Tuesday, February 27, 2018

OISO Korean Restaurant, Berjaya Times Square. Ermm Korea Korea Korea…

Hi Korang, 

Annyeong-haseyo.... 

Ewah ewah ewah kemain lagi ek 

Baru pi kedai makan Korea authentic dah poyo kan hahahahha. 

Itulah hari tuh, petang-petang lepas kerja tuh dah bosan nak masak dan tak tau nak makan apa so akak lily ajak je Mr Big pi makan kat luar. Kitaorang pilih Berjaya Times Square sebab Mr Big nak pi cari kereta Hotwheels untuk tambahkan koleksinya. 

Sementara nak tunggu dia sampai, akak lily pusing-pusinglah dalam mall ni. Banyak jugak barang-barang yang boleh di cuci mata kan cuma je ngak ada dongg… 

Ternampak pulak kedai makan korea authentic ni, OISO


La pendek benau nama kedai makannya ek, ntah sedap ke idok ni kan. Ala masuk jelah belum cuba belum tau kan. Tapi sebelum sempat tanya adik yang kat pintu depan tuh, HALAL ke terus dia cakap ek HALAL la kan.. Ok terus je akak lily masuk. 

Ermm apa nak order ni ek?


Garu kepala kejap bila tengok menu-menunya. Memang kak lily biasa makan makanan Korea tapi nama-nama tuh yang tak berapa nak ingat. So panggil bebudak waiter tuh suruh diaorang explain. 

Orite settle order makan, Mr Big pun sampai dengan koleksi kereta Hotwheelnya ermm tambah lagi ek jawabnya makin penuh bilik tengah tuh nanti. 

Kalau korang nak tau OISO ni bermaksud 'Selamat Datang' tapi dialet disebelah selatan Korea. GItuh ek !! Mereka menghidangkan Korean home-cooked food yang setiap hari orang Korea makan di rumah, alah cam kita lah masak sambal, asam pedas, kari dan memacam lagi. 

Lebih kurang sama tapi tak serupa. 

Yang bagusnya dengan makanan Korean ni adalah ianya seimbang dengan nutrisi seperti karbohidrat, protien, tinggi dengan fiber dan kurang minyak. Bahan asasnya adalah Kimchi, Deonjang (Bean paste), Ganjang (soy sauce), Gochujang (chili paste) yang semuanya di perap bagi menghasilkan rasa yang lebih enak dan bagus untuk kesihatan. 

Kemain lagi ko kan lily citer panjang lebar, ntah tau ke buat-buat tau tuh ?? 

Jangan lah korang terperanjat ek dengan apa yang kitaorang order, inilah perangai kami memang makan akan lebih dari 2 pinggan tak kiralah apa pun, mesti nak banyak sebab nak rasa kan 

Ini minuman yang kitaorang order : 


Honey Citron Tea RM6.90 
Specialnya buah citron ni didatangkan dari Korea tau, rasa limau tapi lain sket. Sedap segar je 
Honey Jujube Tea RM6.90 
Yang ni pulak rasa ala-ala jus kurma, menyejukkan tekak wei. Kedua-dua teh ni dihidangkan di dalam teko pot yang comel bebenau ni ek


Pomegranate Juice RM6.90 
Yang ni rasa tajam sket sebab di campurkan dengan cuka sedikit tapi tak delah masam sangat sampai tak boleh minum 


Pear Juice RM6.90 
Buah pear di buat jus haruslah manis, enak je masuk ke tekak. I like !!. Mr Big siap tambah segelas lagi lah. 

Rasanya macam orang mabuk air betul, minum bergelas-bergelas. Dengan minum air panas lagi, air sejuk lagi peninggg… 

Baik makanan plak ye… 

Mushroom and Tofu Stew Set RM 17.90 

Sup simple je, kuahnya menggunakan sos gochujang, alah tak pedas pun tapi mesti kena makan panas-panas so baru terangkat ooo. Ininya pun kemain banyak. Pedas ke, ermm memang taklah mild-mild je


Chicken BBQ RM23.90 

Ko rasa cam ne? haruslah sebab kan. Ayam yang di BBQ dan kemudianya diletakkan cheese kat atas. 

Bibimbap Vegetable mix rice RM21.90 

Kak lily makan ni sorang wei sebab mintak lauk sotong, kemain besar sotongnya. Boleh pilih nak ayam, daging ataupun seafood. Kira macam nasi campur kitalah, kena gaul kesemuanya dulu then baru di makan barulah awesome kan


Stir fried saba fish with kimchi RM23.90 

Rasa cam asam pedas, ada masam-masam sket then pedas-pedas sket. Ikan pulak kemain besar lagi portionnya. 

Stir fried beef RM25.90 

Nampak macam meehoon goreng tapi tidaknye, inilah dia beef bulgogi. Dagingnya di perap dalam soy sauce sebelum di masak secara stir fry. Lazatttt

menu side dish

Yang best tuh semua set menu ni akan di hidangkan dengan ‘Bachan’ alah side dish orang kita katalah. Dia ada kimchi, ikan bilis goreng dengan kacang dan sayur-sayur sket. Ini FREE refill mintak lah berapa kali pun diaorang akan bagi je tau.

berangan nak jadi influencer plak, sibuk lepas amik gambar terus update huahau

Itu lah awesome tuh, menambah selera lagi tapi kalau ada ikan masin dan lari konsep plak hahahaha


Bagi kak lily in terms of harga takdelah mahal mana macam orang-orang kat luar selalu cakap yang makanan Korea ni mahal bebenau. Tapi kalau kira makan western dish lagi mahal, anyway terpulanglah pada poket korang lah. 

