Sunday, March 18, 2018

HerbaLine 3-in-1 Facial Spa with HealthLand Massage Centre dan Mama Kim Sauna Mee Restaurant @ Sri Hartamas, KL

Hi Korang, 


Pernah perasan tak kedai kesihatan Herbaline dan Healthland? 

Kedua-dua ni merupakan pusat kecantikan setempat yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kesihatan diri seperti urutan badan, facial dan banyak lagi. 


Sekarang ni beberapa kedai HerbaLine telah menggunakan konsep 2-dalam-1 untuk memasukkan spa muka (HerbaLine) dan kafe (Mama Kim) di satu lokasi. Pada tahun 2017, HerbaLine juga memperkenalkan konsep 3-dalam-1 dengan bekerjasama dengan rumah tamu Sojourn di Pandan Indah, Cheras dan Mama Kim Restaurant dengan slogannya yang baru dicipta “Eat Well, Look Well, Live Well”


Kak lily sempat singgah di HerbaLine 3-in-1 Facial Spa bersama HealthLand Massage Centre dan Mama Kim Sauna Mee Restaurant di cawangan Sri Hartamas, KL. Masa tu pi lepas kerja so bolehlah lama sket lepak-lepak di sini untuk manjakan diri hehehehe 

Jadi kak lily citer one by one ek 


HerbaLine Facial Spa 




Kalau korang nak tau Herbaline Facial Spa ni terletak di tingkat 3, paling atas sekali di dalam bangunan ni. Berpegang kepada tagline “no sign course policy, consumers’ spa menyediakan beberapa perkhidmatan yang bakal menenangkan minda para pelanggan. 



Di antara perkhidmatan yang di sediakan seperti :- 

➽ Sea salt foot bath
➽ Fish foot spa therapy
➽ Detoxifying lemongrass drink
➽ Natural aromatherapy
➽ Relaxing pebble walk 

Of courselah dapat kak lily mencuba tau. Seronok juga sesekali buat aktiviti seperti ini. 


HealthLand Family Wellness Centre 




Terletak di tingkat 1 dan 2, Healthland menawarkan perkhidmatan tak kira usia tua dan muda tau. Dengan pengetahuan pengetahuan mengenai kesejahteraan premium, Healthland menggalakkan gaya hidup holistik dengan program dan aktiviti kesihatan. Semua ahli terapi di sini dilatih secara profesional oleh Akademi Kesihatan yang terkenal di Thailand. 

Heartland kini boleh berbangga menjadi satu-satunya pusat kesihatan Malaysia yang menawarkan penyelesaian kesihatan holistik kepada kelas pertengahan pada harga yang berpatutan 


Kak lily sempat berurut kaki di bilik Theatre, sambal berurut kami dapat menonton tv screen besar jugak. Selesa memang selesa 


Mama Kim Sauna Mee Café 




Kafe di dalam HerbaLine ini menawarkan menu komprehensif dengan falsafah “Where Healthy Is Yummy” Resipi yang sihat dengan konsep sayur-sayuran 80% dan daging 20% dalam satu hidangan membuat Mama Kim berdiri keluar untuk kejiranan / komuniti yang mahukan hidangan yang sihat dan sihat yang sahih. 

Beberapa prinsip di dalam menu hidangan Mama Kim’s termasuklah: 

➽ 5 major colours 
➽ Fresh ingredients 
➽ No MSG 
➽ No white flour 
➽ No sugar, less salt, less deep fried. 
➽ Balanced nutrients 
➽ 80% vegetables / 20% meat average 

Mama Kim Signature Sauna Mee (RM15.90) 

Dapat kak lily merasai sendiri hidangan ‘signature dish’ no. 1 di Mama Kim Café ni. Dihidangkan panas-panas di dalam hot stone pot supaya hidangan mee ini senantiasa panas dan menyegarkan. 



Happier Hour Promotion 

Available everyday from 11am – 3pm 

➽ 2 hours Thai Traditional Treatment for RM78 (RM82.68 after GST) + RM12 (optional add-on balm) = RM 94.68 

➽ 2 hours Thainess Oil Treatment for RM88 (RM93.28 after GST) + RM10 (optional add-on aroma oil) = RM103.28 

➽ 90 mins Foot & Shoulder Treatment + HealthLand Phlai Balm for RM63 (RM66.78 after GST) 

Top up RM 10+ for weekends and Public Holidays 

Bagi kak lily outlet 3-dalam-1 untuk spa wajah, urutan dan makanan adalah lokasi yang ideal untuk mereka yang ingin pengalaman yang lengkap, berkualiti dan meremajakan yang lengkap. 

