 

SPECIALTY PRODUCTS 
Analgesic Cream,Mosquito Repellent, Cracked Heal Cream, Anti-Cellulite Cream 


Kemain banyak betul produk SENSEZ Beauty ni ek, rasa sampai tak tau nak cuba yang mana satu. 

Oh ye untuk korang nak mengenali lebih lanjut mengenai produk Sensez Beauty ni, korang di alu-alukan datang ke Sensez Beauty Roadshow di lokasi-lokasi berikut:- 


Sensez Beauty On The Go Mobile Truck Event 

1) 30th March 2018, Friday, 10.30am - 6.30pm 
· Jaya 33 - Alpro Plus (Jaya 33 Entrance) 

2) 31st March 2018, Saturday, 8.00am - 11.00am 
· Watsons SS2 (Jalan SS2/64 or 2/67 near coffee shop) 

3) 31st March 2018, Saturday, 12.30pm - 3.30pm 
· Watsons Bandar Sri Damansara (Jalan SD13/1, Bandar Sri Damansara) 

4) 1st April 2018, Sunday, 8.00am - 10.30am 
· Selayang Morning Market (Selayang Baru, Jalan 9, Selayang Baru, 68100, Batu Caves, Selangor.) 

5) 1st April 2018, Sunday, 12.30pm-2.30pm 
· Healthlane Kepong Maluri (Jalan Burung Jentayu, Taman Maluri Kepong) 

6) 1st April 2018, Sunday, 5.00pm - 7.00pm 
· Taman Layang Layang (Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden) 

7) 3rd April 2018, Tuesday, 8.00am-11.00am 
· OUG Morning Market (Jalan Hujan Rahmat Taman OUG - near Eng Huat Coffee Shop) 

8) 3rd April 2018, Tuesday, 12.30pm-3.30pm 
· CT Mart Puchong Utama (Jalan BPU1, Bdr Puchong Utama, Batu 14, Jalan Puchong.) 

9) 4th April 2018, Wednesday, 11.00am-2.00pm 
· Healthlane Melawati (53, Jalan Negara, Taman melawati, Fasa 2, 53100 KL) 

10) 4th April 2018, Wednesday, 5.00pm-8.00pm 
· Taman Connaught Night Market (Jalan Cerdas, Taman Connaught - near Petron Station) 

11) 6th April 2018, Friday, 8.00am - 11.00am 
· Seremban Morning Market (Jalan Tuanku Munawar, Seremban) 

12) 6th April 2018, Friday, 12.00pm-3.00pm 
· Alpro Business Avenue Seremban (Lot 35, Jalan S2 B18, Biz Avenue, Seremban 2) 

13) 7th April 2018, Saturday, 11.00am - 2.00pm 
· Alpro Pharmacy Seremban Flagship (Jalan Dato Bandar Tunggal & Jalan Dato Abdul Rahman Seremban, Bandar Seremban) 

14) 7th April 2018, Saturday, 4.00pm-7.00pm 
· S2 Seremban City Park (Jalan S2 D31 - nearby restaurant facing park) 

15) 8th April 2018, Sunday, 8.00am-11.00am 
· Peladang Skudai Morning Market (Jalan Bertingkat Skudai, Taman Nesa, 81300 Skudai) 

16) 8th April 2018, Sunday, 1.00pm-4.00pm 
· Watsons Johor Bahru Austin Height (33, Jalan Austin Height 3, Johor Bahru) 

17) 11th April 2018, Wednesday, 11.30pm - 2.30pm 
· USJ Taipan (Jalan USJ 10/14, Taipan - near Paparich) 

18) 11th April 2018, Wednesday, 4.30pm - 7.00pm 
· Kah Ban Shah Alam -Pasaraya Sinar Wawasan (No, 29&31, Jalan 24/C, Seksyen 24, 40000 Shah Alam) 

19) 12th April 2018, Thursday, 8.00am - 10.00am 
· Puchong Wawasan Morning Market (Jalan Wawasan 2/22, Puchong) 

20) 12th April 2018, Thursday, 12.30pm - 3.30pm 
· Watsons SS15 (Jalan SS15/4B, Subang Jaya) 



Apa lagi jom terjah tau, promosi barangan kemain best lagi. Ada games, ada free gift, special diskaun dan memacam lagi lah

Kalau korang nak shopping secara online produk Sensez Beauty ni, korang boleh check it out di website ni tau 

Lazada Malaysia

11street MY

Shopee Malaysia



Wednesday, March 21, 2018

CHATIME Tidak Pernah Bertukar Nama Kepada TEALIVE Dan Chatime Menerima Status Halal Dari JAKIM

Hi Korang, 


Siapa kaki minum, air yang ada pearl pearl ni, meh sini angkat tangan lekas!!! 

Eh, k lily haruslah minat wwei, lebih-lebih lagi air-air yang refreshing cam tuh ada ada ais banyak, perasa masam-masam sket dan pearl yang banyak hahahaha cam no tak gemuk kan.. 

Pic dari : Facebook Chatime

Selalu pi minum kat CHATIME ke TEALIVE ?? 

Hah confius kan!! 

Yelah dulu-dulu kalau air yang ada pearl-pearl ni dah tentu-tentu CHATIME kan, sekarang ni datangnya pulak TEALIVE. Memula kak lily ingat satu syarikat yang sama la rupa-rupanya 2 entiti yang berbeza ek. Tapi kalau sekali pandang, sama kan sama kan. 

Errm korang setuju tak? Haruslah setuju ek 

So terus kak lily terfikir, jadi selama ini akak lily minum yang mana satu ni? Aduiyai bengang jugak rasanya. Yelah warna lebih kurang sama, apa jenis minuman pun lebih kurang sama, akak lily pun ok jelah ermm salah rupanya ek. 

