Friday, March 16, 2018

Walk & Hunt 2018 Di Sunway Lagoon, Dapat Tengok Anak Harimau Putih Comel!

Hi Korang, 

Yeah masuk Sunway Lagoon lagi!! 

Haruslah kak lily rasa seronok sebab dapat berjimba-jimba lagi di teman tema yang best di Asia ni kan. Yelah ingat boleh habis ke nak masuk semua park dalam satu hari, bila dapat peluang cam ni haruslah jangan lepaskan peluang. 


Sabtu lepas kak lily berkesempatan menyertai acara Walk & Hunt 2018 di Sunway Lagoon Theme Park ni, sepatutnya pi dengan si abang banker Mr Big, eh tup-tup dia ada event lain pulak so nak tak nak akak lily pi jelah, janji dapat jejalan dalam Sunway Lagoon ni hehehhehe 

Kalau korang nak tau, Program Walk & Hunt 2018 di Sunway Lagoon ini akan bermula pada 17 sehingga 25 Mac 2018. Ianya bakal menjadi tarikan pengunjung terutama kanak-kanak memandangkan cuti sekolah sudah pun bermula. 


“It’s really important for us to create activities in which families and friends can not only learn but bond together while getting up close and personal with animals. As we uphold our mission to provide not only a fun-filled time to all our guests, the very element that sets us apart besides the activities is the educational programme. It is a great way to educate guests to appreciate and nurture these living things, especially wildlife – and what better time than to start from the young? For that, we are very delighted to have the white tiger cubs as additions to the WildlifeEducational Programme” kata Mr Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon 



Selain itu kehadiran Sam dan Elsa anak harimau putih yang baru berusia 4 bulan antara bakal mencuri perhatian pengunjung taman tema Sunway Lagoon. Paling menarik pengunjung juga boleh melihat secara dekat anak harimau putih pada musim cuti sekolah di Tigerland Sunway Lagoon, pada 3 slot masa yang ditetapkan iaitu 10.30 pagi, 12.30 malam dan 4:30 petang. 


Untuk menyertai Walk & Hunt 2018 ini, pengunjung perlulah mendaftarkan diri di Tigerland pada jam 1:00pm dan Wildlife Theatre pada jam 3:30pm (bergantung kepada siapa cepat dia dapat) untuk mendapatkan Kit Scavenger Hunt Kit yang mana mengandungi buku aktiviti, peta dalam bentuk poskad , hand sanitizer, coklat Cadbury 5 Star dan juga kupon penebusan kupon tiket Sunway Lagoon. 


Walk & Hunt 2018 memerlukan kita melakukan beberapa tugasan dengan mengambil gambar spesis-spesis yang dinyatakan di kawasan Wildlife Park. Selain itu terdapat juga teka-teki yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan barangan misteri yang telah disorokkan di kawasan tertentu, 


Di Wildlife Park menempatkan kira-kira 150 spesis haiwan ada yang liar dan ada juga yang jinak. So para pengunjung boleh menerokai dunia haiwan di sini, sambil mencari haiwan yang perlu diambil gambarnya menerusi klu yang diberikan. 


Selain daripada itu, para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan haiwan jinak yang bijak di Wildlife Theatre's Wildlife Multi-Animal Show. Pelbagai gelagat yang lucu serta mencuit hati menerusi persembahan dari burung kakak tua, tikus dan banyak lagi. 

Eventho kak lily ni belum ada anak lagi tapi kak lily dapat rasakan anak-anak yang menyertai program ni akan memberikan pengalaman yang cukup bermakna buat mereka. Ini kerana mereka boleh mendekati haiwan jinak ini secara dekat dengan menyentuh, memberi makan dan banyak lagi. Sekaligus dapat mendidik diri mereka untuk lebih prihatin dan menanamkan sikap penyayang terutama kepada haiwan yang jinak. 

ishk muka cam baru bangun tidur sangat kan, padahal baru lepas berperang nak ambil gambar tupai ni hah..