Harga? 
Haruslah mampu di nikmati oleh semua golongan masyarakat ye 

Jomlah, apa tunggu lagi

HerbaLine, Healthland and Mama Kim Cafe
3-in-1 Integrated Beauty and Wellness Centre
18 and 20, Jalan 31/70A, 
Desa Sri Hartamas, 
50480 Kuala Lumpur. 



HerbaLine Facial Spa 
Contact: +603-2303 9831 / 012-7028677 

Business Hours: 
Monday - Friday: 11am - 7pm 
Saturday: 10.30am - 5.30pm 
Sunday: Closed 

Healthland Wellness Centre 
Contact: +603-2856 7877 
Business Hours: 11am - 11pm daily 

Mama Kim Sauna Mee Cafe 
Contact: +603-2858 4173 / 012-6779895 
Website: www.mamakim.my
Business Hours: 8am - 10pm daily 





Saturday, March 17, 2018

ANCHOR FOOD PROFESSIONALS PASTRY AND CULINARY CHALLENGE 2018

Hi Korang, 


Kalau korang nak tau bahawa "Anchor Food Professionals Pastry and  Culinary Challenge 2018" ini merupakan satu pertandingan yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan sekaligus mengangkat piawaian profesional bagi bakeri tempatan dan industri kulinari. 

Anchor Food Professionals (AFP - dahulunya dikenali sebagai Fonterra Foodservices) telah sekian lama membekalkan jenama produk ten usu terkenal dari New Zealand, Anchor kepada industri perkhidmatan makanan di Malaysia. AFP juga berdedikasi dalam membangunkan bakeri tempatan dan juga saluran HORECA, melalui inovasi produk dan penghasilan resipi. 


Baru-baru ini kak lily berkesempatan untuk menghadiri ke acara akhir Cabaran Pastri dan Kulinari 2018 anjuran Anchor Food Profesional di KDU Glenmarie Shah Alam. 

Untuk pengetahuan korang terdapat 3 kategori pertandingan yang ditawarkan iaitu :- 

Pastri Terbaik - Kategori Bakeri (13 Mac). Terdapat 4 finalis 
Kek Terbaik - Kategori Bakeri (14 Mac). Terdapat 8 finalis 
Kek Terbaik - Kategori Hotel (15 Mac). Terdapat 8 finalis 
Kulinari Terbaik - Kategori Hotel (16 Mac). Terdapat 7 finalis 

Kak lily hadirkan diri di pertandingan Kek Terbaik bagi kategori Bakeri. Sekali imbas tengok hasil idea para peserta ni buat kak lily rasa teruja betul. 

masa ni juri tengah ada sesi temuramah dengan para peserta

Cabaran ini bermula dari 13 hingga 16 Mac 2018 ini telah diadili oleh chef-chef hebat antaranya seperti:- 

Kategori Pastri 
Chef Jean Francois Arnaud (Ketua Juri) 
Chef Nazeri Ismail 
Chef Arthur Heng 

Kategori Kulinari 
Chef Gerhard Albrecht (Ketua Juri) 
Chef Fami Taufeq 
Chef Sabri Hassan. 

Seramai 8 peserta telah menyahut cabaran dan bertemakan buah-buahan iaitu mangga dan strawberi. Perkara wajib yang para peserta perlu gunakan adalah produk terkemuka Anchor seperti Anchor Cream Cheese, Sheet Butter Anchor, Anchor Butter, Anchor UHT Milk, Anchor Whipping Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream. 

Untuk Kategori Kek (Bakeri) setiap peserta pertandingan harus menyediakan 2 jenis kek iaitu: 

1 jenis kek penuh (Tema: Mangga) 800gm - 1000gm berat setiap kek.
1 jenis kek individu (Tema: Strawberi) 80gm - 100gm berat setiap kek 

Di mana setiap kek yang di buat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya sejumlah 30% Anchor Wipping Cream dan Anchor Cream Cheese dari keseluruhan berat kek yang dihasilkan. 

Antara kek-kek yang berjaya dihasilkan oleh peserta pertandingan pada hari tersebut.





Cantik kan!! 

Semuanya kelihatan enak, menarik dan buat kak lily telan air liur semasa mengambil gambar tau. 