Senang-senang je kak lily kena TIPU, eh ntah-ntah korang pun sama ek rasa TERTIPU jugakkan. Tak baik sungguhlah di tipu sebegini, rasa nak keluarkan balik air yang di diminum tuh dah tak boleh kan jawabnya ambil ikhtibar jelah atas kejadian ni. 

Mana kak lily tau? 

Allo akak lily ni kan kaki sekodeng kat internet. Selak punya selak so ternampaklah artikel dari Utusan Online dan Oh Media ni. Terus rasa terperanjatlah kan. 

Akak TERTIPU diknon, akak TERTIPU tau.. 

Korang kalau nak baca pasal, sini kak lily kongsikan cerita pasal Kisah Antara Chatime Dan Tealive ya ampun cam tu jalan ceritanya. 

“Separuh pembeli sangat keliru dan ada yang menganggap Chatime dan Tealive adalah syarikat yang sama atau Chatime telah ditukar nama sebagai Tealive. Jadi kami ingin memperjelaskan Chatime dan Tealive adalah dua syarikat yang berbeza dan syarikat tidak pernah menukar nama kepada Tealive,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali dalam satu temu ramah dengan Astro AWANI di sini hari ini. 

Dunia korporat ni kita bukan tau sangat kan, so kita telan bulat-bulat cerita yang kita dengar dan salahkan sebelah pihak tapi bila segalanya di bongkar baru kita tau kebenarannya. 

Chatime Menerima Status Halal Dari JAKIM 


Tahniah Chatime! 

WIDAYU LATIFF (tengah) menerima sijil halal untuk produk Chatime daripada Dr. Sirajuddin Suhaimee (kiri) sambil disaksikan Aliza Ali di Divisyen Hab Halal JAKIM, Putrajaya, semalam. Info dari http://m.utusan.com.my/

Kalau korang nak tau yang selama ini Chatime adalah premis yang menjual minuman yang halal di mana bahan yang digunakan mereka mempunyai Halal Certified yang mana dijamin halal oleh badan yang di sahkan oleh JAKIM.

Dan jenama Chatime baru sahaja menerima status HALAL daripada JAKIM gak tau.

Apa maknanye?

Sekaligus ini membolehkan Chatime terus diberikan kepercayaan 100% oleh rakyat Malaysia terutamanya untuk yang beragama Islam untuk terus menikmati pelbagai jenis minuman di Chatime tanpa sebarang kompromi. 

Dah-dah pas ni kak lily takkan terconfius lagi ek...








MYDIN Umumkan Kerjasama Strategik dengan Shopee Malaysia

Hi Korang,

MYDIN Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) akan terus mengukuhkan pasaran mereka. Rangkaian pasar raya terbesar negara telah merekod pencapaian terbaharu dengan mengumumkan kedai rasmi dalam taliannya di Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. 


Kerjasama strategik bersama Shopee ini merupakan julung-julung kali bagi MYDIN. Ia sebahagian daripada pelan pembangunan Kumpulan tersebut dalam mengembangkan segmen peruncitan dalam talian selepas pelancaran MYDIN Online, Klik and Pick lewat tahun lepas. 

“Rancangan kami mudah - kami mahu menawarkan kemudahan kepada pelanggan setia kami supaya boleh mendapatkan pelbagai pilihan produk dengan lebih mudah di samping memberi nilai tambahan bagi perbelanjaan mereka. Kami adalah organisasi yang mempunyai rangkaian fizikal. Oleh itu, dalam usaha mengembangkan segmen peruncitan dalam talian ini, kami memerlukan rakan kongsi yang komited seperti Shopee. Kami pasti kerjasama ini akan membuahkan hasil kerana kami yakin dengan kelebihan dan pengalaman Shopee,” kata Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan, MYDIN Mohamed Holdings Bhd. 


Kini, Shopee merupakan platform e-dagang yang berkembang paling pantas di Malaysia. Kerjasama ini membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia mendapatkan lebih daripada 2,000 produk MYDIN seperti barang runcit, produk penjagaan bayi, produk Muslim dan banyak lagi. Kedai rasmi MYDIN akan dilancarkan di platform Shopee Mall pada 19 Mac nanti. Pelanggan boleh membeli produk seperti tudung pada harga serendah RM1 dan banyak lagi. Di samping itu, Shopee Mall menawarkan penghantaran percuma, jaminan 100% produk tulen dan polisi pemulangan secara percuma selama 15 hari; yang menjanjikan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang premium apabila pelanggan membuat pembelian dari MYDIN di platform Shopee. 

“Kami berbesar hati apabila rangkaian pasar raya terbesar di Malaysia yang mengkhususkan dalam bidang pemborongan dan peruncitan telah memilih kami sebagai rakan e-dagang mereka. Tindakan MYDIN untuk meningkatkan usaha-usaha B2C (dari perniagaan ke pengguna) secara dalam talian amat bersesuaian pada masa ini apabila kita melihat anjakan bagi tabiat membeli-belah pengguna. Semakin ramai rakyat Malaysia membeli-belah secara dalam talian dan pembeli mahukan transaksi berjalan dengan cepat, mudah, selamat dan murah di samping tawaran yang menarik apabila membeli-belah secara dalam talian. Shopee dapat menawarkan kelebihan tersebut,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee. 

Bagi merancakkan usahasama ini, pengguna akan teruja dengan potongan harga 20%, terhad kepada RM20 bagi setiap pembelian minima RM70 dengan menggunakan kod baucar MYDIN20 sebelum mendaftar keluar. Baucar tersebut sah dari 19 hingga 25 Mac 2018. Tertakluk pada terma dan syarat. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Lawati laman web www.shopee.com.my/mydin untuk mendapatkan produk-produk MYDIN.