Tuesday, February 13, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina


Hi Korang,


Memang orang marhaen macam kita-kita ni kaki shopping online betul ek.

Cuba korang check it out infomasi yang di keluarkan dari Shopee ni tau.

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.


“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil dan Gajet; Permainan, Kanak-kanak dan Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.



No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil dan Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 dan Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas


Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak dan Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan dan Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit dan Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas



Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.


Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

#WangWithShopee



Monday, February 12, 2018

Empire Assam Pedas, Nilai. Nampak Biasa Tapi Rasanya........

Hi Korang, 


As usual bab makan-makan ni memang menjadi top keyword dalam blog kak lily ni. Yelah kalau dah hari-hari citer pasal makan sedap je mana tak orang cari kan hehhehe 

Memanglah asam pedas boleh je kak lily masak sendiri tapi nak jugak rasa cara orang lain masak. Bila ada kengkawan ajak pi makan asam pedas kat Nilai ni, haruslah kak lily tak lepaskan peluang. So minggu lepas, lepas kerja terus je kak lily follow bebudak ni ke Nilai. 


Inilah dia kedai makan yang kami pi terjah tuh, EMPIRE ASSAM PEDAS yang terletak di Bandar Baru Nilai, alah korang goggle nanti dapatlah locationnya kat mana tak pun guna waze. 

Kalau korang nak tau kedai makan ni sudah beroperasi lebih 6 bulan dan sambutannya menggalakkan dan ianya terkenal dengan hidangan asam pedas yang bersaiz besar portionnya dan dihidangkan di dalam periuk claypot. 


Masa kami sampai tuh, kedai makan ini baru sahaja di buka so orang belum ramai lagi, so bolehlah bergambar-gambar dulu kan, nama pun blogger selfie, wefie tuh kan jadi makanan harian hehehe. 


Orite di EMPIRE Assam Pedas ni of courselah menghidangkan asam pedas, nama kedai pun asam pedas so itulah yang menjadi hidangan ‘signature dish’. 

Sini-sini kak lily tunjukkan gambar kat korang ek 

Asam Pedas Kepala Ikan Merah – RM20.00 

Asam Pedas Ikan Pari – RM10.00 

Asam Pedas Ikan Kembong – RM9.90 

Asam Pedas Ikan Tenggiri – RM12.90 

Asam Pedas Ekor Ikan Merah – RM12.90 

Eh banyak lagi menu asam pedas yang lelain, kalau kak lily senaraikan panjang plak nanti entry ni hehhehe. Selain daripada menu asam pedas, ada juga hidangan lain yang bakal mengugat perut korang ek 

Masak Lemak Udang Galah – RM15.00 

Masak Lemak Daging Salai – RM10.90 

Masak Lemak Ayam Kampung – RM10.90 

Masak Tempoyak Ekor Ikan Patin – RM16.00 

Nasi Putih + Ayam Penyet – RM9.90 

So banyaklah pilihan korang kan, yang mana kurang gemar asam pedas tuh hehehee.. Yang teringin nak makan ayam tuh boleh cuba ayam penyet tuh

Eh tak habis lagi ek, ada lagi satu hidangan yang kak lily rasa sesuai di padankan dengan asam pedas iaitu 

Cendol Durian Special RM10.00 

Apmacam!! 

Haruslah awesome kan. Nampak macam ABC tapi cendol ye, yelah segala bahan yang terkandung di dalam ais batu campur ada di dalam cendol ni di tambah pulak dengan seulas durian ermmm terangkat dibuatnya. Itu yang bebudak ni cakaplah sebab kak lily mana makan durian kanhahahahhaha 

Kalau korang nak tau bahawa Chef yang menyediakan kesemua hidangan ini sangat-sangat muda iaitu Chef Syafiq yang baru berusia 25 tahun dan resipi yang digunakan merupakan resipi arwah ibunya. 

Hebat ek, muda-muda dah hebat di dapur. Kalau kak lily still kelam kabut lagi bila suruh memasak untuk ramai orang hehehehe 

Sepanjang bulan Febuari ni, Empire Assam Pedas ada mengadakan peraduan “Selfie Shootout-Snap & Win”. Setiap minggu akan dipilih pemenang dan bakal memenangi baucar makanan Empire Assam Pedas. Manakala hadiah utama di hujung bulan Febuari adalah sebuah telefon pintar berjenama tau. 

Korang refer cara-cara kat gambar yang kak lily attached ni ek 


Senang kan, senang kan!! 

Ishk kak lily dah nampak air liuq korang meleleh tuh ek. Ok nak pi, ni alamatnya 

Empire Assam Pedas 
7341, Jalan BBN 1/2C, 
Bandar Baru Nilai, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan. 




Beroperasi dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan dibuka setiap hari. 

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, korang hubungi di talian 019-6205426 

Jangan lupa FOLOW dan LIKE mereka di media sosial tau: 

Instagram

Facebook



#EmpireAssamPedas 
#AssamPedasNilai 
#CendolDurian 
#empirectss 





Sunday, February 11, 2018

Kad Digital NGO NEGARAKU Di Edarkan Dari Kelab Sahabat Persaudaraan

Hi Korang,

Ada berita baik untuk para NGO dan ahli Koperasi seluruh Malaysia


Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menyediakan 30 ribu kad NGO Negaraku untuk mula diedarkan secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar dan buat peringkat permulaan 50 NGO hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda hari ini. 


Program Komunitt Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diekses oleh pemegang Kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik, Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar. 


Mobile App NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO• NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok. 

Pengasas KSP, Dr. Mohd Zamri Noordin berkata, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa. 

"Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan Masyarakat khususnya kalangan Ahli-ahli NGO dan Koperasi. Program Komuniti Digital NGO Negaraku diurus secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manafaat yang berganda," jelasnya. 

Dalam pada itu, Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku Dr Nur Hadi berkata, "Penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan Masyarakat yang bersatu padu." 


Pada peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, comfort reflekxologi, 

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini termasuk Datuk Ismail Kijo (Ketua Umno Sahagian Ampang), Datuk Abdul Halim Tuah Rahmat (Pengarah Biro 'Reapid Response' GST Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abdul Fatah Abdullah, Presiden Angkasa, wakil persatuan, ahli, pengeluar produk dan sebagainya. 

Latar belakang Kelab Sahabat persaudaraan 


Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdafar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan Program-program berkualiti berteraskan Pendidikan dan Kebajikan untuk diperkenalkan kepada Masyarakat. 

Mengembangkan ekonomi digital dan transaksi tanpa tunai 

Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 Prinsip: 

Menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku. 

Mengeratkan keijasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar. 

Mendidik Masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah. Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku 

Membentuk sebuah Rlatform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO termasuk Koperasi di dalem aktiviti sosial dan ekonomi melalui Jaminan Usahasama den penawaran berkelompok. 

NGO serta ahli-ahli bekerjasama dan membentuk gabungan kumpulan yang kukuh den berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-tech, bermatlamat untuk menghubungkan Kerajaan dan NGO di atas platform digital.











Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com