Oh ya! Antara hadiah yang ditawarkan untuk setiap kategori adalah seperti berikut:- 

Hadiah Pertama : RM5,000, pingat dan sijil 
Hadiah Kedua : RM3,000, pingat dan sijil 
Hadiah Ketiga : RM2,000, pingat dan sijil


Bukan mudah untuk mengadili, ini kerana semua peserta dapat memberi persembahan yang terbaik. Setelah 5 jam dan lebih masa yang telah digunakan untuk menghasilkan kek yang terbaik, akhirnya 3 peserta terbaik telah dipilih dan seterusnya diumumkan sebagai pemenang. 

Pemenang bagi kategori Bakeri (Kek): 

Hadiah Pertama - Yong Yi Yuan.
Hadiah Kedua - Loh Qi Yuan.
Hadiah Ketiga - Yeoh Kean Loon. 

Hadiah Pertama - Yong Yi Yunn

Menurut Yong Yi Yuan, beliau sentiasa mendapat galakan untuk menyertai pertandingan daripada chef yang mengajarnya didalam bidang ini. Peserta ini datangnya dari Brunei dan telah mendapat pendidikan bidang kulinari dari kolej di Singapura. Yong Yi Yuan juga berkongsi beliau telah mendapat begitu banyak pengalaman berharga menerusi pertandingan ini terutama dari segi penyediaan bahan, penyejukan dan pelbagai tip serta teknik yang diberikan oleh juri-juri yang mengadili. 


Hadiah Kedua - Loh Qi Yuan

Manakala peserta dari Johor ini Loh Qi Yuan ini mula melibatkan diri dalam bidang masakan barat pada awalnya. Beliau telah mendapat pengalaman dalam bidang pastri dan kek dari Bakeri Moonlight di mana tempat beliau bekerja. Pada awalnya, beliau tidak berasa yakin dalam bidang bakeri ini boleh membawa beliau untuk berada lebih jauh. Namun berkat sokongan dari Bakeri Moonlight yang mahukan beliau untuk menerokai bidang ini akhirnya membawa Loh Qi Yuan ke pertandingan ini dan seterusnya dinobatkan menjadi naib juara!

Hadiah Ketiga - Yeoh Kean Loon 

Yeoh Kean Loon dari Penang baru berusia 20 tahun. Bekerja seawal 18 tahun dalam bidang bakeri mendedahkan beliau tentang dunia pastri dan kek yang begitu luas. Menurut beliau, bidang ini agak unik ini kerana untuk menghasilkan kek dan pastri yang enak perlu kombinasi pelbagai bahan. Selain itu beliau juga berpandangan bidang ini menjadikan beliau lebih kreatif dan krisitis dengan mengambil kira beberapa teknik dan masakan dari negara luar seperti Asia - Jepun, Barat dan lain-lain negara lagi. Bagi Yeoh Kean Loon, baginya paling penting bagaimana menjadikan sesuatu rasa yang dihasilkan itu lebih 'sedap' adalah kunci segalanya 

Hebat pengalaman para pemenang ek, walaupun nampak muda belia tapi pengalaman mereka sangat-sangat menakjubkan, di tambah lagi dengan kesungguhan dan bakat masing-masing kak lily yakin mereka bertiga akan pergi lebih jauh lagi di dalam bidang kulinari ni ek 

Keterangan lanjut mengenai produk dan jenama Anchor Food Professionals boleh layari di www.anchorfoodprofessionals.com










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Guardian Malaysia perkenal HELLO KITTY HELLO CONFIDENCE! untuk sambutan Hari Wanita Sedunia

Hi Korang,

Koleksi aksesori edisi terhad Hello Kitty yang bergaya – beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan sarung komputer riba, kini menjadi bualan hangat para pelanggan Guardian dan peminat kucing paling comel di dunia! 


Boleh didapati dalam warna ceria ungu dan merah jambu, koleksi itu membawa mesej “ceria” dan “semarakkan kasih sayang”, dan direka khusus untuk sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac. 


Koleksi yang dikenali sebagai “Hello Kitty Hello Confidence”, boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 8 Mac sehingga 18 April. Terdahulu, Guardian Malaysia telah memperkenalkan koleksi istimewa “Hello Kitty Celebrates”, pada 1 Februari hingga 7 Mac, bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Mr Soren Lauridsen berkata bahawa barangan edisi terhad ini dihasilkan dengan tujuan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty. Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah.” 

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sanrio Asia, Caroline Tsang: “Dua koleksi yang direka khusus untuk Guardian ini, menampilkan gaya yang lebih moden dan berunsur perayaan. Kami pasti pelanggan dan peminat akan menyukai kepelbagaian stail dan kesegaran yang kami bawakan untuk program ini.” 




Untuk mendapatkan barangan koleksi istimewa ini, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my