Friday, February 23, 2018

BerryBright® Untuk Mata Cantik Menawan

Hi Korang, 

Mata bertentang, 
Hatiku mulai mendatang, 
Siang dan malam, 
Terbayang-bayang. 

Kemain lagi siap ada lagu pasal mata ek. Yelah mata tuh kan pancaindera yang paling penting dalam hidup kita. Bayangkan kalau takde mata ya ampun cam ner nak bergerak kan hauhauhauahua menangis tak berlagu ooooo 

Ada tak korang menjaga mata? 

Ke just gosok-gosok je kalau gatal kat mata tuh. Ishkk tak boleh ooo bahaya tuh. Eventho mata kita tak de apa but kita kena jaga gak tau, so dapat membantu mengelak pelbagai penyakit yang bakal timbul dan mengekalkan penglihatan mata. 

Pernah dengar produk BerryBright - Eye Nourishing Drink? 

Tak pernah 

Inilah kak lily nak citer nie.


BerryBright® yang merupakan suplemen mata yang berasaskan makanan utuh, dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. 

Produk yang sangat istimewa dan sememangnya fokus kepada kesihatan mata ini merupakan keluaran Euryka Naturopathics Sdn Bhd dan berbentuk minuman yang perlu dibancuh dengan air serta boleh diminum oleh semua peringkat usia termasuk kanak- kanak berumur 3 tahun dan ke atas. BerryBright® adalah suplemen mata berasaskan sumber semulajadi yang diformulasikan untuk membantu anda dengan mudah mengisi semula nutrien yang penting untuk melindungi dan mengekalkan mata dan visi yang sihat. 

BerryBright® mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberi kelegaan dan sokongan pada mata kita.Ia di formulasi untuk meningkatkan peredaran darah ( peredaran mikro) dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan pembentukan lingkaran hitam bawah mata dan memberikan anda penglihatan yang lebih segar dan jelas.

BerryBright® disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah :- 

1. Mata Kering Dan Letih / Pengguna contact lens 

2. Mereka yang berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang 

3. Lingkaran Hitam Bawah Mata 

4. Masalah Rabun 

5. Terdedah dengan sinar UV setiap hari 

6. Semua peringkat umur


Kandungan Bahan Semulajadi BerryBright® 

Blackcurrant Anthocyanins - Melegakan keletihan mata, mengurangkan lingkaran hitam merangsang pertumbuhan semula rhodopsin (sel mata ) untuk meningkatkan penglihatan, antioksidan dan memperbaiki peredaran darah. 

Eyebright Extract - merupakan Herba Eropah digunakan secara tradisional sebagai tonik mata bersifat sebagai sokongan untuk pelbagai penyakit mata, melegakan kekeringan mata & keletihan serta memperbaiki kesihatan visual anda. 

Marigold Extract - kaya dengan sumber beta-karoten, lutein dan zeaxanthin, melindungi retina daripada pengoksidaan,melindungi makula dan menghalang cahaya biru berbahaya 

Vitamin C - Antioksidan larut air bersifat melindungi mata anda dari kerosakan radikal bebas dan menguatkan kapilari mata. 

Bilberry (BerryBright® Stevia) - Kaya dengan anthocyanin dan flavonoid, antioksidan kuat untuk mata anda secara tradisional digunakan dalam ketegangan mata dan menguatkan kapilari mata 

Stevia ( BerryBright® Stevia ) - 100% pemanis semulajadi berasaskan tumbuhan,sifar kalori dan terbukti selamat untuk pesakit kencing manis.


Terdapat 2 Jenis Berry Bright iaitu:- 

1. Berry Bright Original
Mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal 38 kalori setiap hidangan dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

2. Berry Bright Stevia
Tidak mengandungi gula tambahan kerana hanya menggunakan stevia sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Diperkaya dengan antosianin Bilberi Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur. Disyorkan juga untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis. 

Yang Penting bagi setiap sachet BerryBright memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah blackcurrant! Ianya iinggi kandungan Vitamin C – 500mg per sachet, bersamaan 10 buah oren! Produk ini adalah tanpa pewarna dan pengawet dan sesuai untuk Vegetarian yang paling utama sekali adalah HALAL dan disahkan oleh JAKIM Malaysia. 

Adalah disarankan untuk mengambil 1 sachet pada waktu pagi dan 1 sachet pada waktu malam sebelum makan. 

Cara Pengambilan 

· Sediakan 150ml air bersuhu bilik/ air sejuk 
· Tambah satu sachet Bright Berry 
· Kacau, gaul sehingga larut dan minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan. 

