Monday, March 5, 2018

Kalau Plan Mesti Tak Jadi

Hi Korang, 

Of courselah hujung minggu masa untuk melepak-lepak. 

Tak kisah kemana pun janji melepak cuti-cuti mata, tak kiralah jauh ke depan rumah je asalkan melepak kan. Even pi pasar Kajang pun kira lepak-lepak gak sebab lepas pi beli barang basah mesti singgah minum kat A&W. Kira melepak la tuh kan. 

Hari sabtu 2 minggu lepas, kak lily malas nak masak. Sebab pagi tuh sibuk membuang baju lama nak kosongkan almari. Tengok-tengok dah pukul 2.30petang dah wei tapi perut tak lapar sebab pagi dah breakfast heavy so chill-chill jelah. 

Pusing-pusing satu Bangi ni ternampak plak bangunan EVO 9 sebelah PKNS ni, apa lagi jom singgah lah. 

Alah hai baru ground floor area je kedai-kedai dibuka. 

Ada daiso, AEON Wellness, Petsmore, Manhattan Fish Market, Big Apple donut je yang ada. Parkson pun buka bulan April nanti. 

So kak lily cuci mata di AEON Wellness, Mr Big masuk Daiso, apa yang nak di carinya pun tak tau. 

Baru nak tengok mask dah tepon berbunyi. 


Rupanya kawan kak lily si cekgu Mariana tuh ada kat KL and on the way nak balik JB so tanyalah akak lily kat mana, saje nak ajak lepak. Terus share location, tak sampai 20 minit dah terpacak depan kedai ni 

Waktu diorang sampai tuh dalam pukul 4pm cam tuh so kat luar still panas terik lagi, kitaorang makan-makan kat area AEON MaxValue ni jelah. Banyak betul kiosk-kiosk makanan ek, bukan local food malah international pun hado gak. Memang tak mati kebuluranlah orang Bangi sebab banyak benau kedai makan. 

murah je pizza dia RM19.90 saiz ni

dengan cendol, takoyaki lagi.. makan jelah

Seronoklah sekali sekala cam ni. 

marissa si pengawas, sekejapan je dah beso kan..


Sebab tuh malas nak plan, kalau plan kang asyik tak jadi je kan hehehhee. 

Betul tak???

Mesti betul punyalah ek... 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, March 3, 2018

Karnival PUSPANITA 2018 Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya

Hi Korang,

Ada berita baik untuk kita - kita kaum wanita di luar sana.


PUSPANITA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) merupakan sebuah persatuan yang dianggotai oleh isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awan dengan tujuan merapatkan perhubungan muhibah dan menggalakkan ahlinya bergiat aktif dalam aktiviti. Pada tahun ini PUSPANITA KPM akan menganjurkan KARNIVAL PUSPANITA KPM 2018 yang julung kali diadakan dengan kerjasama PERINTIS GROUP. 


Bertemakan hargai wanita dan wanita perkasa, karnival ini diharap mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat. Karnival ini yang bertempat di Putrajaya pada 12 Mei 2018, menyasarkan penyertaan seramai 15,000 orang dengan pelbagai acara bagi pengisian seisi keluarga. Antaranya SRIKANDI Run 2018, gerai karnival, persembahan artis, konvoi motosikal berkuasa tinggi dan banyak lagi. 

Wanita merupakan tunjang dalam segala acara yang dirancang pada karnival ini. SRIKANDI Run 2018 menyasarkan penyertaan yang ramai sebagai tanda sokongan terhadap wanita. Larian ini dibuka untuk jarak 5 km dan 10 km dan dilihat sebagai cara terbaik untuk menyatupadukan wanita. 


Pengerusinya, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman berkata selain dapat mengeratkan silaturrahim, penganjuran karnival itu juga adalah bagi menggalakkan ahlinya bergiat aktif dalam aktiviti dan program-program yang besar.