Apalagi jom ke sini cuti sekolah nanti ek 

Sunway Lagoon Theme Park 
3, Jalan PJS 11/11, 
Bandar Sunway 
47500 Selangor 

Hubungi: 
+603 56390000 

Waktu operasi : 10am – 3pm 

Jom check it out diorang punya social media: 

Website : 

Facebook page : 

Instagram page : 



Wednesday, March 14, 2018

Happy 20th Anniversary NANDO’s

Hi Korang, 

Suka ayam Nando’s? 

Haruslah kan!! Kak lily pun. 

Sebab apa suka? Sebab ayamnya di grill tau lagi pulak side dishnya unik dan sedap-sedap belaka hehehhe. 

Lama betul tak pi event Nando’s ek, so bila ada jemputan minggu lepas haruslah tak lepaskan peluang ek. 


Nando’s, sebuah jenama ikonik yang digemari di seluruh dunia, meraikan hari jadi ke-20 di Malaysia. Daripada permulaannya yang sederhana di Jalan Telawi, Nando's telah berkembang menjadi kegemaran di kalangan penggemar ayam bakar tempatan. Mencuit hati warga Malaysia dengan kecerdasan tersendiri, kelucuan luar biasa dan semestinya sos PERi-PERi yang terulung, jenama itu bukan sahaja memperkenalkan kepada rakyat Malaysia ayam yang begitu enak, tetapi pelbagai hidangan lazat yang membuat mereka kembali berulang kali. 


Sebaik sahaja restoran itu ditubuhkan di Malaysia, PERi-PERi Nando’s yang tersendiri telah merebak seumpama api apabila lebih ramai orang mengalami kepedasan yang begitu enak. Benar-benar bersemangat tentang cili, Nando’s menanam cili PERi-PERi sendiri dengan bantuan lebih daripada 1,400 petani bebas di Afrika Selatan. Mengadun keajaiban kecil yang berapi-api ini dengan bawang, minyak, herba, lemon segar dan bawang putih menghasilkan senjata rahsia jenama ini yang tiada tandingannya, iaitu sos PERi-PERi Nando’s. 

masukkan bahan asas seperti, cili peri, bawang holland, bawang putih, garam, olive oil

amik ko, kemain lumat kak lily tumbuk dah jadi sambal belacan dah

giler pedas wei, kak lily cicah sket dah pedas ya amat

Kak lily kan sampai awal pada malam tuh, so sempatlah buat sendiri ala-ala sambal belacan menggunakan cili peri-peri ni, ya ampun walaupun letak sket je tapi tahap kepedasannya menular hingga ke tekak dan hidung tau. Tapi pedas-pedas pun, kak lily bedal jugak 


"Kami memang teruja untuk mencapai detik penting ini di Malaysia. Apabila kami mula-mula memperkenalkan diri, saya percaya kami telah menarik perhatian para penggemar ayam di luar sana. Kami adalah unik serta menawarkan perisa baru kepada orang ramai dan ini menjadi satu pengalaman yang menarik untuk semua orang. 20 tahun telah berlalu dan kami masih menyemarakkan selera peminat kami yang menakjubkan di samping menarik minat beberapa pelanggan baru juga. Cili kecil ajaib kami yang dipanggil PERi-PERi adalah puncanya kerana ia adalah intipati serta sumber kepedasan kami dan ia benar-benar unik kepada Nando’s," kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando's Malaysia. 

Mengutamakan rasa diikuti dengan kepedasan, sos PERi-PERi Nando’s tidak bersifat 'pedas secara langsung' seperti sos cili lain. Ayam-ayam itu diperap dalam sos selama 24 jam dan kemudian dilumur dengan pilihan tahap kepedasan bermula daripada Lemon & Herb hingga ke Super Hot yang berapi-api. 