Senang kan ? 

Rasanya sangat sedap dan tidak terlalu manis, just nice untuk tekak kak lily yang high taste ni huahauahuahaua poyo bebenau 

Rupa-rupanya produk BerryBright ni telah memenangi beberapa anugerah seperti : 

Malaysia Health and Wellness Brand Awards 2017, dianjurkan bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong/ disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Pemenang – Kategori “Makanan Kesihatan” (Health Food) 


Natural Health Readers’ Choice Awards 2017, 2015, 2014 

Pemenang - "Suplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik“ (Best Natural Eye Care Supplement) 


Long Life Health and Beauty Awards 2015 & 2014 

Pemenang – Kategori “Penjagaan mata” (Eye Care) 



Korang nak mata yang sihat dan cantik selalu? 

Korang boleh Berry Bright ini secara online atau dapatkan di semua farmasi di seluruh Malaysia. Istimewa buat semua pembaca setia ‘www.ciklilyputih.com’ yang teringin benar nak dapatkan produk Berry Bright ini, korang boleh dapatkan diskaun 15% dengan memasukkan kod di bawah untuk belian secara online. 

ciklilyputihdc01 

Kod ini sah sehingga 15 March 2018 sahaja. 

Your followers will get 15% off discount on selected BerryBright products when they order from https://euryka.my/collections/influencer-campaign and enter the discount code during checkout. 

This discount code is valid until 15th March 2018 t and c apply 

maklumat lanjut sila layari: 




#berrybright #berrybrightmy #awardwinning #eyesupplement #eyesupplementsmalaysia #eyecare #eyehealth #nutrition #vegan #vegetarian #natural #wholefood #diabeticfriendly #blackcurrant #anthocyanins #lutein #eyebright


Thursday, February 22, 2018

Sayangi Kereta Anda | Jangan Sewakan Atau Menyewa Kereta Kalau Bukan Milik Korang


Hi Korang,

Lama betul tak menulis pasal citer kereta ni, yelah sibuk citer pasal makan je sampai kereta pun tak henggat ek.

Hari ni Kak lily terpanggil untuk kongsi informasi ni kepada korang. Sebenarnya info ni dari seorang lawyer yang merupakan kawan kak lily nama Kak Adib Ratu hehehe comel kan namanya tapi memang ratu pun.

Kak lily kenal Kak Adib ni dari satu event beberapa tahun yang lepas sehinggalah kehari ni, last jumpa beliau tahun lepas masa pi makan kat Impiana itu pun kebetulan je hah..

Bila terbaca apa yang di kongsikan, terus nak share dengan korang tau.


Info dari Kak Adib Ratu

Jangan sewakan atau menyewa kereta kalau ianya bukan milik korang.

Salam, akak terpanggil untuk menulis pasal pos ini sebab akak tengok lately ni ramai yang cuba nak raih pendapatan sendiri dengan menyewakan kereta sendiri ataupun dengan menyewa kereta daripada syarikat/individual yg tiada permit menyewa kereta yg sah.

Budak budak universiti suka buat Bussiness ni..

Tahukah anda semua sekiranya berlaku kemalangan syarikat insurans yandg melindungi kereta anda berhak untuk menarik diri daripada membayar pampasan kepada pihak ketiga (orang yg dilanggar)??

Insurans tak adil? Selalu mengelak?

Jangan nak salahkan orang lain kalau kesalahan itu berpunca daripada uolls...ingat tak masa mula mula kita beli insurance kereta? Kita diserahkan dengan dokumen yang dipanggil polisi insurance? Cuba belajar membaca dengan teliti polisi tersebut...

Polisi tersebut hanya melindungi 
-owner kereta tersebut yg membeli polisi tersebut dan /atau 
-pemandu kedua / ketiga / keempat....yg namanya ada di polisi tersebut
-polisi dibeli untuk tujuan private use atau kegunaan sendiri

Dengan ringkasnya... hanya melindungi nama nama yang ada di dalam polisi insurans tersebut dan untuk kegunaan persendirian

So... bila kita sewakan kereta tersebut, apakah kedudukan pemandu yg namanya tiada tersebut? Dan anda juga telah menyewakan kereta tersebut untuk tujuan komersial walhal polisi anda adalah untuk “private use” ..

Maksudnya anda telah langgar perjanjian..”breached the condition”
Konon konon ada agreement sewaan..
Lepas tu dalam polis repot tulis pulak kereta di sewa daripada anda...