Di samping itu, karnival ini mengajak seisi keluarga bersama-sama meraikan wanita sebagai permata berharga dalam kehidupan mereka. PUSPANITA KPM mengalu-alukan penyertaan dari segenap peringkat umur, agama dan bangsa tidak kira mewakili agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari Facebook dan lnstagram rasmi Karnival PUSPANITA KPM atau carian #hargaiwanita #wanitaperkasa #puspanitakpm dan #perintisgroup. Segala maklumat berkenaan karnival serta program-program dan tawaran hebat akan dikongsi melalui pautan media sosial ini. 


Bertemakan Hargai Wanita dan Wanita Perkasa, karnival ini memfokuskan kepada usaha memperkasakan kemampuan serta kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang dan sektor sesuai dengan gelaran Srikandi yang telah membuktikan keupayaan wanita sejak zaman berzaman. Dengan usaha PUSPANITA KPM ini, fungsi dan sumbangan wanita dalam memacukan kecemerlangan negara dapat diperkasakan lagi. 







#KarnivalPUSPANITAKPM2018
#hargaiwanita 
#wanitaperkasa 
#puspanitakpm
#perintisgroup



Friday, March 2, 2018

Bekalkan minda dan tubuh anda untuk pencapaian prestasi terbaik

Hi Korang, 

BRAND’S® boleh membantu anda mencapai prestasi yang terbaik walaupun anda sentiasa sibuk, selalu menghadapi cabaran seharian mahu pun harus bekerja sehingga lewat malam. Hadapi hari-hari anda dengan minda dan tubuh badan yang sihat dengan khasiat BRAND’S® Sari Pati Ayam. 


Diminum secara panas atau pun sejuk, hasil kajian klinikal menunjukkan pengambilan BRAND’S® Sari Pati Ayam secara kerap membantu meningkatkan peredaran darah serta pengaliran oksigen ke otak dan tubuh badan. Ini membantu meningkatkan prestasi mental dan fizikal seseorang secara ketara di samping mengurangkan tekanan dan keletihan mental serta fizikal. 

“Kita semua menjalani kehidupan yang sangat sibuk, namun ramai yang tidak sedar bahawa tubuh mereka semakin hari semakin lemah hasil daripada tekanan, kelesuan dan kekurangan khasiat pemakanan. Dengan meminum sebotol BRAND’S® Sari Pati Ayam setiap hari, ianya boleh membekalkan minda dan tubuh anda dengan kebaikan nutrisi serta mempertingkatkan prestasi pencapaian dalam apa juga yang anda lakukan,” kata Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S® Suntory Malaysia. 

“Ini adalah kerana peningkatan peredaran darah serta pengaliran oksigen ke otak dan tubuh mengurangkan kelesuan mental dan fizikal, mengurangkan kortisol, iaitu hormon tekanan, supaya keupayaan untuk kekal ke hadapan atau fokus tidak akan terjejas,” tambah Kuang. 

Tidak kira sama ada anda memilih untuk meminumnya secara panas atau pun sejuk, anda kini boleh kekal bertenaga untuk mencapai prestasi yang baik setiap masa dengan adanya peti sejuk juga pemanas mini BRAND’S®. Sesuai ditempatkan di rumah atau pun pejabat, anda boleh menebus satu unit peti sejuk juga pemanas mini ini secara percuma dengan setiap pembelian sepuluh pek BRAND’S® Sari Pati Ayam yang mengandungi 14+1 botol 70g atau 12 botol 70g yang masing-masing dijual dengan harga RM81.00 dan RM65.00. 

Hantarkan 10 kod bar daripada pek kempen BRAND’S® “Fuel Your #MindAndBody” berserta butiran peribadi anda mulai dari 1 Mac hingga 31 Mac 2018 untuk menebus peti sejuk juga pemanas tersebut, sementara stok masih ada. 

BRAND’S® Sari Pati Ayam adalah satu-satunya pati ayam dalam pasaran yang disokong oleh lebih daripada 40 kertas saintifik antarabangsa dan hasil kajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan harian mampu mempertingkatkan daya ingatan sehingga 15% serta meningkatkan daya tumpuan sebanyak 22% sambil menambahkan metabolisme sehingga 16%. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan butiran penebusan, sila layari www.brandsworld.com.my atau BRAND’S® Smart Living di Facebook atau hubungi Talian Perkhidmatan Prihatin Pelanggan BRAND’S® di 1-300-228-300.















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com