Jenama yang hampir mencapai status kultus di Malaysia turut menawarkan sos PERi-PERi yang boleh dibeli oleh peminat untuk kegunaan di kediaman mereka, kerana adakalanya, satu dos PERi-PERi amat diperlukan. 


"Ini adalah satu detik penuh kehormatan yang membanggakan kerana kami berjaya beroperasi di sini selama dua dekad. Malaysia memang sesuai untuk Nando’s kerana keunikan Malaysia daripada segi kepelbagaian, hospitaliti dan nilai-nilai kekeluargaan mencerminkan nilai-nilai yang disanjungi oleh Nando’s. Di Nando's, kami percaya bahawa pelanggan serta pengalaman adalah perkara yang penting; dan ia sangat memuaskan untuk melihat begitu ramai penggemar menikmati pengalaman Nando’s dengan sepenuh hati," tambah Chew. 




Pada malam tuh, makan- makan dan makan je kerja kak lily yelah sekali orang bagi makan ayam grill sedapkan, rasanya cam lebih separuh ekor ayam kak lily makan hehehe. Bila dah ada depan mata so makanlah bersungguh-sungguh ek hehehehe 

Fakta-fakta Menarik mengenai PERi-PERi 

· Cili PERi-PERi adalah unik kepada Nando's 

· 42,000 cili diperlukan untuk mengisi satu beg 14kg dan 25,000 beg dipenuhi setiap tahun – jumlahnya adalah lebih daripada satu bilion cili! 

· Setiap kilang cili menghasilkan kira-kira 300 cili yang dipilih dengan tangan dan dipetik satu demi satu 

· Mereka juga diasingkan dengan tangan dan dikeringkan secara semula jadi di bawah sinaran matahari Afrika 

· Cili PERi-PERi mengandungi ‘capsaicin’ yang memberikan kesan 'terasa baik' – anak mata anda akan membesar dan kadar metabolisme anda akan meningkat apabila anda merasakan peningkatan endorfin 

· PERi-PERi juga kaya dengan Vitamin A, B dan C 

Kemain banyak khasiat dan kelebih cili peri-peri ni ek


Selain makan-makan ada jugak persembahan komedi dan games jugak ye, menang jugak kak lily hadiah, kecik pun keciklah janji menang hehehehe

Korang boleh LIKE dan FOLLOW social media NANDO’S ni ek 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, March 13, 2018

Ramadhan Buffet 2018 @ Sime Darby Convention Centre

Hi Korang, 


Ini pertama kali dalam tahun 2018 ni kak lily dapat jemputan ke Ramadhan review. 

Ya ampun sekejapan je ek dan nak puasa kan!! 

Kali ni kak lily kongsi dengan korang Sajian Tradisi dan Ramadhan Dinner Indulgence di Sime Darby Convention Centre . Diaorang memang setiap tahun buat awal sebab senang katanya boleh pengujung buat tempahan di awal-awal waktu ni kan. 


Seperti bulan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini, Sime Darby Convention Centre antara lokasi yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk datang berbuka puasa.

Apa yang lebih menarik, untuk tahun 2018, Sime Darby Convention Centre telah menawarkan begitu banyak menu-menu baru sesuai dengan kehendak serta pilihan pelanggan mereka, Untuk tahun ini, pengunjung boleh memilih samada untuk berbuka di Restoran Halia yang bertemakan Sajian Tradisi mahupun Ramadhan Dinner Indulgence di China Treasures. 


Untuk sajian melayu, di antaranya terdapat ayam panggang kuah percik,perut masak lemak cili padi, siput sedut masak lemak keladi, ekor sapi asam pedas keladi & bendi, kari kepala ikan dengan mangga muda, ikan bakar dengan air asam, nasi buluh (nasi tomato & nasi beriani), sate ayam dan banyak lagi. 


Antara yang sentiasa dinanti pengunjung ketika berbuka puasa ialah hidangan daging kambing bakar. Apatah lagi didatangkan bersama dengan sos lada hitam bbq dan pudina. Memang terbaik. 