Lagipun bukan setiap hari ni kita makan makanan Korea kan, sekali sekala je pun apa lah salahnya. 

Ini lokasinya tau:


OISO Korean Restaurant 
Level 3, 
Berjaya Times Square 
Kuala Lumpur 

Landmark : near to GSC and Plaza Barbeque Restaurant 

Nak check it out, social media diaorang ni ek 

Facebook: 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, February 26, 2018

Majlis Anugerah Pelancongan D'SAJI KL TITIWANGSA 2017/2018

Hi Korang, 

Pada hujung minggu lepas, kak lily berkesempatan ke Majlis Penanugerahan Pelancongan D’Saji Titiwangsa 2017/2018 di Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa. 

Kalau korang nak tau Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa. adalah milik penuh Felda D’Saji yang juga merupakan anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda Berhad dan FELDA. Ianya mula beroperasi pada bulan Mei 2015, dan telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada ketika itu, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. 

Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa ini mempunyai kapasiti 1700 orang pada satu satu masa dan mempunyai 3 buah dewan bankuet berlainan saiz, bilik seminar, bilik mesyuarat dan ruang restoran terbuka dengan pentas yang dilengkapi sistem bunyi dan lampu berteknologi tinggi. 

Selain terkenal dengan tempahan pakej perkahwinan dan lokasi pelbagai majlis dan seminar, Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa berbangga kerana menawarkan produk pelancongan Makan Malam Dengan Tarian Kebudayaan Malaysia setiap malam khusus untuk pelancong luar Negara dan tempatan mempelajari kebudayaan Malaysia sambil menikmati bufet yang menawarkan puluhan juadah istimewa Malaysia. Malah, harga yang ditawarkan iaitu RM59+ seorang adalah antara terendah di Lembah Kelang berdasarkan perbandingan produk yang sama dengan pesaing lain. 


Memandangkan faktor sokongan tinggi agensi-agensi, persatuan dan badan kerajaan berkaitan pelancongan, pengurusan Felda D'Saji berhasrat untuk menghargai sumbangan mereka melalui penganjuran Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018. Melalui anugerah ini, pengurusan Felda D'Saji telah memilih sebanyak 16 penerima anugerah dengan satu daripadanya menerima anugerah khas di atas sumbangan pelancong tertinggi sepanjang tahun 2017. Jumlah pelancong luar negara D'Saji KL Titiwangsa pada tahun 2017 disumbangkan keseluruhan pemenang-pemenang kali ini adalah 21,000 orang dengan nilai jualan melebihi RM1. juta 

Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa yang pertama kali diadakan ini berlangsung pada hari Sabtu, 24 Februari bermula jam 6.30 petang di Arabic Orchid Restaurant, Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa. 







Majlis ini dihadiri oleh 200 tetamu yang terdiri daripada pengurusan Kumpulan Felda, wakil pengurusan agensi kerajaan berkaitan pelancongan, persatuan-persatuan pelancongan, agensi-agensi pelancongan, syarikat hiburan tempatan dan rakan-rakan media cetak dan media dalam talian. 




Tetamu dihidangkan denqan produk terbaru pelancongan D'Saji KL Titiwangsa iaitu menu Timur Tengah Arabic Orchid Restaurant khusus untuk menarik pelancong Timur Tengah dan penggemar di kalangan rakyat tempatan. 


Melalui penganjuran majlis ini, pengurusan Felda D'Saji mengharapkan sokongan berterusan pemain industri pelancongan kepada produk-produk D'Saji KL Titiwangsa dan akan datang dapat memperbesarkan lagi senarai penerima 'anuqerah pelancongan, 

Venue-venue lain Felda D'Saji selain daripada Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa tahun ini seperti berikut: 

1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak 

2. Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney 

3. Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang 

4. Dewan Bankuet Menara FELDA, Persiaran KLCC 

5. Dewan Residensi UTMKL 

6. Kajang Perdana Avenue, Kajang 

7. Dewan Gemilang Kelana Jaya 

8. Orchard Villa, Jalan Gombak 

9. Lake Cempaka Villa, Bandar Baru Bangi 

10. Taman Warisan Pertanian, Putrajaya 

11. Dewan lnstitut Semarak Felda, Bangi 


Bersempena dengan Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018 ini, pengurusan Felda D'Saji menawarkan potongan diskaun 10% di Restoran Arabic Orchid, D'Saji KL Titiwangsa kepada rakyat Malaysia sepanjang bulan Mac 2018 bagi memberi lebih peluang kepada pelanggan tempatan menikmati produk pelancongan baru ini. 

Untuk keterangan lanjut berkenaan maklumat Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa, hubungi En. Muinuddin Dzulkifli di talian 019-2111601 atau email ke muinuddin.dz@felda.net.my

Info lanjut boleh ke:

Website : www.feldadsaji.com.my
Telefon : 03-2698 8302
Email : d'saji@felda.net.my



Sunday, February 25, 2018

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan

Hi Korang,

Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan. 

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.
 

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan. 

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. 

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE) 

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara. 



SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE) 

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 

SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE 

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara. 

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING) 

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA. 


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC) 

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA. 

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com