Jawapannya: Gone case..

Buatlah 4000 agreement pun.. tetap tak sah untuk buat tuntutan insurans..

Apa apa jadi, pemandu yg menyewa dan anda sendiri terpaksa membayar pampasan menggunakan duit sendiri sebab syarikat insurans boleh memohon pengecualian daripada mahkamah untuk melindungi anda pada waktu kemalangan...(sekiranya dibenarkan)

Bayangkan..
Patah gigi je blh dapat 3k..
Kalau patah kaki? Lumpuh? Mati?
Boleh jadi beratus ribu..
Bayar guna duit sendiri..

Sebab apa? Sila baca tulisan akak di atas..

Ini dalam bahasa omputehnya kita panggil sebagai...

The issue of hire or reward..

Semoga ini dapat membantu uolls..

Nanti bila akak free akak tulis pulak pasal kes jual beli kereta sesama sendiri tanpa tukar nama kat geran JPJ dan inform kat bank..

Kalau nak share status ni dipersilakan..semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua



So cam ne sekarang ni korang??
Cuak ke tak ek...

Fikir-fikirkan dan selamat beramal hehehehhee

Thank you Kak Adib for this info ek...
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, February 21, 2018

Langkawi 2018 | Kilim Karst Geoforest Park – Mangrove Tour

Hi Korang, 


Kita sambung lagi citer pi cuti-cuti Malaysia hari tuh ke Langkawi. Aduiyai I tell you payah betul nak sambung citer ni, ada keja lain nak buat. 

Hari tuh dah citer DAY 1 kan so ni kita sambung balik untuk hari yang kedua 

DAY 2 

Disebabkan trip ni free and easy so kitaorang amik pakej Mangrove Tour di Kilim Geopark. Seriously ini first time kak lily pi sini walaupun tiap-tiap tahun pi Langkawi kan hauhauhaua.



inilah boatnya kan

gaya tak akak? dengan spek itam bagai hahahaha

Kami ramai so gemuk book satu boat untuk kitaorang satu family sebab tak nak campur-campur dengan tourist lagi, walaupun payah bawak orang tua kang dia lambat tourist lain bising so terus je book 1 boat.

selesa sket boat besar, tak de nak sempit-sempit, tapi harga pun kemain lah kan

Pakej Tour selama 4 jam. 

Tempat-tempat yang kitaorang lawati adalah : 

Bats' Cave 

Floating Fish Farm 

Eagle Watching 

River Cruise 

Crocodile Cave 

Monkey Feeding

Beach / Swimming 

Fish Feeding 

Itu di antara yang kitaorang buat. Hah amik ko muak-muak duduk dalam boat ek. 

So kak lily tunjuk gambar-gambar je ek, so tak delah korang pening nak baca kan hehehehe. Kana da pepatah mengatakan ‘A picture is worth a thousand words’ hehhehehe


Memang rendah wei, nak masuk ke dalam ni



Bagi monyet makan, kat sini kemain lama lagi ni. Seronok memasing kan..

budak muka tak de perasaan, cam tuh kan hahahhaa

nampak penuh bot hah

happy face

tengah bagi ikan makan

banyak kan ikan, rasa cam nak tangguk jelah

eagle feeding, seronok tengok burung-burung Helang ni makan ek

river cruise, syiok oooo

Apmacam, seronok kan!! hehehehe

Sebenarnya banyak gambar tapi malas nak resize hehehe boleh gitu!! Lagipun bila dalam boat yang tengah bergerak laju, kak lily simpan semua gadget sebab takut ke air masin ooo.

Korang boleh masukkan aktiviti ni di dalam itinerary korang kalau ke Langkawi ek 

Ini alamatnya :
Sungai Kilim Tourist Jetty
Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat
07000 Kilim, Langkawi
Kedah
Tel: +604 959 2323 

Operation Hours
Buka setiap hari dari 8.30AM - 5.00PM

Sedikit Tips untuk korang 

Kan cuaca panas so better korang pakai pakaian yang selesa tau. Bawak jugak selipar, tuala dan baju persalinan kalau korang nak pi mandi laut ek. Tapi tak de kemudahan tandas kat tepi pantai tuh tau sebab pantai tuh tak de penghuni. So pepandai tukar baju kat tepi-tepi pokok ek. Macam Mr Big terus je balik basah-basah sebab dalam masa sekejapan boleh kering yelah kan di tiup-tiup angin laut tuh kan.













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com