Yang uniknya turut dihidangkan churros yang digoreng panas-panas. Kelainan churros disini ianya versi kacang hijau yang dicicah bersama sos karamel.


Terdapat bahagian yang menghidangkan mee pasta yang sentiasa menjadi kegemaran terutama kanak-kanak. Terdapat jiga hot plate/ shell out, sudut makanan jepun seperti sushi, nasi ayam dan segala macam jenis mee (mee goreng, mee sup dan banyak lagi). Oh ya! sajian antarabangsa seperti pizza ada juga dihidangkan disini juga.

Peminat kerabu jangan lupa untuk merasai keenakkan di sini. Ada pelbagai jenis yang memikat hari, antaranya seperti, kerabu taugeh, sotong dan kangkung dan banyak lagi. 




Begitu juga dengan kuih tradisi. Ada segala macam jenis yang benar-benar membangkit nostalgia berbuka di zaman kecil. Kuih tradisi seperti tepung pelita, kuih lapis, kuih seri muka dan pelbagai lagi ada ditawarkan disini. 

Selain daripada ABC, buah-buahan, minuman lai chi kang pun ada, ermm kalau pekena time bulan puasa betapa nikmatnya ketika sejuk benar-benar dapat menyaman rasa tekak

Untuk tahun 2018, buffet kali ini turut dihidangkan masakan steambot, ada pelbagai jenis bebola ikan, udang dan sebagainya ditawarkan. 

Varian jenis sos yang boleh dinikmati bersama hidangan steamboat. 

Untuk tahun ini ada pilihan hidangan steamboat yang boleh di 'gril' juga ya. 

Suasana didalam dewan Sime Darby Convention Centre yang boleh menempatkan begitu ramai pengunjung dalam dewan pada satu-satu masa. 






Ini pula antara hidangan Ramadhan Dinner Indulgance yang bakal ditawarkan di Restoran China Treasures. Terdapat 79 jenis jenis dim sum dan termasuklah Deep-Fried Shrimp Patties with Sliced Almond, Stir-Fried Radish Cake & Beansprouts with Chili Sauce, Deep-Fried Prawn & Salted Egg Yolk Roll, Steamed Szechuan Hot & Spicy Chicken Dumplings, dan Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Bun . Selain itu terdapat juga Deep Fried Fresh Mushroom with Salted Egg Yolk, Poached Tiger Prawns with Hokkien Shrimp Saucein Claypot, Deep Fried Chicken with Dried Chill & Cashew Nuts, dan Roasted Duck with Siamese Plum Sauce. 

Dan konsep hidangan ialah "Eat All You Can" ermm best tuh 


Sepanjang waktu berbuka nanti para pengunjung akan ditemani dengan nyanyian lagu-lagu tradisi oleh kumpulan muzik yang telah dijemput khas bagi menceriakan pelanggan-pelanggan yang datang berbuka di sini. 

Kemudahan tandas dan surau turut disediakan buat keselesaan pelanggan. 


So, korang jangan lupa dapatkan voucher "early bid" yang sudahpun mula dijual dengan harga RM69 seorang untuk promosi bulan March 2018. Manakala promosi untuk bulan April adalah RM79. Harga asalnya adalah RM99 seorang. Kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA.

Untuk warga emas dan kanak-kanak 6-12 tahun, diskaun sebanyak 25% diberikan. Bagi setiap pembelian 10 voucher, pelanggan akan diberikan PERCUMA satu voucher tambahan!

Hubungi 03-20893688 atau emel ke halia.sdcc@simedarbyproperty.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 

Ni alamatnya

Sime Darby Convention Centre, 

1a, Jalan Bukit Kiara 1, 
Bukit Kiara, 60000 
Kuala Lumpur, 
Tel : 03-2089 3688





Ok ini baru satu tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2018, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.